Saturday, 13 October 2018

Fernleaf 100% Susu Segar Lagi Berkhasiat dari New Zealand

Salam to all readers,

Fernleaf 100% Susu Segar Lagi Berkhasiat dari New Zealand | Aku salah seorang peminat tegar minum susu. Sebelum tidur mesti minum susu. Seperti mana yang kita tahu, susu amat penting dan membantu menguatkan tulang kita. Kebiasaannya aku minum susu Dutch Lady sahaja, tapi kali ini ada satu lagi susu yang enak dah sesuai dengan tekak aku. Boleh tahan sedapnya, iaitu susu segar Fernleaf. Sekotak kecik dah mampu lapik perut.

Fernleaf UHT adalah susu terbaik dan sesuai untuk semua peringkat umur serta 100Mmmmm. Sekaligus memberi tenaga yang berpanjangan.




Fernleaf, Susu Pilihan Terbaik Untuk Seisi Keluarga

Fernleaf 100%Mmmmm...Sedap!! Mana tak sedap, susu Fernleaf ini dihasilkan dari lembu tenusu khas dari New Zealand. GIla tak sedap? Agak-agak korang bagaimana susu lembu ini diproses dan menghasilkan terbaik buat kita semua? Nak tahu, jom baca lebih lanjut.

Di New Zealand, terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia unuk menghasilkan susu. Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana rumput di sana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu di sana secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Bukan itu sahaja, lembu tenusu di New Zealand lembu yang dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding dengan lembu tenusu yang lain.



Susu Segar Lagi Berkualiti

Susu Fernleaf UHT ini kaya dengan pelbagai nutrien seperti protein, Vitamin A & D. Kalau nak tahu, dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu di New Zealand mampu menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.


Tak mustahillah, rata-rata produk tenusu datang dari negara New Zealand. Ini puncanya!

Fernleaf Pakar Tenusu Bertahun-tahun

Fernleaf ini salah satu top 5 susu yang terkenal sejak aku di bangku sekolah lagi. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi secara tidak langsung mampu membuahkan hasil dengan memastikan kualiti tinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

3 Pek Variasi & Mudah Dibawa

Susu Fernleaf UHT ini terdapat 3 jenis iaitu susu fernleaf perisa coklat, rendah lemak dan penuh berkrim. Ia juga hadir dengan 2 saiz iaitu kotak kecik bersaiz 200ml manakal kotak besar bersaiz 1l.

Kedua-dua saiz ini mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh didapati di pasaraya di seluruh Malaysia.




Kini, susu Fernleaf menjadi salah satu favourite aku. Bukan sahaja mampu memberi tenaga yang berpanjangan malah membantu membentuk tulang yang sihat. Apa tunggu lagi, jom sama-sama menikmati susu Fernleaf!

Untuk menambah ikatan kekeluargaan, boleh sahaja kalau kita minum susu Fernleaf setiap pagi bersam-sama. ;)

2 comments:

  1. Memang sedap, segar dan 100% Mmmmm... Jom minum susu Fernleaf UHT sekarang!! Hehe..

    ReplyDelete
  2. Lama giler tak minum susu fernleaf ni. tak ingat dah rasa dia. Boleh lah cuba nanti :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com