Monday, 22 December 2014

Review Glamoskin: Testimoni Selepas 2 minggu

Salam to all readers,


google
Seperti yang dijanjikan , harini Azwar akan update cerita mengenai hasil eksperimen yang telah dijalankan ke atas muka Azwar sendiri bersama produk Glamoskin. Engkorang semua masih ingat lagi tak entry mengenai Glamoskin yang Azwar kongsikan dahulu? Produk ini Mek Onie yang perkenalkan dekat Azwar. 

Boleh lihat entry ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk Glamoskin: Produk Kecantikan GLAMOSKIN.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu mencuba produk Glamoskin ini banyak perubahan positif yang Azwar alami. Pertama kali pakai produk Glamoskin terus jatuh hati. Sungguhpun pada awalnya, rasa cuak juga untuk mencubanya memandangkan kulit kita ini sangat-sangatlah sensitif.

google
Mana tak jatuh hati dengan produk Glamoskin yang telah membuat kulit wajah kita makin berseri-seri. Baru 2 minggu mencubanya, Azwar dapat rasakan tona kulit Azwar dah sekata tiada lagi bebelak di pipi. Yang paling ketara, kulit Azwar dah tak berminyak. Kalau dulu, masuk tengahari sahaja muka dah rasa berkilo-kilo minyak dekat muka. Selain itu, jerawat pasir dekat muka Azwar pun dah berkurang, kalau tang parut jerawat tu masih ada sikit-sikit. Apa-apa pun yang kita cuba nak pakai memang kena banyak berdoa dan bertawakal supaya mudah-mudahan dapat kesan positif menggunakannya seperti produk Glamoskin. Bukan Azwar seorang sahaja yang telah mengalami perubahan menggunakan produk Glamoskin ini, sudah ramai yang membuktikannya. 

Boleh klik sini untuk melihat testimoni pengguna lain: Testimoni pengguna Glamoskin

Untuk pengetahuan anda semua, Glamoskin ini terdiri daripada dua sahaja iaitu Glamoskin cleanser dan juga Glamoskin collagen gel. Gabungan Glamoskin cleanser dan Glamoskin collagen gel dapat memastikan kitaran pemulihan kulit muka berjalan lamcar dan sempurna.

google
Inilah Glamoskin Cleanser, baunya sangat wangi dan warnanya hijau jernih. Kurang buih dan amat sesuai dengan kulit yang sangat sensitif seperti aku. Sekali pakai, pasti rasa nak cuci muka sekali lagi kerana Glamoskin cleanser ini mempunyai ciri-ciri pencuci, pemutih, pewangi dan penstabil. Bestkan? Bila dah selesai mencuci muka mengguna Glamoskin cleanser ini muka akan rasa segar dan bersih sebersihnya. 

google
Ini pula Glamoskin Collagen Gel, yang digunakan selepas mencuci muka dengan Glamoskin Cleanser. Ia hanya boleh digunakan 2 kali dalam sehari iaitu malam sebelum tidur dan pagi sebelum pakai make-up. Kalau pakai dengan Glamoskin Cleanser secara konsisten secara tidak langsung ia membantu proses penyerapan Glamoskin Collagen Gel pada kulit dan mempercepatkan proses pemulihan. Muka rasa lembab sahaja apabila apply Glamoskin Collagen gel ini, sikit pun tak rasa kulit berminyak pada wajah Azwar.

Jadi, bagi mereka yang teringin nak muka persis bintang korea bolehlah cuba menggunakan produk Glamoskin ini. Tapi, ianya bukanlah magik, sekali sapu terus bertukar wajah. Kalau muka melayu, disapulah apa-apa produk tetaplah muka melayu. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sekiranya ada yang berminat nak mencuba produk Glamoskin by Legacy Secret ini boleh terus order di SINI.

This is sponsored post!

24 comments:

  1. produk keluaran Legacy Secret ni memang bagus bagus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe, lagi-lagi produk "B'vite" :)

      Delete
  2. Wah! Memang produk ni match dengan skin type awak. Thanks a lot for the info Azwa :)

    ReplyDelete
  3. kalau sesuai ngan muka elok la teruskan :) Hana lak jenis malas nak cuci muka, fikir nak tido cepat aje kalo waktu malam hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak perubahannya..berkesanlah ye..pek pon nampak eklusif

    ReplyDelete
  5. wahhh....lepas ni makin berseri-seri la muka dia kan .hehe

    ReplyDelete
  6. wah ..Nampak keberkesanan product. Bagus. Disiplin kan diri menggunakannya k

    ReplyDelete
  7. tak pernah dengar produk ni. first time tau bila masuk blog Azwar.. :))

    ReplyDelete
  8. Haha weh weh jangan pengaruh aku try. Aku ni dah la macam lalang kejap try tu kejap try ni haihh

    ReplyDelete
  9. Ada perubahan di situ.. bagus la.. lepas ni lagi famous la dia hehehee.. :D

    ReplyDelete
  10. good job azwar. hehehe. kak bella 1st time dengar. kalau sesuai elok teruskan =)
    akak singgah , lps lame senyap

    ReplyDelete
  11. Wuiyooo !! Makin pelolesss la lepas ni. :D

    ReplyDelete
  12. Wahh. macam menarik. samelah ada masalah tona muka tak sekata jugak. taktau nak pakai apeee. huhu

    ReplyDelete
  13. The best review about Glamo Skin...pertama kali dengar...dan tgk sesuai dengan wajah ni...

    ReplyDelete
  14. tuuu dia...muka macam korea dah...hahahaha

    kak sally mmg pakai brg korea terus walau belum pun jadi muka korea :P

    ReplyDelete
  15. wow.. kulit macam artis korea.. lepas ni, anyeong haseyo la.. hahaha

    ReplyDelete
  16. wahh memng glamor la cik azwar pasni..hehe

    ReplyDelete
  17. fuhh. makin berseriiii. boleh cuba nii

    ReplyDelete
  18. Ramai dah mencuba GlamoSkin ni kah..ternyata berkesan

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com