Saturday, 10 September 2016

Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Kini Berwajah Baru, dengan Wangian yang Memukau!

Salam to all readers,

Sebagai seorang wanita, kita haruslah peka akan kebersihan diri kita, tak kiralah dari segi penampilan mahupun persekitaran. Dimana, para wanita diluar sana termasuk diri aku sendiri harus menitikberatkan soal kebersihan ini seawal usia 12 tahun, iaitu setelah datang haid. Selain penjagaan wajah, bahagian intim wanita turut harus dijaga. Kalau 10 tahun dahulu, nak bercerita pasal period mahupun tuala wanita pun malu okay! Kalau nak beli, kalau boleh nak sorok dalam kain. Now, zaman moden semua orang berfikiran terbuka katanya sampaikan boyfriends sanggup ke kedai belikan  "roti kering".


Jadi, tak salah aku berkongsi satu produk dengan hangpa semua perihal pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu. Since, aku mula-mula datang period sehingga kini memang aku pengguna setia produk Sumber Ayu ini. Untuk pengetahuan engkorang semua, baru-baru ini Sumber Ayu telah memperkenalkan pemberish kewanitaan daun sirih sumber ayu dengan formulasi dipertingkat, berwajah baru dan terdapat pebagai jenis variasi. Suka tak? Korang boleh gunapakai, haruman favourite korang!

google

Jadi, lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan, dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupaan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik. Bahan utama ekostrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan. Tak kiralah, awak dah kawin ke belum, bahagian intim harus dijaga. Kerana itulah aset wanita yang paling berharga. 

Enam Wangian Terbaru Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan kini hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai. Packaging dia pun berwajah baru!!

google

SUMBER AYU ORKID
Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Ianya amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

SUMBER AYU MAWAR
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis. Sesiapa yang tengah mood dilamun cinta, sesuailah gunakan yang ini.

SUMBER AYU FLORAL
Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

SUMBER AYU MUSK
Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

SUMBER AYU GAMBIR
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

SUMBER AYU FRUITY
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Cara Penggunaan Pembersih Wanita Sumber Ayu

google
Caranya cukup mudah, hanya tuang sedikit pembersih wanita sumber ayu pada telapak tangan, kemudian letak sedikit air baginya berbuih, barulah bersihkan bahagian intim anda. Bilas dengan air sehingga bersih.

Simple kan? Semudah ABC gitueww.. Tak perlu rasa was-was untuk menggunakan pembersih wanita daun sirih sumber ayu ini kerana ianya telah diperakui HALAL oleh JAKIM. 

google
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi. Jadi, apa tunggu lagi pergilah beli!


Thanks you for reading!

7 comments:

  1. lisa pun pakai dari masa sekolah dulu lagi.. best

    ReplyDelete
  2. hai,jom join giveaway saya! :D

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2016/09/first-giveaway-gomoshop96.html

    ReplyDelete
  3. tiap girl mesti kene ade satu pembersih miss v.. :D

    ReplyDelete
  4. wow awak nie duta sumber ayu ekkk?

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengarlah Azwa.....Bagus jugak ada blogger blogger yg boleh perkenalkan produk baru kan....Kalau tidak, tak tau langsung. Harga pun murah tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com