Saturday, 30 June 2018

Jalan-jalan Cari Makan di Sekitar Ipoh, Perak

Salam to all readers,

Lumrah hidup zaman sekarang ini, pantang nampak sesuatu yang viral pasti nak mencuba. Biasanya, adalah makanan yang seringkali di viralkan melalui media sosial. Tidak terkecuali aku juga terikut-ikut dengan budaya sekarang ini. Bagi mereka yang minat memasak bolehlah mencari duit lebih. 

Kadang-kadang apa yang diviralkan itu gah pada nama sahaja, bila rasa takdelah sedap mana. Disebabkan gambar + video yang menarik sehingga membuatkan orang terliur untuk mencubanya. Sebelum menjelang ramadhan, aku berkesempatan bercuti 2 hari 1 malam di Perak bersama keluarga. Ini plan last minutes dari makcik aku. Disebabkan Sabtu tu aku kena kerja, terpaksalah bertolak sendiri naik ets.

Seumur hidup aku, ini kali pertama aku menaiki ets sendirian pula tu. Bertolak sekitar 2.30 petang sampai sekitar pukul 4 lebih macam itu. Tak lama mana pun, pusing kiri pusing kanan tup-tup sampai dah Ipoh. Sampai-sampai je Ipoh, terus order Grab untuk ke hotel pula. Mak moksu dan adik aku dah sampai hotel dulu. Pakcik grab itu siap bawa pusing-pusing pekan Ipoh lagi memandangkan aku first time turun sini. Sampai sahaja terus landing atas tilam yang empuk. Sempatlah buat tahi mata kejap, lepas tu dah bergerak keluar cari makan.

Baru masuk kereta, hujan lebat menuruni muka bumi. Redah jerlah, lama jugalah lepak dekat dim sum Ipoh sementara nak ke Lost World. Bila hujan dah reda, baru kami bertolak ke Lost World. First time juga aku ke sini, selalu pergi Sunway Lagoon sahaja, nak tahu jugalah apa menarik di sini. Bagi aku Sunway Lagoon lagi bestlah, tapi bagi mereka yang gemar berendam dalam air panas Lost World inilah tempat terbaik korang nak berendam. Syok juga berendam memalam!




Dah puas berendam berjam-jam, ayuhlah pulang ke hotel untuk bantai tidur pula. hahaah...Nyenyak sekali tidur, sampai bangun pagi pun liat gila! Sekitar pukul 9.00 pagi keesokkan harininya kami dah bergerak ke restoran New Town sekitar Ipoh, restoran ini agak famous jugalah dengan makanan lagi-lagi telur goyang bakar. Sedap wei! Ramai gila orang, nak dapat tempat duduk kenalah berdiri tepi meja orang-orang yang dah nak beransur pergi. 

Sesudah sarapan pagi di Restoran New Town, kami terus bergerak ke Pekan New Town untuk merasai ais kepal yang cukup popular di Ipoh iaitu "Bits & Bobs". Boleh tahan jugalah rasanya, satu ais kepal di sini RM5 kalau tak silap aku. Sekitar kawasan ini cukup menarik dan menjadi sumber tarikan pelancong asing termasuk pengunjung Malaysia sendiri suka bergambar. Banyak alatan antik yang pasti setiap dinding mempunyai hasil seni yang cukup menarik. Tak percaya boleh scroll gambar di bawah.


Tadaa!! Inilah ais kepal Bib & Bob. Besar jugalah, sampai terhabis makan. 



Kawasan ini macam area Melaka sana, lorong ini penuh orang berniaga. Macam-macam ada, ada barang antik, air tin, baju, keychain dan macam-macam lagilah.






Mak aku pun dah pandai posing sekarang, ini mesti belajar dari adik aku yang kuat bergambar. Ye mak?





p/s: Sungguhpun percutian ini sangat pendek tapi ia cukup bermakna. Bila dapat bercuti lagi ini ya. Hurmm... 

5 comments:

  1. wahhh bestnya jalan-jalan dekat ipoh! Ais kepal dia menggoda :D

    ReplyDelete
  2. terbaek.. menarik tempat ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. best tempat ni :)

    menarik :)

    ReplyDelete
  4. best weihh jalan ipoh. kate orang la. mek sndiri pn tk pernah teroka ipoh lagi. hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com