Trip to Ipoh: Antara Port Menarik Boleh Singgah di Ipoh! [Part 2] - Azwar Syuhada

Monday 27 January 2020

Trip to Ipoh: Antara Port Menarik Boleh Singgah di Ipoh! [Part 2]

Salam to all readers,

Memandangkan harini aku cuti lagi, aku nak sambung lagi hari terakhir aku ke Ipoh last week. Malam ahad tu memasing dah kepenatan, semua tidur awal, nyenyak gila tidur tahu-tahu dah pukul 7.00pagi. Bangun solat, sambung tidur balik. Pukul 8.00am baru memasing siap mandi, nak ke Pasar Karat tengok apa yang menarik. Malam tu, Kyla dah siap tunjuk jalan mana nak pergi Pasar Karat, dia kata memang dekat dengan hotel kiteorang menginap. 

Alih-Alih memang betul pun, keluar sahaja hotel pusing kanan dah nampak orang ramai lalu lorong tu. Kita follow jerlah. Panjang gila Pasar nya. Pasar Karat ini buka hujung minggu pepagi orang dah datang berniaga. Menariknya rata-rata menjual barang-barang nostalgia kenalah dengan nama yang diberi iaitu Pasar Karat.

1) Pasar Karat/ Pasar Antik

Memasing muka excited pergi, mana taknya tak pernah datang. Nak juga tahu apa benda yang dijual. Bila lalu satu ke satu kedai, mostly banyak barang-barang lama, ada sterika berat gila tu, ada orang jual kipas angin, anak patung, dvd, macam-macam ada. Tin Milo pelbagai bentuk dari zaman tok adam aku rasa. Aku tak expect dorang simpan benda macam ini jual balik. Memang mengimbau kenangan. Bila matahari dah tegak atas kepala, jalan makin jauh dan perut pula kosong. 

Terus cari kedai mamak makan roti canai sebentar. Tak beli apa pun dekat Pasar Karat, datang tengok-tengok pun dah rasa seronok. Selesai sahaja breakfast, order grab pergi ke Fantacy House Trick Art.




2) Fantacy House Trick Art

 Lepas breakfast tadi, terus ke Fantacy House Trick Art ini, lagi kelakar tempat betul-betul dekat area Old Town White Coffee yang kiteorang pergi semalam cuma blok lain. Naik grab baru nampak, ehh sini je. Takde guna betul. hahah..Alang-alang sampai, masuk jerlah.

1 kepala RM15. Cadang masuk kejap ambil gambar mana yang sempat je, alih-alih masuk dan tangkap setiap sudut. Ada staff yang terangkan macam mana nak ambil gambar. Dorang ada siap-siapkan petak kedudukan jurufoto untuk tangkap gambar bagi setiap gambar yang dicoretkan. Serius lukisan dorang nampak real bila ambil gambar.








Hari terakhir ini memang agak rushing jugalah. Kebetulan Kyla MC, datang nak pick up bawa jalan lepas dia pergi check up doktor. Sudahnya sempat makan tengahari dengan dia langsung balik KL. Masing-masing kejar ETS lepas Zohor. Cadangnya nak makan Nasi Ayam dekat Fauziah, alih-alih tutup. Makan dim sum dekat Greentown.

Apa-apa pun terima kasih Kyla sudi datang pick up kiteorang dan bergegas hantar dekat KTM. Ada rezeki tahun depan jumpa lagi. Kita tengok, siapa yang naik pelamin dulu lepas ini. Macam Ecah je naik dulu. hahaah

Thank you for reading!

6 comments:

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melacca
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Aplikasi / Hubungi
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  2. omg bestnye. tp ipoh jauuhhh

    ReplyDelete
  3. Wahhh menariknyaaa. Kalau singgah ipoh boleh singgah ni tengok sendiri pasar karat dan singgah bergambar dekat Fantasy House. Haha huda suka gak bergambar kat tempat mcm tu sekali sekala

    ReplyDelete
  4. ni yang buat nk jalan-jalan ipoh nih, cantikla mangkuk tingkat merah tuh... cantik buat deco kat rumah...
    yang fantasy house trick tu pun menarik juga

    ReplyDelete
  5. seumur hidup, Pasar Karat dekat Alor Setar, Kedah je pernah pergi. itupun sekali. Tapi, Trick Art ni seronok pergi dengan family XD dekat penang ada banyak XD

    ReplyDelete
  6. Pernah sampai Ipoh, tapi tak pernah pergi lagi tempat tempat ni. Boleh letak dlm list ni!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!