Thursday, 27 July 2017

Lepaking with Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ

Salam to all readers,

| Lepaking with Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ | Pertama kali join gathering blogger under The Butterfly Project, rasa teruja dan seronok dapat tambah kenalan baru. Mula-mula memang rasa janggal, tap pernah jumpa kan? Selang beberapa minit terus jadi geng! hahah.. Thanks you to Tammy, as a founder for organising such as a wonderful gathering at Pak John Steamboat & BBQ.


Kalau nak tahu, ini kali kedua aku datang ke Pak John Steamboat untuk makan. Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini tiada tolak bandingnya kerana hidangan dekat sini semua sedap-sedap belaka, dan tak pernah lagi mengecewakan selera aku! Nak tahu apa menu menarik di sini, jom layan makanan-makanan yang aku jamu last week. 

Sebelum bersteamboat korang boleh pilih sup apa yang korang nak, seperti Miso, CHicken, Curry, Tom Yam, dan juga Beef Bone Pepper soup. 

Ini menu dari sudut sayur-sayuran yang masih fresh dari ladang. Siapa penggemar sayur-sayuran jangan lupa rasai sayur-sayuran yang ada ini. Paling banyak aku ambil haritu cendawan, sawi, kobis, bunga kobis dan banyak lagilah yang ada. Yang pasti kena rasa semua, bukan senang nak datang sini okay.

Pak John Steamboat & BBQ turut menyajikan hidangan surimi/ seafood & meat. Hidangan ini kalau takde memang tak completelah rasanya bila makan steamboat kan? Yang penting semua hidangan dekat sini membuat kita rasa lapar dan rambang mata, sampai tak tahu nak makan apa. Ada pelbagai jenis fishball, sotong kembang, black whole mussel, dory fish, groper fish head, abalone, salmon. dan macam-macam lagi.

Mana tak membuatkan selera orang tergodakan? Aturan makanan dia cukup menyelerakan dengan limpahan ais batu perghhh sedap wei Salmon ini!



google
Gang makan-makan I, bila dah makan memang taklah nak bergambar betol-betolkan. Asal boleh sudah! Lepas satu makanan ke satu makanan kiteorang makan, bila habis bangun balik rasa benda lain pula.

Gathering Butterfly Beauty Blogger at Pak John Steamboat & BBQ ini bermula pada pukul 12.00 tengahari until 3.00pm. Kira-kira, pukul 12.15 baru kehadiran semua datang. Bila our founder Tammy and the geng datang, kami diberikan tugasan untuk memeriahkan lagi suasana gathering ini. Hanya perlu check in, upload gambar gang makan, my favourtie food dan other task! Seronok gila, bila semua orang sangat-sangat friendly!

Our table before bersteamboat! Hidangan yang korang kena rasa bila datang ke Pak John Steamboat & BBQ ini adalah Premium Abalone Slices, New Zealand Lamb Slices, Australia Beef Slices dan juga Smoke Duck Breast. So Yummy!!

 DORY FISH & GROPER FISH HEAD - Enak tak terkata, nak lagi sedap boleh cicah dengan sos dia.

 Scallop style Tammy Lim

 My favourite food at Pak John Steamboat & BBQ off course Dorry fish. Sedap gila wei! Perapan rasa dia tak tahu nak describe macam mana yang penting memang sedap. Lagi sedap bila dapat cicah dengan sos masam-masam manis.

google
Selain steamboat, Pak John Steamboat & BBQ turut menyajikan hidangan buffet seperti Nasi goreng belacan, Nasi goreng udang, Bee Hoon Goreng, Cheesy Spaghetti, Sambal fish ball, Sweet sour chicken, curry fish head, roti canai, fried salmon belly, fried nugget, dan cucur jagung. Haritu aku sempat jugalah merasa cheesy spaghetti di sini, boleh tahan sedap jugalah.

Homemade sauce yang disediakan oleh Pak John Steamboat adalah seperti Spicy Thai Sauce, Super-Hot Chillies, Thai Green Chili, Chopped Scallions, Chopped Garlic, Light Soy Sauce, Oil Fried Onion, Chillies Oil dan banyak lagi.

Benda aku tak sempat makan haritu, DIM SUM. Akibat dah terlalu kenyang memang tak dapatlah nak sumbat lagi dalam perut. Maybe next time kalau aku pergi, benda ini kena rasa dulu kot. Rasa tak lengkap bila tak jamu hidangan pencuci mulut kan? Selain makanan berat, korang boleh juga merasai hidangan pencuci mulut seperti buah-buahan yang ada dalam peti ais, waffle pelbagai rasa, icecream, ABC dan air panas turut disediakan.

google

Rugilah kalau singgah Pak John tak pekena waffle dia. Tak sampai 10 minit dah siap! Bagitahu nak perisa apa, off course aku order perisa chocolate! 

Yang paling sudah semestinya dapat kenal kenalan baru seperti Fateen ini! Lawa sangat orangnya.

 Hot mummy blogger a.k.a kak Syafiera Yamin

 Yang paling penting mana-mana ruang dekat Pak John Steamboat & BBQ ini memang cantik untuk bergambar. Restaurant Pak John Steamboat & BBQ ini sesuai sangat untuk mengadakan sebarang event, company dinner, award nights, farewell & birthday party, seminar, media event, family day pun boleh memandangkan tempat ini luas dan ia mempunyai ciri-ciri restoran yang tampak elegan, selesa, besar, dan bersih sangat. Kalau nak privacy sikit boleh tempah bilik VIP.

 Pak John Steamboat & BBQ pilihan tempat terbaik mengadakan event dan HALAL steamboat.



Big thanks you to CS Chong for hosting our Butterfly blogger gathering. 


For more details about Pak John Steamboat & BBQ can go to;
Facebook: Pak John Steamboat & BBQ
Website: http://www.pakjohn.com/
Location: Lot LG-13A & LG-15, Lower Ground Floor, Ecurve. No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
Phone number: 03-7733 3913 (for reservations)

Thanks you for reading!

8 comments:

  1. sedap2 semua makanan tu nampaknya

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa hahaha Hana dahla suka BBQ camni. telan liur je mampu tengok makanan sedap sedap tu

    ReplyDelete
  3. kena perut betul2 kosong, baru boleh makan sini. semua2 nampak sedap gila kottttt

    ReplyDelete
  4. ya Rabbi.. ya RAbbi.. Ya Allah... sedaaaaapppnyyaaaaa... terliur pagi2 ni TT^TT huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat pergi gathering macam ni :D

    ReplyDelete
  6. Alahai sedap-sedapnya steamboat dekat sini. terliurnya tengok. ada dimsum n menu lain lagi tuh yg best tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com