Trip to Ipoh: Antara Port Menarik Boleh Singgah di Ipoh! [Part 1] - Azwar Syuhada

Sunday 26 January 2020

Trip to Ipoh: Antara Port Menarik Boleh Singgah di Ipoh! [Part 1]

Salam to all readers,

Rindu gila nak menaip. Im super busy lately, permulaan 2020 kalini cukup mencabar bagi aku, dengan agent buat hal, aku demam sampai 3 hari pergi klinik, kerja menimbun gara-gara aku ambil cuti sehari, orang bank buat hal wah macam boleh buat novel kot. Siapa yang mengikuti perkembangan aku di Instagram, mesti tahu aku ke Ipoh baru-baru ini. Benda ini pllan pun last minutes, tak sampai 2 minggu macam tu terus kira jadi. Kalau yang merancang awal-awal ini selalu tak jadi, baik plan last minute. Hah gitu!

Ini geng-geng masa aku belajar di unikl dulu, kak nina, ecah, dan adik kak nina, kyla tak dapat join (dapat jumpa kejap je). Aku kawan universiti tak ramai mana pun dengan dorang ini jelah selalu, kawan serumah, kawan ke kelas. Kawan reramai, otak aku serabut. Berbalik pada trip aku ke Ipoh ini, seperti trip tangkap mua je. Aku gerak ke Ipoh pukul 9.30 malam (hari jumaat lepas dinner with budak office), kak nina and ecah dah sampai Ipoh awal lagi, memandangkan hari Jumaat belah Penang dan Kedah kebetulan cuti. Aku suruh depa jalan-jalan dulu mana-mana sementara aku sampai Ipoh. Serius wei, rindu gila dekat depa nuh.

Banyak benda nak sembang, walaupun hakikatnya bila bersua muka tak terluah. Dua hari sebelum aku berangkat ke Ipoh aku ada call si Ecah ini, mengadu nasiblah kononnya, dah puas nangis-nangis lega sikitlah. Aku sampai di stesen Ipoh around 12.25 malam. Mereka risau betul, dah sampai mana semua, aku sampai-sampai terus order grab ke hotel. Jarak stesen KTM Ipoh ke hotel kiteorang tak jauh mana pun, tapi dah tengah malam grab jelah. Sampai-sampai je hotel dah berkunci, aku call dorang suruh turun, kebetulan ada orang nampak bukakan pintu, dapatlah masuk. Muka segar wei bila bersua muka, dah setahun tak berjumpa, masing-masing pula dah buat haluan sendiri dan duduk negeri lain-lain tak dapatlah nak jumpa selalu. Mujur hotel yang aku pilih ini pun dekat tengah-tengah bandar Ipoh. 3.00pagi barulah tidur betul-betul,keesokkannya nak bangun awal untuk memulakan perjalanan jalan-jalan Ipoh.

[18.01.2020] Around 8.30pagi masing-masing dah bersiap. Perjalanan utama adalah pekena roti telur goyang dekat Old Town Ipoh ini. Untuk makluman semua, perjalanan kiteorang jalan-jalan di bandar Ipoh ini 100% menggunakan pengangkutan Grab dan juga MyCar. Jimat dan cepat. Dah semangat nak pergi Old Town alih-alih salah pergi Old Town, order balik grab barulah sampai ke destinasi Old Town yang betul.

1) Old Town White Coffee & Jalan Market
Ini adalah Old Town paling famous kerana ia yang terawal dibuka, penuh nostalgia gitu. Kawasan bangunannya cukup menarik, ala-la building lama. Jom tengok apa menu yang kiteorang order.


Ini salah satu menu utama yang aku order, roti telur goyang. Perghh padu habis tapi tak puas sangat, position dia sikit-sikit semuanya. Aku order air white coffee, memat pekat kepekatan kopinya. Sampai-sampai dalam dah penuh orang, majoriti Chinese. 

 Menu lain yang di order, popia goreng, goreng, mee, roti butter. Overall sedap je, tapi taklah gah mana seperti yang digembar gemburkan kata wow sangat! At least merasa jejak kaki ke sini. 

Ini susun atur dalamannya, cantik kan,sebelah pun ada juga. Disebabkan masih pagi tak ada mood nak snap banyak-banyak. Range harga makanan dan minuman dekat sini tidaklah terlalu mahal, kira okaylah. Masih relevan lagi, mujur boleh pakai touch n go. Dah kenyang makan, teruskan perjalanan jalan-jalan di sekitar Old Town ini juga. Accually, kawasan mereka dekat-dekat je cuma tak familiar jalan yalah merantau negeri orang lain. 


 Ini area Old Town White Coffee, ikut je orang tengah jalan kaki belakang kedai. Rata-rata dinding belakang kedai di conteng dengan seni lukisan cantik-cantik. Depend juga, ada gak dinding orang yang dirosakkan.


Semalam dorang sampai awal, jadi dorang suruh aku masuk kedai buku ini. Serius unik gila susun atur dekat kedai buku ini. Korang kena masuk explore sendiri, macam manalah boleh terfikir nak buat seunik ini. Ruang nak masuk agak sempit, tapi still boleh diterima. Dia ada 2 tingkat kalau tak silap. di ruang bawah lagi cantik dan unik. Masuk semata nak bergambar je, si Ecah la yan menjadi jurufoto tak berbayar aku.

 Gembira sangat bajet-bajet baca buku tu.

 Dinding dipenuhi gambar artis Korea, mat salleh. Nak real gila kesemua lukisan. Tak lama mana pun dalam ini, ambil gambar pun lelaju, keluar-keluar kedai, jalan sikit dah sampai dekat area Plan B and Bib and Bob tu. Tapi tak beli, masing-masing dah kekenyangan makan roti. Jalan-jalan bergambar je dah puas hati, tapi peluh gak ketiak memasing.

Area sini aku dah pergi dengan family aku dulu, still sama lagi. Sesak dengan orang ramai pun ya juga. Gigih jugalah jalan kaki pusing-pusing sini. Mujur jumpa seorang uncle, minta tolong dia snapkan gambar kami berempat dekat payung gantung-gantung ini. Walhal lorong ini taklah cantik mana, bak kata mak aku. belakang rumah ko taknak bergambar, sini beria ko bergambar. hahah.. Area kawasan tepi longkang.




Jalan punya jalan, jumpa cafe Harry Potter. Haritu ada terbaca dekat twitter, tengah viral siapa nak bergambar ala-ala Harry Potter bolehlah singgah sini. Aksesori/ jubahnya percuma je nak pakai takyah bayar. Tapi sesak dengan budak-budaklah sini. Dah alang-alang sampai gigihlah berebut ambil jubah yang ada. Bahagian aku tak naiklah, penuh orang. Muka pun dah berpeluh-peluh.



Kak Nina, Ecah and aku

Pusing-pusing sekitar Jalan Market ini pun ambil masa berjam juga, mana taknya jalan sikit, bergambar lebih. Tahu-tahu dah pukul 12.00 tengahari. Patah balik dekat Plan B, ambil grab dekat situ terus ke Nasi Vange. Lapar gila.

2) Restoran Nasi Vanggey

Dari Plan B, kiteorang ke Restoran Nasi Vanggey. Restoran Nasi Vanggey ini terletak di New Town area Old Town White Coffee yang kiteorang tersilap pergi pada awalnya. Sampai-sampai masing-masing muka kelaparan, mujur lauk banyak lagi. Semua g serbu makan.

Hasilnya tada!! Memang padu nasi Vangge dekat sini. Sedap memang sedap, tapi baru beberapa suap kenyang gila. Masing-masing makan tak habis, maybe minum air banyak sangat sebab kepedasan. Agak rushing juga dekat sini, selesai makan kiteorang terus bergerak ke Lost World of Tambun.

3) Lost World of Tambun

 Dalam sekitar pukul 1.30 lebih sampai dekat Lost World of Tambun. Jauh jugalah dari Nasi Vangge tadi nak datang sini. Mujur tiket dah beli siap-siap dekat klook. Harga tiket satu orang RM69.00. Tiket tak termasuk harga locker. Locker je RM20 ringgit (yang sedang) Kiteorang ambil 2 locker. Bagi aku Lost World of Tambun ini tak best mana pun, dia famous dengan air panas je. Memandangkan dorang tak pernah pergi, ahh jum masuk.

 Rasa membazir juga masuk sini, sebab kiteorang masuk tak sampai 4 jam pun. Naik roller coster, naik benda berpusing, nak tengok pertunjukkan harimau tak ada lagi. Kemudiaan berendam dalam air sampai lebam. Hujan pula petang tu berteduh sekejap, sambung main air semula.



Rasa nyawa melayang main binatang ini. Apatah namanya, walaupun hanya berapa minit sahaja aku menjerit macam apatah. Paling cool si Ecah lah tak menjerit langsung, sempat ambil gambar lagi. Yang lain menjerit tak ingat dunia, tak kira ada lelaki ke tak, yang penting menjerit. Dah puas main air, terus bersihkan diri, solat semua, siap-siap ke Gunung Lan pula. Kononnya nak ke Tasik Cermin, Tapi Tasik Cermin lagi ulu plak, tak dan nak pergi.

4) Gunung Lang, Ipoh Perak

Mujur sempat lagi. Sini pun salah satu tempat menjadi perhatian orang iaitu Gunung Lang. Petang-petang, memang ramai orang, dia buka pukul 9.00pagi hingga 6.00petang kalau tak silap aku. Mujur tak terlewat, sempatlah naik boat yang sekangkang kera je jaraknya. haha.. Aku dengan Ecah je naik, kak Nina dengan dik Pah duduk dekat tepi. Dah penat jalan merata tempat. Datang Gunung Lang ini pun tak lama mana pun, tangkap-tangkap gambar chaw.

 Cantik view dekat Gunung Lang ini, nyaman dan tenang melihat keindahan pokok menghijau.



Nak naik boat kena bayar. Tiket untuk orang dewasa RM3 (seorang). Kalau nak bagi makan ikan kena bayar RM1. Aku bayar naik boat je, seberang sana tak turun pun, malas. Dah puas bergambar dekat Gunung Lang lepak dekat tepi jap, google mana tempat nak minum petang. Konon nak makan cendol Deen. Tapi dah tutup. Alih-alih kiteorang pergi makan Hokaido.

4) Hokkaido Ice Cream Puff
Sampai-sampai je memang penuh orang. Teringin nak makan tunggu jugalah turn. Nasib baik ada yang dah selesai makan, dapatlah kiteorang tempat duduk. Benda alah ini pun sedap makan walaupun ianya hanya sekadar ice cream. Harganya tak mahal mana pun, hanya RM4.90 (setiap 1) banyak perisa ada. Aku lain tak bukan off course coklat.




Tadaaa, hasil gabungan perisa masing-masing, cantik je. Kalau ikutkan kedai ini dengan hotel kiteorang menginap tak jauh mana pun. Dekat je bila naik grab, ye eleh dekat je. Dah pulun makan jalan kaki ke hotel, bersihkan diri rehat sekejap. Dalam sekitar 6.30 petang sampai dah hotel. Mandi, solat semua, mujur sempat sampai hotel hujan pula turun. Selesai bersihkan diri, bahagikan hutang takut keesokan hari tak sempat. hahah..

Selesai solat Isyak, hujan pun dah berhenti, malam tu kiteorang makan satay, dekat area hotel tu juga. Memang port baik gila hotel yang aku booking ini, senang nak bergerak.

5) Medan Selera Dato Tahwil Azar

Finally dapat juga makan satay. 1 cucuk RM1, order 30 batang. Sedap juga, dagng dia lembut habis. Tapi tak terlawanlah satay Kajang. Satay Kajang win lagi.





Dalam pada makan, bincang nak jalan mana lagi bagi turun makan-makanan yang dah dimakan ini. Takkan nak balik hotel, macam tak best pula. Aku ajak pergi ke Gerbang malam. Puas grab tapi macam dekat je, sempat tanya pakcik satay tu Gerbang malam dekat mana, alih-alih  sebelah tempat kami makan je. Mujur tak order grab kalau tak bazir gitu je.

6) Gerbang Malam

Gerbang Malam ini pun salah satu port digemari orang ramai. Dia lebih korang macam dekat Danau Kota, adik beradik pasar malam macam tu, tapi panjang gila. Berpeluh-peluh kiteorang jalan. Dalam pada jalan, Kyla pula whatsapp  tanya dekat mana ajak lepak. Waktu tu dah pukul 10.30pm macam tu dia baru balik kerja. Gigihlah kata okay je.

Jenuh gaklah tunggu dia pick up sebab jalan raya kat sini satu hala je. Penih dengan traffic light. Huh! Canot brain betul.
 Tak bestnya, ada kedai yang lampu tak ada. Nak tengok barang pun macam tak best. Jalan lagi, sudahnya 1 hapa pun tak beli. Nak merasa ke Gerbang Malam je. Penuh padat dengan orang.
Kyla sampai je, dia bawa pergi ke makan dekat area Greentown, depan dataran. Malam-malam memang penuh bazar. Walhal pagi tu kiteorang datang 1 khemah pun tak ada. Malam meriah gila, deret tu penuh orang jual-jual. Cakap je nak makan apa. Semua ada, tapi masing-masing dah kenyang minum air je sambil teman si Kyla makan. Rancak berborak, alih-alih dah menjangkau pukul 12.00 malam barulah sampai ke hotel. Balik hotel mandi balik baru tidur. Perghh, dalam 1 hari banyak gila tempat kiteorang ronda. Esoknya bercadang nak ke Pasar Karat pula kalau jadi.

Okaylah, ada masa aku sambung part 2 pula. Kongsikan intinerary hari terakhir aku di Ipoh.

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!