Saturday, 25 August 2018

5 Laman Web Berkesan untuk Mencari Pekerjaan

Salam to all readers,

Siapa yang rapat dengan aku, tahulah perkembangan aku sekarang ini. Siapa yang tak tahu, buat do no jerlah ya. hahaha.. Member seorang duk tanya, cari kerja dekat mana senang betul kau dapat katanya pada aku. Dia tak tahu, betapa struggle nya aku nak mencari, tambah-tambah duduk dekat pekan. 2 minggu tak bekerja dah gelabah tahap cipan mulalah terpikir duit rumah sewa, bil letrik. Alhamdulillah, pintu rezeki Allah tu maha luas.

Buat member-member yang tidak bekerja lagi dan masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan jangan lekas berputus asa. Banyakkan berdoa, insyallah rezeki anda pasti ada juga. Memandangkan, harini aku ada masa terluang jadi aku share sikit laman web yang memudahkan korang cari kerja. Aku rasa ramai je yang dah kongsi artikel laman web cari kerja, memang banyak tapi aku prefer 5 laman web ini sahaja.

5 Laman Web Terbaik untuk Mencari Pekerjaan

1) Jobstreet

google
Jobstreet ini salah satu laman web paling terbaik untuk korang apply cari kerja. Nak apply pun ada caranya. Pada mereka yang tiada lagi account jobSteert, bolehlah sign up macam biasa. Once, dah sign up make sure update your profile dahulu. Jangan laju nak apply kerja.

Segala butiran peribadi anda make sure lengkap, termasuklah pengalaman kerja anda sebelum ini dan juga skills. (Email, no. phone make sure isikan)


Pernah nampak tak benda ini, masa nak tekan apply sesuatu pekerjaan itu? Kalau tak perasan boleh check balik. Agak-agak pernah isi tak ruang pitch tu? Bagi mereka yang tak pernah isi, cuba belajar isi. Sebab pitch ini juga memainkan peranan penting dan potensi tinggi untuk sesebuah company nak panggil kita datang iv.

Sebagai contoh ayat;

A degree holder in Marketing who is willing to learn new skills and gain precious working experience. If your company is looking for a potential employee with good attitudes, please count me in. Do not hesitate to view my profile. Thank you.

Kalau ada lagi ayat power, bolehlah guna ayat sendiri. Make sure korang isikan pitch ini before tekan submit application.

2) Linkedln


Linkedln ini senang cerita adik beradik facebook cuma dia punya lifestyle educated version. Boleh sahaja kongsikan apa sahaja yang inginkan dikongsikan mengenai kerjaya, di sini scope orang-orangnya sangat bermotivasi. Tiada ruang kau nak meroyan ala-ala facebook. Ramai sahaja yang share artikel macam mana dan apa patut buat masa datang interview.

Korang boleh follow orang-orang dalam bidang HR, Marketing, Admin, Account, follow tengok serba sedikit perkongsian yang korang boleh dapat. Boleh juga promote diri dalam update status korang tu untuk mencari pekerjaan. Pastikan update profile korang terlebih dahulu before follow orang okay! Ada masa follow la linkedln I @azwarsyuhada.

3) Indeed

Indeed ini pun bagus juga. Just sign up macam biasa and apply! Satu jerlah azab dia, email tak henti-henti masuk. Once dah dapat nanti unsubcribe la iklan-iklan tu semua ya.

4) Mau Kerja

MauKerja ini adik beradik Jobstreet jugalah. Kalau korang perasan pekerjaan dekat laman web MauKerja ini kebanyakan kerja-kerja FnB & retail store like kru-kru restoran, sales girl. Apa jua perkerjaan pun boleh, Insyallah selagi rezeki HALAL. ya tak? 

Menariknya, laman web MauKerja ada blog- perkongsian tentang pekerjaan juga, bolehlah la baca sambil-sambil scroll down cari kerja. Boleh tambah input sikit baca tip-tip dari MauKerja.

5) Twitter
Selain itu, boleh try search dekat Twitter. Tekan dekat button search "#jobvacancy" Nanti belambak dorang share. One more thing, before apply google dulu nama company and make sure bukan scam. Satu lagi, jangan lekas terpengaruh pada iklan-iklan job vacancy yang menawarkan gaji 3k, 5k, 10k sebulan. Jangan! Jangan sama sekali!

Dalam pada masa yang sama, daftarlah SPA sungguhpun payah nak dapat. Update dan teruskan update.

Thanks you for reading!

p/s: Next time aku share soalan-soalan interview pula tu pun kalau aku rajin nak buka blog. hehehe..

3 comments:

  1. thankyou for sharing! sha memang tgh cari kerja jugak ni

    ReplyDelete
  2. Howdy! Someone inn my Facebook group shared this site with us so
    I came to look it over. I'm definitely enjoying thee information. I'm book-marking and
    will be tweeting this to my followers! Superb blog and superb design.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com