August 2018 - Azwar Syuhada

Saturday 25 August 2018

5 Laman Web Berkesan untuk Mencari Pekerjaan
3:45 pm 5 Comments
Salam to all readers,

Siapa yang rapat dengan aku, tahulah perkembangan aku sekarang ini. Siapa yang tak tahu, buat do no jerlah ya. hahaha.. Member seorang duk tanya, cari kerja dekat mana senang betul kau dapat katanya pada aku. Dia tak tahu, betapa struggle nya aku nak mencari, tambah-tambah duduk dekat pekan. 2 minggu tak bekerja dah gelabah tahap cipan mulalah terpikir duit rumah sewa, bil letrik. Alhamdulillah, pintu rezeki Allah tu maha luas.

Buat member-member yang tidak bekerja lagi dan masih berusaha untuk mendapatkan pekerjaan jangan lekas berputus asa. Banyakkan berdoa, insyallah rezeki anda pasti ada juga. Memandangkan, harini aku ada masa terluang jadi aku share sikit laman web yang memudahkan korang cari kerja. Aku rasa ramai je yang dah kongsi artikel laman web cari kerja, memang banyak tapi aku prefer 5 laman web ini sahaja.

5 Laman Web Terbaik untuk Mencari Pekerjaan

1) Jobstreet

google
Jobstreet ini salah satu laman web paling terbaik untuk korang apply cari kerja. Nak apply pun ada caranya. Pada mereka yang tiada lagi account jobSteert, bolehlah sign up macam biasa. Once, dah sign up make sure update your profile dahulu. Jangan laju nak apply kerja.

Segala butiran peribadi anda make sure lengkap, termasuklah pengalaman kerja anda sebelum ini dan juga skills. (Email, no. phone make sure isikan)


Pernah nampak tak benda ini, masa nak tekan apply sesuatu pekerjaan itu? Kalau tak perasan boleh check balik. Agak-agak pernah isi tak ruang pitch tu? Bagi mereka yang tak pernah isi, cuba belajar isi. Sebab pitch ini juga memainkan peranan penting dan potensi tinggi untuk sesebuah company nak panggil kita datang iv.

Sebagai contoh ayat;

A degree holder in Marketing who is willing to learn new skills and gain precious working experience. If your company is looking for a potential employee with good attitudes, please count me in. Do not hesitate to view my profile. Thank you.

Kalau ada lagi ayat power, bolehlah guna ayat sendiri. Make sure korang isikan pitch ini before tekan submit application.

2) Linkedln


Linkedln ini senang cerita adik beradik facebook cuma dia punya lifestyle educated version. Boleh sahaja kongsikan apa sahaja yang inginkan dikongsikan mengenai kerjaya, di sini scope orang-orangnya sangat bermotivasi. Tiada ruang kau nak meroyan ala-ala facebook. Ramai sahaja yang share artikel macam mana dan apa patut buat masa datang interview.

Korang boleh follow orang-orang dalam bidang HR, Marketing, Admin, Account, follow tengok serba sedikit perkongsian yang korang boleh dapat. Boleh juga promote diri dalam update status korang tu untuk mencari pekerjaan. Pastikan update profile korang terlebih dahulu before follow orang okay! Ada masa follow la linkedln I @azwarsyuhada.

3) Indeed

Indeed ini pun bagus juga. Just sign up macam biasa and apply! Satu jerlah azab dia, email tak henti-henti masuk. Once dah dapat nanti unsubcribe la iklan-iklan tu semua ya.

4) Mau Kerja

MauKerja ini adik beradik Jobstreet jugalah. Kalau korang perasan pekerjaan dekat laman web MauKerja ini kebanyakan kerja-kerja FnB & retail store like kru-kru restoran, sales girl. Apa jua perkerjaan pun boleh, Insyallah selagi rezeki HALAL. ya tak? 

Menariknya, laman web MauKerja ada blog- perkongsian tentang pekerjaan juga, bolehlah la baca sambil-sambil scroll down cari kerja. Boleh tambah input sikit baca tip-tip dari MauKerja.

5) Twitter
Selain itu, boleh try search dekat Twitter. Tekan dekat button search "#jobvacancy" Nanti belambak dorang share. One more thing, before apply google dulu nama company and make sure bukan scam. Satu lagi, jangan lekas terpengaruh pada iklan-iklan job vacancy yang menawarkan gaji 3k, 5k, 10k sebulan. Jangan! Jangan sama sekali!

Dalam pada masa yang sama, daftarlah SPA sungguhpun payah nak dapat. Update dan teruskan update.

Thanks you for reading!

p/s: Next time aku share soalan-soalan interview pula tu pun kalau aku rajin nak buka blog. hehehe..
Reading Time:

Sunday 19 August 2018

Majlis Pelancaran Aplikasi Cannis
5:00 pm 4 Comments


| MAJLIS PELANCARAN APLIKASI APP CANNIS | NIMPMOS Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan APP CANNIS untuk mewujudkan platform bersepadu dan meggalakkan kemajuan serta pembangunan perniagaan dalam perkhidmatan aplikasi sosial media bertempatkan di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SACC), Shah Alam (18/8/2018).

Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasidan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera professional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat.

Majlis pembukaan yang cukup menarik, kredit foto dari blogger Sally

Turut hadir Pengerusi Cannis Group iaitu Puteri  Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratys syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman. Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat menyatakan pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blockchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan internet adalah antara 3 teknologi yang China perlu perkukuhkan.


"Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 billion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga." sambung Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Kea.

google
Beliau turut percaya bahawa ekonomi secara langsung, belanja dalam talian, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa, pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan, dan Cannis akan menjadi era baru pengguna internet, aplikasi wajib dalam telefon pintar.




Maka termetarailah sudah majlis tandatangi MOU aplikasi Cannis

Sejak Mac tahun ini, Canis tels memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan aplikasi Cannis dan keselamatan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azman Chin turut menyatakan dalam lintas langsung semalam bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Kini, tidak perlu lagi memuat turun berbilang aplikasi selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memnuhi semua keperluan peminat hanya dalam satu app sahaja iaitu Cannis.

Beliau turut merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "u think it, we build it',  membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat serta mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama. Turut menyatakan bahawa Cannis bukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


Aplikasi Cannis menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, sosial media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia membolehkan mengumpul lebih daripada 10 ribu pengguna dalam masa 24 jam.

Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran aplikasi Cannis semalam.





Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai booth juga semalam bagi memeriahkan lagi acara pelancaran aplikasi Cannis. Kesemua booth ini, adalah antara yang terlah sertai Cannis. Begitu hebat dan luas empayar aplikasi Cannis sungguhpun ia masih baru kan? Dan rata-rata barangan yang dijual pada harga yang berpatutan, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di luar. Ruginya siapa yang tak datang semalam..

google
Kredit foto: Blogger Sally

Dimeriahkan lagi, dengan tetamu utama menghadiri persidangan itu termasuk industri tekonlogi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Para tetamu utama termasuk pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai, yang merupakan seorang kapitalis profesional dalm membantu syarikat-syarikat  China untuk menyenaraikan Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden Persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South Pengerusi Persatuan ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium dan Foshan CPPCC Dr. Su Zuyao, pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia RObbie Fen Geshu, dan ketua eksekutif CrytoOcean GmbH dan pengasas Yuri, dan Panu Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation dari India.

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Cannis di smartphone anda sekarang. Untuk makluman lanjut berkenaan aplikasi Cannis anda boleh terus layari;

Website: www.cannis.app

Reading Time:

Friday 17 August 2018

Jom Sambung Belajar di UNIKL! Apa yang Menarik Mengenai UNIKL?
9:40 pm 63 Comments
Dah lama nak share, tapi  tak terbuat-buat. Sebab, malasnya ya ampun. Sebelum tu,  ada ke yang nak tahu  mengenai UNIKL? Nanti aku syok sendiri pula. Haishh!!

Dah nak habis belajar baru siap fakulti Unikl Business School, tu pun budak account study sini. Lain-lain still dekat Bangunan Yayasan Selangor.

Disebabkan masa aku study dulu, ada yang duk DM tanya best tak belajar di UNIKL. Something question related about my university. So, here is the best time I share with u guys. Ok! Aku boleh je sembang pasal UNIKL, but for sure aku banyak memberi keutamaan pada yang satu ini iaitu UniKL Business School, because I study here beb!

Aku tak berapa nak arif untuk  mengupas perihal UNIKL, yang aku tahu lepas sahaja tamat form 6, aku terus sambung belajar di sini. Tak pernah sekali pun terdetik nak sambung belajar di UNIKL, sebab impian utama aku nak belajar dalam IPTA la kononnya. Disebabkan takde rezeki nak masuk IPTA sambung sahajalah di UNIKL. Frust? Tak usah nak cakaplah, awal-awal masuk memang takde semangat kot. Lama-lama barulah boleh move on.

Bila sebut UNIKL, janganlah pikir dekat KL je ada. Kalau nak tahu, UNIKL ini ada 13 cawangan di seluruh Malaysia. Cakap sahaja nak belajar dekat mana? KL? Kedah? Perak? Tapi, tak semua negeri ada, dan ianya bergantung pada kos apa kau nak amek.



UNIKL Business School
Unikl Business School adalah Insitut Pengajian Tinggi MARA yang menawarkan kursus-kursus perniagaan, seperti account, hr, marketing, finance, dan banyak lagi. Pada mereka yang minat dalam bidang bisness bolehlah apply belajar di UNIKL Business School.



UNIKL merupakan salah satu universiti under MARA, di mana ia separuh swasta & kerajaan. Senang cerita, ianya Private University. Tapi, kenapa ramai anak melayu terdorong untuk sambung belajar di Unikl? Salah satu sebab utamanya, yurannya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan private university yang lain. Ingat senang nak sambung belajar dalam private university kalau tak dari golongan ada-ada. Kalau tak percaya, pergi tanya member hang yang ngaji dekat LIM KONG WING sana. Kau rasa?

Sebelum terlupa, ingin aku maklumkan YURAN setiap sem pihak MARA yang akan tangung (especially siapa-siapa yang layak menerima pinjaman MARA, mostly rata-rata student akan dapat, ada juga yang masuk belajar sini tak dapat pinjaman mara.) Sama ada, mereka perlu buat permohonan PTPTN ataupun tanggungan daripada FAMA - depend pada gaji your parent, pihak MARA dah kemukakan range yang tertentu siapa yang layak memohon). Awal-awal pendaftaran di UNIKL BUsiness School tetap ada pembayaran harus dilakukan. Around RM600+ (duit penerimaan and also bas tak silap aku). Ini waktu mula-mula mendaftar.

First time masuk universiti dan first time juga masuk asrama, segala macam benda dekat rumah itu aku bawa mai. Mak aku kata, macam taknak balik dah. Sewaktu pendaftaran juga, segala borang-borang yang pihak Unikl Business School suruh bawak kena bawaklah, macam medical check up, gambar pasport, borang pendaftaran semua kena complete. Kiteorang diberi name tag kertas je sementara menunggu kad matrik dikeluarkan. Habis pendaftaran dilakukan bergerak ke asrama pula, ada yang asrama dekat MenaraTM, ada juga asrama dekat Jalan Tanduk, Bangsar (waktu ini khas untuk asrama perempuan sahaja). Aku ditempatkan di asrama Jalan Tanduk, Bangsar selesai sesi pendaftaran UNIKL, parent aku hantar ke asrama and then terus pulang.

Memang bersesak jugalah hantar barang masuk asrama, dengan berebut lift lagi, mujur bilik aku tingkat 4. Masuk-masuk je dah ada 2 orang dalam bilik. 1 bilik 4 orang menginap. Bergegas jugalah nak mengemaskan barang masuk dalam almari, and packing beberapa baju dalam beg galas sebab first day pendaftaran kiteorang akan bergerak ke Universiti Malaya, orentasi di sana selama 3 hari 2 malam. Have fun guys! Minggu orentasi yang mengujakan orang katakan. Best ke tidak, haruslah masuk Unikl Business School.

Bercakap soal pinjaman MARA, nama pun pinjam tiada istillah mengatakan kau tidak perlu bayar balik. Tak kisahlah kau budak cemerlang, gemilang, lagi terbilang, budak so so, HARUS & WAJIB bayar balik. Amboii, pinjam tahu pulang taknak ya! Banyak cantik muka lu! hahaah.. Akan tetapi, korang boleh melakukan pengurangan pinjaman MARA, ianya semua bergantung kepada result. Nak tahu lebih lanjut, rajin-rajin baca update terkini page Unikl Business School Official ataupun e-brim. 

Satu jelah, dah masuk universiti belajar betul-betul jangan pikir nak seronok sahaja, ingat mak ayah kat kampung nak tengok kau BERJAYA! Memanglah MARA bagi kepuk-kepuk, gunakanlah duit tu seelok-eloknya. Alhamdulillah, sepanjang aku belajar 3 tahun, duit MARA ini yang menanggung aku bayar sewa rumah, beli buku, duit belanja makan minum, sebab aku tahu mak aku takkan bagi. 



KEMUDAHAN

Yes, untuk pengetahuan korang aku duduk asrama Jalan Tanduk, Bangsar hanya semester pertama sahaja. Masuk sem kedua aku dah kena cari rumah sewa. Siapa-siapa yang belajar di Unikl Business School, Jalan Raja Muda Abdul mostly student menyewa area Kampung Baru, Damai, Setiawangsa. Aku menyewa dengan budak-budak Unikl Batch aku juga, alhamdulillah sampai tamat belajar jugalah kami duduk menyewa sama. Hal pencarian rumah sewa, member aku yang setelkan. Kecik jugalah spacenya, duduk menyewa 9 orang. Sewa sebulan RM1800, Kira sorang, RM200 + 50 campur utilities gitu.

Rumah complete, ada tv, meja makan, katil, peti sejuk, mesin basuh, cuma tilam katil tu limited la. Ada yang terpaksa beli sendiri. Selama 2 tahun jugalah aku tidur berlapikkan toto, tidur pula ruang tamu, sebab space rumah yang kecik. Sekitar KL, mostly rent around RM1800-RM2000++. Ikutlah kalau dapat tuan rumah yang tak KEDEKUT. Obviously, tuan rumah aku sewa totally KEDEKUT!

Nak jimat duduk Kampung Baru, murah memang murah kau kena hadap pula dengan masalah bekalan air kejap ada kejap takde. Pandai-pandailah nak hidup kat Unikl Business School, senang je nak dapat kemudahan. Keluar-keluar je dah nampak KLCC, Menara Tower. Nak pergi KLCC tambang RM1 sahaja dari tempat belajar. Waktu mula-mula study sini, memang aku spesis rusa masuk kampung jugalah. Sungguhpun orang KLANG je, jarang tengok dunia luar. Awal-awal je blur, lama-lama kau PRO la duduk KL.

Kalau dah menyewa sama-sama, aku nasihatkan jangan kedekut tulang urat, duduk sama-sama rajin-rajinlah kemas sama-sama. Good luck dapat rumah and housemate!

SOCIAL LIFE

Banyak je aktiviti sukan/ sukarelawan/ hiking/ debate/ entrepeneur yang UNIKL Business School anjurkan. Aku berapa nak aktif awal-awal tu, dah nak dekat pertengahan sem barulah berjinak join aktivti, mostly aktiviti yang aku join adalah LARIAN. Ini gara-gara kenal dengan Adibah Mazalan aku rajin lari sana sini. Sampai habis universiti aku still masuk acara larian. Ada aktiviti yang memaksa korang tong kelas. So pepandailah arrange macam mana. Ada juga aktiviti yang campur dengan UNIKL cawangan lain. Nak tahu aktiviti semua rajin-rajin join club ataupun like facebook Official Unikl Business School. Nanti ada update terkini dekat situ, yang penting kena RAJIN.

 Ini waktu talk SME, Q Sentral
 Siapa mengaji dekat Unikl Business School jangan lepas peluang untuk ber OOTD dekat dinding merah ni. Ini semua batch Marketing 2015, masing-masing pakat nak intern.


 Ini pula masa dengar talk mengenai Entreprenuership dekat Unikl Business School.

Ini pula sumber pendapatan sampingan aku iaitu Ubismart Kioks. Siapa nak cari poket lebih bolehlah minta kerja sini lepas habis kelas. Best! Sekarang lagi advance, office unikl ada bukak peluang pekerjaan part time pada student apatah bidangnya. Tak ingat! Rindunya...

 Ini pula, waktu sertai kem PERKIM, rindunya nak duduk dalam hutan. Takde line waktu kem ini!

 Ini acara larian luar, bukan under UNIKL. Banyak benor gambar upload mana yang jumpa sahaja ini!

Banyak lagi aktiviti yang aku join, nak upload semua gambar nayalah. Yang ianya, kau masuk universiti rajin-rajinlah kan diri join aktiviti sosial. Nanti kau menyesal beb! Dah kerja mulalah kau akan rasa menyesal. Sebab masa zaman studylah waktu kau nak pulun habis enjoy. Bukan enjoy perhabis duit dekat marka, tapi habiskan masa selagi boleh zaman belajar. Ada je aktiviti join sahaja, kalau nak kira takde kawan memang tak kemanalah. Hidup dekat universiti, jangan selalu duk ikut cakap kawan, apa kau nak buat kau buat selagi tak melanggar syarak. Ewahh! Enjoy your student life!

ENVIRONMENT BELAJAR

Aku bukanlah golongan orang cerdik pandai, tiap-tiap sem budak 'DEKAN". Owhh tidak sama sekali. Aku dalam kelas kuat gila tidur, duduk pula tengah-tengah, awal-awal sem hati ini masih berat lagi untuk terima belajar dekat universiti swasta. hahaha..Konon-konon semua budak ada-ada, tak berapa nak pandai. Persepsi aku sama sekali SALAH. Sem 1 & 2 aku leka lagi, belajar memain, masuk sem 3 aku mula sedar, ramai sahaja golongan cerdik pandai yang berada di situ, ada yang dari asasi, matrik, diploma,  ada juga yang berlagak pandai. hahahaah... Bila sem 1 & 2 aku teruk, off course la kena tazkirah dengan parent.Nak bayar ke hutang mara banyak-banyak ini? Nak lakukan pengurangan dengan pointer macam ini tak lepas punya. Masuk sem 3, barulah tersedar, struggle nak mendaki sampai sem terakhir, kekalkan 3 dihadapan. Azab jugalah.

Lecture dekat Unikl memang POWER2 background depa. Paling penting diri sendiri kena RAJIN bertanya, aku tak suka bertanya masa belajar, aku lebih cenderung bertanya habis waktu belajar tak pun through whatsapp. Nak dekat exam, aku bantai tidur, orang tidur aku study, member study aku tidur. hahaha.. Spesis tak boleh belajar by group. Tapi math or account kena belajar by group!

Antara lecture Unikl Business School yang pernah mengajar aku adalah Sir Hisham Hashim, Miss Anis, Sir Shahrin, Cikgu Arman dan banyak lagi. Belajarlah sebanyak mungkin, kaut segala ilmu yang dorang ada, Insyallah KEJAYAAN menanti anda kelak!

Lagi apa nak tahu mengenai UNIKL?

Thank you for reading!
Reading Time:

Wednesday 15 August 2018

JOM BERZAKAT @zakat.com.my
5:04 pm1 Comments
google

| KEMPEN JOM BERZAKAT @zakat.com.my | Berita baik buat anda semua terutama pada mereka yang duduk di kawasan Wilayah Persekutuan. Jeng..jeng..jeng.. Untuk pengetahuan anda semua, Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ-MAIWP) baru sahaja melancarkan satu kempen khas iaitu kempen pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP - Jom Berzakat @zakat.com.my. Menariknya, sekarang orang ramai dah boleh start membayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP dan anda turut berpeluang rebat hadiah yang cukup menarik. Kempen ini baru sahaja berlangsung daripada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (3 bulan berturut-turut ini).


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat untuk tunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Kini, pembayaran zakat boleh dibuat menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.


Pelancaran Kempen Jom Berzakat @zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, turut hadir, Pengarah Seri Group Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd. Encik Muhammad Khalif Samsudin. Sejajar dengan pelancaran kempen ini, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan media sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP.

Antara objektif lain kempen ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di WIlayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

google

Bagi menggalkakan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada Serigroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 ini dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan ini akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti. Rebut peluang menangi hadiah menarik ini!

Apa tunggu lagi, Jom Berzakat @zakat.com.my
Reading Time:

Sunday 12 August 2018

Movie Review: Pulang, Filem Diadaptasikan dari Kisah Benar
2:21 pm1 Comments
| PULANG: FILEM DIADAPTASIKAN DARI KISAH BENAR | Sana-sini orang bercerita movie Pulang ini best gila. Sampaikan satu hari masa turun pergi event blog minggu lepas, blogger Kak Atie direct ajak tengok movie Pulang lepas event, memandangkan takde apa nak buat aku onn jerlah. Orang kata best gila cerita ini, taknak terlepas peluang punya pasal aku pergi menonton juga. Kak Sally pun join sekali, kami tengok wayang di KLCC sebab waktu tayangannya lagi awal dibandingkan dengan panggung lain. 

Filem "Pulang" ini meruapakan filem diinspirasikan dari kisah benar dan berlaku di Malaysia pada sekitar tahun 40-an dan dikeluarkan oleh Primeworks Studio arahan Kabir Bhatia. Filem ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton dan sudah mula ditayangkan pada 26 Julai 2018 lagi sehingga ke harini. 

google
Sumber: Facebook "PULANG"

SINOPSIS FILEM PULANG

Filem Pulang mengisahkan cerita cinta pasangan suami isteri, Othman dan juga Cik Thom. Othman mengambil keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan menjadi kaya. Sebelum pergi belayar, Othman berjanji pada isterinya, Thom dia akan pulang bersama kekayaan dia ingin melihat isterinya berhias dengan emas. Dengan penuh kesabaran, Cik Thom akur denan pemergian Othman dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Filem Pulang ini sedikit sebanyak membawa keinsafan dan mesej yang dimalam iaitu tentang kekayaan dan kemewahan, apalah erti sebuah kemewahan jika pada akhirnya, kita keseorangan tanpa keluarga dan orang tersayang di sisi kita? Filem ini padat dengan sinematografi yang menakjubkan dan penuh elemen CGI yang inovatif dalam filem ini.

Filem ini menelan belanja RM6juta ini membariskan pelakon yang cukup power seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azreil Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Rahim Razali, Dato Jalaludin Hasan dan ramai lagi. Filem ini berdurasi selama 2 jam dan ia merupakan filem arahan Kabir Bhatia, pengarah tershor jugalah untuk filem melayu.

PANDANGAN MENGENAI CERITA PULANG

Seperti yang sedia maklum, cerita ini diadaptasikan dari kisah benar. Aku jarang tengok drama Melayu dekat wayang, apa yang aku harapkan seperti digembar gemburkan oleh umum cerita ini best dan banyak teladan dapat dipelajari. Memang tidak dapat dinafikan, filem pulang ini menghidangkan jalan penceritaan yang cukup menarik dan setiap scene memberi impak yang membina. Ia bukan sekadar kisah percintaan, malah menitikberatkan tentang erti persahabatan. Sekali aku tengok cerita ini seperti aku membayang cerita Titanic pula. Sudah! Dima Thom di usia tua, menceritakan semula kisah kehidupannya pada cucunya. 

Setiap babak aku tak tinggal untuk filem pulang ini, cuma ada scene terkejut-kejut dengan bom tu tertutup jugalah mata aku ini. Watak utama, Othman (dilakonkan oleh Remy Ishak) dan Thom (dilakonkan oleh Puteri Aishah) cukup bersahaja sehingga menampakkan filem ini hidup. Tidak terkecuali pelakon-pelakon lain. Persoalan yang sering membuat penonton dan Thom tertanya-tanya, hanya satu sahaja "Kenapa Othman tidak pulang?". Aku pun tertanya-tanya sehinggalah Othman meninggal dan mengirimkan surat kepada anaknya untuk disampaikan kepada Thom.

Rupa-rupanya, semua berlaku disebabkan salah faham. Bagi aku cerita ini bagus dan banyak memberi teladan pada penonton. Apa guna kaya raya, kalau tiada keluarga dan orang tersayang di sisi. Tapi yang buat aku tak puas hati, aku tak menangis pula tengok cerita ini. Aku tak tahu nak nangis part mana, apa-apa pun cerita ini boleh tahanlah. 

Aku pun baru tahu juga, yang filem ini merupakan kisah benar Datuk Ahmad Idzham Omar yang merupakan CEO Media Prima dimana kisah 3 generasi keluarga beliau bermula dari datuk beliau Othman bin Haji Alias sebagai klasi kapal melayu pertama di Tanah Melayu. Kau rasa? Aku dapat tahu pun dari sumber pembacaan di beberapa buah lama web baru-baru ini.

Secara keseluruhan, cerita ini BEST! Akak bagi 3.9/ 5 BINTANG!

So, lepas ini nak tonton filem apa pula Kak Atie & Kak Sally?

Thank you for reading!
Reading Time:

Friday 10 August 2018

Lalamove Kini Tembusi Pasaran Malaysia |  Perkhidmatan Penghantaran Lebih Pantas Kurang 1 Jam dengan Lalamove
10:53 pm0 Comments

| PERKHIDMATAN PENGHANTARAN LEBIH PANTAS KURANG SATU JAM DENGAN LALAMOVE, KINI DI HUJUNG JARI ANDA | Pernah tak anda mengalami situasi genting bilamana anda harus deliver dokumen penting pada client last minute, waktu itu pula tenaga pekerja tidak mencukupi, nak taknak terpaksalah meredah jem sendiri tambah-tambah badan pula tak berapa sihat. Bak kata budak-budak sekarang, berkicap la dekat tengah-tengah highway! Alangkah indahnya, kalau wujudnya perkhidmatan atas talian untuk deliver kerja yang urgent pada hari yang sama dan waktu yang ditetapkan ataupun dalam tempoh tidak kurang dari satu jam? Ini bukan mimpi, Lalamove kini sudah berada di Malaysia!

google

Berita baik buat semua, terutama usahawan kecil yang baru nak berniaga bolehlah guna perkhidmatan Lalamove. Lalamove, pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) global, kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia setelah mengumumkankemasukannya ke negara ini dua bulan lalu. Khidmat penghantaran Lalamove ini telah digunapakai secara meluas di negara Asia terlebih dahulu iaitu di Hong Kong, Singapore, Thailand, Taiwan, Filipina, VIetnam, Indonesia serta lebih 100 bandar di China kemudian kini tembusi pasaran Malaysia iaitu di sekitar Klang Valey, dan Kuala Lumpur.

Aku cukup rasa teruja bila dapat melihat sendiri bagaimana Lalamove ini melakukan operasi pada majlis pelancarannya di Malaysia baru-baru ini. Ialah pada kita betul ke boleh sampai dalam tempoh sejam ini? Bila dapat melihat dengan mata kepala sendiri, wow syok gila ada aplikasi macam ini. Bukan aku sahaja rasa senang hati lepas ini, tak payah pening-pening nak order makanan, hantar dokumen, pendek cerita semua jenis servis ataupun barangan boleh dengan Lalamove (Tertakluk terma & syarat).

Menariknya, dengan adanya Lalamove ini penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit bukan lagi hari. Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja. Bagus kan dengan kewujudan alternatif penghantaran Lalamove ini, kerja lebih lancar dan sistematik lepas ini. 

google
Sewaktu pelancaran haritu, mereka turut melakukan demo untuk penghantaran makanan. Makanan pun boleh hantar wei, mana tak syok! Lepas ini, hari-harilah aku guna aplikasi ini nanti untuk order makanan. Tak sampai sejam, makanan yang di order berjaya sampai ke destinasi pelancaran. Itu yang seronok, diyakini cepat dan selamat!

Aplikasi Lalamove membolehkan keperluan penghantaran para perniaga dipenuhi oleh berbagai jenis kenderaan termasuklah motosikal dan kereta. Pihak Lalamove juga bakal meluaskan pilihan perkhidmatan tidak lama lagi untuk turut merangkumi van dan trak bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna berbeza.

Malah, penghantaran jarak dekat boleh dipenuhi dalam tempoh satu jam dan membolehkan pengguna Lalamove untuk mengembangkan perniagaan dengan pesat tanpa dibebani masalah logistik mahupun kos operasi yang tinggi. Jimat tenaga dan masa! Perkhidmatan penghantaran Lalamove ini dah makin meluas dekat Malaysia, setakat ini mereka cover sekitar Kuala Lumpur dan Klang Valley, serta bakal meluaskan empayarnya ke Johor dan juga Pulau Pinang selepas ini. Nantikan orang kedatangan Lalamove ke negeri anda!


Setelah menamatkan proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur, Lalamove telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja. Pantas dan cekap perkhidmatan Lalamove. Secara purata, Lalamove berjaya menyempurnakan sekitar 300 penghantaran setiap hari. Kini, Lalamove menyokong operasi lebih 200 PKS dengan rangkaian lebih 1,800 pemandu berdaftar.

Lalamove betul-betul memanfaatkan teknologi internet, aplikasi mudah alih dan ekonomi perkongsian (sharing economy) untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on demand) sebagai satu platform penghantaran bersepadu yang mampu memadankan pengguna dan pemandu dengan sekelip mata.
Di mana platform penghantaran Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan para pengguna sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran mereka.  Bukan itu sahaja, aplikasi Lalamove juga turut membantu para PKS untuk mencapai kecekapan dari segi sistem logistik dan rantaian bekalan dengan meringkaskan proses dan meminimumkan dokumentasi.

Caj perkhidmatan Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej.

google

Kini aplikasi Lalamove boleh dimuat turun menerusi "Google Playstore" dan juga "Apple Apps Store", apa tunggu lagi cepat-cepat DOWNLOAD!

Untuk makluman lanjut, boleh layari:



Reading Time:

Wednesday 8 August 2018

Unboxing Welcome Gift Box Angels | Althea Turns 3!
12:34 pm 3 Comments
Salam to all readers,

Siapa sangka diam tak diam Althea telah meraikan ulangtahun yang ke-3 tahun ini. Masih belum terlambat untuk aku wish kan? Happy birthday Althea, semoga kekal sukses dalam industri kecantikan. Siapa dekat sini masih tak tahu apa itu Althea? Masih belum terlambat untuk ketahui, Althea merupakan satu website yang menjual 100% authentic barangan dari Korean. Ini bukan cubaan, ini betul betul dimana barangan yang korang order dari Althea diterbang khas dari Korean. Bagi mana-mana wanita yang nak cantik presis K-beauty bolehlah dapatkan barangan dari website Althea terus.

Siapa sangka, aku blogger tak berapa nak cun ini juga turut terpilih menjadi salah seorang Angel Althea a.k.a Althea's Beauty Abbassador Community! Makin luas empayar Althea sekarang menjangkau tahun ke-3 kalini. Bukan calang-calang orang yang terpilih menjadi Angel Althea, dimana Angel ini terdiri daripada vloggers, beauty bloggers, youtubers, dan juga influencers. Mana-mana yang terpilih menjadi Althea's Beauty Abbasador Community berpeluang menikmati barangan kecantikan K-beauty seperti;


  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaway
  • Birthday Kredits
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Diskaun Code
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access 
dan banyak lagi. Janganlah jeles, korang pun nanti dapat keistimewaannya. Jadi, rajin-rajinlah baca blog aku. Okay!

google
Sempena Althea Turns 3 ini, aku sebagai salah seorang Althea Angels dapat Welcome Gift Box khas diterbangkan dari korea sendiri. Kalau tak dapat pun, aku biasa juga shopping sini sebab yakini dengan produk 100% K-Beauty daripada produk jamu keluaran Malaysia. haahah..

Antara barangan yang terdapat dalam  Welcome Gift Box Angels ini kali adalah;


  • Canvas Bag
  • Makeup bag
  • Mirror (Spread your Wings)
  • Real Fresh Skin Detoxer (GREEN TEA)
  • Real Fresh Skin Detoxer (ROSE)


WOW! New Baby Althea- Real Fresh Skin Detoxer

Baru-baru ini Althea telah memperkenalkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu Real Fresh Skin Detoxer dimana kini anda boleh dapatkan terus melalui website Althea! Kalau nak tahu, untuk keluaran terbaru kali ini, Althea telah mengorak langkah bergabung meletup dengan Get it Beauty (No.1  rancangan TV kecantikan di Korea) slot khas untuk memperkenalkan produk Althea kepada umum bermula bulan September ni nanti di GIB's TV. Jangan lupa bookmark calendar siap-siap, karang melepas gigit jari pula.
Memperkenalkan Real Fresh Skin Detoxer diformulasi daripada bahan-bahan premium iaitu dari alam semulajadi. Mask Real Fresh Skin Detoxer 10 saat telah dibanjiri dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi bagi memastikan kulit kita kekal sihat dan bersih sepanjang hari. Terdapat 2 jenis iaitu Real Fresh Skin Detoxer (ROSE) dan juga Real Fresh Skin Detoxer (GREEN TEA).

Real Fresh Skin Detoxer (Rose)

google
Real Fresh Skin Detoxer (Rose) diperkaya dengan 100% kelopak bunga ROs May, dipetik dengan tangan setahun sekali sepanjang bulan Mei di Grasse selatan Perancis. Dasyat kan? Nak cantik punya pasal. Menariknya, kelopak bunga ini dapat membantu melicinkan permukaan kulit yang kasar dan membuat kulit kelihatan lebih berseri dalam masa 10 saat. Kau petik setahun sekali, kau cantik dalam 10 saat je. Kau rasa? 

Rose (refining) bertindak untuk menapis dan ia sesuai digunakan pada waktu pagi iaitu selepas bangun tidur. Real Fresh Skin Detoxer (Rose) ini berfungsi melindungi dan kawal keseimbangan pH kulit muka kita agar kekal lembap dan sihat sepanjang hari. 

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) diperkaya dengan daun teh hijau muda yang dipetik dari Pulau Jeju sendiri bagi melegakan dan membersihkan kulit yang sensitif dalam masa 10 saat. Bukan itu sahaja ia turut terkandung dengan ekstrak kelapa bagi membantu melembutkan kulit tanpa memberi kesan kerengsaan kulit dengan cebisan daun teh hijau itu. Siapa spesis kulit sensitif macam aku bolehlah cuba, best wei!

Green Tea ini sesuai dipakai pada waktu malam kerana ia bertindak untuk bersihkan kulit wajah secara menyeluruh dengan bahan-bahan semulajadi daun teh hijau muda. Di mana ia mengandungi 5x lebih vitamin C dari lemon dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV. Bertambah menarik lagi, daun teh hijau ini turut membantu mengawal kehadiran minyak sekaligus membersihkan kekotoran secara mendalam. So, pada mereka yang muka berminyak berkilo bolehlah try mask Green Tea ini. Datang aku haritu, pakai Green Tea ini waktu siang, best punya pasal pagi dengan malam pun tak reti bezakan. hahaha..

Cara penggunaan bagi kedua-dua skin detoxer ini cukup mudah. Hanya picit sedikit di tangan kemudiannya titik setiap permukaan muka, dan urut perlahan-lahan dari bawah dagu sehingga secara rata di seluruh permukaan wajah. Biarkan selama 10 saat, bolehlah bilas dengan air bersih. Ataupun lagi satu cara, bila dah colet mask secara rata di seluruh wajah, tunggu dalam 10 saat, kemudian ambil sedikit air di tangan dan urut perlahan-lahan di seluruh muka sehingga keluar buih dari wash off mask detoxer ini. Barulah bilas dengan air hingga bersih.

Cuba dulu, pasti syok!! Lepas cuci dengan skin detox ini rasa kulit lebih lembut, segar dan bertenaga. Rasa hilang semua blackhead, kertas pasir dekat muka aku ini hah! hahaah...Setiap orang dia punya testimoni lain-lain kan? Apa yang aku perasan sejak aku gunakan skin detoxer green tea ini kulit aku lebih segar dari sebelumnya. Makin berseri gitu, orang taknak puji kita angkat bakul sendiri. Boleh kan?

Tak dinafikan kedua-dua Real Fresh Skin Detoxer ini dah jadi favourite aku pula. Mana taknya, ia membantu menghapuskan segala kotoran degil a.k.a daki dekat muka sekaligus memberi nafas baru pada kulit wajah. Dua-dua bau harum, paling best guna Skin Detoxer Green Tea waktu malam rasa kulit fresh bila nak tidur. Kalau korang nak juga Real Fresh Skin Detoxer ini boleh beli menerusi website Althea terus dengan cerita sekarang Althea tengah buat sales. Rugilah tak grab sekarang!

Untuk makluman lanjut boleh terus layari;

Website: www.althea.kr/
Facebook: www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram: www.instagram.com/altheakorea/
Reading Time: