Port Shop Kedai Wajib Masuk Bila Masuk Shopping Mall! - Azwar Syuhada

Sunday 15 December 2019

Port Shop Kedai Wajib Masuk Bila Masuk Shopping Mall!

Salam to all readers,

Sebenarnya tak ada benda sangat aku nak sembangkan. Tapi mood nak menaip tu membuak-buak so buka laptop terus taip, asah sikit bakat menulis yang makin berkarat ini. 2 minggu lepas berturut-turut kalau tak silap akulah aku follow makcik aku pergi Expo Home di Mid Valley. Ialah dah hujung tahun, banyak sale sana-sini, siapa nak shopping perabot baru bolehlah beli hujung-hujung tahun ini. Tengah murah.

Aku memang suka follow makcik aku kalau dia nak pergi Expo home ini, sebab aku suka berangan-angan kalau ada rumah sendiri aku nak deco macam-macam ini. Best tau pergi sini expo macam ini, kalau tak pun kau pergi jelah masuk Ikea pun dah syok gila. Aku suka bab hias-hias rumah, yang ianya time rajin beriya buat. Bila datang malasnya, penyapu pun malas nak sentuh. Duduk terbongkang gitu. Ko rasa? 

Awal-awal makcik aku duduk Subang pun aku ikut dia pergi beli perabot. Ini nak pindah tempat baru, cari barang baru pula. Pergi expo home kau buka sahaja mampu berangan-angan ada rumah sendiri, ko boleh tengok inovation teknologi terbaru. Asyik terperap dalam office tengok dokumen sampai lupa perkembangan teknologi terkini susah juga. Sungguhpun, ramalam kereta terbang 2020 tak nampak bayang bakatnya lagi, kita ekspo benda kecik dulu. Salah satunya plug suis. 


Yes plug suis dah ada upgrade lagi power. Biasa kita nak cas telephone kena cari plug. Kadang-kadang plug tu pun dah penuh sampai ko kena tunggu turn nak guna. Suis ini kau nak adjust dekat kabinet dapur pun boleh. Yang penting tak membahayakan budak-budak. Button suis on/off dia pula hanya pusingkan kepala kiri ke kanan sahaja. Cakap je nak berapa kaki. Nak bentuk macam mana semuanya ada. Senang wei, nak travel pun mudah or letak dekat office.



Bukan plug suis sahaja, kepala paip sekarang pun maju ke depan. Cakap je nak bentuk macam mana, panjang berapa semua ada. Salah satunya yang bawah ini, dah selesai cuci pinggan dalam rumah bolehlah tarik keluar siram pokok bungan pula. Tapi hodoh sikitlah rupanya nak letak dekat dapur.



Sementara tunggu makcik aku belek barang, aku lepak kosyen ini, maigad empuk gila macam tilam wei. Selesa pun selesa, if korang tengah buntu tak ada idea nak hias ruang tamu macam mana, bolehlah datang expo home macam ini, nampak elegan cara susun aturnya.

Set kabinet daput pun murah, had ini RM1500, boleh pilih design nak corak apa (yang ditawarkan). Dah puas berada dalam expo home ini, aku naik pergi sembahyang zohor. Dalam pada pergi sembahyang menyelinap masuk Mr D.I.Y. Bercakap soal masuk mall ini, mesti ada tempa korang mesti/wajib masuk walaupun tak ada benda nak cari. At least ko kena masuk juga kedai tu. Ada tak? Baik mengaku cepat.

Jujur aku sendiri mengaku, selain Watson, Gurdian, DAISO, KAISON, MR D.I.Y ini juga merupakan salah satu tempat yang aku tak pernah missed kalau masuk mana-mana mall. Masuk Mr DIY ingat Adibah Noor ikon kedai ini. Kenapa aku suka masuk ini? Salah satu sebab kenapa aku masuk ini sudah semestinya macam-macam ada. Kadang-kadang barang dapur, barang toilet jauh lagi murah daripada ko shopping dalam supermarket.

google
Dulu-dulu aku rajin ikut mak aku pergi beli barang dapur, mak aku punya survey suka pergi satu per satu port, bila tengok sini murah dia akan patah balik pergi kedai tu pergi beli. Sekarang mujur dah ada Mr DIY kedai RM2 pun belambak makin luas perjalanannya shopping barang.

Kalau korang dah imun/ biasa masuk kedai-kedai macam ini korang akan tahu apa benda murah, apa benda korang patut beli dan tak patut beli. Sebagai contoh kedai DAISO tak semua barang berbaloi beli dalam tu. Contohnya pen 3 batang RM5.30 yang sepatutnya kau boleh dapatkannya dengan harga RM3.60 dekat POPULAR or mana-mana book store berdekatan.  Ini contohlah.

 Antara barang keperluan yang wajib aku beli bila masuk MR D.I.Y;

  • Sabun basuh pinggan, pencuci lantai bilik air, pewangi baju
  • Buku nota pelbagai jenis (notebook sini murah-murah) 10 ringgit kau boleh dapat 3 buah buku. Berbaloi gila
  • Sticker, sitcky note comel
  • Fail pelbagai bentuk semua jenis ada (lagi murahdari shopping dekat POPULAR
  • Rak kasut (RM15) beli masa pindah rumah
  • Kalau nak cari baldi, botol air, rak baju lipat tu pun ada dekat Mr. D.I.Y
  • Dijamin berkualiti dan murah


This post not sponsor post. Aku suka sembang apa yang aku suka buat. At least korang takyah perlu pergi tempat mahal-mahal kalau boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah. Cuba share sikit dekat bawah ini, apa port kedai yang korang tak pernah miss untuk masuk.

Even aku tak ada benda nak cari pun, aku mesti masuk pusing 1 kedai ini pun dah cukup buat aku bahagia. Kadang-kadang nak cari 1 barang je, alih-alih borong 10 barang pun ada juga. Aishhh syaitan sungguh duniawi ini.

Hujan ini sedap tudr, esok dah kerja. Selamat berhujung minggu semua!

4 comments:

  1. itu semua kedai yang memang berhantu, yang selalu bila dah singgah jarang sangat tak beli apa-apa

    ReplyDelete
  2. ni klu dpt umah sendiri...mesti excted nk deco.. noe pun suka terjah tempat hias umah ni.. x dpt.. tengok pun jadi lah

    ReplyDelete
  3. aida pun suka sgt masuk kedai brg rumah gini, meskipun xde nak beli pe pun.
    curi idea deko kalau berkenan :)
    then, mr.diy tu memang wajib masuk kalau ke mall. ada je brg akan dibeli :)
    terutama utk anak2 la. menggembirakan hati diorang.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!