Saturday, 21 July 2018

Pengalaman Pertama Layan Aktiviti "Climb Up" di SKytrex Shah ALam


Aku: Dibah, jomlah turun KL kata nak buat planning ramai-ramai pergi Skytrex, Shah Alam.

Dibah: Aku ONN je, tengok lain karang bila post dalam group semua xdan nak pergi.

Aku: Jom jerlah, berdua pun okay je! Perkara biasa, bila plan dah cukup baik reramai last minutes ada yang tak boleh nak pergi.


Pada awalnya nak pergi buat terjunan dekat jambatan area rawang under rentas. Disebabkan, pulus tak berapa nan hado, Dibah ajak pergi Skytrex Shah Alam. Lama gak buat planning, mujurlah kali ini menjadi selepas Pulau Pangkor. Kalau nak tahu, Dibah ini jugalah yang mengajak aku bergerak aktif masa dekat u, semua acara aktiviti larilah join, charity apa semua. Siapa yang pertama kali jumpa pun rasa bertahunlah kenal, terlebih ramah minah ini. 

Berbalik pada cerita pergi Skytrex Shah Alam, banyak jugalah cabaran harus diharungi waktu sebelum aku nak ke sana memandangkan rumah sewa aku waktu tu tengah renovate terpaksalah ikhtiar cara lain nak tidur mana dengan Dibah. Alih-alih Dibah, suruh aku tempah hotel dekat "Trivago", memandangkan dia dah uruskan tiket masuk ke Skytrex. Aku punyalah cuak kot-kotlah kena tipu kalau beli menerusi apps ini, rupanya selamat yaa ampun, senang pun senang pakai debit kad je. Kami gerak dari KL Sentral sekitar pukul 7 lebih naik ktm turun ktm Shah Alam. Mujurlah area situ senang dapat grab. Masuk-masuk je hotel, masing-masing barai kepenatan, tambah-tambah hari Sabtu kena kerja waktu tu, balik kerja terus pergi event, balik event pergi time square kemudian barulah bergerak ke Shah Alam. 

Keesokan harinya, sekitar pukul 10 pagi jugalah barulah kami terhegeh-hegeh bersiap memandangkan tiket masuk kiteorang dalam pukul 11.00 pagi. Memandangkan masing-masing tak berkereta, kenalah guna kemudahan yang ada tak lain dan tak bukan grab jelah. Kalau nak tahu, ada lagi sorang kawan Dibah sertai kami sekali main Skytrex kebetulan dia memang stay area Shah Alam. Alang-alang joinlah sekali!

google
Kalau nak tahu, kalau korang nak ke Skytrex ini nak taknak kena melalui pintu masuk utama Taman Botani. Hanya RM3 sekepala, ada bas dalam ini yang akan membawa anda ke Skytrex Shah Alam. Ada juga kemudahan basikal seperti Obike tu cuma jenuhlah kau nak mengayuh nak ke atas tu. Belum main lagi dah semput.


google
Sampai sudah! Sebenarnya Skytrex ini ada 3 cawangan iaitu di Langkawi, Melaka dan juga di Shah Alam. Ramai yang cakap antara ketiga-tiga cawangan ini Shah Alam paling syok katanya. Nak tahu syok ke idak jomlah tengok.

Aku first time masuk Skytrex Shah Alam jadi jakun la sikit, yang si Dibah ini pula dah memang biasa pergi sini, jadi dia buat muka selamba jerlah. Pakej yang kiteorang amek ini pakej "Advanced Extreme Challenge". Siapa suka memanjat, flying fox dan ingin menguji ketahanan gayat anda sinilah tempatnya. Satu aku suka aktiviti kat sini sebab, once kita dah mula / naik kita kena teruskan sampai habis. Dia bukan macam escape, boleh pilih nak main mana satu. Best juga, satu cabaran buat diri sendiri.

google

Macam biasalah, sebelum mulakan aktiviti ada sesi penerangan macam mana nak gunakan grill tu and sesi warming up gitu. Kalau tak buat nanti, kemungkinan besar esok kau jalan tertengkot-tengkot. Dapat bayangkan tak? Sakit segala urat sendi kau. Rata-rata yang datang sini kebanyakannya student, pasangan kekasih pun layan gak tempat macam ini. Semua pegun tengok brother yang bagi penerangan ini tambah-tambah, kacak pula kata Dibah. hahahah..

 Semangat minah ini pakai t-shirt Unikl. Unikl dihatiku katanya. Kau ada?


Muka cuak ke muka excited nak main ini? Confius pula aku.

 Wei bila dah naik memang best, banyak-banyak cabaran, cabaran berjalan atas tali inilah paling aku tak suka. Satu lagi, makin lama cabaran semakin mencabar bilamana cabaran tersebut berada di ketinggian yang minima. Kau pandang bawah pun rasa macam apa, better main ini pandang depan sahaja. Nasib baiklah, kami bertiga ini kental main sampai penamat walaupun aku dengan fizah asyik mengeluh kehausan. haahah...

 Sempat juga sebenarnya ragam video, tangkap gambar bergilir-gilir dekat atas. Dalam pada masa merungut-rungut akhirnya sampai juga ke garisan penamat. Ada orang tu dah nak ke penghujung terus give up and berundur. Rugilah, bayar memahal tak habis mainkan.


Muka barai dan kelaparan, yang penting gembira and puas hati sebab pulun layan dari awal sampai penamat. Walaupun pertengahan ada rasa give up tapi tetap teruskan. Masing-masing dah kehausan dan kelaparan cepat-cepat berkemas cari port makan pula.

Sepertimana yang aku cakap tadi, siapa-siapa yang sukakan cabaran dan menguji daya ketahanan anda berdiri di tempat yang tinggi datanglah sini. Kalau takut tiket habis beli sahaja menerusi online di www.skytrex-adventure.com

p/s: Sekarang semua benda di hujung jari je, apa tunggu lagi pergilah booking sekarang!

Read More»

Sunday, 15 July 2018

Betul ke Lepasan FRESH GRADUATE sukar mendapat pekerjaan?

Salam to all readers,



Siapa sangka dalam masa 2 bulan ini sahaja, aku dah tukar kerja sekali lagi.
.
.
Dulu pernah juga terdetik dalam hati dan utarakan pada mak aku, bila dah habis praktikal cadangnya taknak kerja, nak rehat-rehatkan minda dalam beberapa bulan. Nanti dah puas berehat barulah kerja. Mak aku okay je katanya, siap pesan lagi kalau kau tak keje jangan haraplah aku nak bagi duit tiap bulan. Aku ini pun tak bekerja katanya..hahaha... 

Bila mak aku cakap dia tak dapat bagi duit tiap-tiap bulan, baru aku tersedar ya memang benar aku tak boleh buang masa. Lagi-lagi aku dah terbiasa ada duit poket tiap bulan. Bila wang saku mara dah tamat tempoh awal bulan haritu, maka nak taknak aku haruslah bekerja. Siapa sangka, pucuk dicipta ulam mendatang tempat aku jalani praktikal tawarkan aku bekerja di situ dengan jawatan "Junior Executive Digital Marketing". Mak akulah paling bangga aku tunjuk surat offer letter. First time, anak berjawatan executive mengaji tinggi siapa tak bangga yeah?

Pada awal masuk sebagai tenaga kerja, wahh punya semangat aku bawa perkakas hias meja, holder kertas, bekas isi kertas bintang, pen warna warni, macam-macam lagilah. Siapa kenal aku, tahulah dia perangai aku macam mana. Rakan-rakan kerja semua baik belaka macam family kedua. Masuk pertengahan bulan 4 aku hantar surat resign, memandangkan aku dapat tawaran kerja dekat salah satu butik glamour di Malaysia ini. Sana-sini orang kagum! Nak buat macam mana, aku hanya mampu bertahan hanya sebulan 1/2 sahaja. Dalam pada aku bekerja di butik glamour ini aku struggle juga cari tempat lain. Siapa sangka di mata orang ia nampak gah, dalaman dia indah habar dari rupa.

Dulu-dulu aku pikir gaji priority utama, tapi tidak sekarang. Bila kau kerja, hati kecik kau akan persoalkan balik adakah cukup apa yang kau persembahkan dengan hasil yang kau dapat. Kadang-kadang aku rasa tak cukup apa yang aku sumbangkan pada company aku. Sekarang yang menjadi keutamaan pada aku adalah kebajikan pekerja. Layanan majikan terhadap pekerja menjadi priority utama aku sekarang ini. Ini konsep akulah, lain orang aku tahulah.

Ada setengah orang, dia tak peduli sama ada kerja dia sesuai ke tidak ataupun hasil kerja dia memuaskan ataupun tidak tetap ingin mendapatkan gaji yang lumayan dari hasil yang caca marba. Aku juga tidak terkecuali mengimpikan gaji yang lumayan tetapi dengan mempersembahkan hasil yang memuaskan. Justeru aku perlu ada seorang supervisor yang boleh guide aku dari bawah untuk maju ke hadapan. Tambah-tambah, aku lepasan FRESH GRADUATE banyak benda aku harus pelajari dan praktikkan.

Sebagai FRESH GRADUATE kita janganlah terlampau demand dalam mencari pekerjaan. Tambah-tambah lagi, keadaan ekonomi negara kita tak berapa nak stabil. Mana yang dapat grab sahajalah dahulu, walaupun gajinya ciput. Kadang-kadang, gaji yang ciput itulah yang kena dengan jiwa kita. Ada pula tu, gajinya berdentum BESAR, tapi kerjanya bagai nak mati. Kadang-kadang, rakan kerja bagus, pengurusan pula macam CELAKA. Macam pekerjaan aku yang no. 2, masa interview tanya macam-macam, borang kaji selidik ibarat nak FRESH GRADUATE punya skills. Tapi bila aku start kerja situ, rasa HAMPEH. Baiklah kau hire budak menunggu keputusan SPM. Best lagilah perasaan aku masa kerja dekat salon. Walaupun, gaji kecik boss aku layan lebih baik lagi.

Rata-rata member aku yang balik kampung, masih tidak bekerja lagi. Apa yang boleh aku katakan bandaraya KUALA LUMPUR ini destinasi terbaik korang bina kerjaya. Banyak sahaja jawatan kosong, kemudahan awam pesat membangun, yang penting jangan sesekali berputus asa. Cari dan terus cari. Insyallah ada je rezeki korang akan datang.

Be proud of yourself for how hard you're trying
p/s: Next time, aku share portal yang boleh korang cari kerja k!

Read More»

Saturday, 14 July 2018

POTBOY x FAVE: EXPERIENCE MALAYSIA'S NO. 1 ONLINE TO OFFLINE GROCERY SALES

 | POTBOY x FAVE: EXPERIENCE MALAYSIA'S NO. 1 ONLINE TO OFFLINE GROCERY SALES | Memandangkan hujung minggu tak buat apa-apa, aku sempat lawati karnival PotBoy x Fave di Jaya One, PJ minggu lepas. Pelbagai barangan menarik dan acara menarik boleh sertai. Ahaa.. aku sembang pasal Potboy ini, korang tahu ke apa dia?

google
 PotBoy Groceries merupakan satu lagi aplikasi terbaru dimana korang boleh borong barangan dapur sebanyak mungkin secara online, kemudian tunggu sahaja orang delivery dekat depan pintu rumah. Syok wei, ada apps macam ini!! Tak sanggup dah nak shopping barang dapur angkat berat-berat naik lrt. Nak nangis pun ada sebab rasa nak putus jari jemari angkat barang berat-berat. Naik kereta pula kena redah traffic jem dah satu hal. 


Mujurlah ada alternatif lain untuk jimat masa, kos dan tenaga. Tak lain dan tak bukan shopping sahaja di apps PotBoy Groceries. Kadang-kadang, harga barangan di Potboy Groceries jauh lebih murah nak dibandingkan di supermarket. Paling best lagi, kalau order barangan di Potboy Groceries, tiada minimu order dan delivery adalah PERCUMA!!
 Macam-macam produk yang terdapat di event PotBoy x Fave dan kesemua produk ini dah ada dalam PotBoy Groceries. Antaranya, Dolmio, Nescafe, 100Plus, Coca-cola, Hershey's, Beras Jasmine, Pokka, Sabah Tea, Milo, Maggi, Kopi Kapal Api, dan macam-macam lagi. Yang bestnya kesemua produk ini korang boleh dapatkan dengan harga tak masuk akal, gila murah!! Bayaran hanya pakai FAVE je, lagilah mudah. Scan barcode dah selesai pembayaran.

google
 Aku pergi Ahad lepas, dimana hari terakhir event PotBoy x Fave ini memang harga barangan jatuh kaw-kaw la jawabnya. Bayangkanlah, air kotak HERSHEY's ini korang boleh dapatkan dengan harga hanya RM5 sahaja. Murah tak murah! Sedap wei!

 Siapa hantu nescafe boleh juga borong air nescafe satu katun ni. Jimat wei! 5 botol RM6.00 sahaja. Keenakan Nescafe terbaru Snowlatte kasi LAYANLAH!! Kopi latte halus berkrim, memang KAW GILA!



Aku pun sempat borong pad, murah wei hanya RM14.50 beli sabun baju sekali terus dapat FREE GIFT! Setiap pembelian menggunakan FAVE boleh tebus lagi hadiah dekat kaunter POTBOY. Dalam pada fave lepas satu vendor ke vendor, banyak juga barangan di borong bawa balik. Rugi pada korang tak datang sini, boleh katakan aku borong makanan untuk stok sebulan jugalah.

Produk jenama Detol pun ada di karnival PotBoy x Fave ni.Memang berbaloi beli combo, lagi best ada HAPPY HOURS. Lagi murah, 3 item boleh dapatkan dengan hanya RM30 sahaja! Siapa taknak kan.

 Ada dekat rumah tak tu? Orang nak datang deliver barang awak ini! >_<

google



google





 Dah puas borong barang, sempat juga aku sertai Spicy Noodle Challenge untuk menang RM1111 cash. Nak buat macam mana, aku bukan hantu maggi dan makan pedas, baru satu suap aku dah tak boleh masuk. Tabiklah, pada 10 orang terawal yang mampu menghabiskan maggi pedas ini dalam beberapa saat sahaja. Aku baru satu suap dah menggelupur mulut. hehehe..



Apa tunggu lagi, ayuh pakat borong barangan di POTBOY GROCERIES MALAYSIA.

Untuk makluman lanjut boleh layari;

Facebook: potboygroceries
Instagram: @potboy_groceries
Website: https://potboy.com.my/



Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com