Monday, 8 December 2014

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk - Gelang Ajaib Menghapuskan Nyamuk

Salam to all readers,

Memandangkan saya tinggal di kawasan perkampungan (tanah pusaka), sudah semestinya mempunyai laman yang besar baik laman hadapan mahupun laman di belakang rumah. Jiran tetangga saya pula, terdiri daripada saudara-mara belah nenek cuma hanya seorang jiran tetangga sebelah rumah merupakan orang luar. Kekadang apabila kita dah bersihkan kawasan rumah, ada pula jiran sebelah yang tidak menyelenggarakan rumahnya seperti membiarkan rumput panjang bak sawah padi, longkang tersumbat mengakibatkan kita sebagai jirannya juga terpaksa menerima tempiasnya. Tambah-tambah, sekarang ini sekejap panas sekejap hujan lagilah nyamuk suka melepak.

 Ini adalah laman hadapan rumah saya

Ini sudut tepi rumah saya bersebelah rumah orang yang agak terbengkalai menyebabkan air banyak bertangkung serta menjadi tempat nyamuk suka melepak.

Jadi, bak kata orang juga nyamuk dan kawasan kampung tidak dapat dipisahkan. Sungguhpun, semburan fogging telah dijalankan beberapa kali disini tidak bermakna nyamuk tidak hadir lagi. Persoalannya, sampai bila ia harus dilakukan sedangkan ada yang tidak selesa dengan bau semburan tersebut. Tambah-tambah penduduk sekeliling saya terdiri daripada warga emas. Makanya, saya mengambil keputusan untuk mencuba "Bugslock gelang penghalau nyamuk yang terbukti berkesan".

google
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Setelah hampir seminggu menggunakan Bugslock gelang penghalau nyamuk ianya terbukti berkesan. Bukan sahaja dapat menghalau nyamuk tetapi agas juga kini tiada lagi. Kalau dahulu, aktiviti harian saya sebelum maghrib adalah memasang ubat nyamuk di ruang tamu, membuat semburan nyamuk di setiap sudut rumah, kini tidak perlu lagi setelah adanya Bugslock gelang penghalau nyamuk.

google
Kini, tidak perlu gusar lagi dengan nyamuk kerana adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk. Aktiviti riadah saya untuk bersenam bersama keluarga tiada lagi gangguan. Jelas kelihatan begitu gembira diri ini dengan memakai Bugslock produk anti-nyamuk yang terbukti berkesan.

google
Malah, kalau berada di ruang tamu untuk menonton televisyen cukup rasanya seorang yang memakai Bugslock gelang penghalau nyamuk kerana baunya sangat wangi dan secara tidak langsung orang sekeliling juga turut dapat manfaatnya kerana tiada lagi gigitan nyamuk mahupun nyanyian nyamuk di telinga.

google
Adik saya sendiri juga turut merasai Bugslock produk anti-nyamuk yang berkesan. Kini tidurnya tiada lagi gangguan mahupun gigitan nyamuk. Bugslock merupakan cara terbaik untuk mengusir nyamuk.

Rekabentuknya yang ringan dan mudah dipakai memudahkan saya membawa ke mana sahaja. Seandainya saya makan malam bersama keluarga di warung-warung berdekatan juga saya tetap menyarungkan Bugslock gelang penghalau nyamuk di tangan saya kerana Bugslock merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan. Kini, dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ia bukan sahaja dapat melindungi diri saya seorang malah turut melindungi ahli keluarga saya dengan memakai gelang ini. Secara tidak langsung, kami dapat mengatasi masalah nyamuk, dan terhindar daripada penyakit demam denggi. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, apa tunggu lagi, elak kena gigitan nyamuk dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.

Untuk pengetahuan anda semua, Bugslock gelang penghalau nyamuk ini amat sesuai digunakan seisi keluarga dan tidak kira peringkat umur semua boleh memakainya termasuk bayi kerana ia dijamin selamat serta ia diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik. Dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi), Bugslock mampu membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Malah, jangka masa penggunaan Bugslock juga adalah panjang iaitu Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya, jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Boleh simpan kembali ke dalam pek asal selepas menggunakannya. Mudah dan berbaloikan rasanya?

google
Inilah cara terbaik untuk memakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk, iaitu di pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi), pergelangan tangan dan juga pada kerusi bayi. Mudah kan? Jadi, cara terbaik untuk elak kena gigitan nyamuk adalah dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.

DAPATKAN YANG ORIGINAL
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

13 comments:

  1. phewit terbaek la entry nie dik oi.. semoga boleh menang la.. memang betul2 berkesan eh gelang nie. kena cuba jugak bila balik kampung sebab bioasa kalau balik je kg mesti badan ade bintik2 merah kena gigit nyamuk.. maklumlah rumah kg sebelah semak . hhahaha.. xoxo . mana ntah nak beli nie watson/ guardian ada eh

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.
    pergh..senang la lepas nih..buat aksesori pun boleh..:)

    ReplyDelete
  3. kiranya bau dia kuat jugak lah eh?

    ReplyDelete
  4. Rasa memang gelang nie satu keperluan untuk semua...

    ReplyDelete
  5. follow blog twitter dan like fb cik anggur balik di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete
  6. wahhh..boleh beli niey..x tahu lak ade jual mende cannih

    ReplyDelete
  7. best pakai gelang nih,bau serai..
    shad singgah dari segmen sama..

    ReplyDelete
  8. Best kan Bugslock ni.. sebab dapat guna untuk seisi keluarga?
    Good luck syuhada!
    Jemput juga join GA saya ni. (8-30 disember 2014)

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  9. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  10. Review yang menarik :). Jom Blogwalking <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com