Saturday, 28 April 2018

Beauty Review: Althea Bare Essential

Salam to all readers,

Orang kata nak cantik kena rajin, rajin manjakan diri sendiri untuk tampil menawan. Aku pula jenis terlebih rajin nak membelai diri, masa rajin baru pakai kalau datang malasnya satu hapa pun aku tak pakai. Mana taknya, pencuci muka, toner, krim malam, krim siang, sunblocknya lagi. Macam-macam kena pakai untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Aku bab pilih produk memang teliti memandangkan kulit aku memang jenis sensitif. Salah pakai memanglah naik merah-merah. Tak sangka pula, baru-baru ini Althea hadir dengan set penjagaan wajah terbaru hanya semudah 3 step sahaja iaitu set penjagaan wajah Althea Bare Essential.

google

Kalau korang nak tahu, Althea Bare Essential ini merupakan set penjagaan wajah yang pertama dari Althea selepas mendapat feedback positive dari Althea Petal Velvet Powder. Menariknya, Althea Bare Essential ini hadir dengan 3 item sahaja, jadi jimat masa dan kos perbelanjaan gitu. Kalau diikutkan skincare lain, macam-macam kena tempek dekat muka. Pencuci muka, toner, krim pelembab, sunblock, make up nya lagi. Macam-macam nak ditempek bagi cantik. Cantik ke?

  • Contour Cleanser
  • Primer Water
  • Fixer Cream
Memandangkan aku jenis kulit sensitif, aku memang tak berani nak pakai produk skincare tak tentu arah, akan tetapi produk dari Althea yang memang sememangnya original dari KOREA memang aku tak ragui untuk mencuba. Tambah-tambah dengan keluaran produk penjagaan wajah terbaru iaitu Althea Bare Essential yang dijamin hypolergenic. Sesuai digunapakai setiap jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Contour Cleanser (150g RM23.00)

google
Althea Contour Cleanser didatangkan dalam bentuk tiub dan isi dalamnya agak padat. Senang nak pakai, sekali picit dah keluar isinya. Kalau ditengokkan direction pada bahagian belakang memang sepatah haram tak faham, kalau nak tahu apa yang dimaksudkan boleh terus ke laman web Althea untuk info lanjut.

Untuk penggunaan set penjagaan wajah Althea Bare Essential kita harus mencuci muka terlebih dahulu dengan menggunakan Contour Cleanser. Kalau korang nak tahu, tekstur cleanser ini agak pekat dan berat, picit sikit sahaja sudah memadai. Cuci dari dagu, naik ke pipi, dahi, hidung, dan seluruh muka (urut perlahan-lahan). 

Tekstur cleanser ini memang nampak pekat, tapi bila campur dengan air lembut sahaja dipakai. Menariknya, Contour Cleanser ini jenis foam halus dan kaya dengan micro capsules yang menjamin cucian muka lebih mendalam, boleh buang segala kotoran degil dalam liang pori.

Bukan itu sahaja, kalau pakai Contour Cleanser ini dengan penuh konsisten dapat membantu kuruskan muka kepada bentuk V-Shape. Kau mampu? Bila bilas sahaja muka dengan air bersih, terasa kesegaran, kulit muka lebih lembut dan rasa effect cooling gitu. Apa yang aku suka mengenai Contour Cleanser ini kerana ia terkandung dengan ekstrak ice plant dan juga lemon myrtle malah bau wangian pencuci muka ini pun memang sedap. 

Primer Water (200ml RM43.00)

Selepas dah selesai mencuci muka, baru boleh apply Althea Primer Water ini. Packagingnya memang super duper cantik dan tampak elegan kau! Penutup botolnya pun ada logo Althea. Toner + Primer bergabung menjadi satu, jimat masa. Paling best sekali, cara penggunaannya hanya perlu dap-dap dengan jari sahaja, tak perlu bazir duit beli kapas.

Althea Primer Water ini lebih jernih dan tidak sama dengan toner jenama lain di luar sana. Sekali pandang macam air minuman. Ialah lebih mudah diserap dan tak merasa melekit langsung. Primer Water didatangkan dari Snow Lotus, baunya pun sedap (mild). Menariknya, Primer Water ini dihasilkan dengan dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology). Aku pakai berdouble dap dap lagi, memandangkan bau harumannya sedap sekali rasa nyaman sahaja bila dioles pada kulit wajah.

Pada mereka yang ada anak kecik, sila pastikan korang letak benda alah ini di tempat yang tinggi. Takut diminum pula nanti. Sekali pandang dah serupa botol air. 


Fixer Cream (50g RM50.00)


Bila dah selesai cuci muka, pakai toner primer water barulah apply Fixer Cream ini. Fixer Cream ini telah diuji secara klinikal dan hypoallergenic. Mula-mula pakai aku calit sikit sahaja memandangkan tekstur Fixer cream ini agak pekat dan melekit. Rupa-rupanya, tak sampai 5 min pakai rasa melekit tu pun hilang dan kulit wajah rasa lebih lembut dan halus sahaja dengan memakai fixer cream ini.

Bertambah lagi suka aku memakai fixer cream adalah disebabkan baunya yang nyaman dan diperkayakan dengan wild green tea & baobab tree. Tak mustahil, lepas ini kulit wajah aku lebih mulus dan garis halus pun makin berkurangan. 

google
Kini rutin harian penjagaan kulit wajah lebih mudah dengan adanya set Althea Bare Essential ini. Pada mereka yang membeli set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini akan menikmati promosi sebanyak 10% dan boleh dapat cermin limited edition dari Althea tau. Alhamdulillah, diam tak diam hampir seminggu lebih jugalah konsisten memakai set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini. Step nak pakai pun cukup mudah dan tak banyak. Nak dapatkan hasil yang positif, kenalah konsisten memakainya. Tak gitu?

Bagi mereka yang nak merasa pakai Althea Bare Essential ini jangan lupa sertai contest di Official instagram aku sendiri tau. Search sahaja nama aku @azwarsyuhada. Pasti jumpa punya! 

Apa tunggu lagi? Jom cantik bersama, lau korang berminat untuk membeli set penjagaan wajah Althea Bare Essential ini boleh dapatkannya menerusi laman web www.althea.kr #AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials

Thanks you for reading!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com