Misi Makeover Bilik Sewa! - Azwar Syuhada

Sunday 31 May 2020

Misi Makeover Bilik Sewa!

Salam to all readers,

Selamat Hari Raya guys! Harini aku baru nak start puasa 6, mana-mana dah habis tu, selamat hari raya. Hopefully boleh bertahan sampai Jumaat ini. Aku pun dah start masuk office semula since PM benarkan pergi kerja. Aku just nak share dengan hampa semua aku dah ubah suai sikit keadaan bilik yang aku menyewa ini. Bilik aku sewa share 3 orang sebenarnya, masing-masing memang sekepala so senang sikit nak ubah sikit. Memandangkan, sorang roomate aku nak pindah keluar duduk dengan suami, aku dan sorang lagi decide duduk berdua sahaja. Tapi bayar harga bilik sama, tuan rumah pun dah maklum dia kata okay je.

Kami dua apa lagi, susun baik punya rencana, memandangkan yang lain belum balik KL, kami order katil dekat Shopee, aku memang dah ada tilam, just beli katil sahaja jadi selesa sikitlah. So, semalam Sabtu pagi kami berdua ke MyTown Cheras, misinya untuk ke terjah Kaison untuk cari carpet dan juga cermin. Jom tengok apa kiteorang borong. Oops, kami dua ambil LRT sahaja pergi Mytown memandangkan dua-dua tak ada kenderaan sendiri. Jangan lupa jaga jarak anda. Mostly, retail dalam mall dah buka seperti biasa, orang ramai juga datang cuma yang membezakannya orang sekarang datang dengan penutup mulut, jarak naik escalator pun  dua tangga dari orang seterusnya. Its okay for new norm. Boleh pupuk amalam jaga kebersihan diri.

Kalau ke Mytown kena turun LRT Pasar Seni, tukar naik MRT turun Cochrane. Semalam ke MyTown memang misi ke Kaison and then balik, tak masuk pun IKEA sebab aku pasti sana memang penuh orang, semalam outlet Adidas, Body Bath orang beratur panjang kejar sales. Nasib, Kaison tak berapa ramai orang. Seperti biasa, setiap kali nak masuk mana-mana kedai, kena ambil suhu / scan bar code, ataupun isi nama, no phone dalam buku disediakan. Make sure bawa pen sendiri, pen yang disediakan dah banyak orang pegang-pegang jadi was-was nak guna. I so takuttt..

Ini entrance nak masuk ke MyTown, sila beratur mengikut line disediakan okay! Naik public transport lagilah kena berhati-hati, balik jangan lupa terus mandi.

Here we go! Tak tunggu lama mana pun, kami gerak dari rumah around 10.30am macam tu, 11.00am dah sampai pergi makan jap dekat foodcourt baru borong barang dekat Kaison. Follow the flow if korang nak jalan-jalan dalam mall okay. Sebabkan kami pergi balik naik LRT, lepas beli terus balik nak masuk kedai lain macam tak terlarat nak angkut barang dah penuh dekat tangan. Kami shopping bukan beli in bulk, belilah sikit-sikit. Boleh dikatakan rumah aku sewa ini memang kosong habis, tuan rumah just provide peti ais, kira sehelai sepinggang. So bila dah kerja, nak duduk selesa sikit kenalah invest sikit-sikit. Duduk pakat-pakat dengan yang lain kongsi duit, beli barang. Nama pun duduk menyewa sama-samalah menolong each others. Walaupun ada sorang memang tak boleh control perangainya. Persetankan, make sure tuan rumah tahu kita buat apa. 



Aku rasa bersyukur gila, since aku belajar dekat UniKL, intern dekat Kuala Lumpur sampailah kerja dekat Kuala Lumpur aku didampingi dengan orang-orang yang baik, terutama roomate/housemate yang okay. Ada gak yang tak okay tapi tu aku tolak tepi malas nak cakap. Yang penting roomate aku memang okay. Aku hargai sangat-sangat jasa korang. Siapa yang pernah duduk serumah, sebantal dengan aku memang dah imun dengan rutin aku. Pernah bercadang nak cari bilik sewa single, tapi takut tidur sorang-sorang. hahha...Nak taknak kena ada orang dekat sebelah.

Ada juga yang perlekehkan orang duduk menyewa, kenapa nak hias cantik-cantik, bukan rumah sendiri pun. Buat perhabis duit je, pergi kerja balik kerja (balik rumah tidur je). Takyahlah nak membazir duit, boleh saving tempat lain.

Pada aku, tak kisahlah rumah sewa mahupun rumah sendiri, kenalah hias cantik-cantik (tak cantik at least bersih pun dah memadai). Why? Kita dah cukup penat pergi kerja, hujung minggu dah letih pasti duduk rumah, stress kerja lagi, at least bilik rumah keadaan rumah tu biarlah molek. Otak tak serabut, sedikit sebanyak masalah boleh jadi hilang bila balik rumah. Cuba kau pergi kerja, kena marah dengan boss dah stress, balik rumah, bilik bersepah, tak teratur. Makin serabut otak kau. Jadi, biar kita happy kan diri sendiri. Aku bab mengemas no. 1. 

Misi masuk Kaison just nak cari karpet dan juga cermin. Tak banyak pilihan pun karpet dekat Kaison My Town, stock tak sampai lagi maybe. Just grab mana yang ada. Kiteorang decide beli dua 1 (kecik), 1 (besar). Dulu letak tikar getak (corak budak-budak tu tapi aku tak suka nahh...Cadangnya lepas beli barang dekat Kaison ingat nak pergi groceries, alih-alih masing-masing tak larat nak mengangkut ke hulu ke hilir, balik terus. Orang perati je kami dua mengangkut barang. Nasib baik mulut tutup taklah segan mana.

Muka dah letih mengangkut barang naik MRT. Ingat nak naik grab macam malas. Dia tak berat mana pun cuma barang tu nampak besar je. Balik tu, masing-masing bertukang kemas bilik, sapu sampah, mop lantai dah kering baru pasang karpet. Katil kami dah buka siap-siap sebelum keluar rumah pagi tu.

See, inilah rupa bilik kami, tidur berlapikkan toto. Aku dah terbiasa since mengaji dekat UniKL. last year aku beli tilam tebal sikit bila dah start sakit belakang. Then, bila decide nak duduk berdua pula, baru decide beli katil. Malam tadi rasmi tidur atas katil maigadd nikmatnya tak boleh nak cakap. Rasa duduk atas katil rumah Klang.

Kiteorang duduk bilik master (tapi berapa master pun, sebab kecik nasib baik ada bilik air dalam bilik). Masing-masing ada sifat common sense, gilir-gilir cuci bilik air. kemas bilik. Bila aku cuci kipas, yang lain cuci bilik air, mop lantai. Yang tiada common sense ini yang sakit. Nak cari rumah lain dah malas dah, cantikkan jerlah kediaman sekarang. Aku text roomate sorang lagi, minta kebenaran untuk keluarkan almari baju dia. sebab aku nak letak baju aku. Rasa jahat gila pula, cadangnya dia nak balik kemas Jumaat, tak jadi tunggu esok pula katanya. Sebab weekend je aku free, weekdays aku dah masuk kerja. Alih-alih tengah kemas, baik kemas teruskan.

Rumah atau bilik sewa dekat KL ini memang berlambak, okay dengan tidak je. Aku tak puas hati tengok iklan rumah sewa lelaki cantik-cantik dan harganya jauh lebih murah dari rumah sewa perempuan. Why? Kalau nak cari bilik sewa, better pergi tengok rumah tu dulu jangan main bayar deposit. Sebelum aku decide menyewa dekat rumah ini. Aku ada pergi beberapa rumah sewa lain tengok keadaan persekitaran, maigadd nak nangis weyh. Sebaik aku pergi tengok, sorang memang kerja dari rumah (tapi keadaan dalam rumah masyaallah rasa tak boleh bernafas, baru tengok tengok ruang tamu, bilik air dia tak boleh nak cakap). Sebaik tak masuk, kalau tak boleh demam seminggu aku dibuatnya. Diam tak diam nak masuk 3 tahun aku stay dekat rumah ini. Roomate aku pun dah bertukar-tukar, masing-masing keluar sebab nak jadi bini orang. Aku kalau keluar maybe tittle single lagi. Shittt...


Tips susun atur keadaan bilik (untuk 2 orang);

1) Cari sudut mana nak kemas dulu, alihkan barang besar-besar ke sudut yang tak kemas lagi.
2) Sapu sampah, mop lantai (dah kering, kemudian pasang katil bentuk L, kami decide buat kaki bertemu kaki). Kalau kepala bertemu kepala, sorang lagi kata nanti nampak dia text dengan kawan dia. hahaha..
3) Alihkan rak baju masing-masing ke sudut yang lebih sistematik
4) Biarkan ruangan tingkap tu kosong tanpa sebarang perabot.
5) Cermin kami letak dekat tepi bilik air (meja pink tu memang aku punya so gunanya barang yang ada)
6) Tinggal nak beli penyangkut letak kain sebahnyang sahaja
7) Karpet merah kami bentang dekat depan katil, mana tahu if ada member atau mak nak datang tumpang tidur bolehlah duduk atas karpet selesa sikit. Tempat sembahyang dekat karpet cerah sana tu.

Settle!

Bilik rasa lebih luas lagi, bila atur macam ini. Dah penat berkemas, mandi siap-siap balik pergi Aeon Mid Valley cari barang dapur. Barang nak masak dah habis. Settle masalah bilik, tinggal nak buat kunci bilik sahaja lepas ini.

Takpelah, invest sikit untuk keselesaan diri sendiri juga. Hopefully, lepas ini rezeki lebih bertambah berlipat kali ganda hendaknya. Amin. Ruang tamu, dah ada meja makan kami beli haritu. Member sorang lagi kata dah beli pembalut meja dan juga rak nak letak barang masing-masing.Slow-slow, kalau ada rezeki boleh beli tv pula letak dekat depan. Hujung minggu boleh lepak dekat ruang tamu. Angan-angan dulu mana tahu jadi kenyataan. Tak semuanya indah macam sinetron akasia dekat tv3, bujang duduk rumah condo. 

Tak adalah ubah drastik sangat, susun atur barang semula bagi nampak kemas dan luas sahaja. Lepas ini balik rumah sewa taklah rasa kecewa sangat.. Ya dak.

Tips duduk menyewa bilik/rumah:

1) Jaga harta benda sendiri (barang berharga simpan elok-elok)
2) Belajar beradap, tolong menolong antara satu sama lain. Memang benar kita menyewa bilik sahaja, tapi ruangan dapur toilet, ruang tamu, peti sejuk guna bersama. If dah masak, rajin-rajinlah lap minyak dah tumpah, lap dapur, toilet gilir-gilirlah cuci, dah nampak orang tu cuci minggu ini, ambillah inisiatif untuk cuci for next day nya. Peti sejuk, janganlah monopoli macam peti BAPAK kau punya peti. Kalau memang overcook, rajin-rajin tengok barang korang beli tu dalam peti tu, elok ke tak, kalau tak elok pergi buang, bukan perap sampai dah berkulat tak reti nak buang. 
3) Bahagian mesin basuh pasti penuh dengan rambut, dah guna silalah kutip rambut masing-masing buang dalam tong sampah
4) Sampah, make sure buanglah (if dah ada jadual gilir-gilirlah buang). Janganlah sampai keluar ulat baru nak buang. Geli kot.
5) Jangan berkira!!  Aku tak boleh tolerate dengan orang berkira, tak kisahlah kau tua ke muda. Duduk sama-sama, kalau orang minta modal sikit nak beli barang hulurlah sikit. Boleh pakai bersama. If rasa semua tak kena di mata, pintu tu terbuka luas, tak payah duduk menyewa dengan orang. Pergi duduk sensorang.
6) Buat baik dan kenal housemate korang, sebab kita jauh dengan family, sakit pening apa semua yang tahu orang dalam rumah kita. Jadi, sama-sama tolong each other. 


Panjang pula entry kali ini, apa-apa pun enjoy your weekend okay! Selamat berpuasa siapa yang sedang berpuasa 6!

Thank you for reading!

13 comments:

  1. xkisah la umh sewa ke bilik sewa ke tetap nk hias cantik2 kan..
    balik keje penat2 tgok umh kemas n bersih sejuk hati.. penat pon hilang.. hehe

    dh cantik dh bilik awk sis.. =)

    ReplyDelete
  2. Kena dengan susunan, bilik nampak lebih kemas, luas dan selesa.

    ReplyDelete
  3. Waa.bgus2..nk duduk sendiri, tak kesah la menyewa pon kita yg nak duduk, yg penting kita selesa.. sama la mcm sy..housemate bertukar ganti sebab kahwin, diri sendiri keluar still single..semoga cepat kita bertemu pasangan kita..😅

    ReplyDelete
  4. bila dah kemas, cantik puas rasa hati kan? walaupun disewa. ^^

    ReplyDelete
  5. wahhh semangat nyaa. seronok dpt housemate sekepala. btw muka korang sama laaa

    ReplyDelete
  6. Nikmat sangat kan bila dapat tidur atas katil bila dah selalu tidur atas toto nipis.

    ReplyDelete
  7. Haah la eh.. Memang wajib bawa pen kalau nak keluar ke mall etc.
    Haritu lupa nak bawa pen. Terpaksa guna pen depa.. T_T

    ReplyDelete
  8. tengok bilik tu teringat masa zaman bujan dulu... bila bilik kita kemas kita pun rasa seronok nak dudukkan

    ReplyDelete
  9. seronoknya. suke gila bila time nak makeover bilik.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda....jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  11. Sis dh kawin ni pun dulu duk rumah sewa, tetap cecantik, sampai jiran sebelah tegur gak hahahaha...kita yang duduk nak selesa, so pandai kita laaa kannn...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!