Cara Mudah Pasang Lock Pintu - Azwar Syuhada

Saturday 20 June 2020

Cara Mudah Pasang Lock Pintu

Salam to all readers,

Sejak bilik renovate ini baru tergerak hati nak pasang lock pintu. Sebelum-sebelum ini memang tak pernah kunci, tawakal je pergi balik kerja. Dua bilik lagi memang dah ada kunci, entah kenapa bilik aku ni tak ada kunci, merata cari tak jumpa. So aku decide dengan Oyah cari kunci. Housemate bilik lain dah bersilih ganti keluar. Dalam baik-baik still kena berjaga-jaga kan.

Dah ada kunci senang sikit nak simpan barang semua. Awal-awal aku beli selak je bila bawa balik tak boleh pasang. sebab pintu bilik aku ini ada penghadang kayu. So, mak aku kata beli je dekat DIY ada banyak locker siap kunci. So 2 minggu sudah aku pergi cari dengan Oyah dekat DIY Avenue K, nak jimat ambillah paling murah.
Banyak pilihan dan range harga. Paling murah dalam RM13 camtu. Over price pun RM38 macam tu. So kami pilih paling murah, balik-balik terus buka youtube cara nak pasang. Buka had lama, letak tepi pasang yang baru ini (kecik sikit). Alih-alih tak boleh nak kunci. Tolak dari luar memang dah terbuka. Pasang yang lama masih boleh kunci. Kira teknik pasang betul dah, salah pilih tombol pula. Kena beli had sama size juga.

Ini had yang salah beli tu, kalau korang nak buka dia dari bercamtum just ambil klip kunci dia bagi tu cucuk dekat tengah-tengah ada lubang nanti bukalah camtuman kuncinya. Berpeluh ketiak jugalah pasang tak menjadi ini dengan hanya menggunakan kudrat wanita. Dah tak berjaya, whatsapp la uncle minta dia cari orang pasang kan lock baru. Jenuh nak tunggu dia datang, nak datang hari kerja semua pergi kerja, weekend ramai ada planning. 

So aku decide beli sekali lagi yang sejebon dengan asal punya lock. Balik kerja tu aku dengan Oyah bertungkus lumus pasang balik. Finally menjadi. Makesure kalau nak beli tombol pintu, beli yang sebiji dengan yang sebelum ini punya.

Tombol inilah yang muat dengan pintu sekarang. Had ini RM36 dekat DIY. Kalau masuk dekat kedai lain mahunya RM60 dan ke atas.  Balik tu siap-siap cabut had lama tak menjadi. Pasang had baru ini. Masukkan tombol yang terkeluar seperti gambar di atas. Dah masukkan had ini, masukkan pemegang pintu di luar dan dalam, masukkan dekat lubang yang disediakan. Kemudian skrukan dari pemegang tombol bahagian dalam. Kat luar tu kena tekan sikit, bagi memudahkan pergerakan skru dari dalam. Dah selesai skru bahagian tombol, jangan lupa skru pada tombol terkeluar tu.Siap!

Tak sampai seminggu ada kunci bilik, dah terkunci dari luar. Jenuh ketuk pintu suruh roomate bukakan. Aku memang jenis tak menyabar, kalau nak benda tu terpasang memang kalut pergi cari nak buat. Bila dah siap baru lega. Mana tahu dua-dua balik kampung so, bilik terjaga tanpa ada orang ceroboh masuk. Sebelum ini nak masuk takpe, bilik tak berapa semenggah ini bilik dah ada katil. Karang orang masuk kata banyak duit susah juga.

Baik diam-diam. 

Tepuk bahu sendiri pasang lock sendiri. Takyah susah-susah panggil orang. Ada orang cari servis pasal lock pintu ke? Boleh DM tepi. haha..

Thank you for reading!

3 comments:

  1. Serba serbi pandai. Baguih naa~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. berjaya pasang! saluteeeeee..
    kalo sy lama dh menyerah kalah.. sruh org lain pasang.. haha

    dulu pernah menyewa umh kat sek 7 s.alam..
    mmg kitorg kunci bilik masing2.. duk kat tgh bndr walaupon satu umh tetap kene berjaga2..
    xkenal sape2 kan.. sediakan payung sebelum hujan.. =')

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!