Thursday, 5 December 2013

Tips: Kebaikan Coklat

Salam to all readers,

Rasa agak lama juga tak kongsi cerita mengenai tips-tips kesihatan kan? Kali ini nak share mengenai kebaikan coklat pada korang. Pernah tak korang terfikir apa khasiat yang terkandung dalam coklat bila memakannya? Sesetengah orang hanya berpendapat apabila memakan coklat boleh menyebabkan kerosakan gigi dan juga boleh menggemukkan badan. Ya, itu memang ada betulnya sekiranya jika tidak dikawal pengambilan coklatnya.



Antara kebaikan coklat ialah:

1. COKLAT mengandungi theobromine dan kafein yang membantu membekalkan tenaga. Dikatakan 15 gram coklat mampu menyimpan tenaga bersamaan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer.

2. KANDUNGAN anti pengoksidaan dalam coklat dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada teh hijau. Malah, coklat juga kaya dengan vitamin A, B1, C, D, E serta zat pemakanan seperti zat besi, kalium dan kalsium.

3. MAKAN coklat dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Malah, menikmati sekeping coklat juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lebih tenang dan gembira.

4. BAGI orang-orang yang sedang berdiet, coklat hitam adalah snek yang sesuai untuk korang kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah.

5. KHASIAT sekeping coklat hitam dikatakan setanding dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi anda semua yang sedang berusaha mengurangkan berat badan.

Sumber: Utusan Malaysia


27 comments:

  1. Coklat pun boleh hilangkan stress,macam ice cream :) Shafiq datang ziarah sambil tengoik coklat sini :) jemput singgah ke blog shafiq A Gentleman To Be

    ReplyDelete
  2. lepas ni tasneem nak amek cekelat lah masa period. sebab selalu senggugut masa period. huhu :(

    ReplyDelete
  3. wahh..tp mun kurang sikit dah makan coklat..cpat muak..

    ReplyDelete
  4. Coklat-coklat ni kalau kat ofis saya, time-time hujung tahun bila ramai bercuti pegi Langkawi. Asal balik je, sure belambak dapat gift coklat dari Langkawi. Hehe

    ReplyDelete
  5. wow seriously dark choc boleh kurangkan berat..wahaha boleh try pasni...hihi:P

    ReplyDelete
  6. akk kalau mkan coklat time tengah serabut2 otak, rasa lega jadinya..lupa masalah jap.. :)

    ReplyDelete
  7. i love chocolate!nice sharing azwa.. :)

    ReplyDelete
  8. kalau sy rasa stress,suka makan benda manis especially coklat..dan setakat ni memang x menambahkan lemak pun :)

    ReplyDelete
  9. plg penting membuat release of neurotansmitter kt otak yg dipanggil dopamine..feeling good substance...sbb 2 kalau dh makan coklat cm xleh brhenti kan..haha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum azwar...wah sedapnya coklat..:)

    ReplyDelete
  11. Suka je makan coklat. Tapi paling layan time duit tgh banyak la hehehe

    ReplyDelete
  12. Sy hantu coklat..memang wajib ade stock kat rumah..hee :)

    ReplyDelete
  13. banyak khasiatnya.. akak salah seorang penggemar coklat.. :D

    ReplyDelete
  14. okei, esok nak cari coklat cadbury la.. dah lama teringin.. hehe..

    ReplyDelete
  15. Coklat memang bagus tapi janganlah pulak makan secara berlebihan tu yang jadi macam2. Apa2 pon kalau makan lebih2 tak elok kan. Hehe. Coklat hitam pon sedap! :D

    ReplyDelete
  16. chocolate will always the best companion...hehehe...sally suka dark chocolate!

    ReplyDelete
  17. nyum3x..sodap dan banyak kebaikan.

    ReplyDelete
  18. okk !! lepas ni sya nk makan coklat banyak2..hee

    ReplyDelete
  19. jangan lupa berus gg lepas mkn cekelat.nanti muke mude tp bila senyum tak ckup tanah org nak lari...ahahahahaha

    ReplyDelete
  20. oke , Nadia tengah terliur sekarang..nak cokelat...!

    ReplyDelete
  21. Yup, coklat memang elok untuk badan... Terutama dark chocolate.

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com