Sunday, 3 August 2014

Cerita Raya

Salam to all readers,

Rasa lama gila tak update blog, mana taknya nak dekat raya haritu ramai gila customer. Balik dah penat, terus tidur. Setelah sekian lama menyepi, baru harinilah dapat meluangkan masa depan lappy. Sekarang mood raya kan? Apa kata kita sembang pasal raya, nak tak? Apa macam raya korang, best tak? Mesti vogue kan raya korang? Seperti biasalah, sama macam tahun sudah, baju raya aku sudah semestinya baju kurung moden. Hanya ada sepasang sahaja baju kurung biasa. Kebiasaannya, kiteorang tiada tema baju raya macam family orang lain. Asal ada warna yang seakan-akan pun jadilah. Takdelah nampak boria sangat.

Bergambar bersama adik, moksu dan mak!

Kebiasaannya, raya pertama duduk rumah sahaja. Tapi tahun ini, memandangkan semua saudara (adik-beradik mak) balik kampung, kiteorang mulalah pergi berjalan raya ke rumah tok-tok saudara yang duduk area Klang, dan Shah Alam. Pertama kali memecah tradisi rumahku tutup pada raya pertama. Biasalah, rumah kalau orang tua dah tiada (atuk dan nenek) jaranglah orang nak mai rumah.

Sempat bergambar dengan Tok Itam merangkap adik atuk belah mak.

Raya kedua, menyambung raya ke rumah atuk saudara di Kuang dan rumah pak cik di Selayang. Balik beraya, singgah IKEA sekejap untuk cuci mata. Raya ketiga, kiteorang berjalan raya ke "Residences Kuala Lumpur" menginap di sana untuk satu malam. Bajet balik kampung di bandar kata kau! Malam tu, kiteorang pun berjalan ke Pavilion untuk mencari tempat makan. Sewaktu mencari tempat makan, terserempak pula dengan Pak Nil, waktu ini adik aku jalannya dah slow-slow dah! Excited laa kan jumpa artis katanya. Akhirnya pergilah bergambar. Dalam pada masa yang sama, aku pun tumpang sekaki bergambar. Bukan selalu jumpa artis kan.


 Sudut pemandangan di apartment "Residences Kuala Lumpur". Cantik gila!



Raya keenam, barulah dapat stay di rumah sambil menunggu member-member datang beraya.  Harini, merangkap raya ketujuh pergi berjalan raya ke rumah member-member. Tak jauh mana pun tempat mereka, hanya sekitar tempat aku jugalah. Diam tak diam, esok dah lapan hari kita berhari raya. Diam tak diam juga, eesok semua orang sudah mula bekerja, adik-adik dah mula sekolah, serta ada juga yang sudah mula berpuasa enam. Cepatnya masa berlalu kan? 


Rasanya belum terlambat lagi kan, nak bagi ucapan selamat hari raya? Jadi, di kesempatan ini saya Azwar Syuhada merangkap penulis blog http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 kepada semua pembaca blog ini. Seandainya sepanjang saya menulis ada yang makan hati ke, Azwar minta maaf ok? Salam kosong-kosong. =D

p/s: Salam Aidilfitri 2014!

21 comments:

  1. Azwar, thanks tau kasi kad raya.. Hehehe.. awak je kot yang kasi kad ke kita tahun nie . kalau tiba-tiba lepasnie ada lagi kad raya sesat x tahu la haha

    ReplyDelete
  2. akakkkkkkk comelll gojes sangatt. hambek kau!! hahaha

    selamat hari raya kak azwar =') sebab akak lebih tua.. so nak duit raya. huhuh

    ReplyDelete
  3. pak nil ?
    dear azwa cantik sangat baju raya dear =)
    eh eh kita pun nak ucap selamat hari raya juga
    maaf zahir batin yer
    pasal no whatsapp tu kan
    kosong satu empat lima empat empat lima sembilan lima satu
    apa la yang nak ditanya tu kan. hihi

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya juga kak :) maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  5. raya tahun ni suram gila..sob sob...Selamat Hari Raya azwa! :)

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya..
    Bestnya dapat jumpa Pak Nil ;)

    ReplyDelete
  7. Wow bestnya dpt jumpa pak nil..hehehe
    Selamat hari raya jugak buat azwar. . =D

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) lawa gambaq

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya jugak azwar ;)

    ReplyDelete
  10. Happy eid mubarak too kak azwar omg thanks for the card hehhehe <33333333

    ReplyDelete
  11. meriah raya awak berjalan jalan..salam syawal :)

    ReplyDelete
  12. Salam Aidilfitri azwar...^_^

    ReplyDelete
  13. wahhh...meriah raya nampak...hehehe..Selamat hari Raya Azwar...maaf zahir batin yer kalau lan ada terbuat silap ek..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. Azwar! bestnya raya kat Pavi. ahaha, jumpa Pak Nil plak. Cantik baju raya, satu family nampak meriah! Selamat hari raya ke doblas. *lambat gila ko Nas. hahaha. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com