Sunday, 9 February 2014

Yeo's Pilihanku

Salam to all readers,



Yeo’s merupakan satu produk minuman yang tidak asing lagi di Malaysia. Saya pasti, kebanyakan rakyat Malaysia tidak kiralah Melayu, India mahupun Cina tahu akan Yeo’s. Setidaknya, anda pasti pernah minum ataupun membelinya di kedai-kedai.

Untuk pengetahuan anda semua, Yeo Keng Lian merupakan pengasas Yeo’s di Wilayah Fujian, Zhangzhou, China. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sampai ke hari ini perniagaannya  semakin berkembang sehingga di kenali seluruh rakyat Malaysia.

Yeo’s mula melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Kilang Sos Yeo Hiap Seng yang berpangkalan di Singapura. Kemudian, mengembangkannya lagi di Malaysia sekitar tahun 1940. Yeo’s juga turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan beberapa anak syarikat dan menubuhkan cawangan di luar negara. Untuk pengetahuan anda semua, Yeo's Malaysia merupakan sebuah pusat pembuatan terpenting bagi Pengedaran Global Yeo untuk pasaran Indonesia, New Zealand, Australia, IndoChina, Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi tidak hairanlah, Yeo’s mampu berdiri teguh menempa nama di persada negara.

Mak saya ada juga berkata, pada sekitar tahun 1970-an hingga1980-an masyarakat lebih menyukai air dalam botol kaca seperti air coca cola, soya, pepsi dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, memudahkan mereka memulangkan botol tersebut semula.

Tahun demi tahun, teknologi semakin canggih dan pengusaha-pengusaha kilang mengambil inisiatif untuk memperbaharui  air minuman Yeo’s dari botol kaca ke pek kotak, air tin, air botol yang direka dengan pelbagai bentuk yang unik. Terdapat pelbagai jenis air minuman Yeo’s yang semula jadi dan berkhasiat. Antaranya ialah air soya, teh, yogurt dan air buah-buahan.

Banyak-banyak air yang di keluarkan oleh Yeo’s, air Soya Yeo’s menjadi pilihanku. Hal ini kerana, airnya kaya dengan kacang soya yang bermutu tinggi dan ianya diperbuat daripada Kacang Soya Kanada. Malah, ia juga kurang lemak, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan bebas dari kolestrol. Untuk pengetahuan anda semua, air soya bukan sahaja sedap malah ia mampu memberi kita tenaga sepanjang hari serta membantu mengawal berat badan.


Sehingga ke hari ini, saya masih setia bersama Yeo's. Ke mana saya pergi, air minuman Yeo's pasti ada bersama.

Air minuman Yeo’s juga boleh dikatakan banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia. Terutamanya kaum Melayu yang lebih gemar memberi buah tangan minuman Yeo’s sebagai pengganti bunga telur dalam acara majlis perkahwinan, majlis tahlil dan acara rasmi. Malah, air minuman Yeo’s juga turut boleh dijadikan hadiah dalam acara sukaneka di sekolah-sekolah. Ada juga segelintir masyarakat Melayu, mempercayai ‘kalau hendak anak berkulit putih, minumlah Air Soya Yeo’s semasa mengandung.

Air minuman Yeo’s juga mudah didapati di kedai-kedai runcit, pasar raya, perhentian rehat lebuh raya, dan kedai-kedai buah. Hampir kesemua kedai pasti menjual air minuman Yeo’s. Jelaslah bahawa, air minuman Yeo’s telah menarik hati masyarakat Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, Yeo’s bukan sahaja mengeluarkan produk minuman malah ia juga turut mengeluarkan produk makanan yang turut diperbuat daripada bahan semula jadi dan herba. Contohnya, mi segera, sos makanan, dan minyak bijan.


Antara barangan keluaran Yeo's. [Sumber google]

Sekiranya anda semua ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Yeo's, anda semua bolehlah melayari laman web Yeo's untuk mengetahui apa sahaja aktiviti, produk terbaru, dan sebarang pertanyaan juga boleh rujuk di sini:


yeos-minicontest-728x90

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

p/s: Entri ini merupakan sebuah entri Contest Yeo's Sepetang Bersama Blogger. Sekiranya anda, suka dengan cerita yang saya taip ini, silalah merajinkan diri untuk klik button google plus dan like sekali. Sekian terima kasih. >_<

36 comments:

  1. selamat berjaya dengan contest yeos :)

    ReplyDelete
  2. Mana nak click button google plus tu kak azwaaaaaaaar hihihihihihi

    ReplyDelete
  3. Btw yeos mmg pilihan qila jugak hiks. I love soya!! eh

    ReplyDelete
  4. Jom pakat daftar, join contest dan yg penting hadirkan diri. Mu tunggu aku di sana weh......

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah malam di sini dik,,,semoga berjaya dengan contest bersama Yeo's Pilihanku..

    ReplyDelete
  6. salam dear, semoga berjaya dengan segmen ni ye.. :) yeos adalah pilihan mama juga....

    ReplyDelete
  7. mana Google+ Button? Azwar g ke..? nnt boleh jmpe!

    ReplyDelete
  8. yeos letak ais ketoi. arhhh, sedapp ! xD

    ReplyDelete
  9. akak paling suka air soya yeos.. semoga berjaya untuk contest ini azwar..

    ReplyDelete
  10. Goodluck dear... Akak suka juga barangan yeos. Terutamanya susu soya yeos. Sedappp! :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...All the best yea!!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, semoga berjaya dan murah rezeki ya. saya dah klik g+1 untuk entri kamu. hehehe

    ReplyDelete
  13. good luck! :)

    rajin2 singgah la sini :)

    ReplyDelete
  14. hai dear, jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

    hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

    ReplyDelete
  15. gplus yang ke 23... tapi gambar yeo's dalam beg tu macam sempoi jee

    ReplyDelete
  16. entri yang menarik... good luck, ya~
    saya support entri ini dgn G+ dan FB Share~

    ReplyDelete
  17. yeos mmg best kan ^__^ gdluck juga..

    ReplyDelete
  18. minuman yoes memang sedap.
    good luck Azwa :)

    ReplyDelete
  19. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  20. Soya Yeos memang sedap. Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+ pada entri ini.

    ReplyDelete
  21. ok..awok udah like.. dan klik button g+..gudluck la yeee

    ReplyDelete
  22. Selamat Maju Jaya Miss :)

    Ikhlas;
    ProfHariz

    ReplyDelete
  23. Wah boleh jadi duta yeos ni hehe
    Best of luck dear :)

    ReplyDelete
  24. yeos mmg terbaik..suka air soya, jagung

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com