Sunday, 27 September 2015

Sayangilah telinga anda!

Salam to all readers,

Kali ini aku nak cerita sikit mengenai rutin aku setiap tahun. Tidak dibenarkan sama sekali membaca entry ini sambil makan, takut makanan tak dapat dihadam dengan baik. hahaha.. Jahat tak aku? Sebelum nak mulakan cerita ini, nak tanyalah pada engkorang semua pernah tak mengalami sakit telinga sampai satu tahap tak dapat dengar? Even, satu telinga tak dapat dengar rasa macam nak nangis tahu tak. Kerana aku dah terbiasa mengalaminya. Memandangkan harini ada cerita mengenai "sayangi telinga kita" di keratan akhbar, aku kongsikanlah pada engkorang sekali. Mana tahu, ada yang senasib dengan aku! 

google

Untuk pengetahuan korang semua, TELINGA merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga dengan baik kerana fungsinya yang banyak membantu salah satu deria kita dalam menjalani kehidupan yang baik. Senang cakap, susah nak hidup tanpa telinga kerana ia berfungsi untuk mendengar. Dan penjagaan telinga bukan sahaja setakat membersihkan, tetapi lebih daripada itu. Ini kerana bunyi yang kuat atau tekanan yang tinggi juga mampu merosakkan fungsi telinga. 

Adakalanya serangga seperti semut atau apa sahaja mampu memasuki rongga telinga dan ia sepatutnya dijaga dengan baik bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Kebiasaannya, rongga atau lorong dalam telinga akan menyimpan kotoran dan lilin. Manakala pada bahagian dalam pula terdapat gegendang telinga yang berfungsi untuk pendengaran. 

Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga teliga dengan sihat. Antaranya:

1) Kebiasaannya, ramai orang membersihkan telinga dengan putik kapas. Ia langkah yang tidak baik kerana putik kapas akan menolak kotoran jauh ke dalam telinga dan akhirnya mengeras serta membuatkan pendengaran kurang jelas.

2) Jika terpaksa, gunakan secara berhati-hati dan terbaik gunakan pengorek telinga bukan daripada kapas untuk membersihkan telinga. Ia akan membantu mengeluarkan kotoran tanpa menolak kotoran itu jauh ke dalam.

3) Jauhkan dari tempat yang bising dalam tempoh masa yang lama atau gunakan penutup telinga jika terpaksa. Pendedahan bunyi bising kuat ke atas telinga akan membuatkan seseorang itu mengalami masalah pendegaran.

4) Ketika makan, kunyah dengan baik bagi membantu telinga kita bergerak dan mengeluarkan kotoran yang berada di dalam telinga. Apabila kita sedang mengunyah, rahang atas dan bawah akan menggerakan telinga.

5) Kurangkan menggunakan fon telinga dengan terlalu lama untuk mendengar muzik, jika boleh gunakanlah dengan perlahan dan tidak terlalu kuat. Kita mampu mengawal apabila kita masih boleh mendengar orang berhampiran bercakap walaupun kita sedang mendengar muzik dengan fon telinga.

6) Kalau rasa tak dengar sangat, boleh cuba tips ini. Di mana korang kena tutup hidung dan tutp sekali telinga yang tak dengar itu lalu hembus nafas perlahan melalui telinga. Cuba banyak kali, insyallah menjadi. Kalau tak berkesan, selepas mandi titiskan sedikit air ke dalam telinga lalu tundukkan telinga suapaya airnya keluar. Kalau cara ini pun tak berkesan, sebaik-baik mungkin pergilah ke klinik nanti doktor bagi ubat titik dan juga tahan sakit. Datang lagi sekali, selang dua hari doktor akan bersihkan telinga korang sampai clear. Orang cakap jauh sebatu pun kau
 dah dengar. 

Ada segelintir orang cakap sakit telinga ni penyakit keturunan, agaknyalah sebab arwah nenek aku selalu telinga tak berapa nak dengar. Sejak aku form 6 lagi kalau tak silap akulah, telinga aku tak berapa nak dengar. Bila pergi klinik, doktor cakap "tahi telinga keras", tak pernah korek telinga ke? Kau rasa? hahaha... Tahun lepas, dalam 5 bulan sekali aku akan pergi klinik sebab telinga tak dengar. Sampai satu tahap tak dengar langsung, mulalah berfikir aku bakal pekak ke? Cuak gilaa.. Bila pergi check, tahi telinga keras. Arghhh.. stress aku, sampai sekarang aku tak berani bersihkan telinga menggunakan putik kapas. Gunakanlah pencungkil telinga serupa besi tu, bersih dan clear telinga. Akhir kata, sayangilah telinga anda!

Sumber: Utusan Malaysia


Read More»

Thursday, 24 September 2015

Muslimah model Photoshoot: Alangraphystudio

Salam to all readers,

Ingat lagi tak, cerita yang aku kongsikan pada engkorang semua mengenai pencarian model muslimah dan juga kelas fotografi Alangraphy? Ahah.. kali ini aku nak mempersembahkan sebahagian para peserta yang turut serta dalam pencarian model bagi bulan September kalau tak silap akulah. Mana tahu, lepas korang tengok di sebalik tabir berminat pula nak turut serta. Ianya amat dialu-alukan.

google
Jangan risau, masih ada peluang untuk anda! PELUANG DIBUKA SEKARANG!

35 penyertaan sahaja
cari potensi diri dan asah bakat anda disini.

Alangraphystudio membuka peluang kepada mereka yang pertama kali/ atau belum pernah mencuba photoshoot muslimah model di studio.

tarikh photoshoot: 17/10 dan 18/10
masa: 10am - 5pm
bayaran pendaftaran: RM149 sahaja
(anda berhak memilih tarikh mana-mana di atas)

Bayaran pendaftaran termasuk:
- muslimah model t-shirt
- soft copy photo
- special gift
- sarapan pagi

**Pakaian photoshoot (outfit) daripadda anda sendiri. (anda berhak memakai dan memperagakan pakaian dari mana-mana butik.)

Dapatkan tips pada masa sesi photoshoot:
tips "macam mana nak jadi model"
tips "pose muslimah moddel"
tips "berinteraksi dengan photographer"
tips "meletakkan harga photoshoot untuk model"

5 peserta yang membuat pendaftaran awal akan mendapat voucher photoshoot dan kelas hijab tutorial PERCUMA.

Cara booking tempat:

bayaran RM80 ke account:
164137473489 (maybank)
Nor Aiminatul Alia binti Azizan

Selepas pembayaran Whatsapp:
013-3375903 (Alia)
1) nama
2) ic nombor
3) saiz baju
4) bukti/ slip pembayaran
5) Tarikh photoshoot: 17/10 atau 18/10/2015

google






More info, layari;
Instagram: @alangraphystudio
Blog: http://alangraphy.blogspot.my/

Thanks you for reading!

Read More»

Saturday, 19 September 2015

Review Novel: Tuan Anas Mikael

Salam to all readers,


Penulis: Syamnuriezmil
Harga: RM25.00
Halaman: 1-564
Keluaran: Penulisan2U

Sinopsis:

Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas MIkael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dimahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas MIkael secara diam-diam.

Tetapi di Krabi...

"Saya suka awak, Ayu Maisarah" - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih....

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriends, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL

Ayu Maisarah, kecewa!

"Tuan.. Tuan tahu apa kopi paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan.. Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan."= AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanan itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.. Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

"Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, sayaakan jaga awak elok-elok juga." -  TUAN ANAS MIKAEL

Review dari Azwar:


Memandangkan sinopsisnya dah terlalu details, aku malaslah nak ulas lebih lanjut. Apa yang aku boleh cakap, jalan ceritanya masih okay dan boleh terhibur. Watak hero dan heroinnya pun okay, tidak terlalu mengada-ngada. Nak compare dengan penulisannya yang lain, novel sebelum-sebelum ini lagi best kot. Apa-apa pun, nantikan sahaja cerita TUAN ANAS MIKAEL ini bersiaran di kaca televisyen. Yang aku tahu, Zara Zya bakal pegang watak heroinnya, heronya masih tidak dikenalpasti. 

Thanks for reading!

Read More»

Tuesday, 15 September 2015

Cantik bergaya dengan beg yang cool sekali!

Salam to all readers,

google

Berlaku jujur dengan diri anda sendiri, berapa banyak beg tangan yang anda ada dalam koleksi di rumah? Sudah menjadi lumrah sifat wanita untuk memiliki banyak jenis beg dan ianya bukan lagi rahsia mengapa mereka begitu menggilai mengumpul koleksi beg tangan. Jom kita lihat 5 jenis beg tangan popular yang setiap wanita perlu dapatkan! 


Crossbody bag

Ini adalah antara beg tangan yang cukup popular dalam kalangan komuniti wanita urban buat masa kini. Ianya amat mudah untuk digunakan dan cukup selesa untuk dibawa ke mana sahaja sepanjang hari. 

google
   Day clutch

Ramai yang memanggilnya ‘the brunch bag’ untuk dipakai pada hari yang tertentu di mana anda hanya keluar untuk tempoh yang singkat selama beberapa jam sahaja dan tidak mahu membawa terlalu banyak barang dalam beg anda. Sequined clutch agak comel untuk waktu tertentu, namun anda pasti mahukan clutch dengan rekaan yang kasual dan boleh digunakan pada bila-bila masa.


 Weekender

Ianya bukan sekadar beg yang anda boleh gunakan untuk berkelah di tepi pantai, tetapi beg bersaiz besar ini adalah antara jenis beg wanita yang perlu ada dalam kehidupan seharian setiap orang.

                                                                      Evening clutch
Ini adalah antara kegemaran ramai wanita di luar sana kerana ianya cukup cantik sekali untuk digayakan dengan baju gaun malam!


google

Structured day tote bag

Ini adalah beg yang anda perlu dapatkan untuk ke tempat kerja. Dapatkan yang bersaiz besar jika anda perlu membawa tablet dan komputer riba, fail serta kertas-kertas kerja. Beli beg tangan tote yang bersaiz sederhana jika anda lebih berminat untuk menggunakannya bagi meletakkan barang-barang biasa seperti telofan bimbir, barangan solekan dan sebagainya. Dapatkan dalam warna klasik agar anda tidak perlu risau ia tidak padan dengan gaya anda. 

Dapatkannya segera di:
http://bm.zalora.com.my/women/bags/

This is sponsored post!

Read More»

Monday, 7 September 2015

Barang apa yang masih di simpan?

Salam to all readers,


Semalam aku terdengar  JOHARA berbicara soal "barang lama yang masih disimpan". Ray mengatakan dia masih menyimpan name tag zaman sekolahnya, nama dia kalau tak silap akulah "Shah Reza". Sedap juga namanya. Itu cerita Johara pagi era yang sering mengeletik hati aku.

Bercakap soal menyimpan barang lama. Apa barang yang paling legend, korang masih simpan untuk dijadikan kenangan? Tak kesahlah batal busuk ke, surat layang masa zaman sekolah pun takpe. Sharelah sikit pada aku, aku penyimpan rahsia yang terbaik dekat dunia ni. hahahaha...Cuti kali ini, aku lebih banyakkan masa dengan mengemas rumah sahaja. Nak dijadikan cerita, dalam pada masa aku mengemas rumah, aku terjumpa sepucuk surat lama atuk aku. Surat yang dikirimkan kepada mak aku pada tahun 1985. Memang lama gila surat itu, sampai kertasnya pun dah bertukar warna. Yang paling debaikk sekali, tulisan dan bahasa yang digunakan oleh atuk aku memang keseluruhan bahasa baku. Langsung tiada bahasa singkatan. Mak aku kata, arwah memang rajin menyimpan surat-surat lama, bil, segala resit yang ada).

Inilah dia tulisan tangan arwah atuk aku!

Sekarang, masih ada lagi ke orang mengutus surat? Kalau ada pun masih dibilang dengan jari. Hakikatnya, aku yang paling setia mengutus surat ini pada pihak penganjur yang mengadakan pertandingan. Dengan kemudahan teknologi yang begitu canggih, kita boleh berkomunikasi dengan orang luar dan dalam negeri (seolah-olah berada di sebelah bilik sahaja). Tak dinafikan, kemudahan teknologi kini ada banyak faedahnya tapi banyak juga kemudaratannya. Bergantung kepada individu itu sendiri. Kalau dulu, orang mengutus surat dapatlah dijadikan kenangan tulisan tangannya bila dah tiada. Nak dapatkan khabarkan berita (menunggu surat) mahunya dua tiga hari, tapi yang bestnya menunggu ketibaan posmen datang ke rumah. Itulah saat-saat yang paling menyeronokkan! Bajet muka posmen tu macam Lee Min Ho la kononnya. Apa yang seronoknya pun aku tak tahu, yang penting aku suka! Zaman sekarang, apa je yang boleh dijadikan kenangan untuk ditatap melainkan berskype ataupun berselfie? Aku bab berselfie ini pula, memang lemah pula. Nak dijadikan cerita, barang paling legend aku simpan sampai sekarang ini adalah... 

Jeng...
|
|
|
|
|
Jeng...
|
|
|
|
Jeng...
|
|
|
|
|


Inilah dia, barang yang paling legend aku simpan sampai sekarang iaitu baju pengawas perpustakaan tahun 2005. Orang panggil vase or vace? Aku pun tak sure, yang pasti aku taknak buang. First time, aku jadi pengawas dekat sekolah kebangsaan itu. Darjah lima tu, pulun meyakinkan cikgu Hawa yang aku boleh jadi pengawas. Kemain, cerita nak gempak sahaja aku ni. Apa-apa pun, jadi pengawas perpustakaan memang menyeronokkan. Tambah-tambah, jadi pengawas sekolah, jalan nak menegak sahaja.

Walaupun teknologi terlampau canggih, pejabat pos masih juga sesak (terutamanya pejabat pos tempat akulah). Hakikatnya, bukan semua orang tahu menggunakan teknologi yang ada, yang pasti ada setengah orang masih menunggu segala khabar berita melalui posmen.

p/s: Cuba share sikit barang lama yang masih korang simpan? 

Thanks you for reading!


Read More»

Friday, 4 September 2015

5 "SHOPPING TIME" Terbaik dan Jimat

Salam to all readers,


Diam tak diam percutian aku dah ke penghujungnya, masa untuk aku kembali menuntut ilmu. Cewahhh, ayat kemain bajet 24 jam pegang buku kononnya. Kali ini, aku siapkan 2 atau 3 entry untuk di "auto publishkan". Kali ini aku nak share, masa terbaik untuk kita semua bershopping. Kalau sebut shopping sekarang, baik lelaki mahupun wanita tak kurang hebatnya memborong barang. Jadi marilah kita berbelanja dengan bijak!

Berikut adalah waktu-waktu yang sewajarnya untuk anda berbelanja. Sungguhpun sedang berlaku pengeluaran tunai, kita semua masih lagi mampu berjimat:

1) Ketika Jualan Murah
Berbelanjalah pada waktu yang tepat. Hal ini penting kerana biasanya pada waktu-waktu tertentu, kebanyakan pusat beli belah memberikan diskaun besar-besaran. Sampai korang rambang mata memilih mana satu nak dibeli. Contohnya jualan tahunan, menyambut musim perayaan bahkan waktu musim cuti sekolah. Ketika inilah korang sepatutnya ambil peluang berbelanja. Sememangnya harga-harga yang ditawarkan amat berbaloi. Tambah-tambah, ada jualan "Happy Hour". Jadi, jangan sesekali lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan yang diimpikan pada harga yang lebih murah.

2) Ketika Hujung Minggu
Jika diperhatikan, kebanyakan premis terutama di pusat membeli belah kerap mengadakan diskaun jualan pada hujung minggu. Ini adalah salah satu daya tarikan yang dilakukan untuk menarik perhatian pengunjng datang ke premis mereka. Rajin-rajinlah menjengah ke pusat membeli belah bagi mendapatkan harga yang berpatutan.

3) Ketika Jualan Gudang
Kebiasaannya, jualan gudang akan diadakan sekali atau dua kali dalam setahun. Ia bertujuan untuk menghabiskan stok-stok lama kerana akan ada stok baru yang akan keluar. Stok atau model lama seperti barangan elektrik tidak perlu mengikut trend semasa. Cukup sekadar memenuhi keperluan anda. Rebutlah peluang ketika jualan gudang diadakan. 

4) Ketika Ekspo & Pameran
Kebanyakan pengeluar sering menyertai ekspo dan pameran bagi memasarkan produk-produk mereka sebagai salah satu promosi kepada para pelanggan. Ketika ini juga, pelanggan akan ditawarkan dengan hadiah dengan setiap pembelian yang dibuat. Untungnya disini, anda bukan hanya dapat barang tetapi dapat hadiah percuma. Kan semua orang suka barang free, masa inilah korang berturun tangga kalau ada jualan begini.

5) Ketika Jualan Akhir Tahun
Jualan akhir tahun adalah waktu paling sesuai untuk kamu membeli belah. Bagi yang telah bekerja, waktu ini, bonus sudah dalam genggaman. Bagi mereka yang masih menuntut pula, anda tentu sudah menabung sejak awal tahun. Anda boleh gunakan wang simpanan untuk membeli barang-barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih rendah daripada kebiasaan.

Sebelum balik sempat member makan di Dubu ya!

p/s: Kalau orang bijak dia akan Bandingkan Harga trlebih dahulu. Untuk itu, anda harus meneliti harga produk yang sama pada beberapa buah kedai, pilihlah kedai yang memberi potongan harga terbanyak. Jimat duit korang semua. 

Thanks you for reading!


Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com