Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Azwar Syuhada

Friday, 25 January 2019

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser


| Beauty Review: Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser | Lately, makin banyak pula jerawat naik dekat muka, mungkin faktor hormon tak berapa stabil dengan factor cuaca yang tak menentu. Bila muka kategori sensitif dan berjerawat ini bukan sebarangan produk boleh guna. Ada baiknya tengok terlebih dahulu apa ingredients yang ada pada produk tersebut sama ada sesuai ke tidak dengan kulit kita.

Kalau dah pakai dan tidak memudaratkan bolehlah teruskan penggunaannya. Kalau betul-betul skin ada problem yang tak dapat dikawal ada baiknya, terima nasihat pakar terlebih dahulu. Buat mereka yang mengalami masalah seperti aku iaitu masalah kulit berjerawat + sensitif bolehlah cuba pakai pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature. Menariknya, produk ini 100% Original Made in Korea. Siapa yang nak cantik macam Park Shin Hye bolehlah try pakai.


Produk ini dihantar kepada aku atas tujuan review. Ini pertama kali aku mencuba produk keluaran Hansaegee Nature. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok?



Serba Sedikit Info Mengenai Hansaegee Nature?
Kalau nak tahu, Hansaegee Nature ini merupakan satu jenama yang terkenal dengan penjagaan kulit wajah yang bertapak dekat Malaysia dan kesemua produk jenama ini 100% Original Made in Korea. Banyak juga aku baca feedback positif pengguna produk jenama Hansaegee Nature ini. Hansaegee Nature mula ditubuhkan sekitar tahun 2011, start up with direct importing high & 100% Original skin care produckt from Korea. Kau rasa?

Bertambah menarik lagi, kesemua bahan-bahan yang terkandung dalam produk Hansaegee Nature legaly approved dan dijamin selamat digunakan oleh pengguna. Ianya sejajar dengan tujuan utama Hansaegee Nature dimana mereka akan memastikan untuk menyediakan sesuatu yang berkualiti dan selamat penggunaan produk Korea kepada pengguna. Salah satu produk yang terlaris setiap tahun adalah Gold Nano CC Cream. Masuk tahun 2016, Hansaegee Nature keluarkan “Hansaegee Nature” Aqua Whitening Cream. DIikuti dengan produk yang aku tengah pakai ini iaitu Hansaegee Nature by Aloe AC Bubble Cleanser pada tahun 2018. All product of course 100% Original Made in Korea.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature ini diperbuat dari Aloe Berbandesis Leaf (daun lidah buaya) dan tea tree leaf oil. Memang tidak dinafikan kedua-dua bahan ini selalu digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ia membantu memelihara kulit wajah.

Di mana, Aloe Vera adalah bahan yang baik  untuk kelembapan pada kulit wajah dan mengatasi masalah kulit berjerawat. Manakala, Tea Tree Leaf Oil bertindak untuk merawat masalah kulit berjerawat, jeragat, kurangkan infeksi kulit, anti fungus, sekaligus memberi kelembutan pada kulit wajah. Selama hampir seminggu lebih dah cuba produk ini, Alhamdulillah sesuai sangat dengan kulit wajah aku yang tengah berjerawat sekarang ini.

Selain dari 2 bahan utama di atas, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser turut kaya dengan Salvia officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract, Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine ) Extract.

Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini hadir dalam bentuk botol sederhana besar yang bersaiz 150ml. Nak tahu boleh tahan lama ke tidak, bergantung pada penggunaan korang juga. Kalau jenis yang suka pump banyak-banyak tak sampai sebulan dah boleh habis.

Sekali pump dah banyak buih keluar. Moist betul, bila start cuci muka memang bestlah!

Jangan terkejut bila pump Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini keluar buih. Yes, Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini berbentuk foam. Kalau nak tahu lagi, asalnya pencuci muka dalam botol ini adalah dalam bentuk cecair tapi bila kita pump sahaja automatik dia akan bertukar menjadi buih yang banyak. Tak percaya boleh scroll bawah tengok sendiri.

Jadi, buih-buih yang banyak inilah yang akan membantu membersihkan pori-pori atau daki yang tersumbat dalam kulit wajah kita. Lepas bilas dengan bersih, sure muka korang rasa fresh dan bertenaga gitu!


Bagaimana Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Caranya cukup mudah, sama seperti pencuci muka yang lain. Basahkan muka korang dengan air terlebih dahulu, kemudian picit cleanser pumb Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini sehingga keluar buih. Rata keseluruh wajah, dan urut perlahan-lahan dalam bentuk bulat dalam masa 1-2 minit. Akhir sekali, bilaslah dengan air bersih. Senang kan?

Antara Perkara Menarik Mengenai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
·         Membantu membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kuli wajah
·         Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
·         Merawat masalah jerawat + jeragat
·         Membantu mengeluarkan sebum dan minyak yang berlebihan
·         Mengawal minyak
·         Memberi kelembapan + tidak mengeringkan kulit wajah
·         Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitive, kulit berjerawat, blackhead/ whitehead

Kesan Penggunaan Selepas Mencuci Muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser?
Off course best! Tambah-tambah sebelum pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini waktu tu pula jerawat berternak beramai-ramai, stress aku. Lepas pakai sehari, keesokkan harinya jerawat makin mengecut. Setakat ini, pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini tak pernah lagi memberi kemudaratan pada kulit wajah aku.


Feeling confort skin and moisture bubble
Paling syok sekali, lepas cuci muka itu kulit wajah rasa lembap dan licin sahaja + kesan minyak yang berlebihan dah makin berkurang. Rasa tak puas bila cuci muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rasa nak pump banyak kali je.

Feel dia tak boleh nak cakap. Rasa nak lumur satu badan. Lembut je bila dah apply dekat kulit wajah.

Boleh tengok lebih dekat lagi tekstur buih dia yang sangat soft, watery and moisture and tak terlalu dry. Kalau pump banyak kali, buih akan keluar lebih banyak.

Bukan itu sahaja, teksture Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mengeluarkan buih banyak ini sangat lembut + ringan dan meresap jauh ke dalam kulit wajah sekaligus dapat membersihkan segala kotoran degil, daki, kulit mati denan cepat.  Paling pasti, kulit wajah rasa lebih segar, lembut, lepas bilas dengan air bersih.


Bau pencuci muka ini ala-ala herba gitu, tapi sedaplah baunya yang menenangkan. Buat korang yang kaki makeup, seelok-eloknya cuci muka 2 kali kalau nak betul-betul bersih.

Bagi mereka yang masih tercari-cari produk pencuci muka dari bahan-bahan semulajadi, aku syorkan korang cuba pakai Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini. Mana tahu, ianya boleh mengatasi masalah kulit wajah korang!

Bagi mereka yang ingin mendapat Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ataupun produk Hansaegee Nature AC Clean Bubble Cleanser ini boleh layari website di bawah;



Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Thank you for reading!

7 comments:

  1. Semakin mendapat perhatian produk hansaegee ni..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh...ramai juga yang review positif produk hansaegee ni.. Menarik juga

    ReplyDelete
  3. wah ramai jugak pakai brand ni. nak kena try ni

    ReplyDelete
  4. As salam. Produk yg bagus. Nampaknya abam kie kena beli utk anak2 dara di rumah ni. Done follow your blog. No 3266. TQ.

    ReplyDelete
  5. Wow...
    Berseri muka...
    Done follow...
    http://paanhealersblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!