Sunday, 7 October 2018

Bayar Zakat Dengan Skim Thohir & Rebat Peluang Menangi Hadiah RM28k!

Salam to all readers,

Tiada masa berkunjung ke pusat zakat? Masih belum terlambat lagi buat anda semua yang masih belum membayar zakat kerana Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) baru sahaja melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) dan anda semua berpeluang untuk rebat hadiah bernilai RM28k!! Insyallah rezeki makin melimpah ruah bila kita menyucikan harta. 


Apa itu Skim Thohir? 

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

πŸ”Siapakah yang layak memasuki kempen ini ?

☺ mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji)

☺☺ Mereka yang MEMBUAT TAMBAHAN POTONGAN KE ATAS POTONGAN ZAKAT SEDIA ADA (maksudnya tuan/puan memang dah bayar zakat secara potongan gaji....ehem..ehem..bolehlah buat penambahan ye.... ;)

πŸ”Bagaimana caranya nak sertai kempen ini ???

Senaaannnggggg sangat tuan/puan. Sila pilih kaedah di bawah berdasarkan kesesuaian tuan/puan (maksudnya yang memudahkan tuan/puan πŸ˜‰

πŸ’» : Permohonan Online: www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
πŸ’  : Kaunter-kaunter PPZ.
πŸ‘” : Hantar borang yg lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my
πŸ“ž : Hubungi TALIAN ZAKAT 1 300 88 5757

google


Antara hadiah yang ditawarkan;

πŸ“¦ Pemenang utama Pakej Umrah bagi 2 orang
πŸ“¦ Pemenang kedua : Percutian ke Beijing 6H5M
πŸ“¦ Pemenang ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M
πŸ“¦ Pemenang keempat – kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M
πŸ“¦ Pemenang keenam – ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
πŸ“¦ Pemenang kelapan – kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M

LUMAYAN kan...........(Terima kasih Five Estec Travel Services Sdn. Bhd kerana menaja keseluruhan hadiah untuk pemenang. Apa tunggu lagi, jom sertai beramai-ramai, mana tahu salah satu hadiah tersebut milik anda!


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 OKTOBER 2018

Kalau nak tahu, kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini telah lama berlangsung mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Jadi, lepas ini tiada alasan lagi andai kata tiada masa untuk membayar zakat, kini anda boleh bayar secara online sahaja. Skim Thohir 2018 kan ada, dan anda masih ada peluang untuk rebut hadiah lumayan. Masih sempat lagi untuk sertai. Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Pemenang akan di umumkan pada bulan NOVEMBER!

Jangan tunggu dan lihat ajerrrr.....Bertindak sekarang !
Mungkinkah rezeki anda pegi UMRAH atau melancong PERCUMA tahun ini ?

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com