Percutian Tak Dirancang di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang - Azwar Syuhada

Sunday, 6 September 2020

Percutian Tak Dirancang di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang

 Salam to all readers,

Lama tak buka blog, tengok-tengok layout dah baru sampai tak tahu nak guna macam mana. Okaylah, memandangkan aku ada masa lapang sikit aku nak share dengan korang semua pengalaman aku bercuti di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang. Percutian ini kira percutian tangkap muat jugalah, memandangkan bulan 8 ini aku memang busy gila sampai tak ada masa untuk diri sendiri, dan kebetulan Wan text aku jom plan bercuti nak tak. Dia ajak aku pergi waktu hari Merdeka macam tu tapi otak aku nak pergi la tu juga. Kebetulan ada cuti awal Muharam haritu. Aku ambil cuti Jumaat tu balik Klang, Sabtu tu baru gerak ke Janda Baik. Dia text aku hari Isnin, nak jadikan cerita semua homestay dekat Janda Baik mostly fully booking.


Kebetulan aku ada baca thread dekat twitter ada 1 homestay ini not bad juga tempatnya. Aku pergi sebab nak release tention. Sejak Wan kawen memang aku jarang dah keluar dengan dia, now husband dia bagi keluar bersama-sama. Laki dia drive kami berdua berseronok bersama. Wan ni tua dari aku, selamba badak aku panggil nama je. Lama juga kami stay rumah sewa sama, dia juga tempat aku mengadu kalau stress, aku menangis gila-gila pun depan dia, happy pun dengan dia. Malas nak sembang cerita sedih, kita share kisah yang dapat menggembirakan hati. Rabu malam minggu awal muharam tu baru dapat  confirm tempat penginapan, mujur ada kekosongan. Walaupun agak mahal semalam, tapi bantai jerlah. Janji dapat rest!


Mujur husband dia tak kisah, siap pick up aku dekat Klang lagi baru gerak ke Bentong. Perjalanan dari Klang ke Bentong around 2 jam. Sebelum ke chalet kami naik ke Bukit Tinggi. Azab jugalah mengadap jem nak naik ke atas. Nak naik punyalah payah, masuk tak sampai sejam pun. Tangkap gambar, cari toilet, terus ke Sailor's Rest. Dah lama teringin nak pergi Bukit Tinggi. Tapi bila dah pergi tak adalah best mana seperti di Korea. Miss Korea!!


Bukit Tinggi, French Village

Siapa teringin nak bergambar ala-ala di French boleh singgah di Bukit Tinggi ini. Tapi jujur aku cakap takyah naik la tak ada pebenda pun. Bangunan cantik jugalah, tapi sampah merata, toilet pun bertakung dengan air. Aku datang sini sebab teringin, tak pernah jejak. Bila dah pergi sekali ini, kira tak kempunanlah dapat pergi. Reka bentuk memang cantik, tapi tak secantik dekat Petite France, Korea.  Tahap kebersihan dekat Malaysia ini memang out.


Nak merasa masuk bolehlah pergi. Tiket untuk dewasa seorang RM12, budak RM6. 









Setelah puas bergambar tak sampai sejam, kami berangkat ke Chalet terus. Turun balik menuju ke genting highway genting Sempah. Dari Bukit Tinggi nak ke Sailor's Rest ini lebih kurang 30 minit jugalah. Janda Baik ini kecik je tempatnya. Tapi menarik jugalah kalau nak staycation dengan family and friends. Homestay pun banyak yang selesa dan cantik.

Staycation di Sailor's Rest Homestay, Janda Baik, Pahang

First time order homestay using aplikasi Whatsapp je tau. Respond pun pantas. Cadang nak pergi malam Jumaat balik Ahad. Sebab ada kekangan masa, jadi terpaksa booking untuk 1 malam sahaja. Agak pedalaman jugalah tempat penginapan kami ini. Uncle tu dah pesan siap-siap guna Waze bagi mengelak sesat jalan. Tersesat juga akhirnya, sebaik dah nak sampai, salah masuk lorong je. Kawasannya agak tersorok sikit. Ramai juga orang datang bercuti, ialah cuti jatuh pada hari Khamis, mesti ramai ambil cuti hari Jumaat direct dapat cuti 4 hari.



Nama pun staycation dalam hutan, memang menenangkanlah jawabnya. Kasi chance la kita lari dari KL kejap. Nak kata wow gila tempat penginapan aku ini taklah, at least selesa. Tu je boleh cakap. Tempat penginapan yang di sediakan di Sailor's Rest Homestay ini ada banyak. Korang boleh pilih nak menginap dalam boat boleh, chalet kampung, banglo, glamping, chalet modern otw buat. Aku cakap nak 2 bilik, untuk 3 orang menginap. So uncle cakap chalet kampung still available. Boleh refer gambar di atas, memang ada 2 je ni, ada pintu ditengah-tengah sebagai penghubung bilik. Okaylah, not bad juga. Sangat menenangkan tempatnya. Kami sampai around pukul 4.00pm macam tu, sampai-sampai check ini, rehat jap. Lepas asar terus bermandi manda belakang chalet kami ini ada sungai.



Ini bilik tempat kami menginap, semua lengkap, ada tv, toilet dalam rumah juga, peti ais. Besar jugalah untuk aku duduk sensorang. 




Surau ada juga di luar. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk beriadah bersama kawan-kawan, family malah boleh juga jadi tempat kem motivasi. Bagi insaf sikit pada budak degil. hahaha...Kekurangan sini, tak ada line Umobile. Memang me-time untuk kau menenangkan fikiran. Kami sampai kira dah lewat, Sabtu petang mandi kejap je, malam dah siap-siap makan BBQ dekat dewan. Esok ahad kena check out sebelum pukul 12.00pm. So pagi Ahad tu kami bantai mandi sekali lagi. 

Airnya jernih, dan bersih, duduk berendam lama-lama memang best. Sejuk je air dekat sini. Malam-malam dengar bunyi cengkerik je. Siapa ada anak kecil bolehlah datang sini. Masa aku bercuti sini, nampak family ustaz Firdaus Yong pun ada sekali.


Uncle sini dah pesan, dilarang membawa makanan dari luar kecuali (Pizza, KFC makanan fast food). Nak keluar jauh, so kami terus ambil pakej BBQ and breakfast dekat sini sekali. Lepas magrib, kami bertiga keluar ke dewan makan, dah macam budak sekolah pun ada juga gayanya. Datang-datang je semua dah terhidang, tinggal bawa perut kosong untuk diisi je. Makanan yang disediakan di Sailor's Rest ini memang tiptop. Mengenyangkan dan puas hati.



Ada ikan bakar, ayam bakar, mee, nasi goreng, kambing dan macam-macam lagi. Konon lepas makan nak keluar, alih-alih masing-masing kekenyangan terus balik bilik. owner homestay ini ramah pula, suruh tambah lagi. Sampai dia yang cedokkan lauk ke pinggan. Kita pula naik malu. 

Keesokkan harinya, bangun awal breakfast, jalan sekitar homestay, mandi manda puas-puas, baru cabut balik KL. Tempat macam ini kalau pergi, phone campak tepi, enjoy the vacation. Baru rasa feel bercuti tu. Walhal, fikiran aku serabut pikir kerja 24 hours. 






Bila aku jumpa Wan ini sembang tak pernah habis. Ada je aku nak cerita, aku suka bercerita dengan orang dah rapat dengan aku and orang tu boleh masuk dengan aku je. Dia date pun aku sibuk follow sampai dia kawen dah. Tak lama lagi aku jadi aunt dah. Masa awal-awal Wan pindah aku rasa hilang kawan jugalah, mujur Oyah ada jadi peneman aku sekarang. hahaha..Dia jugalah setia mendengar aku membebel setiap kali balik kerja. 

Kawan rapat juga salah satu rezeki tau sebenarnya. Jadi belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada. Sebenarnya ada 1 lagi tempat menarik kami sempat kunjungi sebelum balik KL. Itu akan buat entry lain. Banyak pula aku spam gambar dekat sini.

Sebelum aku habiskan cerita trip di Janda Baik ini, aku nak share berapa kos untuk penginapan disini semalam untuk chalet kampung yang kami menginap.

Kampung Challet ini 1 malam : RM450 (tidak termasuk BBQ and breakfast)
BBQ: RM50 (seorang)
Breakfast: RM15 (seorang)

Total: RM645.00

*Nak booking boleh direct contact Encik Hashim: +60 12-360 9227

Bolehlah datang sini, kalau nak release tention, layan perasaan tenangkan fikiran. Banyak lagi challet area Janda Baik ini kalau ikutkan. Korang kena pandai survey. Sini bagi aku, dah cukup selesa untuk beriadah dengan family dan kawan-kawan. Makanan yang disediakan sedap-sedap belaka.  

Thank you for reading!

1 comment:

  1. wahh best ni. Nanti singgah Pahang bolehlah singgah sini hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!