Saturday, 7 February 2015

Finally, Saya Di Sini!!

Salam to all readers,

Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Akhirnya, dapat juga aku bersaing bersama sepupu-sepupu aku, walaupun terlewat 2 atau 3 sem dari mereka. Pelbagai perasaan yang aku rasa bila melihat sepupu-sepupu dan member-member semua yang sudah melangkah ke hadapan dari aku.

SYUKUR ALHAMDULILLAH....

Sekarang ini zaman milenium, semua benda di hujung jari sahaja. Begitu juga kemasukan ke universiti. Masa aku form 5 dulu, aku didedahkan dengan membeli no pin untuk mendaftar masuk ke universiti. Kebetulan, waktu itu jugalah form 6 mula di upgradekan. Jadi, atas dorongan keluarga tambahan pula tawaran ke ipta di tolak aku masuklah tingkatan 6. Best okay masuk form 6, first time aku tak lulus satu subjek, masih relax lagi. Kalau dulu, tak lulus, nangis bagaikan orang mati laki. Yang tak bestnya, waktu aku tingkatan 6 masih perlu berpakaian sekolah. Tapi sekarang, budak-budaknya dah boleh berpakaian biasa. Susah jugalah kalau dah boleh berpakaian biasa ni, mana taknya kena beli baju lagi, kalau berpakaian sekolah satu baju tu juga yang kita guna.

Zaman pakcik dan makcik aku dulu-dulu, mereka dapat tawaran belajar melalui penghantaran pos. Excited, tunggu posmen datang ke rumah bawa surat ipta katanya. Kini zaman milenium, semua benda di hujung jari sahaja. Dapat tak dapat semua melalui online. Kesian juga, pada orang yang tiada teknologi, tiada penggunaan internet kalau semua benda pakai online. Tapi, masih ada ke orang yang tiada teknologi tu? Orang yang duduk dalam hutan tu pun pakai astro inikan pula internet kan. Nasib baik jugalah, aku ini takdelah bebal sangat menggunakan teknologi. Sekarang, borang-borang tawaran semua kena print sendiri, dari surat penerimaan tawaran, medical check up, lain-lain borang semua kena print sendiri. Kiranya, masuk-masuk nanti semua benda tinggal hantar sahaja. Bagi orang yang tiada printer dekat rumah, memang kena kerja sikitlah untuk ke kedai. Bila dah complete semua, bak kata orang semua benda di hujung jari, jadi hantarkan sahaja borang yang dicomplete melalui online atau fax. Kalau nak hantar melalui pos boleh, tapi makan masalah.

Bercerita mengenai tawaran kemasukan belajar. Kalau kita apply ipta sudah semestinya kita kena terima sahaja kos yang diberi sungguhpun kita pilih kos lain. Nak taknak kena jugalah menerimanya. Berbanding pula masuk ipts, apa yang kau apply itulah yang engkau dapat melainkan kos yang dipilih itu dah terlebih kuota. Sungguhpun begitu, kita tetap diberi tawaran lain dalam bidang yang sama.


Diam tak diam, dah 2 minggu aku dekat sini. Homesick? Off courselah, inilah pertama kali aku keluar rumah, berjauhan dengan mak aku. Sungguhpun tak jauh mana tempat belajar aku, bila melangkah keluar rumah, adalah perasaan sedih tinggalkan rumah.

p/s: Apa-apa pun, aku berharap engkorang semua doakan aku supaya aku dapat tamatkan pengajian dengan sempurna tanpa sebarang gangguan sama ada disengajakan atau tidak disengajakan. Apa kos yang aku dapat? Tunggu entri seterusnya okay!



38 comments:

  1. semoga dipermudahkan segla urusan ye azwar. memula memang lah homesick lama lama nanti ok lahh tuu ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah azwar. Proud of you. Saya pun bekas pljar form 6 jugak. Hehe.

    Skrg budak form 6 dah boleh pakai baju biasa pergi sekolah? Really? Bestnya !!!

    ReplyDelete
  3. wah bestnya sambung belajar. all the best tau :D

    ReplyDelete
  4. Seriously budak form6 sekarang takyah pakai baju sekolah dah? Omg terasa macam hidup dalam gua pulak sebab tak tahu pun pasal ni T____T. Congratz and goodluck utk pengajian ijazah awak. Life dekat u, klu blh awak join la sebanyak mungkin program dan aktiviti yg ada, Klu kwn2 taknak join pun, awak pegi je join..nanti dpt la kwn baru. Mcm sy ni zaman dekat u dulu teringin nak join mcm2..tp tak join sebab konon takde geng. Now dah habis blaja rasa nyesal sangat tak grab peluang2 tu. Huhu.

    Btw jom singgah baca entry terbaru blog sy :)

    http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/2015/02/kongsi-resepi-pun-boleh-dapat-duit.html

    ReplyDelete
  5. tahniah and good luck dr PG ya azwar ;)
    PG tak berpeluang masuk U. Tengok adik² blogger masuk U, best je kan.
    Apa pun, selamat menempuh alam U ;)

    ReplyDelete
  6. congrats sis! ^_^
    Zue tumpang happy!

    ReplyDelete
  7. CONGRATULATION AKAK!!!! ....Btw,,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ... happy blogging

    ReplyDelete
  8. Elok-elok belajar azwar. Teringin sangat nak surat tawaran sampai kat rumah by postage. Baru terasa excited dia tuuu....

    ReplyDelete
  9. Wahhh tahniah dikk. Akak sekarang belajar kat upm course matematik. Nanti apply kat upm eh hehe

    http://memburucintamu.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Lama tak update blog ya? Harap sihat sejahtera la di sana. Apa pun, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Cepat-cepat update entri baru. Nak tahu juga Azwar masuk dalam bidang apa. Anyway, enjoy every moment there ya.

    ReplyDelete
  11. best of luck azwar...semoga semuanya dipermudahkan !

    ReplyDelete
  12. conggrats :)
    woot woot new neighbour ;)
    jom blogwalking ;)
    http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/01/segmen-blogwalking-journey-with-jjajja.html

    ReplyDelete
  13. Congrats dik dapat sambung belajar :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Semoga terus Berjaya..Amin

    ReplyDelete
  15. OMG CONGRATULATIONS KAK AZWAR WIWIWIIWI

    BESTNYAAA HUHUUU BTW DKT MANAAAA SEKARANG?!?!?!! HIHIHI HUGS!

    ReplyDelete
  16. Syukur alhamdulillah..tahniah ye azwar..peluang yang Allah beri..manfaatkan sebaiknya..untuk masa hadapan peribadi juga untuk insan sekeliling..amen..

    ReplyDelete
  17. selamat sambung belajar and kuatkan semangat utk terus cari ilmu yeppp :D hehe cabaran makin kuat, baik dr akademik, kawan2 n sekeliling punnn. selalu contact parents ea, minta nasihat and pandangan diorang :D

    ReplyDelete
  18. Eh form 6 boleh pakai baju biasa ehhh. Sekolah saya budak form 6 pakai baju kemeja merah, seluar/kain hitam hehe. Sangatla menyakitkan mata saya.

    And tahniah awak :)

    ReplyDelete
  19. tahniah kak. saya stpm leaver batch 2013/2014 hee

    ReplyDelete
  20. dapat katne?
    bila masuk?
    dah sem brp?
    amik course apa?
    haha. jawab kat next entry k. looking forward
    btw, tahniah :)

    ReplyDelete
  21. SALAM DAN HI , JEMPUT UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' MENANGI HADIAH LUMAYAN SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL DAN HADIAH-HADIAH LAIN. ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
  22. morning azwar :)

    PG nak jemput join GA ni.
    menang iphone 5s dengan mudah!
    jemput join ya :)

    ReplyDelete
  23. tahniah azwar !! selamat maju jaya..

    kalau free jemput join mini GA by Nina + Anies :)

    ReplyDelete
  24. tahniah dear =)
    nanti cerita la sikit pengalaman kat sana
    hehe... tetiba momoy rindu plak
    dah hampir 10 tahun tinggal zaman Uni. sob sob

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah, do your best k :)
    akk pun lama x update blog, bila update n blogwalking je semua blog dlm list dah berubah template..ahahaha..nampak sgt lama xmenyinggah..busyyy memanjang..

    semoga dipermudahkan segala urusan :))

    ReplyDelete
  26. tahniahh jugak belaja sungguh2 na hehe eh btw t msg fb reply k haiyooo sorry sgt for the pending tq byk2 !!:)

    ReplyDelete
  27. tahniah azwar.. lambat ke cepat Allah yang tentukan semua tu..:)
    manfaatkan sebaiknya.. All the best.. :)

    ReplyDelete
  28. wow tahniah...untung dpt belajar kat Uni..sy dulu xpernah pun masuk w.pun teringin nk masuk hehe so gunakan peluang tu sebaik mungkin yerrr ;p

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com