Thursday, 9 June 2016

Peluang Tersenarai dalam Bloglist Ramadhan 1437H Oleh Hasrul Hassan

Salam to all readers,

Diam tak diam dah hampir empat hari kita berpuasa. Harap-harap kita semua sihat dalam menjalani ibadah puasa memandangkan cuaca sekarang tak menentu kejap panas kejap hujan. Rutin harian sepanjang aku bercuti di rumah ini adalah mengadap laptop sepanjang hari akan stop apabila bateri dah kong. Dalam pada masa mengadap blog, aku ada terbaca satu entri di mana blogger Hasrul Hassan telah membuka peluang kepada 50 blog bagi mengisi Bloglist Ramadhan 1437H Hasrul Hassan. Siapa yang tak teringin nak tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan, untung-untung dapat tempias trafik tinggi dari blog tersebut. Blogger Hasrul Hassan namanya tidak asing lagi dalam dunia blog, di mana dia seorang blogger yang berjaya menjana pendapatan dari rumah melalui blog sahaja. 

google

Aku akui memang aku jarang singgah ke blog Hasrul Hassan akan tetapi sekarang aku kerap kunjungi blog beliau oleh kerana perkongsian entri  mengenai Cara Buat Duit dengan Google Adsence. Tambah-tambah aku dah pun daftar google adsence. 

Sedikit sebanyak ilmu menjana pendapatan melalui  blog aku banyak refer blog Hasrul Hassan kerana cara penyampaiannya cukup mudah difahami, dari step pendaftaran, tingkatkan trafik dan banyak lagi. Memandangkan aku pun jenis yang curious bab menjana pendapatan melalui blog, apa salahnya aku terokai dan belajar dengan sendiri dengan menggoogle blog Hasrul Hassan. 

Blogger Hasrul Hassan bukan sahaja bijak dalam menjana pendapatan melalui blog, tetapi sikapnya yang peramah dan rajin berbalas komen membuatkan orang lain senang hati untuk bertanya perihal blog. 

Apa-apapun aku berharap akan datang blogger Hasrul Hassan dapat kongsikan lebih banyak lagi cara-cara menjana pendapatan melalui blog. Orang kata, hidup akan jadi senang bila kita tidak lokek ilmu. hehehe.. Hopefully, blog aku terpilihlah untuk tersenarai dalam Bloglist Ramadhan 1437H Oleh Hasrul Hassan!

p/s: Bagi blogger yang tak join lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum Azwar,
    Good luck, semoga tersenarai..

    ReplyDelete
  2. yup..kenal abang hh sebab dia banyak bagi tips pasal blog

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com