Pas Perjalanan Tanpa Had #My100unlimited

8:21 am

Salam to all readers,


| Pas Perjalanan Tanpa Had #My100unlimited | Seperti semua orang sedia maklum pas perjalanan tanpa had merupakan salah satu intipati dalam bajet 2019 tahun ini. Korang dah apply ke belum? Aku baru je apply haritu sebelum balik kampung. Mati-matilah aku ingat tiap-tiap bulan kerajaan peruntukan RM150 dalam ic tu rupanya idak.

Pas ini dperkenalkan bagi membantu warganegara mengurangkan kos sara hidup yang duduk di ibu kota. Tahu jelah tambang pengangkutan awam sekarang pun dah mahal sekarang. Sebelum pas ini diperkenalkan kos pengangkutan aku balik kerja naik LRT makan RM150 jugalah sebulan, belum campur duit makan. Mujurlah aku rajin bawa bekal, dapatlah jimat sikit. Dapat pula pas ini perkenalkan, dan boleh beroperasi pada harini, lagilah jimat, sebulan hanya keluar RM100 sahaja untuk perbelanjaan pengangkutan. Kau nak lenjan 10 kali naik LRT dalam sehari pun boleh. Sebab ianya unlimited. Rugi pada mereka yang naik transport awam tak apply. Pas ini bukan sahaja untuk kegunaan LRT sahaja malahan untuk bas RapidKL juga turut disediakan.

google

Pas Perjalanan Tanpa Had Terbahagi Kepada 2 Kategori;

1) My100

Pas Perjalanan Tanpa Had My100 selama 30 hargi bagi perkhidmatan MRT, LRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL dan juga Perantara MRT.

2) My50

Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 selama 30 hari  bagi perkhidmatan Bas Rapid KL, Bas Perantara MRT kecuali BRT.

Bagi aku lagi untung apply My100 sebab dahlah unlimited lepas tu boleh naik semua, MRT, LRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL, dan macam-macam lagi. Kalau My50 pula hanya terhad untuk penggunaan bas sahaja itupun untuk bas rapid KL dan juga Bas Perantara MRT. Had lain dah tak boleh. Aku tunggu masa sahaja klang dalam proses pembinaan LRT. Bilatah nak siap, bolehlah balik kampung naik LRT je. Jimat duit.

google
Bagaimana Cara Nak APPLY Pas Perjalanan Tanpa Had My100unlimited ini?

Caranya cukup mudah, hanya perlu lawati mana-mana kaunter stesen MRT, LRT, Monorel, dan bagitau awak nak apply pas perjalanan tanpa had. Sebelum nak apply pastikan, duit dalam IC korang maksimum ada RM110, 10 ringgit akan dicaj untuk upgrade ic kita untuk pas perjalanan ini. Akan datang hanya perlu bayar RM100 ataupun RM50. Pilihlah, kalau duduk area Shah Alam, pilih jelah My50 tu. Nak naik LRT takde kan. My100 ini yang betul-betul duduk di ibu kota Kuala Lumpur dan naik public transport eloklah apply.

Untuk info lanjut, boleh layari www.myrapid.com.my

Thank you for reading!

You Might Also Like

3 comments

  1. Wahhh...lebih senang sekarang ni kan... Jom lah berjimat dengan My100

    ReplyDelete
  2. thanx sharing..bru nk apply..sbb mmg pengguna LRT tegar..hehe

    ReplyDelete
  3. whoaaa dah boleh jimat sikit dah org KL~

    Btw, jemput datang join segmen bloglist Myra yang pertama! :D

    Myra | The Grey Lines Between Segment | Blog List For the First Half of 2019

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!