Friday, 17 August 2018

Jom Sambung Belajar di UNIKL! Apa yang Menarik Mengenai UNIKL?

Dah lama nak share, tapi  tak terbuat-buat. Sebab, malasnya ya ampun. Sebelum tu,  ada ke yang nak tahu  mengenai UNIKL? Nanti aku syok sendiri pula. Haishh!!

Dah nak habis belajar baru siap fakulti Unikl Business School, tu pun budak account study sini. Lain-lain still dekat Bangunan Yayasan Selangor.

Disebabkan masa aku study dulu, ada yang duk DM tanya best tak belajar di UNIKL. Something question related about my university. So, here is the best time I share with u guys. Ok! Aku boleh je sembang pasal UNIKL, but for sure aku banyak memberi keutamaan pada yang satu ini iaitu UniKL Business School, because I study here beb!

Aku tak berapa nak arif untuk  mengupas perihal UNIKL, yang aku tahu lepas sahaja tamat form 6, aku terus sambung belajar di sini. Tak pernah sekali pun terdetik nak sambung belajar di UNIKL, sebab impian utama aku nak belajar dalam IPTA la kononnya. Disebabkan takde rezeki nak masuk IPTA sambung sahajalah di UNIKL. Frust? Tak usah nak cakaplah, awal-awal masuk memang takde semangat kot. Lama-lama barulah boleh move on.

Bila sebut UNIKL, janganlah pikir dekat KL je ada. Kalau nak tahu, UNIKL ini ada 13 cawangan di seluruh Malaysia. Cakap sahaja nak belajar dekat mana? KL? Kedah? Perak? Tapi, tak semua negeri ada, dan ianya bergantung pada kos apa kau nak amek.



UNIKL Business School
Unikl Business School adalah Insitut Pengajian Tinggi MARA yang menawarkan kursus-kursus perniagaan, seperti account, hr, marketing, finance, dan banyak lagi. Pada mereka yang minat dalam bidang bisness bolehlah apply belajar di UNIKL Business School.



UNIKL merupakan salah satu universiti under MARA, di mana ia separuh swasta & kerajaan. Senang cerita, ianya Private University. Tapi, kenapa ramai anak melayu terdorong untuk sambung belajar di Unikl? Salah satu sebab utamanya, yurannya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan private university yang lain. Ingat senang nak sambung belajar dalam private university kalau tak dari golongan ada-ada. Kalau tak percaya, pergi tanya member hang yang ngaji dekat LIM KONG WING sana. Kau rasa?

Sebelum terlupa, ingin aku maklumkan YURAN setiap sem pihak MARA yang akan tangung (especially siapa-siapa yang layak menerima pinjaman MARA, mostly rata-rata student akan dapat, ada juga yang masuk belajar sini tak dapat pinjaman mara.) Sama ada, mereka perlu buat permohonan PTPTN ataupun tanggungan daripada FAMA - depend pada gaji your parent, pihak MARA dah kemukakan range yang tertentu siapa yang layak memohon). Awal-awal pendaftaran di UNIKL BUsiness School tetap ada pembayaran harus dilakukan. Around RM600+ (duit penerimaan and also bas tak silap aku). Ini waktu mula-mula mendaftar.

First time masuk universiti dan first time juga masuk asrama, segala macam benda dekat rumah itu aku bawa mai. Mak aku kata, macam taknak balik dah. Sewaktu pendaftaran juga, segala borang-borang yang pihak Unikl Business School suruh bawak kena bawaklah, macam medical check up, gambar pasport, borang pendaftaran semua kena complete. Kiteorang diberi name tag kertas je sementara menunggu kad matrik dikeluarkan. Habis pendaftaran dilakukan bergerak ke asrama pula, ada yang asrama dekat MenaraTM, ada juga asrama dekat Jalan Tanduk, Bangsar (waktu ini khas untuk asrama perempuan sahaja). Aku ditempatkan di asrama Jalan Tanduk, Bangsar selesai sesi pendaftaran UNIKL, parent aku hantar ke asrama and then terus pulang.

Memang bersesak jugalah hantar barang masuk asrama, dengan berebut lift lagi, mujur bilik aku tingkat 4. Masuk-masuk je dah ada 2 orang dalam bilik. 1 bilik 4 orang menginap. Bergegas jugalah nak mengemaskan barang masuk dalam almari, and packing beberapa baju dalam beg galas sebab first day pendaftaran kiteorang akan bergerak ke Universiti Malaya, orentasi di sana selama 3 hari 2 malam. Have fun guys! Minggu orentasi yang mengujakan orang katakan. Best ke tidak, haruslah masuk Unikl Business School.

Bercakap soal pinjaman MARA, nama pun pinjam tiada istillah mengatakan kau tidak perlu bayar balik. Tak kisahlah kau budak cemerlang, gemilang, lagi terbilang, budak so so, HARUS & WAJIB bayar balik. Amboii, pinjam tahu pulang taknak ya! Banyak cantik muka lu! hahaah.. Akan tetapi, korang boleh melakukan pengurangan pinjaman MARA, ianya semua bergantung kepada result. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajin baca update terkini page Unikl Business School Official ataupun e-brim. 

Satu jelah, dah masuk universiti belajar betul-betul jangan pikir nak seronok sahaja, ingat mak ayah kat kampung nak tengok kau BERJAYA! Memanglah MARA bagi kepuk-kepuk, gunakanlah duit tu seelok-eloknya. Alhamdulillah, sepanjang aku belajar 3 tahun, duit MARA ini yang menanggung aku bayar sewa rumah, beli buku, duit belanja makan minum, sebab aku tahu mak aku takkan bagi. 



KEMUDAHAN

Yes, untuk pengetahuan korang aku duduk asrama Jalan Tanduk, Bangsar hanya semester pertama sahaja. Masuk sem kedua aku dah kena cari rumah sewa. Siapa-siapa yang belajar di Unikl Business School, Jalan Raja Muda Abdul mostly student menyewa area Kampung Baru, Damai, Setiawangsa. Aku menyewa dengan budak-budak Unikl Batch aku juga, alhamdulillah sampai tamat belajar jugalah kami duduk menyewa sama. Hal pencarian rumah sewa, member aku yang setelkan. Kecik jugalah spacenya, duduk menyewa 9 orang. Sewa sebulan RM1800, Kira sorang, RM200 + 50 campur utilities gitu.

Rumah complete, ada tv, meja makan, katil, peti sejuk, mesin basuh, cuma tilam katil tu limited la. Ada yang terpaksa beli sendiri. Selama 2 tahun jugalah aku tidur berlapikkan toto, tidur pula ruang tamu, sebab space rumah yang kecik. Sekitar KL, mostly rent around RM1800-RM2000++. Ikutlah kalau dapat tuan rumah yang tak KEDEKUT. Obviously, tuan rumah aku sewa totally KEDEKUT!

Nak jimat duduk Kampung Baru, murah memang murah kau kena hadap pula dengan masalah bekalan air kejap ada kejap takde. Pandai-pandailah nak hidup kat Unikl Business School, senang je nak dapat kemudahan. Keluar-keluar je dah nampak KLCC, Menara Tower. Nak pergi KLCC tambang RM1 sahaja dari tempat belajar. Waktu mula-mula study sini, memang aku spesis rusa masuk kampung jugalah. Sungguhpun orang KLANG je, jarang tengok dunia luar. Awal-awal je blur, lama-lama kau PRO la duduk KL.

Kalau dah menyewa sama-sama, aku nasihatkan jangan kedekut tulang urat, duduk sama-sama rajin-rajinlah kemas sama-sama. Good luck dapat rumah and housemate!

SOCIAL LIFE

Banyak je aktiviti sukan/ sukarelawan/ hiking/ debate/ entrepeneur yang UNIKL Business School anjurkan. Aku berapa nak aktif awal-awal tu, dah nak dekat pertengahan sem barulah berjinak join aktivti, mostly aktiviti yang aku join adalah LARIAN. Ini gara-gara kenal dengan Adibah Mazalan aku rajin lari sana sini. Sampai habis universiti aku still masuk acara larian. Ada aktiviti yang memaksa korang tong kelas. So pepandailah arrange macam mana. Ada juga aktiviti yang campur dengan UNIKL cawangan lain. Nak tahu aktiviti semua rajin-rajin join club ataupun like facebook Official Unikl Business School. Nanti ada update terkini dekat situ, yang penting kena RAJIN.

 Ini waktu talk SME, Q Sentral
 Siapa mengaji dekat Unikl Business School jangan lepas peluang untuk ber OOTD dekat dinding merah ni. Ini semua batch Marketing 2015, masing-masing pakat nak intern.


 Ini pula masa dengar talk mengenai Entreprenuership dekat Unikl Business School.

Ini pula sumber pendapatan sampingan aku iaitu Ubismart Kioks. Siapa nak cari poket lebih bolehlah minta kerja sini lepas habis kelas. Best! Sekarang lagi advance, office unikl ada bukak peluang pekerjaan part time pada student apatah bidangnya. Tak ingat! Rindunya...

 Ini pula, waktu sertai kem PERKIM, rindunya nak duduk dalam hutan. Takde line waktu kem ini!

 Ini acara larian luar, bukan under UNIKL. Banyak benor gambar upload mana yang jumpa sahaja ini!

Banyak lagi aktiviti yang aku join, nak upload semua gambar nayalah. Yang ianya, kau masuk universiti rajin-rajinlah kan diri join aktiviti sosial. Nanti kau menyesal beb! Dah kerja mulalah kau akan rasa menyesal. Sebab masa zaman studylah waktu kau nak pulun habis enjoy. Bukan enjoy perhabis duit dekat marka, tapi habiskan masa selagi boleh zaman belajar. Ada je aktiviti join sahaja, kalau nak kira takde kawan memang tak kemanalah. Hidup dekat universiti, jangan selalu duk ikut cakap kawan, apa kau nak buat kau buat selagi tak melanggar syarak. Ewahh! Enjoy your student life!

ENVIRONMENT BELAJAR

Aku bukanlah golongan orang cerdik pandai, tiap-tiap sem budak 'DEKAN". Owhh tidak sama sekali. Aku dalam kelas kuat gila tidur, duduk pula tengah-tengah, awal-awal sem hati ini masih berat lagi untuk terima belajar dekat universiti swasta. hahaha..Konon-konon semua budak ada-ada, tak berapa nak pandai. Persepsi aku sama sekali SALAH. Sem 1 & 2 aku leka lagi, belajar memain, masuk sem 3 aku mula sedar, ramai sahaja golongan cerdik pandai yang berada di situ, ada yang dari asasi, matrik, diploma,  ada juga yang berlagak pandai. hahahaah... Bila sem 1 & 2 aku teruk, off course la kena tazkirah dengan parent.Nak bayar ke hutang mara banyak-banyak ini? Nak lakukan pengurangan dengan pointer macam ini tak lepas punya. Masuk sem 3, barulah tersedar, struggle nak mendaki sampai sem terakhir, kekalkan 3 dihadapan. Azab jugalah.

Lecture dekat Unikl memang POWER2 background depa. Paling penting diri sendiri kena RAJIN bertanya, aku tak suka bertanya masa belajar, aku lebih cenderung bertanya habis waktu belajar tak pun through whatsapp. Nak dekat exam, aku bantai tidur, orang tidur aku study, member study aku tidur. hahaha.. Spesis tak boleh belajar by group. Tapi math or account kena belajar by group!

Antara lecture Unikl Business School yang pernah mengajar aku adalah Sir Hisham Hashim, Miss Anis, Sir Shahrin, Cikgu Arman dan banyak lagi. Belajarlah sebanyak mungkin, kaut segala ilmu yang dorang ada, Insyallah KEJAYAAN menanti anda kelak!

Lagi apa nak tahu mengenai UNIKL?

Thank you for reading!

2 comments:

  1. menarik info pasal UniKL yg ramai tak tahu kan...semoga terus success Azwar

    ReplyDelete
  2. Hi tuan blog yang comel dan readers semua! Hehe. Hi korang! SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! Alhamdulillah. Bulan Oktober ni convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog SR. Bonus: Pengalaman program pertukaran pelajar di Kozminski University, Poland (ERASMUS+/ISEM UNIKL)

    PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com