Malam Minggu di Get Active Fest by Watson Sunway Lagoon - Azwar Syuhada

Sunday 27 October 2019

Malam Minggu di Get Active Fest by Watson Sunway Lagoon

Sekarang tengah trending bunuh diri pula. Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara macam ini. Bila orang depress janganlah sewenang-wenangnya mengejek. Tak dinafikan cyberbully ini betul-betul menakutkan. Takyah cerita negara luar, bila baca komen-komen orang dekat mana-mana posting yang tular media sosial serius menakutkan. Tengok profile berhijab bagai, bila mengomen tak mencerminkan identiti orang tu pula. Janganlah jadi penunggang agama! Doa yang baik-baik untuk diri sendiri.

Aku pun dah jarang sangat buka Instagram, banyak habiskan masa dekat Twitter. Last week, aku spent masa di acara Get Active Fest by Watson Sunway Lagoon. Memang aku nak pergi sangat nak join zumba awalnya. Jumaat malamtu nampak penabeka post dia ada 2 tiket free ke sini. Apa lagi, rezeki jangan di tolak katanya. Terus DM dia laju-laju. Susah juga nak cari geng ke sini, mujur Wan nak teman kan dengar syarat takyah join zumba. Hurmm okaylah janji dapat pergi. Lama gila tak ke Sunway Lagoon ini. Tapi sempena acara Watson ini ada certain part boleh pergi, ada kawasan ditutup tak boleh masuk.

Sampai-sampai je masuk Sunway Pyramid jumpa Nuar claim tiket dulu. Aku tak suka sangat masuk Sunway Pyramid, macam main maze runner, tak jumpa jalan keluar. Nak cari starbuck punyalah payah. Dah dua kali round jumpa juga. Dah ambil tiket terus g solat jap baru masuk Sunway Lagoon.

Thank you Nuar for the tiket.

Thanks Wan selalu temankan ke mana sahaja nak pergi. Aku takut juga kalau Wan ini tak selesa. Dia tak suka event terkinja-kinja macam ini sebenarnya. Aku je suka. Dalam pada tak suka, nak juga main permainan yang ada booth yang sponsor event ini. Macam-macam ada, konon nak balik pukul 6. Sudahnya magrib juga baru gerak balik. Nasib baik gerak awal, nak hujan juga waktu nak gerak balik tu.

Wan takut sangat sesat. Aku cakap pernah datang sini dia tak caya pula. Aku cakap senang je pergi sini. Nanti kita naik bas je. Dia memang tak pernah turun Sunway Lagoon. So aku bawaklah naik BRT. Rupanya BRT sekarang dah takyah scan kad rapid. Awal-awal dulu kena scan. Sekarang sekali arung scan naik lrt tu. Mudahnya, jimat pun jimat. Next week pergi lagi ke sini, nak ke Night of Fright pula.



 Wan mati-mati ingat naik bas dekat perhentian bas laluan kereta lalu lalang tu, dia tak tahu pun kewujudan BRT ini. Lalu aku membawa dia bersiar-siar naik BRT. Kalau korang nak turun Sunway Lagoon, boleh berhenti dekat LRT USJ7 dan ambil BRT. BRT ini laluan khas untuk bas dan hanya area Subang sahaja, termasuk SUnway University.

Majoriti naik bas ini rata-rata student dan orang cina. Nama pun Subang Jaya, memang majoriti Cina duduk sini. Tapi best tau best ini. Selesa pun selesa. Turun Sunway Lagoon, paling senang ada laluan khas pejalan kaki. Okay juga, kemudahan yang kerajaan bangunkan ini. Perbanyakkan lagi tambah baik sistem pengangkutan awam di Malaysia ini. Hopefully Klang Valley boleh ada kemudahan seperti ini juga.

Thank you for reading!

No comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!