Tutorial Makeup Mudah with Althea Beauty Product - Azwar Syuhada

Sunday 17 February 2019

Tutorial Makeup Mudah with Althea Beauty Product

Salam to all readers,

| Tutorial Makeup Mudah with Althea Beauty Product | Siapa yang kenal aku pasti tahu berapa kali aku ber makeup, itu pun sebab-sebab tertentu. Umur dah jangkau usia 25 tahun baru tahu pakai eyeliner. Sedih kan? Never mind, practice make perfect orang kata. Buat julung kalinya, aku nak share cara aku bermakeup menggunakan keluaran kecantikan tidak lain dan tidak bukan off course dari Althea Korea. Maigaddd excited gila! Finally, keluar juga makeup beauty keluaran Althe sendiri.

Jom tengok apa yang menarik!


Barangan ini hadir dalam kotak edisi khas yang dinamakan Happy Luna New Year. Very cute okay. Antara item yang terdapat dalam kotak tersebut adalah sticker, Note for beauty Angels, Eye Pallete Sunrise & Moonrise BCL X A, Althea Creamy Consealer (4 shades), Lips Tint (4 shades), Althea Sportlight Eye GLitter (2 shades) dan juga Althea Skin Relief.

1) Althea Skin Relief Spot Film Gel

 Althea Skin Relief Spot Film Gel membantu menutup cela (jerawat) area kering. Kaya dengan minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinas. Cecair berbentuk gel ini mampu melegakan serta merawat serta melindungi cela dari pencemaran luar.

Antara khasiat yang terkandung dalam Althea Skin Relief Spot Film Gel

Minyak pokok teh: Mempunyai sifat antibakteria untuk merawat bintik-bintik jerawat
Ekstrak Centella asiatica: Melegakan kemerahan dan menguatkan kulit
Ekstrak daun pine: Kaya dengan antioksidan untuk memperbaiki dan menenangkan kerengsaan

Pling penting sesuai digunakan untuk semua jenis skin type. *Dematologically tested



Cara penggunaanya cukup mudah, hany picit sedikit dan sapukan pada area yang bermasalah secara nipis dan biarkan kering dalam masa 5 minit. Pastikan benar-benar kering sebelum menggenakan sebarang solekan. Nak kesan yang lebih efektif seelok-eloknya, pakai sebelum tidur, tempek secara menipis masa memakai yang lebih lama.

Harga: RM19.00
Nak beli boleh rujuk link ini: https://my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel

2) Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X A

Barangan seterusnya adalah Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X A. Eyeshadow palette ini diperbuat dari kolaborasi bersama artis terkenal di negara Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari merangkap ikon fesyen dan kecantikan. Terdapat 8 pilihan warna yang mampu menawan hati anda. Semua cantik weiii! Ada shimmers, mattes & glitters, paling best senang nak sental pada kelopak mata kita. Aku rasa nak bantai semua colour je. Alih-alih pakai 3 colour je. 


Aku lebih suka pakai macam ini, tak terlalu terang tak terlalu gelap.Nude2 gitu, nampak natural sikit. Sesuai sangat nak bawa dalam beg makeup palette eyeshadow ini. 

Harga: RM140:00

3) Althea Watercolor Cream Tint 4.5 ml

Terdapat 4 pilihan warna kemerahan yang gahh kau rasa? Sapu sikit je dah terserlah kemerahan. Bak orang kata, jauh sebatu aku dah nampak kau dah. Bersinar mataku nengok bibir kau gitu. Warnanya agak pekat sapu sekali dah cukup, paling best ia tidak mudah luntur dan kekal lama. So lepas makan, lip tint still elok dekat bibir. 


4 jenis colour yang ada terdiri daripada:

>>Plum Cream
>> Strawberry Cream
>> Peach Cream
>> Marron Cream

Menariknya Althea Watercolor Cream Tint ini kaya dengan asid hyaluronik dan squalene bagi mengekalkan bibir dari kering dan menggelupas. Sesuai digunapakai untuk semua jenis bibir. Ia diperbuat di Korea dan formulated with both water dan oil. Tekstur yang berkrim onto the lips for a plump and kissable pout.

Antara kelebihan Althea Watercolor Cream Tint ini adalah;

>>Menghapuskan garis-garis halus untuk pout yang halus
>> Senang apply pada bibir tanpa rasa melekit
>> sebagai pigmen pada bibir 
>> Bau haruman yang menenagkan
>> Kesan pengkhidrat yang tinggi dengan 5 lapisan asid hyaluranik

Harga: RM20.00
Nak beli boleh rujuk link ini: https://my.althea.kr/watercolor-cream-tint

4) Althea Spotlight Eye Glitter 4.5ml

Lepas tempek eyeshadow palette tadi baru apply Spotlight Eye Glitter ini sebagai pelapis atasnya. Bagi mata berkilau dengan sinaran glitter. Ini juga diperbuat dari Korea dan terdiri daripada 2 jenis colour iaitu #01 Gold #02Pink

Hadir dengan berus untuk eyeliner memudahkan kita untuk apply dekat mata. Beginner pun elok sangat nak pakai.

Cara penggunaanya cukup mudah, mula-mula sapukan pada penutup menggunakan aplikator, kemudian sapukan perlahan pada kelopak mata dan tunggu 3-5 saat bagi kering. Kalau nak ikut gaya Aegyesol, sapukan ke bawah garisan lash, campurkan dengan jari/ tunas kapas dan tunggu 3-5 saat biar kering.

Harga: RM24.00
Nak beli boleh rujuk link ini: https://my.althea.kr/spotlight-eye-glitter

5) Creamy Concealer

Had ini paling best sebab ianya mampu menutup segala jerawat dekat muka. Tak sampai 3 minit muka kaww kelihatan flawless jahh!! Didatangkan dengan 4 pilihan shades. Semua balance dengan warna kulit aku.

Creamy Concealer ini mengandungi aquaxyl iaitu Derived from birch tree sap. Dimana, ekstrak ini  mampu menghasilkan halangan kelembapan pada kulit dan menghalang dehidrasi.

 A pigmented concealer with buildable coverage. 4 shades itu terdiri daripada;

#01 Vanilla 
#02 Ginger
#03 Honey
#04 Mocha

Cara Penggunaan Concealer;


LANGKAH 1 : Colitkan (titik titik sahaja) ke kawasan yang hendak ditutup seperti di bawah mata, di sekitar hidung atau di mana sahaja kawasan yang ada cela di muka. Kemudian ratakan dengan jari atau span.

LANGKAH 2 - Gunakan warna yang lebih cerah untuk di bahadian mata dan kontur dengan warna yang lebih gelap untuk membentukkan wajah. Kalau tak faham boleh rujuk link bawah aku sertakan. Nanti korang akan lebih faham.

LANGKAH 3 - Gunakan berus halus untuk meratakan kawasan yang sukar seperti sudut mata, bibir dan cela kecil. Nak lagi senang gunakan beauty blender. Dijamin mampu meratakan tone kulit korang dalam masa beberapa saat sahaja.

Harga: RM15.00
Nak beli boleh rujuk link ini: https://my.althea.kr/flawless-creamy-concealer

MALUUUUUU!!!!!!! Jarang makeup, nak tengok tutorial penuh boleh refer link youtube ini:



Buat mereka yang nak dapatkan barangan keluaran Althea bolehlah rujuk link di bawah ini, macam-macam ada :

Website : http://my.althea.kr/

Jangan lupa follow sekali mereka di sini :
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/

Thanks you for reading!

4 comments:

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!