Monday, 22 September 2014

Lunch Date With Syarif di Johnny Rockets, Sunway Piramid

Salam to all readers,


Credit : Mohd Rasul

| Lunch Date With Syarif di Johnny Rockets, Sunway Piramid | Hari Selasa baru-baru ini, Azwar join satu event di Sunway piramid. Macam mana boleh diundang? Sebenarnya sekadar kebetulan, masa tu nampak kak Uzu update status dekat Facebook, (siapa yang nak makan bersama Syarif Sleeq di Johnny Rockets). Masa tulah, tangan dok gatal hantar link nak join sekali. hehehe.. Tup-tup dapat pula join. 


Lunch date kami bertempatkan di Johnny Rockets, Sunway Piramid. Yang terletak betul-betul bersebelahan dengan kepala singa. Sungguhpun dah banyak kali ke Sunway, tapi ini kali pertama Azwar makan di Johnny Rocket. Uniknya konsep yang digunapakai di Johnny Rocket ini salah satunya ada masa pekerja Johnny Rockets memasang lagu lalu menari ikut rentak lagu. Syok gila, rasa nak join sekali mereka menari. Manakala, menu utama di Johnny Rocket ini sudah pastilah "Burger". Rugilah kalau datang tak makan burgernya kerana size dan rasanya sangatlah sedap!!


Sememangnya Lunch Date with Syarif ini dianjurkan oleh tonton yang turut disertai beberapa orang blogger, media, peminat + pemenang contest Sleeq bagi memeriahkan lagi majlis ini. Dalam pada masa yang sama, majlis ini juga bagi meraikan "Ulangtahun ke-4 Tonton dengan rekod 4 juta pengguna pendaftar". Tahniah buat tonton!!! Azwar pun salah seorang pengguna tonton.




 Bergambar bersama Kak Ayue dan juga Kak Uzu (Emas Putih)

Bergambar bersama Kak Yaya

Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ini Tonton ada melancarkan sebuah lagi siri web original iaitu "HANYA SATU", yang menampilkan Syarif SleeQ, Kilafairy, Qhaud Rashid, Fezrul Khan, Wan Sharmila bersama bintang jemputan Altimet, Anzalna Nasir, RJ dan Raja Farah. Cerita ini dah disiarkan pada 15 September sehingga 17 Oktober 2014, setiap Isnin hingga Jumaat jam 12 tengahari. Jadi kalau korang ada masa, tengoklah siri ini di Tonton.

Akhir sekali, nama pun dah lunch dengan Syarif Sleeq mestilah ada satu gambar bersamanya. hahaha...Nah, I belanja satu gambar! Dia memanglah seorang yang peramah dan kuat senyum. Dari masuk sampailah habis event dia senyum sahaja!


p/s: Apa-apa pun jangan lupa menonton "Hanya Satu" di www.tonton.com.my!

15 comments:

  1. Wahh...tahniah2...best tu..tempat plak cam happening jer

    ReplyDelete
  2. pehhh,bestnya.hihi.
    harap one day dapat join event yang macam ni leee ;)

    ReplyDelete
  3. meriahnya azwar... comel je korang semua..

    ReplyDelete
  4. Meriah,,berukhwah sambil menikmati rezeki..alhamdulillah. .

    ReplyDelete
  5. Syarif tu memang tinggi sangat ke? Azwar nampak kecil sangat :)

    ReplyDelete
  6. Syok ahh join join event ni kannn haha

    ReplyDelete
  7. amboi...sakan tau dia ... hehehe.. kak sally pun nak try sekali la makan kat situ :)

    ReplyDelete
  8. Walaweh bestnya dpt pi event Ni. Tapi en serius Sharif sleeq tinggi :o woah unexpected.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com