My New Laptop, ASUS X453M - Azwar Syuhada

Thursday 20 August 2015

My New Laptop, ASUS X453M

Salam to all readers,


Alhamdulillah, short sem baru sahaja habis. Sekarang aku tengah bercuti, jadi bolehlah aku menghadap blog puas-puas. Bila dah lama tak menaip ni, nak mulakan pendahuluannya pun terkemut-kemut. Untuk pengetahuan engkorang semua, mission pertama aku telah pun tercapai iaitu mempunyai sebuah laptop. Nak tahu model apa aku beli? Jeng..jeng... 

google
Inilah dia my new laptop, model asus X453M. Sungguhpun pada permulaannya, aku mengimpikan macbookApple kononnya. Lepas tu, makcik aku kata tak payahlah nak beli jenama apple, katanya susah nanti membazir duit je. Jadi aku suruh dia pilihkan yang mana elok, janji screen laptopnya besar. Jenama laptop ni pun, agak popular juga sekarang. Boleh dikatakan hampir semua kawan serumah aku memakai laptop jenama ini, model yang sama dan tak boleh blanya sampai tiga orang memiliki warna laptop yang sama dengan aku. Alhamdulillah, dah 6 bulan jugalah aku menggunakan khidmat laptop baru ini, dan cukup-cukup berpuas hati. Yang paling best, bila menonton cerita korean makk aii, macam tengok astro maya HD. Clear gila gambarnya.

google

Sepanjang aku hidup ini juga, semua barang-barang gadget yang aku dapat adalah atas ikhsan pakcik dan makcik aku juga. Ada juga yang aku beli sendiri, tapi beberapa bulan dah ada orang bagi aku yang lebih canggih. Orang memberi kita menerimalah. Sungguhpun, aku tahu ada juga orang sekeliling yang mencemburui diri aku ini. Aku hanya mampu tersenyum, tak baik ada sifat dengki kan. Nak beli laptop baru bukannya mudah, ianya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Entah macam mana, rezeki muncul tepat masanya. Sebahagian duit untuk memperoleh laptop baru ini datangnya dari pakcik aku sendiri. Aku hanya ingin mengucap syukur dan terima kasih banyak-banyak padanya. Sini aku share sikit spesifikasi laptop X453M, mana tahu ada yang berkenan nak beli. 

Spesifikasi Laptop ASUS X453M- Intel BayTrail M Dual Core 2840

google


google

Walaupun dah ada laptop baru, notebook lama tetap aku gunakan. Taknaklah dah dapat yang baru, yang lama terus dilupakan. Kedua-duanya aku sayang. Lepas ini, bolehlah aku menghadap blog puas-puas sampai lebam. Boleh dikatakan, warna yang aku pilihnya menjadi kegilaan ramai orang. Laptop baru ini juga ada pelbagai jenis warna lain salah satunya putih dan hitam. Kalau ada di antara korang sedang mencari ataupun nak beli laptop baru, aku suggest korang pilih model asus aku ini. Puas pun puas, nak tahu cepat rosak ke idak ianya hanya kepada pengguna itu sendiri. Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada kesemua pak-pakcik dan makcik aku yang banyak membantu dari segi kewangan sejak sekolah menengah hinggalah sekarang.

Thank you for reading!

13 comments:

  1. tahniah.. sama la kita pakai ASUS. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya ada laptop baru!..jijah pun ngah survey2 laptop ari tu..brand asus xde la pula..trpaksa beli HP. sofar ok gak

    ReplyDelete
  3. fiturnya dari indon ya dong hhehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..manfaatkan semaksimum yang boleh dan yang terbaik ye..

    ReplyDelete
  5. ASUS memang best dan smart hehe ala-ala apple gitu hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, murah rezeki Azwar dapat beli laptop baru. Saya ada juga teringin nak beli MacBook tapi, bila tengok harga dia fikir beribu kali juga.

    ReplyDelete
  7. kalau tengok harga macam tak mampu je ni. hehehe. tapi smart la designnya..

    ReplyDelete
  8. pown plan nk bli yg bru....yg lebih handy....thanks for the share...

    ReplyDelete
  9. saya pun ade dua latop..satu yg 11inci satu lagi 14inch. yg 11inch tu utk bawak masa presentation sgt sesuai..taklah berat sangat.

    anyway..that red color is niceee.

    and me also dont like MacBook. even saya pun orang IT,,tak tahulah, barang2 apple ni mmg takleh blah betul. saya xreti nak selongkar.hahaha

    Lovely Friday Charity!! Fill Up The Form & You will Receive a GIFT!

    ReplyDelete
  10. Wahhh. sama la.. saya pun pakai ASUS. tapi netbook aje. belum ada rezeki nak pakai laptop.. ngee~
    cun tu lappy merah

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!