Sunday, 22 June 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida

Salam to all readers,

Semalam sedang asyik berblogwalking di blog-blog orang, ternampak entri baru kak Shida bahawa dia akan menganjurkan satu segmen pada hari ini (Ahad, 22/6/2014). Rasanya dah lama gila Azwar tak join segmen. Jadi, dengan ini buat kunjung kalinya, Azwar join Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida. Segmen ini bakal berlangsung selama seminggu, bermula hari ini Ahad (22.6.2014) sehingga hari Sabtu (28.6.2014). Menariknya segmen ini berkaitan dengan Nuffnang. Siapa tak kenal dengan Nuffnang kan?



Rata-rata semua para blogger pasti sudah tahu apa itu Nuffnang kan? Ada yang jadikan Nuffnang sebagai sumber pendapatan, ada juga sebagai tabungan, dan macam-macam lagi benefit yang kita boleh dapat bersama Nuffnang! 

Azwar mula mendaftar nuffnang pada 10 Jan 2013, kira baru 1 tahun lebihlah. Bagaimana boleh terjebak dengan Nuffnang? Azwar mula terjebak disebabkan melihat blog cousin yang suka pergi event under nuffnang dan ada beberapa blogger yang dapat income daripada nuffnang. Dari situlah, hati ini terus tertarik nak join Nuffnang! Antara perkara yang menarik sepanjang bersama Nuffnang:

CPUV
Sepanjang Azwar register nuffnang, baru tahun inilah Azwar berpeluang dapat CPUV. Susah jugalah nak tackle hati nuffnang. Alhamdulillah, hajat nak dapat CPUV itu tercapai jua. Kalau dapat CPUV tiap-tiap bulan pun bagus juga kan? Bertambah semangatlah nak update blog. hehehe..

Payment
Sepanjang bersama Nuffnang, Azwar masih belum pernah cashout lagi. Walaupun dalam hati ini meronta-ronta nak cashout awal. Kalau kumpul banyak-banyak lagi syok nak cashout kan? Tak gitu? Sabar itu kan indah. Jadi teruskan bersabar wahai hati.

Feedback
Untuk pengetahuan anda semua, orang-orang nuffnang ini sangatlah bagus kerana memberi responds yang baik, pantas, cepat, dan tangkas kepada para blogger ataupun nuffnanagers. Kerana setiap kali hantar tiket kepada nuffnang, pasti akan di reply walaupun mengambil masa dalam beberapa hari. Kekadang tak sampai 2 hari pun dah dapat feedback. Bagus kan team nuffnang?

Event Nuffnang
Sepanjang bersama nuffnang, tahun ini jugalah Azwar berpeluang join event blogger anjuran nuffnang. Iaitu melawat Kilang Mamee di Melaka. Anjuran seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama para blogger. Bila dah bertentang mata, tak terkatalah pula. hehe..

Gambar kenangan bersama rakan blogger dan team Nuffnang semasa melawat Kilang Mamee, Melaka.

Nuffnangers
Bila kita log in nuffnang, sudah pasti kita dapat melihat nuffnangers yang melawat blog kita. Dari sini, kita boleh melawat blog mereka dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama nuffnangers. Berkawan biar beribu, berkasih biar satu. Tak gitu?

Okay, ini sahajalah serba sedikit mengenai perkara menarik Azwar bersama Nuffnang. Mungkin, pengalaman korang bersama nuffnang lagi seronok kan? Jadi, apa kata korang join segmen ini dan kongsikanlah pengalaman korang bersama nuffnang tu! Mana tahu korang berpeluang memenangi (5 Button Badge Nuffnang @ 14 Bookmark Nuffnang @ 5 Voucher dari Watsons @ Cash/Topup jika menang) bagi 14 pemenang di pecahkan kepada 2 kategori iaitu 5 pemenang untuk Best Entri dan 9 pemenang akan dipilih secara random.

Pengumuman pemenang pada: 1 Julai 2014 (Selasa)

p/s: Harap-harap dapatlah terpilih sebagai salah seorang the best entri. hehehe.. >_< Kalau random tu, macam tipis je nak menang. hahaah.. 


20 comments:


  1. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking senarai perserta dari Segmen I Love Nuffnang by Dunia Sebenar Shida.. Semoga berjaya, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya. CPUV saya pun terhenti sekarang ni harap kembali semula

    ReplyDelete
  3. ehehe sy xde ms.Nuff so just nak say Good Luck ajer lah ;p

    ReplyDelete
  4. Weh wehh nak join ni! Tapi busy do. In shaa Allah kalau sempat aku join. Goodluck Azwar!

    ReplyDelete
  5. seronok nya pergi melawat brsma team nuffnang

    ReplyDelete
  6. salam. wahhh bestla dapat join event dari nuffnang :)

    dari segmen yang sama :)
    http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

    ReplyDelete
  7. entri y detail..macam ada can je nak menang. Susunan isi pun menarik.. great luck! :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I will be waiting for your further post thanks once again.

    Feel free to surf to my blog post; hgh pills for height

    ReplyDelete
  9. singgah dari segmen yang sama..
    http://cikgufaizcute.blogspot.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html
    good luck :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah wa :) mesti bykkn pgalaman lpas join event nuffnang ni. Kak shida xbksempatan je nk join bkn apa kekangan msa..inshaallah nnt kalo ade lg blh pergi bsama kn hehee..tq sharing pkongsian yg hebat ni :) gudluck azwar..thanks juga sbb join segmen ptama dr kak shida ni.

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan, singgah dari segmen yg sama.Seronoknya dapat join event nuff.

    http://www.azhafizah.com/2014/06/segmen-i-love-nuffnang-by-dunia-sebenar.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com