Sale Hujung Tahun Betul-Betul Gila! - Azwar Syuhada

Saturday 30 November 2019

Sale Hujung Tahun Betul-Betul Gila!

Salam to all readers,

Siapa terjebak dengan sale Black Friday semalam, angkat tangan sikit? Nampak gayanya kita genglah. Nak hujung tahun, macam-macam sale keluar asal buka Instagram scroll je memanjang sale nya, tak cakap lagi yang email, sms yang masuk. Awal-awal tu ignore je. Semalam masuk KLCC terbeli juga flat shoes dekat Jelly Bunny. Maigad! Godaan sungguh.

Alang-alang ada 25% sempena Black Friday ini belilah terus. Aku pun memang cari flat shoes, Jelly Bunny ini punya jenama memang okay, tak buat kaki kau melecet pun. Bergantung pada individu juga kot. Karang aku claim tak melecit, ada pula yang pakai melecet. Naya je. Promosi ini sampai esok je, pergilah mana-mana cawangan Jelly Bunny yang berdekatan, size sangat-sangat limited.

Lately, ramai juga yang DM aku mengenai UniKL, best tak belajar di UniKL, macam mana nak apply pengurangan mara. Tak korang, baca info mengenai UniKL di blog aku yang sendu ini. Ada masa, aku balas je, kalau lambat aku balas tu maknanya aku betul-betul busy. Ada masa terluang nanti aku share pula, cara buat income sambil belajar. Tambah-tambah yang study di ibu kota. Macam-macam ualls boleh buat untuk cari duit lebih. Says no to MLM!


So, whats your planing for next year 2020? Kita masih ada 31 hari lagi untuk melangkah ke tahun baru. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak tahun 2020. Moga tahun baru akan datang lebih baik dari tahun sebelumnya. Azam nak kurus tu, replace sahajalah untuk tahun akan datang. Azam yang tinggal azam je. Patutnya kalau nak buat tu kena sungguh-sungguh. Ini awal-awal je semangat, bila orang ajak keluar makan je aku terus ON. Mana tak membesar. Moga tahun hadapan aku lebih kerja keras untuk kumpul duit untuk kesenangan di masa hadapan.

Amin!

Randomly posting, because I don't know what post I put write. Asal boleh dijadikan modal untuk menulis. Pun boleh!


3 comments:

  1. Unachieved mission 2019 akak adalah... Nak kurus 😂. Adeh.

    ReplyDelete
  2. risau jgk terjebak ngn YES ni..
    haha..

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah setakat ni takda terlibat dengan mana2 sales lagi sebab nak uruskan perbelanjaan sekolah anak2. hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!