Saturday, 7 September 2013

Merdeka Raya!

Assalamualaikum..

Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyarung pakaian sekolah walaupun kainnya hitam. Aku lebih selesa dipanggil form 6 daripada digelar Pra-U kerana bagi aku apabila disebut Pra-U aku terbayangkan umurnya sudah mencecah 20-an. Tapi kalau form 6 ini masih belasan tahun dan masih comel lagi. Lagi-lagi kalau pergi beraya masih dapat duit raya lagi. Orang belasan tahunlah katakan..

Sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dan ianya masih dalam bulan raya, jadi pihak sekolah iaitu sekolah panglima yang paling garang di Kuala Langat ini (sekolah warisanku) telah mengadakan 'Merdeka Raya'. Tetamu jemputan yang paling khas ialah bekas guru besar sekitar tahun 80-an (majikan atuk aku dulu tu). Beliau datang untuk memberi ucapan mengenai perjalanan hidup dia semasa dia berkhidmat di sekolah ini. Aktiviti lain ialah aktiviti makan-makan, minum-minum, lepak-lepak dan sebagainya. Setelah penat menyambut merdeka di sekolah, aku sambung hari merdeka di rumah akulah pula kerana ada beberapa orang kengkawan yang hendak berhari raya di rumah aku. Sepanjang hidup aku, keluarga aku memang tidak pernah mengamalkan jamuan untuk rumah terbuka tetapi kami memang telah terdidik dengan cara "rumah kami yang sentiasa terbuka dan mengalu-ngalukan kedatangan tetamu yang ingin datang (baik kawan mahupun saudara). Bagi orang yang tidak aku kenali sudah semestinya tidak tersenarai. Hidup ini perlulah berhati-hati dan berwaspada. Tambahan dalam zaman sekarang ini, entah mana kawan dan entah mana musuh. Seronok juga rasanya berkumpul dengan kengkawan ini.

 Kami satu kumpulan dalam kertas kerja ilmiah Bahasa Melayu




Rakan-rakan yang datang ke rumah.
Tadaaa...Ini gambar kad merdeka tahun lepas dan ianya hasil tanganku sendiri k!

Dalam keseronokan menyambut hari kemerdekaan, ada juga segelintir golongan yang sanggup mengibarkan bendera planet entah dari mana dengan perasaan penuh bangga. Seolah-olah mereka ini buta sejarah atau memang tidak tahu sejarah. Itulah orang kata, "BODOH TAK BOLEH DI AJOR, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT". Kesian!! Kesian! Kesian! Apa-apa pun, sempena hari kemerdekaan yang ke-56 dan bertemakan "MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" kita sebagai golongan muda haruslah muhasabah diri dan kenangkanlah susah payah nenek moyang kita sewaktu dahulu yang hendak memerdekakan negara. Jagalah agama, diri sendiri dan juga tanah air!!



Thank you for reading this entry!


35 comments:

  1. cantik kad 2 =) bt pakai ape?? ada lg ye rumah terbuka..thun ni, ambe pn lupa nk kibarkn bendera kt rumah, mgkin hujan je kot..ape pn smgat merdeka 2 kenalh ada selalu..btw cntik rumah :D

    ReplyDelete
  2. Bagus adik ni.True indeed. At least appreciate what we have today instead of blaming each other. kan..:) Malaysiaku berdaulat semoga kekal merdeka selamanya.

    ReplyDelete
  3. seronok apabila saudara dan rakan-rakan datang ke rumah pada hari raya..
    betul tu, tu manusia yang tak tahu nilai kemerdekaan.. bak kata pepatah, "hanya marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.. mungkin mereka marah dengan satu pihak, bendera yang menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  4. Meriahnye....suka rietta tgk rumah tu...chantek....rumahlamer mcm tu, dah susah nk jmpa skank....sukenye kad quilling tu....chantek...kreatif....

    ReplyDelete
  5. lawanye kad tu..bestnye dapat ziarah menziarahi hari raya ni kan :)

    ReplyDelete
  6. salam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

    http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html

    ReplyDelete
  7. uih..unik betul la kad merdeka..kreatif..:()

    ReplyDelete
  8. semangat merdeka raya..hehe btw, comel kad tuh..kreatif..:)

    ReplyDelete
  9. fullamak! rindu lak aku zaman2 sekolah dulu..T..T..nice! hehe

    ReplyDelete
  10. kreatif nya buat kad merdeka dari button ^_^

    ReplyDelete
  11. dah lama xkumpul dgn kawan2 mcm ni...kad tu kreatif la =)

    ReplyDelete
  12. kak lea pun sukalah kad tu kreatif...cantik!!!yang silap kibar bendera tu,meh kita campak depa jauh2 kat pulau yang sunyi gila!!!

    ReplyDelete
  13. okeh.. perasan kewujudan anak bulus putih dlm gambar tu .. hehe ;D

    ReplyDelete
  14. selamat hari merdeka dan hari Malaysia

    ReplyDelete
  15. kalo hntr kad ni kat mana2 contest psl kemerdekaan konpem menang :)

    ReplyDelete
  16. Kak , sekolah TPG ke ? Samalah ngan Ina :D

    ReplyDelete
  17. Memang bodoh orang yang kibar bendera yang takde kena mengena langsung dengan Malaysia tu. Macam apa.!!

    ReplyDelete
  18. Uish, kad merdeka tu memang kretip tahap ke langit. Hebat!

    ReplyDelete
  19. Salam.. Saya lebih suka pggil Pra-U drp Form 6.. Baru rasa lebih bersemangat nak masuk U !!! grrr.. hohooo..

    ReplyDelete
  20. betul tu..jaga diri juga tanah air.. :)

    ReplyDelete
  21. cantiknyer kad merdeka tu, walaupon tahun lepas punye :)

    ReplyDelete
  22. cantik lah kad tu.. pandai akak buat ;) follow sini ye akak :)

    ReplyDelete
  23. seronoknya... dah nak habis sk ya. saya insyaAllah tahun depan last atau 2 tahun lagi. hehe rasa tak sbr nk melangkah ke alam u tapi dlm masa yg sama berat hati nk lepaskan zaman sk.

    btw sy dtg bw sis dari http://nikainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. jeles . deeya beraya dh takdapat duit raya T.T

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com