Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar - Azwar Syuhada

Saturday 9 May 2020

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar

google
 | Resepi Ikan Cencaru Sumbat Bakar | Dah 2 kali nak buat ikan cencaru sumbat ini pasti tak dan nak buat. Asal nak buat, ada sahaja orang kirim juadah berbuka, nanti masak terbuang pula. Makan je apa yang ada. Kalau tak silap aku buat ikan cencari sumbat ini hari Khamis baru ini. Ikan cencaru sumbat ini memang sedap dimakan time nasi panas-panas, memang padu habis rasanya. Barang nak buat pun mudah cari, mujur semua ada dekat dapur, jadi mudah sikit nak buat.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat Bakar;
  • 2 ekor ikan cencaru (kalau nak guna ikan lain pun sedap juga bawal ke pari ke pun sedap juga)
  • 2 batang serai
  • Daun limau purut (8 helai) 
  • 1/4 air asam jawa
  • Daun pisang (aku tak guna oen, jadi pakai daun pisang bakar atas dapur)

google
 Nak habiskan stok ikan punya pasal, carilah apa menu sedap di masak.

google
 Bahan-bahan dikisar/blend (Aku prefer blend cepat sikit kerja);
  • 3 sudu lada mesin (cili kisar) 
  • 5 cili merah (kalau ada, tak ada pun takpe)
  • 7 cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air asam
Cara-cara Membuat Ikan Cencaru Sumbat Bakar;
  1. Blend siap-siap bawang merah, bawang putih, cili api, lada mesin semua tu. Makesure, dia blend halus. Selesai blend, letak tepi dulu siap-siap.
  2. Panaskan minyak. Minyak dah panas, tumis bahan-bahan yang blend tadi ke dalam kuali. Kacau hingga naik minyak dan bau wangi (bukan perfume Ladygaga k) Bau masakan dekat dapur gitu. 
  3. Kemudian masukkan, serai, daun limau purut, garam, dan air asam sikit. Kacau lagi, nampak sebati dah masak boleh tutup api.
  4. Sediakan ikan, bubuhlah garam dan kunyit siap-siap. Sumbatkan sambal yang dah masak tu pada bahagian dalaman ikan kiri dan kanan. Balutkan ikan tersebut dengan daun pisang. Selesai balut, naikkan atas dapur. Bakar selama 20-30minit, jangan lupa balik-balik kan ikan tersebut, supaya kedua-dua belah masak.
  5. Kalau boleh bakar ikan tu dengan suhu api yang kecik supaya kedua-dua bahagian ikan masak dengan sempurna. Kalau korang ada oven, bakarlah dalam oven.
  6. Siap untuk dihidang! Nak lagi sedap, cicah dengan kuah kicap. Just potong cili api 5/6 biji, hiris bawang merah kecik-kecik, bubuh kicap. Sedap..



Kalau boleh tutup ikan tu dengan apa-apa penutup, biar cepat masak.



Boleh tengok full video di youtube SINI


Harini buat Nasi Tomoato, alhamdulillah mujur menjadi. Aku cuak juga buat eksperimen masakan ini, mana taknya nak makan masa berbuka kan. Kalau tak menjadi, tak memesal kena makan manggi pula. Haish..Nanti aku share kalau rajin!


Thank you for reading!

3 comments:

  1. Bleh cuba.. dalam peti ada ikan cencaru seko.. hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya resipi ni. Boleh cuba nanti. Hhehehehe

    ReplyDelete
  3. Mesti sedap balut dengan daun pisang

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!