Friday, 27 September 2013

Tulisan

Assalamualaikum..

Tulisan A

Tulisan B

Cuba korang perhatikan betul-betul, tulisan A dan B di atas. Apa pandangan korang mengenai tulisan di atas. Sememangnya, kedua-dua tulisan A dan B itu adalah tulisan aku sendiri. Tulisan A adalah tulisan pada zaman sekolah rendah, manakala tulisan B adalah tulisan aku di peringkat menengah sehingga ke harini. hehehehe...

Arwah atuklah, yang paling suka tengok tulisan aku dulu, katanya tulisan aku ini tak payah pakai kanta (cermin mata) pun takpe. Jika nak dibandingkan dengan tulisan abang aku pula, walaupun cantik tetapi agak kecil saiz tulisannya. Tulisan kami adik beradik memang cantik, mana tak cantiknya sebab masa aku zaman sekolah rendah dulu atuk aku yang paling banyak menengok kerja-kerja sekolah aku. Seandainya tulisannya kurang jelas mahupun tersalah sikit pasti kena ketuk tangan tu. Agaknya aku dapat menulis dengan saiz yang besar ini disebabkan keturunan kot, sebabnya mak dan adik aku juga menggunakan saiz yang besar apabila menulis tetapi tidak sebesar saiz tulisan akulah.

Jika nak dibandingkan tulisan dahulu dan sekarang, banyak perubahan yang telah aku buat rupanya. Di mana dahulunya, dalam satu baris hanya muat tiga patah perkataan sahaja tetapi sekarang aku telah mengrekrutkannya dalam sebaris itu terkadang muat sehingga sepuluh patah perkataan. Aku memang tak boleh nak bayangkan sekiranya tulisan zaman sekolah rendah itu dikekalkan sehingga ke harini. Macam kelakar pun ada aku tengok tulisan zaman sekolah rendah aku dulu. Zaman sekolah rendah pernah juga berangan nak jadi macam ala-ala "princess diary". Di mana, princess tersebut akan menulis catatan dalam sebuah diari mengenai biodata, peristiwa, kenangan manis, pahit dan macam-macam lagilah. Aku teringin juga nak tulis diari cuma aku memang failed bab nak tulis diari disebabkan aku tak pandai langsung nak tulis dengan saiz yang kecil dan tak reti nak tulis dan bermadah dalam diari. Apa-apa pun aku memang pernah mencuba okay? Di mana aku tulis diari pada zaman aku tingkatan dua. Bila aku baca balik diari tersebut, Nauzubillah...tak lawa langsung dan sememangnya tiada ciri-ciri orang menulis diari. hahahaha...Jadi, aku bertekad tak payahlah menulis diari bagai, biarlah semuanya terlekat di ingatan sahaja.

Begitu juga, di awal aku menulis blog. Di mana, aku mengheret mak aku sekali supaya dia dapat memberi pandangan mengenai apa yang aku tulis. Kiranya, mak akulah orang pertama mengomen entry-entry yang aku buat sebelum aku publish. Malu? Peduli apa orang kata. Janji hati aku puas dalam menulis blog. Pertama kali aku menulis entry di blog, mak aku dah pesan jangan terlalu mengedik menulis cerita. Jadi, sehingga keharini aku akan berfikir dua tiga kali menulis entry untuk di publish. Setelah masuk form 6, banyaklah perubahan yang dapat aku lakukan dari segi penulisan, cara berkomunikasi, dan dari segi persekitaran. Dari situlah, aku cuba mencorakkan kehidupan blog aku ini supaya lebih berwarna warni dan menulis cerita secara santai.


p/s: Ada setengah orang dapat anugerah yang diberi oleh Allah untuk mengalisis tulisan orang. Ada setengah orang dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang.


NOTE: Ada sesiapa yang perasan ada lagu di blog ini?? Maaflah bagi sesiapa yang rasa terganggu. Disebabkan teramat suka dengar lagu ini, maka terpasanglah ia di blog aku. hehehe...



Read More»

Saturday, 21 September 2013

MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU

Assalamualaikum


-KLIK BANNER UNTUK JOIN-

Harini merajinkan diri join giveaway dari T-Shirt Mudah Terengganu. Mana tahu, ada rezeki dapat sehelai  t-shirt free. Jomlah ramai-ramai join giveaway ini, lagi ramai yang join lagi meriah gitu!!

Syarat-syarat penyertaan:-
  • Yang beralamat di Malaysia Sahaja
  • Follow Blog T-shirt Mudah Terengganu
  • Like page T-shirt Mudah Terengganu 
  • Buat entry bertajuk " MINI GIVE AWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU"  & buat backlink ke entry ini.
  • Copy and paste gambar diatas sahaja untuk buat entry..
  • Tinggalkan Link di bahagian komen..


20 - 27 SEPTEMBER 2013



Read More»

Saturday, 7 September 2013

Merdeka Raya!

Assalamualaikum..

Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyarung pakaian sekolah walaupun kainnya hitam. Aku lebih selesa dipanggil form 6 daripada digelar Pra-U kerana bagi aku apabila disebut Pra-U aku terbayangkan umurnya sudah mencecah 20-an. Tapi kalau form 6 ini masih belasan tahun dan masih comel lagi. Lagi-lagi kalau pergi beraya masih dapat duit raya lagi. Orang belasan tahunlah katakan..

Sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dan ianya masih dalam bulan raya, jadi pihak sekolah iaitu sekolah panglima yang paling garang di Kuala Langat ini (sekolah warisanku) telah mengadakan 'Merdeka Raya'. Tetamu jemputan yang paling khas ialah bekas guru besar sekitar tahun 80-an (majikan atuk aku dulu tu). Beliau datang untuk memberi ucapan mengenai perjalanan hidup dia semasa dia berkhidmat di sekolah ini. Aktiviti lain ialah aktiviti makan-makan, minum-minum, lepak-lepak dan sebagainya. Setelah penat menyambut merdeka di sekolah, aku sambung hari merdeka di rumah akulah pula kerana ada beberapa orang kengkawan yang hendak berhari raya di rumah aku. Sepanjang hidup aku, keluarga aku memang tidak pernah mengamalkan jamuan untuk rumah terbuka tetapi kami memang telah terdidik dengan cara "rumah kami yang sentiasa terbuka dan mengalu-ngalukan kedatangan tetamu yang ingin datang (baik kawan mahupun saudara). Bagi orang yang tidak aku kenali sudah semestinya tidak tersenarai. Hidup ini perlulah berhati-hati dan berwaspada. Tambahan dalam zaman sekarang ini, entah mana kawan dan entah mana musuh. Seronok juga rasanya berkumpul dengan kengkawan ini.

 Kami satu kumpulan dalam kertas kerja ilmiah Bahasa Melayu




Rakan-rakan yang datang ke rumah.
Tadaaa...Ini gambar kad merdeka tahun lepas dan ianya hasil tanganku sendiri k!

Dalam keseronokan menyambut hari kemerdekaan, ada juga segelintir golongan yang sanggup mengibarkan bendera planet entah dari mana dengan perasaan penuh bangga. Seolah-olah mereka ini buta sejarah atau memang tidak tahu sejarah. Itulah orang kata, "BODOH TAK BOLEH DI AJOR, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT". Kesian!! Kesian! Kesian! Apa-apa pun, sempena hari kemerdekaan yang ke-56 dan bertemakan "MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" kita sebagai golongan muda haruslah muhasabah diri dan kenangkanlah susah payah nenek moyang kita sewaktu dahulu yang hendak memerdekakan negara. Jagalah agama, diri sendiri dan juga tanah air!!



Thank you for reading this entry!



Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com