Hantar Si Bongsu Sambung Belajar di Pekan Pahang - Azwar Syuhada

Sunday 12 January 2020

Hantar Si Bongsu Sambung Belajar di Pekan Pahang

Salam to all readers,

Isnin lalu aku berpeluang hantar adik aku sambung belajar di IKBN Pekan, Pahang. Patut tak pergi pun, dah budak ini teringek-rengek suruh aku ambil cuti pergi. Memandangkan aku kakak yang menurut peintah, apply la cuti demi adik tercinta. Tercinta sangat, asal balik ajak bergaduh je.

Yang bestnya, dia ini bila dapat panggilan dari IKBN menyatakan dia ditawarkan masuk sini dia punya excited lain macam. Dia punya jerit nak bagi 1 kampung dengar. Orang masuk universiti pun tak segembira itu. Perangai dia lain sikit dari aku, aku jenis senyap dia ini kalau bercakap macam makcik bawang pun ada. Kalau sembang, lori tak boleh terbang dia kata boleh terbang. Lebih kurang macam tulah sembang dia.

Kos yang ditawarkan memang kos yang diminati kononnya iaitu Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabriksi Paip). Kerja-kerja offshore. Dia pula dari kecik memang spesis suka bertukang, basikal dibeli dicabut habis, renovate sendiri. Bab membaca memang dia tak minat sangat.

Awal bulan 12 dapat tahu masuk sini, dialah prepare segala dokumen yang diperlukan. Pergi medical check-up ditemani mak aku, surat nak dimatikan setem. Dia ini suka buat kerja last minutes, bila orang nak sign dokumen 2/3 kali jugalah orang tu tengok ic dia. Ic dia kelakar habis.

Dia pun macam aku gak, kalau bab packing barang 1 bilik nak dibawa kalau boleh. Bekalan makanan 1 baldi. Beg baju dia pun boleh tahan banyak, bantalnya lagi. Dah kemas-kemas, asyik membilang hari nak masuk, kata mak aku. Tak sabar katanya.

So, ahad lalu sekitar pukul 2.00 petang bergerak ke Pahang. Jauh juga perjalanan, kami pergi satu keluarga. Sepanjang jalan dipenuhi hidupan hijau. Mak usu aku munyusul kemudian. Menginap semalam di Pekan Kuantan. Besar juga pekan Kuantan, macam kawasan Banting tempat aku juga. Malam tu, kiteorang sempat makan bersama-sama sambil ronda-ronda Kuantan. Haritu datang Termerloh je, tak sampai ke sini.

Pada keesokkan harini, lebih kurang pukul 9.00 pagi kiteorang dah sampai di IKBN Pekan, Pahang ini. Waktu tu dah ramai budak-budak lain datang mendaftar. Ada juga budak perempuan, majoriti budak lelaki.

Lebih kurang 2 jam lebih jugalah bertapak dalam pendaftaran dengan perasmian sekali. Kemudian hantar dia masuk asrama. Selesai angkut barang, kiteorang berangkat pulang. Nak balik tu, nampaklah sebak dia kena tinggal. Umur 17 tahun tak pernah tinggalkan mak, baru merasa keluar jauh dari rumah,(nun jauh dipinggir felda), dikelilingi hutan sawit. Amek kau! Nak sangat rasa berdikari, nak hidup sendiri. Inilah masanya, kau kenal dunia sebenar. 

Jenuh juga nak naik bas balik. Nasib baik aku belajar dekat KL je, balik Klang tak sampai sejam setengah. Tapi sakit jugalah hidung menahan bau. Dialah kena belajar nak naik turun bas dekat mana. Mak aku paling kesian, tinggal sensorang je kat rumah bersama anak-anak bulus. 

Apa-apa pun belajar elok-elok!

Thank you for reading!

4 comments:

  1. si bongsu mmg camni..
    nk jgk kakak join hntr dia skali.. kikiki..

    selamat belajar utk si bongsu!

    ReplyDelete
  2. adik saya yang bongsu pun mcm ni juga.
    Kalau nak prepare apa-apa mesti cari kakaknya

    ReplyDelete
  3. punya gembira ya dia dapat sambung belajar, moga adik tu seronok la belajar kat situ, cuma yelah nak biasakan diri tu kan...

    teringat masa hantar adik bongsu akak kat Unisza 3 tahun lepas, dia dahla anak manja, lelaki sorang lak tu tak pernah duduk jauh dari mak abah akak... nampakla dia nngis masa mak abah akak peluk dia sebelum tinggal balik tu...

    ReplyDelete
  4. weyh adik bongsu semua amcam tu perangainya... ermmm sabor je lah ye... XD

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!