Yeah dah Pandai Bawa Kereta ke Highway | Step Beli Kereta dari A to Z - Azwar Syuhada

Sunday 2 August 2020

Yeah dah Pandai Bawa Kereta ke Highway | Step Beli Kereta dari A to Z

Salam to all readers,

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Macam mana raya best tak? Puas aku dapat tidur, makan rendang, sup tulang. Berapa kilo pula naik lepas ini. Sekali sekala dapat makan ketupat, makan jerlah selagi boleh makan. Aku sebenarnya dah lama nak kongsi pengalaman aku beli kereta dekat blog. Tapi tak ada masa, tambah agent yang handle kereta aku tu buat aku naik hangin 1 badan lagilah aku berbulu nak update.

Aku memang plan dah lama nak beli kereta dari tahun lepas lagi. Tapi tujuan utama aku beli pun sebab untuk kegunaan mak aku kat Klang. Memandangkan kereta yang ada dekat rumah asyik rosak je, beratus-ratus keluar betulkan. Stop juga tengah jalan. Baik aku beli baru satu, dapatlah mak aku merasa bawa kereta baru. Aku duduk KL banyak kemudahan naik LRT je tak pun grab. Kalau bawa kereta dekat KL sara hidup aku pula jadi berlebihan pula nanti. Now naik LRT guna My100 betul-betul jimat duit transport aku. Dalam pada masa yang sama kalau aku balik Klang, aku dah start belajar bawa kereta dengan adik saudara aku. Aku memang dah ada lesen since habis form 6 lagi, dapat lesen terus tak bawa. Nak bawa kereta yang ada dekat rumah, kereta orang. Nanti apa-apa jadi masak pula nak mengganti. So terus tak bawa. 

Ini kerja dah stabil, ada rezeki lebih barulah plan beli kereta sendiri. Sungguhpun awal-awal tu takut juga, macam-macam orang share tips beli kereta di usia muda. Ada yang kata beli second hand je, ada yang kata gaji sekian-sekian boleh beli kereta ini... Yang yanya kau ada duit kau beli jerlah kereta yang kau mampu beli. Ukur baju dibadan sendiri. Aku pun beli yang ikut kemampuan aku. Akhir bulan 12 tahun lepas aku survey kereta dengan moksu aku dekat Proton Center Rahman Brother Sec 22. Aku pergi bukan aku tahu sangat pasal kereta so moksu aku la yang bawa pergi Proton, aku datang tengok je dulu. Test drive pun moksu aku yang bawa sebab waktu ini aku tak reti drive lagi. Awal-awal dulu ingat nak beli Bezza je, lepastu moksu aku kata tengoklah Saga juga. Aku survey baca review kereta both kereta ini ada pro + contra nya. Bezza lebih ringan tapi tulah kalau bawa laju sikit dia akan rasa melambung. Mostly review macam tulah. Then baca orang review kereta Saga baru memang bagus. Mostly orang puas hati pakai Saga. Aku pun malas nak survey lebih-lebih, asal kereta tu boleh jalan, cantik terus jerlah beli.

Yang assist aku masa test drive haritu pun bukan agent aku. Dia tak free, dia suruh rakan dia asist memandangkan aku datang nak tengok je. Selesai test drive awal tu dia tanya apa komitmen aku, nak booking kena bayar deposit dulu, nak guna full loan ke nak bayar downpayment. Tak lama lepas tu dia tanya siapa yang kenalkan bila informed nama agent aku ini dia terus takpelah nanti you communicate terus dengan Ms Sofea. Aku pun okay jerlah. So selang 2 3 hari tengok kereta dia agent aku ini whatsapp minta IC, Lesen, Slip gaji 3 bulan terakhir untuk check loan.

Perkara Utama yang Perlu Ada untuk Beli Kereta

1) Sediakan IC Front & Back
2) Lesen Kereta
3) Slip Gaji 3 bulan yang latest

*Semua aku whatsapp aje pada agent aku untuk proses loan bank. Loan bank boleh pilih sama ada nak cari sendiri ataupun guna je bank yang tempat kereta itu disediakan. Aku malas nak ambil pusing agent ini yang uruskan. Proses nak tunggu loan ini lulus tak lama mana pun, tak sampai 2 hari dah boleh tahu. Semua kerja atas talian sahaja sekarang, tu lagi mudah urusan semua hal.

Loan lulus aku terus settlekan bayaran downpayment 10%. Kalau pakai full loan bulanan lebih sikit kena bayar nanti + proses loan kau pun nanti ambil masa untuk lulus. Settle bayaran downpayment, kena datang bank sign contract, aku dah bagi masa bila aku free, aku hanya free Sabtu Ahad je. Bila dah buat temu janji, pergi bank orang bank tu boleh lupa pula. Aku call agent aku ini boleh pula dia kata sorry2. Suruh datang KL jumpa center malas bergerak jauh la apalah. Bila aku dah terpacak depan office dia boleh pula lupa temu janji. Bengang pula aku waktu tu. So decide hantar dokumen dekat branch Maybank Bangsar. Bila datang Bangsar semata nak sign contract sahaja aku minta masuk lambat sikit masuk office. Agent aku datang sign je tak ada pula isu kena buat bayaran. Bila aku datang sign, orang bank kata sekarang kalau nak beli kereta ada polisi baru sama ada bayar insuran untuk seumur hidup atau bulan-bulan tu. Seumur hidup tu around RM350 jugalah kena bayar. Aku malas nak banyak bunyi aku bayar jerlah.


Settle sign kontrak aku terus text agent aku ini. Dia kata semua dah selesai tunggu kereta keluar je. Aku okay jerlah. Aku tanya dia bila kereta boleh keluar, dia cakap lepas raya awal bulan 2 dapatlah nanti memandangkan aku selesai sign haritu tu pun dah dekat raya Cina. Lepas 2 minggu raya Cina agent aku ini senyap je tanpa khabar berita. Aku pun terhegih-hegih whatsapp la dia, suruh bayar downpayment laju je aku bayar, sign kontrak aku gak kena pergi datang sendiri. Walhal sekarang banyak je orang boleh meet up client dekat area office. Pemalas nak mati orang Maybank yang handle loan aku. Aku pula confuse siapa client siapa penjual. Bila aku tanya dekat agent aku ini bila kereta boleh keluar ya, sebab raya cina habis 2 minggu dah. Dia tak habis-habis Insyallah minggu depan, minggu depannya dah masuk senyap tan khabar berita. Aku takutlah duit dah bayar kereta tak dapat-dapat. Aku punya bengang aku whatsapp lagi, tanya dekat dia kereta bila boleh dapat ya, duit dah bayar, kata minggu depan dah boleh keluar, saya dah tunggu minggu depan ini tak kunjung tiba tanpa khabar berita. Senyap je, ke saya dah kena tipu. Selang 2 3 hari baru reply, kata maaf phone hilang. Kalau tak dapat lagi adik boleh call center Proton katanya. Bila aku call center dia tak dapat check katanya.

Janji lagi minggu depan boleh keluar katanya. Bila suruh bagi date bila boleh dapat tak boleh nak bagi lepas tu berjanji next week next week boleh dapat. Siap cakap lagi, akak bercakap atas apa orang bank cakap dekat akak je dik. Kalau kau dah tahu staff bank tu dah macam main tarik tali nak gak syorkan dekat client. Tak faham aku. Finally, aku dapat kereta awal bulan 3, sehari selepas birthday aku. Aku minta dia hantar ke rumah, tu pun nak bergaduh sebelum nak datang hantar. Pasang tinted pun ambil masa seminggu lebih. Konon boleh siap sehari tinted, bila tanya dah siap pasang ke belum, banyak kereta tak sempat ikut turn, staff tak cukup. Macam-macam alasan yang boleh naikkan kemarahan orang. Aku malas nak tanya dah. Aku cakap kalau lama lagi nak pasang tinted tu takyah pasang, hantar je nanti aku pasang tempat lain. Dan dan whatsapp siap dah dekat aku. Dah 1 benda free gift pun habuk tak ada. Tinted harga sampai RM1000 katanya tinted terbaik, ada waranti bagai. Aku okay jerlah kan. Sebenarnya, bergantung pada agent masing-masing juga, ada je kawan aku dapat agent okay siap ada rebate, free payung semua. Aku pula dapat agent memang awal-awal dah out.

Sebaik 1 je yang agent aku buat yang memuaskan hati tu pun sebab hantar sampai depan rumah. Lain out okay. Aku tanya dia bila boleh bayar bulanan kereta, berapa, ke akaun mana. Dia kata bulan pertama dapat kereta tak perlu buat bayaran, bulan seterusnya tu yang dah start kena bayar. Aku okay jerlah. Sampai masuk bulan 4 aku whatsapp dia macam mana nak bayar ke akaun mana, dia kata covic-19 apply jerlah penangguhan bayaran. Aku malas nak apply pennangguhan 6 bulan tu. Bagi jerlah orang betul-betul tak mampu nak bayar. Selagi boleh bayar bayar jerlah. Agent aku suruh walk in ke bank untuk yang first time bayaran. Aku cakap kan covic takkan kena pergi bank, online tak boleh ke. Sudahnya aku tanya housemate aku yang kerja etiqa tahu tak kalau nak bayar kereta untuk Maybank ini macam mana, so dia bagilah aku link untuk Maybank. Aku explore la sendiri. 

Sebaik aku memang ada akaun Maybank2u. Buka-buka memang dah ada pinjaman loan kereta. Boleh choose continue pay ataupun apply penangguhan. Aku click jerlah terus bayar. Selesai. Due date setiap bulan aku kena bayar sebelum 4 haribulan. Okaylah nak bajet masa bila nak bayar apa semua. Hardcopy aku sign contract pun lambat sampai ke rumah. Aku pun malas nak banyak bunyi, janji kereta dah depan mata.

Baru ini mak aku pergi servis kereta dekat servis Proton. Nak dijadikan cerita aku dah telepas dah servis pertama aku rupanya. Walhal dia cakap haritu 6 bulan sekali kena servis. Ikutkan servis pertama tak ada kena bayar apa-apa. Tapi dah terlepas mak aku bawa pergi servis pun dah masuk appoinment kedua.  Bayarlah RM150. Next appointment bulan 9 katanya. Mak aku pergi servis pun kebetulan, tba-tiba kunci kereta tak boleh nak tekan. Dia terus stop dekat Proton center tanyakan pasal kunci kereta. Alang-lang tu orang tu tanyakan pasal kereta dah servis ke belum. Ini kereta baru maksure 3 bulan sekali kena servis. 

Mujur ada adik saudara aku pergi temankan mak aku servis. Tu yang ada gambar kereta ini. Kalau mak aku tangkap bergegar gambar. Beli kereta ini pun banyak maintenance nya di kemudian hari. Salah satunya, aksesori kereta, servis dia, rox tax kereta semua kena bayar. Janganlah pikir orang beli kereta ini semua banyak duit, bukan beli cash pun. Hutang juga dengan bank. Aku curious juga dengan budak-budak yang suka share pengalaman beli rumah, beli kereta mewah, secara CASH di awal usia 20-an ini. Macam-macam tips dia share. Husnuzzun jerlah ya. Aku tak ada apa-apa tips pun, ada duit lebih, boleh bayar komitmen yaang ada, saving cukup beli jerlah yang mana mampu. Cukup! Awal-awal haritu cuak jugalah betul ke nak beli kereta, nanti bayar sewa rumah lagi, mara lagi, duit poket, saving, cukup ke. Alhamdulillah cukup! 

Mak aku takut nak naik dengan aku lagi. Kalau nak naik kereta dengan dia, biar dia yang bawa katanya. Aku cadang nak pergi bercuti hujung tahun bawa kereta. Lagipun balik Klang takkan nak duduk rumah je, nak juga merasa bawa kereta kan. So dah start belajar bawa atas jalan raya. Last week je, aku pergi Banting cari kerepek. Harini bawa masuk highway pergi Cyberjaya > Putrajaya > Klang. Just nak mahir potong dan kawal stereng. Bawa 2 3 kali lagi baru cekap sikit kot. 

Sempat singgah Tamarind Mall Cyberjaya ini. Dapatlah bergambar dekat taman hijau ini.Tak ada benda pun nak share sebenarnya. Dah beli kereta kenalah jaga elok-elok, rajin pergi servis kereta okay. Lepas ini kena belajar tukar tanya pula, check minyak hitam semua. So pepehal nanti boleh check sendiri.

K lah tu je nak share, thank you for reading!


3 comments:

  1. Tahniah dah dapat kereta walaupun dapat agent sengal. duit mahu, kerja tak mahu. Apa punya olang laa..

    Semoga dipermudahkan untuk selesaikan semua komitmen yang ada. Dan dapat berbakti pada orang tua. ^^

    ReplyDelete
  2. Baca ni terus jadi risau nak bawak kereta. akak ni dah masuk setengah tahun tak pegang stereng ni. Nampak gaya nak kena biasakan bawa kereta balik la.

    ReplyDelete
  3. Beli kereta mercedes nombor UG6039 baru😎
    Alamat 28 jln 10 kaw 8 kg raja Uda ☺️

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!