Pengalaman Sertai Larian 13km The Night On Bestraya: Duo Highway Challenge's First-Ever Night Run - Azwar Syuhada

Sunday, 25 August 2019

Pengalaman Sertai Larian 13km The Night On Bestraya: Duo Highway Challenge's First-Ever Night Run

Hi!

Penat belum hilang lagi tapi nak share juga dengan korang pengalaman aku sertai larian 13km. Biasanya, paling-paling pun 7km je aku mampu buat. Ini kali cabar diri sendiri sertai larian 13km. Larian ini berlangsung semalam di Plaza Tol Loke Yew. Banyak penutupan jalan dilakukan bagi menyempurkan larian ini. Larian yang aku sertai ini adalah Besraya Highway Challenge under IJM Allianz Duo Highway Challenge’s first ever night run with all-new race category. Larian ini tiap-tiap tahun ada, kali ini baru berkesempatan untuk sertai.

 Bergambar dulu sebelum banjir

I tutup jalan jap, nak lari

Kalau ikutkan ini kali kedua aku sertai larian pada waktu malam. Best juga lari waktu malam, sebab feel dia lain sikit sambil tu kau boleh view pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Larian Besraya Highway Challenge-IJM Allianz Duo Highway Challenge  ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu 13km dan juga 26km. Aku mampu 13km je setakat ini.

 Had ini pelepasan bagi peserta yang sertai larian 26km. Suka gila tengok kesungguhan mereka berlari sejauh ini. Menakjubkan!

Ini pula peserta bagi larian 13km, masing-masing muka excited untuk berlari. 

Masing-masing muka excited nak lari, time ini tengah tunggu turn nak lari je.

Larian ini dianjurkan oleh Besraya (M) Sdn Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd and EC Pixels, bukan itu sahaja cabaran lebuhraya Besraya ini memberi para peserta pengalaman yang lebih selesa, dalam suasana yang sejuk pada waktu malam ketika berlari menerusi pemandangan jalan raya Kuala Lumpur.

Beriya nak lari dalam kumpulan, alih-alih aku dengan Ajwin jalan dulu. Before ini aku join larian 7km ambil masa 2 jam. Ini kali 13km 2jam 29min je. Bangga untuk diri sendiri! Badan lencun habis.

The Besraya Highway Challenge ini bermula pada jam 8pm with flag offs at 9pm for the 26km category and at 9:30pm for the 13km category. Dalam pukul 7.15pm aku dah sampai sini takut jalan jem. Tambah-tambah semalam hujan waktu petang, mujur waktu lari hujan dah berhenti. Sebelum acara larian bermula, Fitness First led untuk acara warm-up session untuk para peserta yang sertai larian. Kalau tak warn-up adalah pula yang terkehel kaki nanti tengah jalan.

Dalam pada tak mampu join 13km ini, ramai juga yang join 26km. Memang tabik dekat dorang. Aku suka join larian macam ini, bukan sebab nak kurus, nak release tention, rehatkan minda yang penting nak tubuh badan sihat. Ramai juga ahli keluarga yang sertai larian Besraya semalam, tambah-tambah kegigihan mereka bawa anak kecil siap sorong stroller lagi. Menakjubkan dorang lari lagi laju dari aku wei!! 


Dimeriahkan lagi dengan kumpulan drum. 

Dato’ Soam Heng Choon, Chief Executive Officer and Managing Director, of IJM Corporation Berhad said: “It is great to see runners participating in our first night run on the Besraya Highway in high spirits. We hope participants will enjoy a better race experience without having to wake up so early in the morning and we can all have a good rest before the race. Having an evening flag-off not only reinforces the benefits of racing and running in the night, which we have taken the lead with our LEKAS Highway Ride night cycling event, but also increases the interest of night running. An evening start time will mean participants are less affected by the heat and humidity – the more tired you get, the cooler it gets.” 

According to Zakri Khir, Chief Executive Officer of Allianz Malaysia Berhad, running has been something Allianz Malaysia has always been very involved in since 2013 when the company kicked off its very own Allianz Pacer Running Community in October that year. 

“The IJM Allianz Duo Highway Challenge is just one of five running events that we will be involved in this year. When we agreed to be co-sponsors of this run, it was forged on a mutual goal of strengthening our commitment towards driving the healthy living agenda amongst Malaysians. And I can say proudly how we have been able to achieve this at every edition since 2017,” said Zakri Khir. 


 Finally! Dapat selesaikan larian dengan sempurna dan merangkul medal. Sungguhpun tak ada nombor, tetap berbangga pada diri sendiri.

Dari kiri aku, Balqis and Ajwin!

IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019 is supported by Title Partner: IJM Corporation Berhad and Allianz Malaysia Berhad, Platinum Partner: EXSIM & Touch N GO Digital, Gold Partner: Magnetic Control System & Nivea Men, Silver Partner: System Builders, Official Timing: Coros, Official Isotonic and Drink: 100 Plus & ICE Mountain, Official Online Portal: Justonline & Partners: Affin Hwang, IJM Land, RockTape, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Nestle MILO, Nestle Fitnesse and Movement First. 

To learn more about Allianz Malaysia, visit www.allianz.com.my

Thank you for reading!

1 comment:

  1. MashaAllah bestnya dpt join run. 13km tu kira power la tuuu <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!