Thursday, 24 November 2016

Glam Wrist Watches!

Salam to all readers,

Harini kecoh bila rata-rata blogger update status "template blog dah berwajah baru". Aku pun jadi teruja nak buka blog malam ini, taknaklah rasa ketinggalan dengan perkembangan terbaru. Tapi sudah kemestiannya, aku selalu tertinggal keretapi. Btw, malam ini ada satu benda yang aku ingin kongsikan pada engkorang semua!

google

Tahu tak, dalam banyak-banyak jenis aksesori di luar sana apakah aksesori yang paling popular? Sudah tentu jawapannya adalah watches! Siapa peminat watches dekat sini? Setiap kali nak keluar rumah, pasti jam merupakan aksesori utama yang harus dipakai. Ada tak? Aku salah seorangnya, apabila keluar rumah tak kira dekat or jauh watches mesti kena pakai. Hidup tak lengkaplah bila tak pakai watches ini.

Dalam dunia fesyen kita diberikan pilihan dengan bermacam jenis aksesori lelaki dan wanita. Tetapi yang paling mendapat perhatian ialah jam tangan. Walaupun pada awalnya dahulu jam dianggap sekadar sebagai satu alat untuk mengetahui masa. Kini penggunaannya masih diteruskan namun daripada segi rekaan ia telah diberikan sentuhan yang lebih kreatif dan moden, sesuai dengan perkembangan trend fesyen terkini dalam dunia yang serba moden. 

Kini jam tangan juga berfungsi sebagai aksesori untuk menonjolkan penampilan. Percaya atau tidak, bahawa seutas jam tangan mampu membuatkan imej seseorang kelihatan lebih menarik dan bergaya? Apa yang pasti anda haruslah dapatkan the latest watches collection yang ada dalam pasaran. 

Jom lihat beberapa stail yang boleh digayakan dengan the latest modern women watches seperti di bawah ini.


google
Cantik kan? Salah satu rekaan jam bagi kaum wanita. Bagi aku, orang yang memakai jam tangan ini berpenampilan kemas secara tidak langsung dianggap seorang yang menepati masa. Mana taknya kan, bila dah ada jam ditangan sudah pasti, rajin mengerling untuk mengetahui pukul berapa sekarang kan? Jadi, sesiapa yang nak menjadi seorang yang berdisplin dan menepati masa berjinak-jinaklah memakai jam tangan.

Manakala di bawah ini pula dua gaya yang paling popular dalam kalangan lelaki dalam menggayakan jam tangan untuk stail lelaki urban. Verstaile kan? Bagi aku, lelaki cukup kemas, bergaya, lebih macho, serta lebih nampak berkarisma apabila memakai jam tangan. Selain itu, keyakinan seseorang juga kian terserlah apabila memakai jam tangan.

google
Ini juga merupakan salah satu design jam tangan bagi kaum lelaki. Sekarang, bukan kaum perempuan sahaja boleh bergaya, lelaki juga boleh bergaya. Untuk melihat the latest collection bolehlah layari laman web "Watches" ini.

p/s: Jom tingkatkan keyakinan diri dengan memakai watches!

Read More»

Saturday, 19 November 2016

Jom cipta detik-detik istimewa bersama Enchanteur Paris: Wangian berpanjangan sepanjang hari!

Salam to all readers,

Zaman sekarang dikatakan zaman melinium, dimana zaman ini kaum hawa MESTI ada kerjaya sendiri yang lebih sinonim lagi sumber pendapatan sendiri. Tak kira pendapatan dari segi join dropship, agent, asalkan ada pendapatan sendiri. Kerana, zaman sekarang kaum hawa tidak boleh bergantung 100% pada kaum lelaki. Tambah-tambah ekonomi negara tidak stabil. Bukan setakat ekonomi kita sahaja yang bermasalah malah faktor cuaca juga harus ditangani. Oleh kerana, cuaca sekarang tidak menentu, datang kan panas panas sangat, datangkan hujan, hujan turun melimpah ruah. Bila kerap keluar pada cuaca panas terik, menyebabkan badan kita cepat berpeluh. Nak jumpa orang pun segan dengan bau badan kita. Jadi, untuk kekalkan wangian sepanjang hari dengan tampil yakin kenalah cuba produk terbaru dari Enchanteur Paris kali ini.

google

Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu. . Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda. Siapa tahan, kalau badan bau hapak kan? 
google

Jom mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.

Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.


google

Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian. Antara keempat-empat deodoran ini, aku paling suka yang warna pink tu, bau dia wangi sangattt...

google

Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan. Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Hanya ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan korang semua pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. 

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

NOTE: Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Thanks you for reading!

Read More»

Saturday, 12 November 2016

Ada apa dengan 11/11? Lazada Online Revolution 2016 & Box Of Joy ada jawapannya..

Salam to all readers,

Siapa tahu, semalam 11/11 apa berlaku? Kalau masih ada yang blur lagi apa yang terjadi semalam, sini aku kongsikan apa yang terjadi sampai ada orang meroyan bila terjah laman web Lazada! Aku pun dengan rasa tak puas hati, teruslah terjah website Lazada nak tahu apa yang membuatkan orang ramai nak meroyan. Rupa-rupanya, Lazada sekarang tengah buat sales gila-gila bersempenakan Lazada Revolution yang bermula dari semalam lagi iaitu 11/11/2016. 

Dengan bertemakan "Brand for All" sebanyak 1000 jenama dan 55000 peniaga tempatan dan antarabangsa join Online Revolution ini tau! Memang rugilah pada mereka yang melepaskan peluang keemasan ini untuk bershopping di Lazada. Semuanya murah-murah belaka, lambat grab menangis tak berlagulah dikau.



 MY SPECIAL LAZADA BOX OF JOY

Tak tahu nak cakap macam mana, tapi rasa seronok gila dapat parcel dari Lazada! Dahlah bungkusan dia besar gila, apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih sangat pada abang Gdex sebab sanggup patah balik semata-mata nak hantar parcel dekat pak guard, memandangkan semuanya takde dekat rumah. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah rezeki aku dapat special Box of Joy sempena Lazada Revolution 11/11.

LAZADA ONLINE REVOLUTION 2016 LANCARKAN SALES GILA-GILA BERMULA 11/11/2016 HINGGA 12/12/2016 

google

Pertama sekali bila buka parcel Box of Joy, benda pertama yang aku nampak sudah semestinya Tefal manual chooper ini. Walaupun, aku tak berapa minat kerja-kerja di dapur ini tapi rasa teruja juga bila dapat benda alah ini. Siapa yang malas nak hiris bawang guna pisau ataupun lesung batu, bolehlah cuba pakai produk ini. Betul-betul memudahkan kerja. Jadi, tefal manual Chooper ini akan kuhadiahkan pada mak aku, memudahkan lagi kerja-kerja di dapur + masakkan makanan untuk anaknya. hehe..

Bila terjah semula website Lazada tadi, stok ini dah habis stok la pula. Tapi ada satu lagi jenis sama hebat dengan jenis ini iaitu Multi-Purpose Manual Meat Grinder Mincer Hand Crank Chooper Case Kitchen Tool. Berminat? Boleh terus tekan nama produk tu. 


google

Barang kedua yang ada dalam Box of Joy adalah NESCAFE White Coffee Pandan, perisa ini aku tak pernah cuba lagi. Kalau korang nak cuba NESCAFE White Coffee Pandan ini bolehlah dapatkan di Lazada Revolution 2016, hanya RM21.75 (untuk 2 orang). Tambah menarik lagi, kali ini Lazada menawarkan penghantaran secara PERCUMA!


Nak lagi sedap bancuhan air Nescafe ini, dapatkan Nescafe Gold Blend Barista Red Machine dengan harga serendah RM239.00 and you save get to 48%. Come with 2 years warranty. Seronok kan? Click here to get it.

Berbaloilah beli sekarang!


Seterusnya, Logitech x100 Bluetooth Mobile Wireless Speaker. Yes! Dari haritu cadang nak beli speaker, alih-alih tak terbeli pun. Bila dapat ini, seronok tak terkatalah jawabnya. Yang bestnya, sekali pasang dah macam volume dalam panggung, puas hatilah kalau layan youtube or drama korea pasang speaker ini. 

Now, tengah sales di Lazada Revolution di mana korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM89 sahaja dari RM169. Jimat kan?


Sandisk Ulra Dual Drive 64GB m3.0 OTG USB Flash Drive for Android and Computer amatlah penting bagi seorang student dan part time blogger seperti aku. Kalau semua nak simpan dalam handphone dah juga laptop mahunya jem. Dengan adanya benda ini, bolehlah simpan file-file penting or gambar untuk dijadikan back-up. Buat masa ini memanglah kita rasa tak perlu, akan datang dia akan jadi sesuatu yang penting gitu.

google
Setiap parents pasti nak yang terbaik buat anak mereka. Jadi, ada berita baik buat parents di luar sana yang mempunyai baby baru lahir bolehlah dapatkan produk MamyPoko di Lazada. Di mana, sempena Lazada Revolution ini, korang boleh dapatkan produk drypers MamyPoko dengan potongan harga yang sangat-sangat berbaloi. Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih platform Lazada Malaysia untuk memborong barangan keperluan bayi.

MamyPoko merupakan pilihan No. 1 buat para ibu di Japan dimana MamyPoko memberikan sentuhan yang paling lembut pada kulit bayi. MamyPoko bukan setakat menawarkan pelbagai pilihan jenis drypers malah turut menawarkan baby wipes. Don't forget to add this item into your shopping caart by click on this at here.


NESTLE JUST MILK Full Cream 1L juga korang boleh dapatkan di Lazada Revolution dengan harga serendah RM12.00 sekali dua dan penghantaran adalah secara PERCUMA!


(BUY 2 FREE DELIVERY) MAGGI ROYALE White Tomyan 4x88g enak sambil menjilat jari gitu! Kalau tengah bulan, memang satu rumah makan maggi la gamaknya. Alang-alang Lazada Revolution tengah buat sales ini bolehlah beli 2 sekaligus, tambah-tambah ada penghantaran percuma. Jimat gila..

Minuman favourite aku dari kecik sampailah sekarang. Click here to shop: Milo Promotion Bundle- Milo 1KG x 1, MILO 3IN1 30's x1, MILO KOSONG 18's x2, MILO CAN ORIGINAL 240ML x6 (Free gift of Milo Mat and Ola Bola Bag). Cepat-cepat borong milo, selagi stok masih ada. =)

For new customer, enjoy 20% off or maximum discount of RM25 on you first purchase. Enter this code "20LAPOR25".

Pada mereka yang tak terjah lagi website Lazada, cepat-cepatlah pergi singgah untuk memborong barangan sempena Lazada Revolution 2016. Klik link ini sahaja untuk terus ke website Lazada! Selamat bershopping dengan penuh berkhemah. =)

>>>ENJOY SHOPPING WITH LAZADA MALAYSIA<<<

Read More»

Friday, 4 November 2016

Siapa boleh tolong Azwar ya? Terima kasih.

Salam to all readers,

Walaupun sem kali ini banyak juga subjek aku kena pikul, aku tetap gigih juga nak join contest. Kira hidup tak tenteram bila tak ambil bahagian ini. Kalah atau menang belakang kira, janji aku happy dapat join. Dan buat pertama kali aku join contest untuk kejar like ini. Makk aii, susah beb lagilah aku ini kawan tak berapa nak ramai.

Jadi, pada malam nan hening ini, aku ingin menyeru kawan-kawan blogger yang rajin follow up blog aku yang tak seberapa ini sama-sama bantu aku. Dengan cara LIKE post aku di facebook. Kalau tak suka like, komen pun apa salahnya. Yang mana join contest ini sekali, jangan segan silu letak link di ruang komen, kita support each others okay!

Klik ---> SINI<--- untuk derma LIKE!

p/s: Terima kasih pada semua yang sudi membantu! =)

Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com