Beauty Review: First Time Trying Out Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit - Azwar Syuhada

Sunday 2 December 2018

Beauty Review: First Time Trying Out Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit

Salam to all readers,

| First Time Trying Out Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit | Rasa lama juga tak berkongsi perihal kecantikan. Cantik ke kita? Off course la semua orang Tuhan dah ciptakan kecantikan tersendiri. Kali ini aku nak berkongsikan berkenaan sunblock/suncreen dibawa khas dari Althea sendiri. Setiap orang pasti mengetahui sunblock/suncreen ini WAJIB dipakai hari-hari untuk mengelakkan kulit kita kita terdedah dengan panahan Ultraviolet (UV). Aku pun baru sahaja berjinak-jinak pakai sunblock pada awal kemasukan universiti lagi sehinggalah sekarang. Memang kena biasakan pakai, tak kiralah keluar rumah ataupun tidak. Memang WAJIB pakai dan pastikan sunblock yang dipakai mempunyai SPF50++

Another beauty product review!

Produk ini dihantar kepada aku atas tujuan review memandangkan aku salah seorang Althea Angel. So, I'm super excited to give a honest review to uoalls based on my opinion. Sekiranya berminat nak cuba, pastikan check the ingredians, rujuk nasihat docor ataupun healthcare partitioner sebelum membeli bagi mengelakkan ketidaksesuaian dengan kulit muka kita. Ok? 

Kalau korang perasan barangan keluaran dari Althea semakin bertambah sekarang. Mana tidaknya, awal-awal haritu produk Cleanser dan moisturizer Althea. Kemudian loose powder, sekarang ini Suncreen pula, yang terbaru mask lepas ini.

Jom tengok, apa yang menarik ada dalam Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit kali ini?
>> Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA+++
>> Petal Velvet Powders 3 jenis iaitu #0 (Translucent), #23 (Warm Beige) and #Pink Lavender
>> Althea Hologram Pouch

Fall in love sangat dengan Petal Velvet Sunway Sunscreen Kit ini sebab overall warna pink. My favourite colour! 

Apa yang menarik dengan Petal Velvet Sunaway Sunscreen?

Petal Velvet Sunaway Sunscreen | 55ml | RM43.00

Petal Velvet Sunaway Sunscreen ini diperkaya dengan Damask Rose yang berfungsi untuk melembapkan dan melicinkan kulit wajah. Aku tak pernah lagi dengar tentang Damask Rose ini lagi, adakah aku tertinggal keretapi? Sumber dari google mengatakan Damask Rose ini bagus kerana ia kaya dengan vitamin dimana ia membolehkan menyerap terus ke dalam kulit sekaligus bagi glowing dekat kulit wajah. Bau Petal Velvet Sunaway Suncreen ini agak menenangkan dan berbau aroma Rose. 

Bagaimana Cara Untuk Memakai Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen?

Cukup mudah, sama macam sunblock/suncreen jenama lain cara pemakaiannya. Pakai sahaja Petal Velvet Sunaway Suncreen sebagai last step dalam rutin kecantikkan. Just dap dap sahaja dekat muka.

 Waktu-waktu macam ini banyak pula jerawat berternak dekat muka. Arghhh..

 Penuh screen kamera dengan muka sendiri. See! Muka nampak fresh gila lepas apply sunaway suncreen. Pink2 gituew..


Sunaway Suncreen ini cukup bagus digunakan untuk rutin harian kecantikkan, amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Jangan lupa shake terlebih dahulu sebelum apply. Lepas dah apply tunggu dalam 15 minit baru keluar, bagi ia meresap menyeluruh ke dalam kulit wajah! Texture suncreen ini agak cair dan kalau tekan sikit dah mengalir banyak. Lama-lama pakai dah mulai pekat.


Yang bestnya, lepas apply kulit wajah jadi lebih cerah dari sebelumnya. Tapi taklah terlalu ketara boleh blend lagi dengan warna kulit kita sendiri. Sekaligus, ia tidak sama sekali menyebabkan kulit wajah kita bercapuk. Malah, kulit wajah lebih bertenaga dan sihat gituewww. 


Aku cadangkan korang bawa sahaja Petal Velvet Sunaway Suncreen ini ke mana sahaja. Jadi senang sikit, untuk apply semula selepas 2 3 jam lepas menggunakannya. 

Apa Keistimewaan Althea Petal Velvet Sunaway Suncreen dengan Jenama Lain?
Antara 2 point penting yang aku nampak dalam Petal Velvet Sunway Suncreen ini adalah;

Micro Powder Barrier: Kandungan particel micro (kecil & halus) yang terdapat pada suncreen bertindak untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada kulit kita. Maka, kulit wajah jadi lebih bersih dan lebih halus. Plus, hyaluronic acid membantu melembabkan dan menghidrat jauh ke dalam kulit.

Advanced Non-Chemical UV Filter: Apply sahaja Sunaway Suncreen ini secara menyeluruh dan korang akan nampak sendiri perbezaannya. Nampak lebih cerah tapi tidak terlalu ketara dan ia tidak sama sekali meninggalkan kesan campuk dekat kulit wajah kita. Inilah fungsi advanced non-chemical UV filter di mana ia dihasilkan dengan transparent formula.

Petal Velvet Powder

Petal Velvet Pwder ini terdiri daripada 3 jenis shades iaitu #0 (Translucent), #23 Warm Beige) #Pink Lavender. Ketiga-tiga jenis ini memang best dan boleh blend dengan jenis skin. Korang mesti beli!

 #0 Translucent | RM16
 #23 Warm Beige | RM16
#Pink Lavender | RM17

Ketiga-tiga shade loose powder ini best gila. Senang blend dengan semua jenis kulit. Bila pakai pakai je, kulit jadi pink2 gituew. Kalau sebelum ini kulit muka macam jalan tar, lepas apply tiba-tiba jadi rata, mulus je. hahahaha.. Bolehlah beli mana-mana shade, nak buat keluar pergi mana-mana pun senang, sebab bekas dia comel sangat!

Apa-apa pun, texture & konbinasi Petal Velvet Sunaway Suncreen dan Petal Velvet Loose Powder ini memang aku suka. Memang tak lengkap rutin aku kalau barangan keluaran Althea ini takde. Kalau dapat salah satu shade loose powder pun dah cukup mengembirakan hati. Yang pasti kesemua produk Petal Velvet Sunaway Suncreen Kit ini amat sesuai dengan skin aku sekarang tambah-tambah kulit wajah aku ini yang jenis sensitif.

Kalau berminat untuk mencubanya, aku syorkan korang GRAB sahaja Petal Althea Petal Sunaway Suncreen Set kerana ianya jauh lebih murah kalau beli satu satu. Harga asal RM59.00 kalau beli set dapat pula tolak 10% diskaun  jadi RM53.10 sahaja. Murah kan?

Untuk makluman lanjut boleh layari;

Instagram: @altheakorea

Thank you for reading!

1 comment:

  1. wahhh nak try jugakk lahh. first time singgah your blog :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!