Tuesday, 4 February 2014

Kerja!

Salam to all readers,

Alhamdulillah hampir sebulan lebih juga aku bekerja dan untuk bulan ini kira gaji kedua aku. Terasa bangga jugalah dapat pegang duit gaji sendiri. hahahaha.. Nampak tak kejakunan aku di situ?

Mesti korang masih berteka-teki apa pekerjaan aku kan? Ada juga yang meneka aku bekerja sebagai MAID seperti dalam novel "Menantu Datin Izzah". Sebenarnya, badi yang aku maksudkan dalam novel tersebut hanyalah di part kena buang kerja sahaja.

Ceritanya bermula begini, setelah sebulan bekerja kawan sekerja berkata kepadaku 'lu banyak hebat, cari kerja sorang-sorang lorh dan sangat berani'. Kembang kuncup jugalah bila orang sudah puji tu. Padahal masa aku masuk tempat itu masih dalam keadaan marah sebab kena pecat, tambah-tambah hujan pula waktu itu. Lagilah benagang!!

Permulaan...

Start bekerja pada 23/12/2013. Sebelum nak mula bekerja tu, ada juga aku terfikir apa kerjalah yang akan diberi pada aku ini. Kalau ditengokkan memanglah nampak senang, tapi kalau tiada kemahiran dan juga sijil memotong apa boleh buat kan? Tapi kalau bab mengemop dan mengelap cermin itu aku memang pakarlah. Tak payah sijil pun takpe.

Minggu pertama...

Aku diajar menganyang kepala orang. Agak kekok jugalah masa mula menganyang kepala orang. Bila balik sahaja, aku mula praktis dekat kepala mak dan adik aku. Mak aku kata, agak ganas jugalah aku menganyang. Esoknya, aku diajar sekali lagi step menganyang dan disuruh menganyang kepala boss. Boss tu? Dalam hati ni, takut jugalah nak menganyang kepala boss sendiri. Nasib baiklah boss aku tu cool orangnya. Hari demi hari, cara aku menganyang kepala orang sudah semakin mahir. Suka betul aku!! Buat masa ini, customer berpuas hati dengan kerja aku. Rata-rata customer yang datang di sini adalah rakan-rakan sekolah aku, baik Melayu, Cina mahupun India. Alhamdulillah setakat aku bekerja di sini masih belum ada lagi penduduk Bangla mahupun PAK TAM mengunjungi kedai ini. Mungkin tempat aku bekerja ini bukan pasaran mereka. Kawasan tempat aku ini adalah kawasan industri. Jadi rata-rata yang datang juga terdiri daripada pekerja-pekerja kilanglah jawabnya.

Benda yang aku kena hadap hari-hari adalah shampoo, conditioner, hair dryer, puspa dan macam-macam lagilah. Dalam pada masa yang sama, aku cukup kagum dengan boss aku. Yelah mana tidaknya, boleh dikatakan semua kerja dia melakukan sendiri dari bab menggunting, membancuh warna, dan mendandan rambut. Tugas pekerjanya hanyalah mencuci dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Mungkin dia mahu menghasilkan sesuatu kerja itu dengan baik dan sempurna. Yelah, kalau pekerja tersalah bancuh ianya sudah menjadi satu masalah kena bancuh warna semula. Dekat situ sudah membuang masa. Justeru, dia mengambil langkah untuk melakukannya sendiri. Nampak tak tahap kebertanggungjawaban boss aku?

Walaupun aku bekerja di tempat orang bukan Islam sekalipun, aku berasa bersyukur sangat kerana mereka lebih terbuka dan menghormati aku sebagai orang Islam. Aku dapat ruang untuk solat di rumah mahupun di situ. Dan yang paling penting aku tidak rasa menyesal sama sekali kena pecat dekat tempat kerja sebelum ini walaupun tidak sampai 1 hari. Tapi rasa geram tu masih ada lagilah. Bagi aku inilah dinamakan rezeki. Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Ada juga kawan yang sudah tahu aku bekerja di mana. Ada yang rasa teruja dan ada juga yang mempertikaikan pekerjaan aku. Mereka-mereka berpendapat kalau bekerja di salun sudah tentu-tentu kena cuci customer lelaki juga kan? Bukan haram ke sentuh rambut lelaki? Kau tak geli ke pegang rambut lelaki? Okay, aku akui aku juga mencuci rambut perempuan dan termasuklah lelaki. Why not?

Setiap pekerjaan pasti ada baik dan juga buruk. Contohnya, ada segelintir orang yang berpendapat kerja dipasaraya itu haram. Mereka berpendapat kalau kerja dipasaraya pasti kena sentuh botol arak. Haishh!! Aku pun tak faham dengan orang berfikiran sempit camni. Ada segelintir remaja duduk berkepit dan berpegang-pegang tangan itu taknak pula ditegahnya. Jadi aku tak rasa pekerjaan yang aku buat ini haram walaupun kena cuci rambut lelaki. Bukannya aku meraba pun kan? Aku mencuci pun di tempat yang terbuka, ramai orang di situ. Apa masalahnya? Pekerjaan ini nampak senang tapi mencabar juga. Ada beberapa step untuk mencuci rambut bukannya main ganyang sahaja. Apa-apapun aku rasa happy sangat-sangat dengan pekerjaan aku ini. Jadi teka-teki korang, sudah pun terjawab iaitu aku bekerja di salun rambut.


Ini kad salun tempat kerja aku. If korang berminat, boleh je datang!


Bergambar dengan rakan kerja iaitu Yow Mei Hong dan Janet. Dua-dua Chiness, aku seorang sahaja pekerja Melayu.



Rambut salah seorang customer Cina untuk bulan ini. Bulan ini ramai customer datang buat rambut raya. =)

p/s: Walau apapun kerjanya kita mestilah melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali curi tulang. Yang paling penting solat kita terjaga. Bagi adik-adik lepasan SPM yang ibu bapanya tidak membenarkan bekerja, manfaatkanlah cuti anda dengan perkara-perkara berfaedah. Mungkin ada sebab parent korang tidak bagi bekerja. Belum tiba waktunya lagi. Insyaallah umur macam aku nanti di awal usia 19 tahun korang sudah boleh bekerja.

32 comments:

  1. Heee~
    kak, qila kerja kerani je ni hihihihi.
    Bestnyaa akak aaaaaaaaaaa <333
    Hehehhhe. Rindu kawan chinese qila hiks.
    Oh ya -___-
    sakai kan yg fikiran sempit cemtu? Sabor jelah hehehe.
    well, betul ckp akak tu. Bukannya raba duh!!!
    hehehehehe <3
    best of luck kak azwarrrrrrrrrr~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks u Qilehh..Fuyooo, dia pun kerja juga tu. Good Luck juga k! :)

      Delete
  2. wow, cantik rambut color! :D

    ReplyDelete
  3. Sgt osemm laa style rmbut rona merah tuu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah happy berkerja itu lebih pting :)

    ReplyDelete
  5. oot woot.. that pink cpolour hair.. pergh... manyak cun woa...

    I like that colour ^__^

    Gong Xi Fa Cai ^^

    btw kalau bab dosa tuh.. urm sy tak nak pertikai about yg haram tu.. ermm.. try ask orang lebih arif ^__^ hehe nak gaji halal XDD .. no offense.. ^^

    btw your hair job.. was so cool... ^__^

    ReplyDelete
  6. Free Handbouquet Pearl Bead. Klik ke link di bawah ni. =)
    http://myartcrafting.blogspot.com/2014/01/januari-giveaway.html

    ReplyDelete
  7. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  8. Tahun baru cina ni mesti dapat ang paw dari rakan kerja chinese huhuhu :D

    ReplyDelete
  9. Tak kisah kerja apa pun. Kalau curi tulang pun haram juga rezeki kita. Banyak aspek kalau nak cerita halal dan haram ni. Depends on situation. :-)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  10. perghhhhh rambut meghah tu cantekk

    ReplyDelete
  11. kerja kat mana2 pon tetap ada buruk dan baik nya dear..important our intention to make a living..
    do not worry! follow your heart .. promise Azwar know what's in it did not deviate from the faith of the isalm .. good luck dear! :)

    ReplyDelete
  12. Tetiba rasa seram pulak tengok 2 rambut tu tanpa ada muka mereka. Lots of luck for your new job!

    ReplyDelete
  13. Wah, seronok saja dengarnya bekerja di salon tu. Hihi. Tapi, kalau apa2 pun kena bertanya yang lebih arif tentang perkara yang kita buat sebab kadang2 tak semestinya kita betul dan tak semestinya mereka yang kata tu pun betul. :)

    ReplyDelete
  14. Betul tu paling penting solat wajib dijaga. Kalau mula-mula masuk dah tak bagi solat. Baik berhenti jelah. Ohh ya, maaf. Actually, kerja ni paling penting kita nak dapat keberkatan daripada Allah. Yela, duit yang kita dapat akan kita beli sesuatu macam makanan, pakaian. Dan akan jadi darah daging. =) Wallahu A'lam. Moga setiap titik peluh kita diberkati oleh Allah dan diredhai-Nya. Aamiin ^_^

    ReplyDelete
  15. gong xii fatt choiii... yg penting niat kita keja tue sbb apa... stp pkerjaan ada positif & negatif dia... good luck in everything u do...
    *mesti dapat angpau dr bos kn?? hikhikhik

    ReplyDelete
  16. betul betul betul... Alah dah namanya manusia mesti ada yg dengki.... Bagus bagus... Keep up okay!

    ReplyDelete
  17. wow.. menariknya. nasib baik jauh. kalau dekat CF pon nak datang dan request supaya Azwa yg cuci rambut. hehe.

    Azwa jangan peduli dengan apa yg orang cakap. yang penting niat kita nak cari rezeki kan :)

    ReplyDelete
  18. Apa yang penting niat kite kerja ikhlas kerana Allah swt rite?
    baguslahhh.. kerja sungguh2 ya ^^

    ReplyDelete
  19. bestlah blh ler blnja akak gini hehee :)

    ReplyDelete
  20. yg penting kita gembira dengan kerja kita :) warna-warni rambut pelanggan tu hehe..

    ReplyDelete
  21. huhu menarik..pengalaman baru ni kalau kerja kat saloon..bukan senang nak menganyang kepala org..hehe

    ReplyDelete
  22. perrghh.. rambut merah tu hot

    ReplyDelete
  23. nice blog! nice to meet you

    ReplyDelete
  24. bagus tu
    cari pengalaman pas ni buka sendiri saloon :)

    ReplyDelete
  25. alaa.. npe tak kat Jb leh gak singgah.. hihi

    ReplyDelete
  26. Area mana kerja ni?leh la try rambut saya sekali..haha

    ReplyDelete
  27. huyooo..yg kiri 2 cun jgk ya..send my regards to her..hehe

    ReplyDelete
  28. Azwar, serius untung tau kau dapat experience camni :')

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com