Cara APPLY Pengurangan MARA. - Azwar Syuhada

Tuesday, 22 January 2019

Cara APPLY Pengurangan MARA.

Alhamdulillah, permulaan tahun baru yang baik kali ini. Tahu-tahu sahaja keputusan pengurangan mara dah pun lulus. Tak perlu tunggu lama, dalam masa 1 bulan lebih tahu-tahu sahaja dah pun lulus. Sebelum pengurangan total kos pembelajaran buat Degree di Unikl adalah RM64+++. Sekarang bila dah lulus melakukan pengurangan hanya perlu bayar RM12+++ sahaja. Alhamdulillah! Syabas untuk diri sendiri. hehehe...


Siapa anak MARA dekat sini? Mana-mana student UniKL, KPTM mesti tahu punya. Buat adik-adik yang study di UniKL belajar betul-betul, dan score exam kalau boleh. Nanti takde la senak lepas belajar nak bayar hutang. Buat mereka yang masih belum tahu cara untuk apply pengurangan mara ini boleh tengok tutorial ini okay. Sharing is caring gitu!

Kadara Pengurangan MARA Mengikut Pointer (Update Terkini)
3.5 and above: bayaran balik 15% dari total pinjaman
3.0-3.49: bayaran balik 20% dari total pinjaman
2.5-2.99: bayaran balik 25% dari total pinjaman
2.0-2.49: bayaran balik 30% dari total pinjaman

*Kasi semangat sikit dekat korang yang masih study dekat UniKL tu, especially UniKL Business School!

Cara Mudah untuk APPLY Pengurangan MARA.

1) Photostat skroll & transcript akademik, minta pengetua sekolah cop SAHKAN. Lepas CONVO terus buat okay, jangan tangguh-tangguh. Haritu lepas 2 minggu baru aku terhegeh-hegeh isi tu pasal awal tahun baru lulus. Tahun sebelum-sebelum ini aku ada baca juga, dimana ada orang apply bulan 3, bulan 7 baru lulus. Batch aku, ALhamdulillah ramai yang lulus dalam masa sebulan sahaja.

2) Dah setel photostat skroll & transcrit akademik + sahkan. Buka laptop dan pergi ke website ini >>online06.mara.gov.my/ecoversation Paparan skrin utama macam ini korang akan nampak;


3) Klik pada pautan "LOG MASUK". Perhatian! Pengguna harus masukkan ID & Password yang telah didaftarkan di sistem ebaki. Sebab nak tahu dah lulus ke belum melalui sistem ebaki nanti tau.

4) Skrin butiran pelajar akan keluar seperti bawah ini. Wajib lengkapkan butiran peribadi & pelajaran seperti paparan bawah ini;


*Jika pengguna klik statu 'BEKRJA" pengguna perlu lengkapkan butiran pekerjaan seperti contoh di bawah ini;

5) Masuk pula pada bahagian butiran pelajaran. Pengguna wajib melengkapkan butiran pelajaran seperti paparan di bawah. Kalau tak ingat waktu bila masuk & habis rujuk sijil tamat belajar, kalau tak ingat juga call sahaja fakulti tempat korang belajar.


Setiap butiran yang korang dah isi, akan dipaparkan seperti berikut;


6) Kemudian klik pada pautan 'upload dokumen' untuk upload dokumen scroll + transcrit akademik yang telah disahkan. Aku buat semua dalam satu pdf. So, upload satu file sahaja terus. Settle!


Dia akan keluar paparan macam ini, aku buat satu file sahaja haritu, so upload file yang sama untuk scroll and transcript. Dinasihatkan, file yang dimuat naikkan nanti tidak boleh melebihi 5mb.

Dah berjaya upload dokumen, klik pada pautan 'TUTUP". Skrin butiran pelajaran yang telah lengkap akan dipaparkan sperti bawah ini. Klik pautan 'SELESAI" untuk ke fasa seterusnya.


Fasa seterusnya adalah paparan penuh pengguna. Boleh refer contoh di bawah. Pengguna boleh menyemak semula mana-mana bahagian yang masih belum di isi.

Panel Bayaran Komitmen Conversion RM300

Bagi menyempurnakan proses penggurangan MARA ini, pemohon harus memunaik resit bayaran komitment conversion dengan menekan button 'upload' di bawah;


Dah upload wajib lengkapkan butiran ini. Bila tarikh pembayaran dibuat dan no. rujukan. No rujukan / resit boleh tengok dalam resit tersebut. Okay?


Permohonan yang telah lengkap diisi akan diproses oleh pihak BKK. Pemohon boleh menyemak status pada icon 'status" seperti gambar dibawah.


Status permohonan yang tidak lengkap akan dipaparkan seperti ini. Dia akan maklumkan apa yang kurang. Nak update just klik pada pautan 'kemaskini kelayakan'.
Contoh status permohonan telah diterima akan keluar seperti ini. Perhatian! Setelah status permohonan telah diterima, pengguna atau pemohon tidak boleh sama sekali mengemaskini butiran pelajaran yang telah dihantar. Ini baru diterima belum lulus lagi tau! Jangan lupa cetak permohonan untuk rujukan korang!

Nak tahu dah lulus ke belum. Tunggu 30 hari waktu bekerja selepas hari korang apply tu. Boleh semak status permohonan dekat website ini http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/ Dah lulus nanti, rajin-rajinlah bayar hutang okay. Tutorial ini panjang sebenarnya, aku dah ringkaskan sebaik mungkin dari tutorial yang aku perolehi. Good luck!

Thank you for reading!

1 comment:

  1. hi nak tanya Panel Bayaran Komitmen Conversion RM300 boleh dibuat di mana?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!