October 2018 - Azwar Syuhada

Sunday 28 October 2018

Pre Convocation with My Bestie- UniKL Business School 2018
2:59 pm 5 Comments
Tiada yang lebih indah selain daripada meraikan kegembiraan menggenggam segulung ijazah! Selama 3 tahun berusaha bersengkang mata, pulun buat assignment, gelabah setiap kali nak buat presentation, last minutes study untuk exam, bapak rindu!

Tanggal 14 Oktober 2018, adalah tarikh keramat buat aku dan rakan-rakan di UniKL semua meraikan hari kegemilangan, mak ayah bergenang air mata kegembiraan meraikan anak-anak menggenggam segulung ijazah katakan. Dalam pada kita bergelak ketawa, ada juga rakan-rakan yang telah dijemput Ilahi, Al-Fatihah buat mereka semua.

Jujur aku cakap, aku bukanlah golongan orang cerdik pandai. Sekali baca terus dapat jawab! Tidak sama sekali. Sebaliknya, aku kategori budak biasa-biasa sahaja, kena praktik banyak kali barulah berjaya buat. Bak kata pepatah, berakit-rakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Benda paling best dan tak boleh dilupakan waktu zaman belajar sudah semestinya, SAHABAT!


Ya, SAHABAT! Dulu-dulu aku hanya mengenali orang kampung aku sahaja. Di sini, aku berjumpa ramai kenalan, dari pelbagai negeri ada yang dari Kedah, Penang, Perak, Rembau, Terengganu, Kelantan, banyak syok. Banyak lenggok bahasa aku dah dengar dan kadang-kadang terajuk cakap depa. Biasalah aku orang Selangor, takde loratt bahasa. Orang Selangor jumpa orang Kedah terus tersasul keluar lenggok sana. 

Inilah sahabat sepanjang 3 tahun, sama-sama segroup buat assignment, sama-sama study last minutes, tak termasuk lagi rakan setoto, rakan sekereta tong-tong duit minyak guna kereta Kyla! Dalam kelas bukan study betul pun, duk kawasan tengah (zon selamat), mengaburi mata pensyarah. Aku macam biasa kaki membuta dalam kelas, tak termasuk lagi kaki online waktu dalam kelas. hahaha... Awal-awal masuk jerlah buat perangai, bila pointer sem 1 tak cantik. Barulah nak study betul-betul.


















Maka MUKTAMAD lah kisah aku dengan sahabat di zaman universiti. Tiada lagi, waktu-waktu genting menyiapkan assignment, tiada lagi dengar leteran pensyarah, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi kisah cinta kampus. Kini beralih kepada dunia realiti, iaitu fasa alam pekerjaan. Pada SAHABAT yang masih belum mendapat kerja janganlah rasa down sangat, banyak benda yang kita boleh menafaatkan. Aku percaya setiap orang ada rezeki, cuma cepat atau lambat sahaja.

Pada mereka yang sudah bekerja, jagalah amanah kerja itu sebaik mungkin. Untuk lebih keberkatan, duit MARA jangan lupa bayar, ibu ayah harus diberi sedikit saguhati. Kini, kita sedang berjalan di atas timeline kita di saat kita teguh berdiri membina kerjaya ada liku-liku kehidupan yang kita harus atasi seperti stress. Jangan lekas down, bila kita rasa down cepat-cepat selawat.

Apa-apa pun, UniKL punya konvokesyen paling HAVOC sekali! Terima kasih UniKL dan tidak lupa juga kepada MARA! ~~

Reading Time:

Saturday 13 October 2018

Fernleaf 100% Susu Segar Lagi Berkhasiat dari New Zealand
11:30 pm 2 Comments
Salam to all readers,

Fernleaf 100% Susu Segar Lagi Berkhasiat dari New Zealand | Aku salah seorang peminat tegar minum susu. Sebelum tidur mesti minum susu. Seperti mana yang kita tahu, susu amat penting dan membantu menguatkan tulang kita. Kebiasaannya aku minum susu Dutch Lady sahaja, tapi kali ini ada satu lagi susu yang enak dah sesuai dengan tekak aku. Boleh tahan sedapnya, iaitu susu segar Fernleaf. Sekotak kecik dah mampu lapik perut.

Fernleaf UHT adalah susu terbaik dan sesuai untuk semua peringkat umur serta 100Mmmmm. Sekaligus memberi tenaga yang berpanjangan.




Fernleaf, Susu Pilihan Terbaik Untuk Seisi Keluarga

Fernleaf 100%Mmmmm...Sedap!! Mana tak sedap, susu Fernleaf ini dihasilkan dari lembu tenusu khas dari New Zealand. GIla tak sedap? Agak-agak korang bagaimana susu lembu ini diproses dan menghasilkan terbaik buat kita semua? Nak tahu, jom baca lebih lanjut.

Di New Zealand, terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia unuk menghasilkan susu. Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana rumput di sana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu di sana secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Bukan itu sahaja, lembu tenusu di New Zealand lembu yang dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding dengan lembu tenusu yang lain.



Susu Segar Lagi Berkualiti

Susu Fernleaf UHT ini kaya dengan pelbagai nutrien seperti protein, Vitamin A & D. Kalau nak tahu, dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu di New Zealand mampu menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.


Tak mustahillah, rata-rata produk tenusu datang dari negara New Zealand. Ini puncanya!

Fernleaf Pakar Tenusu Bertahun-tahun

Fernleaf ini salah satu top 5 susu yang terkenal sejak aku di bangku sekolah lagi. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi secara tidak langsung mampu membuahkan hasil dengan memastikan kualiti tinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

3 Pek Variasi & Mudah Dibawa

Susu Fernleaf UHT ini terdapat 3 jenis iaitu susu fernleaf perisa coklat, rendah lemak dan penuh berkrim. Ia juga hadir dengan 2 saiz iaitu kotak kecik bersaiz 200ml manakal kotak besar bersaiz 1l.

Kedua-dua saiz ini mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh didapati di pasaraya di seluruh Malaysia.




Kini, susu Fernleaf menjadi salah satu favourite aku. Bukan sahaja mampu memberi tenaga yang berpanjangan malah membantu membentuk tulang yang sihat. Apa tunggu lagi, jom sama-sama menikmati susu Fernleaf!

Untuk menambah ikatan kekeluargaan, boleh sahaja kalau kita minum susu Fernleaf setiap pagi bersam-sama. ;)

Reading Time:
Food Review: The Best Hidangan Panas Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya
8:30 am1 Comments
| The Best Hidangan Panas Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya | Baru-baru ini aku lepak bersama blogger di Cyberjaya di sebuah restoran. Bab mengopi di kedai makan memang aku laju, tambah-tambah aku memang kuat makan dan suka merasa sesuatu yang baru lagi rare. Pantang nampak makanan depan mata, mata dah bersinar-sinar melihat hidangan depan mata. 

Tempat sedap, port menarik, takkan tak nak share pula kan? Sebenarnya kedai ini baru sahaja mula beroperasi, aku pun pertama kali datang sini. Nama restorannya agak unik, iaitu Restoran Mangkuk Ayam, sekali pandang macam mangkuk ayun pula. Dua kali pandang, baru perasan Restoran Mangkuk Ayam. 


Boleh tahan makanan dekat sini, dan aku pun dah bookmark kedai ini mesti dalam list aku kalau berkunjung ke Cyberjaya. Restoran Mangkuk Ayam ini agak unik dan rare sekali bilamana ia mendekorasikan restorannya sendiri dengan pinggan mangkuk yang ada gambar ayam. Tambah-tambah dengan dinding yang menggunakan batu-bata. Agak klasik gitu plus sentimental value. 

Bercerita soal makanan pula, pelbagai hidangan menarik korang boleh cuba dekat sini, antaranya Asam Laksa, Mee Rojak, Rojak Sotong, Mee Kari, Bubur Ayam,  Kuey Teow Sup Ayam, Rojak buah dan macam-macam lagi. Jom lihat, hidangan yang aku jamu baru ini di Restoran Mangkuk Ayam baru ini. 

MEE KARI | RM11.90 

Mee Kari ini salah satu hidangan yang terdapat di Restoran Mangkuk Ayam ini. Kepekatan kuah kari ini menaikkan lagi seri menu ini sendiri. Dengan kehadiran bebola ayam yang besar memang sedaplah dijamu begitu sahaja.

 ASAM LAKSA | RM11.90

Ini pula, hidangan Asam Laksa. Kepekatan kuahnya cukup rencah orang kata. Memang sedap baq hang! Tambah-tambah dengan hirisan sayur, bawang, nenas, cili yang dihiris dengan cukup halus dan masih segar lagi walaupun terendam terlalu lama. Yang bestnya bila suap ke dalam mulut terasa "kruncy" lagi bila kunyah bawang dan nenas. 

KUEY TEOW SUP AYAM | RM11.90

Selain itu, hidangan kuey teow sup ayam juga turut disajikan di sini. Bestnya, portion makanan dekat sini banyak, sorang makan belum tentu habis. Harus kongsi dua orang!

google

BUBUR AYAM | RM8.90

google
 ROJAK AYAM | RM10.90

Rata-rata makanan disini lebih kepada mee, sekiranya korang peminat tegar mee bolehlah datang ke mari. Satu lagi makanan yang perlu korang cuba bila datang sini adalah rojak ayam ini. Perghhhh, rasanya memang PADU!! Kuah kacangnya pun tak terlalu kasar dan tidak terlalu halus, kepekatan kuahnya memang cukup rasalah orang kata. Ketlan ayam yang besar-besar memang enaklah makannya. Sampai sekarang, masih terasa-rasa keenakan rojak ayam ini.

 MEE ROJAK SOTONG | RM11.90

  TAHU SUMBAT | RM7.90

Jangan risau dekat sini juga turut menyajikan sajian nasi. Ada dua jenis hidangan nasi yang korang boleh cuba dekat sini iaitu "NASI KARI AYAM" dan juga "NASI RENDANG DAGING". Aku dah pekena nasi rendang daging, memang sedap!! Cuba sambal nasinya agak sikit, kalau letak banyak sikit lagi sedap kot! Aku memang kuat makan sambal walaupuntak tahan pedas.

 NASI KARI AYAM | RM12.90

 NASI RENDANG DAGING | RM13.90

PECAL SAYUR | RM7.90

 KARI BEBOLA AYAM | RM10.90

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menjamu mangga ais dan juga laicikang sebagai pencuci mulut. Dah sedap-sedap nikmati makanan berat, apakata cuba dua menu ini. Not bad jugalah!

MANGGA AIS | RM7.90

ROJAK BUAH |  RM7.90
Selain makanan sini sedap, aku juga tertarik dengan dekorasi kedai ini.Nak senang korang park sahaja kereta di level P1, masuk sahaja depan my news dah nampak restoran ini. Bagi aku range harga makanan dekat sini tidaklah terlalu mahal "standard price". Hidangan makanan sedap, kalau mahal pun takpe, orang puas hati!

Servis dari orang-orang restoran mangkuk ayam ini juga cepat dan elok. Tak sampai setengah jam makanan yang diorder dah sampai dan masih panas ok! 



Kemeriaahan suasana restoran mangkuk ayam di D'Pulze Cyberjaya. Sambil menikmati makanan di sini korang juga boleh  lihat gelagat orang ramai lalu lang. hahaha...


Kenyang perut, hati pun jadi senang. Terima kasih owner kedai kerana sudi mempelawa aku datang makan. Memang puas hati, pergi petang, kenyang sampai ke malam. Sampai sekarang, terasa-rasa keenakan rojak ayam dan asam laksanya. Bagi mereka yang ke Cyberjaya mahupun penduduk di sekitar Putrajaya bolehlah datang ke sini untuk merasa sendiri keenakan dan keunikan Restoran Mangkuk Ayam ini. Aku puji bukan sebab dipelawa datang makan sini semata-mata, tapi memang hidangan di sini memang SEDAP belaka. Kena dengan tekak aku.

Sure punya, korang pun rasa nak datang lagi! Sangat-sangat recommended korang datang ke sini andai kata nak bersantai minum petang atau ingin menikmati hidangan panas lagi meleleh gitu!

Untuk maklumat lanjut boleh layari;

RESTORAN MANGKUK AYAM MALAYSIA

Alamat: P10, D'Pulze Shopping Cenre Cyberjaya

Facebook: www.facebook.com/MangkukAyam

Waktu beroperasi: Isnin - Ahad (11.00am - 10.00pm)

Thank for reading this entry!
Reading Time:

Sunday 7 October 2018

Bayar Zakat Dengan Skim Thohir & Rebat Peluang Menangi Hadiah RM28k!
9:00 am 3 Comments
Salam to all readers,

Tiada masa berkunjung ke pusat zakat? Masih belum terlambat lagi buat anda semua yang masih belum membayar zakat kerana Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) baru sahaja melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) dan anda semua berpeluang untuk rebat hadiah bernilai RM28k!! Insyallah rezeki makin melimpah ruah bila kita menyucikan harta. 


Apa itu Skim Thohir? 

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.

🔍Siapakah yang layak memasuki kempen ini ?

☺ mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji)

☺☺ Mereka yang MEMBUAT TAMBAHAN POTONGAN KE ATAS POTONGAN ZAKAT SEDIA ADA (maksudnya tuan/puan memang dah bayar zakat secara potongan gaji....ehem..ehem..bolehlah buat penambahan ye.... ;)

🔍Bagaimana caranya nak sertai kempen ini ???

Senaaannnggggg sangat tuan/puan. Sila pilih kaedah di bawah berdasarkan kesesuaian tuan/puan (maksudnya yang memudahkan tuan/puan 😉

💻 : Permohonan Online: www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
💠 : Kaunter-kaunter PPZ.
👔 : Hantar borang yg lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my
📞 : Hubungi TALIAN ZAKAT 1 300 88 5757

google


Antara hadiah yang ditawarkan;

📦 Pemenang utama Pakej Umrah bagi 2 orang
📦 Pemenang kedua : Percutian ke Beijing 6H5M
📦 Pemenang ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M
📦 Pemenang keempat – kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M
📦 Pemenang keenam – ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
📦 Pemenang kelapan – kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M

LUMAYAN kan...........(Terima kasih Five Estec Travel Services Sdn. Bhd kerana menaja keseluruhan hadiah untuk pemenang. Apa tunggu lagi, jom sertai beramai-ramai, mana tahu salah satu hadiah tersebut milik anda!


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 OKTOBER 2018

Kalau nak tahu, kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini telah lama berlangsung mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Jadi, lepas ini tiada alasan lagi andai kata tiada masa untuk membayar zakat, kini anda boleh bayar secara online sahaja. Skim Thohir 2018 kan ada, dan anda masih ada peluang untuk rebut hadiah lumayan. Masih sempat lagi untuk sertai. Orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.

Pemenang akan di umumkan pada bulan NOVEMBER!

Jangan tunggu dan lihat ajerrrr.....Bertindak sekarang !
Mungkinkah rezeki anda pegi UMRAH atau melancong PERCUMA tahun ini ?
Reading Time: