Monday, 24 February 2014

Tips: Buah Tomato Merupakan Sumber Kecantikan Tersendiri

Assalamualaikum to all readers,



Setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali ke alam maya. Penat juga rasanya menyental rambut orang ini, tapi dalam pada masa yang sama rasa seronok sehingga blog pun terabai. Kali ini, aku kongsikan sedikit mengenai khasiat buah tomato.

Untuk pengetahuan anda semua, khasiat yang terkandung dalam sebiji tomato lebih daripada apa yang kita dapat bayangkan kerana ia mampu memberikan kulit licin jika diamalkan selalu. Tomato atau nama saintifiknya lycopersicon esculetum amat kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang amat diperlukan dalam badan. Tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Terdapat beberapa kajian, yang mengatakan tomato juga mampu menghindari penyakit barah prostat bagi kaum lelaki dan khasiat antioksida semulajadinya mampu memberikan kesihatan yang baik kepada badan.

Bagi mereka-mereka yang mementingkan kecantikan, sangat disarankan untuk mengamalkan makan buah tomato kerana banyak memberi impak untuk menegang dan mencantikkan kulit di samping khasiat-khasiat lain.

Antara khasiat buah tomato:

1. MENGURANGKAN JERAWAT
Rebus tomato sebelum potong sebesar ibu jari agar mudah dipegang. Gosokkan tomato tersebut pada wajah dan biarkan ia sehingga kering dalam 15 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan beberapa kali dalam seminggu.

2. MENGECILKAN LIANG ROMA
kisar tomato sehingga lumat dan sapukan pada muka. Bagi memberi kesan kelembapan bolehlah tambahkan sedikit madu. Biarkan ia kering dalam satu jam sebelum bilas dengan air suam pada muka.

3. MENGHALUSKAN WAJAH
Kisar tomato hingga mendapatkan jusnya dan sapukan pada muka seakan mencuci muka dengan pembersih muka. Urut perlahan-lahan dan bilas dengan air.

4. MENYEGARKAN WAJAH KUSAM
Tomato memang terkenal kerana memberi kesegaran pada wajah. Kisar sebiji tomato dan campurkan sedikit yogart dan sapu di seluruh wajah dan biarkan kering selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Kredit: Utusan Malaysia

p/s: Jangan lupa hujung minggu ini birthday aku k! (2/3/2014) Pada sesiapa nak bagi hadiah pun boleh. Ianya amat dialu-alukan lagi. hahaha.. 


22 comments:

  1. good sharing..bleh wt ni.tomato byk kt umh.hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Tomato memang banyak khasiat.. Nice sharing..

    ReplyDelete
  3. tomato...cntik dan berkhasiat ^_^
    jom ke blog syira... segmen tamat 1 jam lagi..3 yg terakhir join confirm akan direview :)

    ReplyDelete
  4. jus tomato sangat sedap,saya yang tidak berapa gemar tomato pun jadi suka,tapi suka jus saja,kalau dalam masakan maintain tak suka :l

    ReplyDelete
  5. Yayyyy qila in love with tomatooo <3333

    ReplyDelete
  6. thanks share, nak try ah nanti :D

    ReplyDelete
  7. waaa nice info . . boleh cuba ni tgk smua senang je tak susah cuma yang penting kena ada tomato . hehehe thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. tomato mmg sedap ^_^ thanks atas infonya

    ReplyDelete
  9. Hye...klau syalah, memang best jika tomato tuu dimkn dgn mayones ;)

    ReplyDelete
  10. Assalam. kak azwar, amal dah share thru google + yang contest Yeos akak. kalau akak tak keberatan nak mintak share google + article amal yang ni. Taman Saujana Hijau yg memang sgt cantik mcm kt oversea. Terima Kasih!

    http://www.virtualmalaysia.com/taman-saujana-hijau-putrajaya/

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI AGEN RUSMAN DI NMR (_082-334-222-676) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT



      JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI AGEN RUSMAN DI NMR (_082-334-222-676) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT



      JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI AGEN RUSMAN DI NMR (_082-334-222-676) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT

      Delete
  11. hehe. ee selalu buat masker tomato. memang sangat best. i love it =D

    ReplyDelete
  12. mama kan.. tomato dah dimasak mama makan, tapi kalau suruh mama makan gitu je.. adoi.. awal-awal lagi mama kata tak boleh..

    ReplyDelete
  13. selama ni makan aje tomato tu... tak pernah buat camni waha eh comelnyaa doodle tu :o :o :o

    ReplyDelete
  14. akak suka makan buah tomato.. bagus banyak khasiatnya.. bagus perkongsian ini azwar.. :D

    ReplyDelete
  15. wah byaknya khasiat buah tomato :)

    ReplyDelete
  16. paling best potong tomato dadu kecil .. ptoong timun dan corret halus.. campau mayonis gaul makan ngan roti memang terbaik :D

    ReplyDelete
  17. Tips ni bagus. Sedap pula tu tomato. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com