May 2018 - Azwar Syuhada

Sunday 13 May 2018

Kini dengan Adanya Slim Pantyliner Blossoms by Wiwin Masalah Kebocoran Tiada Lagi!
8:30 am 7 Comments

Salam to all readers,

First time period datang korang pakai jenama apa dulu? Memang banyak jenama yang terdapat dipasaran. Pernah tak korang terfikir masa zaman nenek moyang kita dulu-dulu mereka guna apa bila datang haid?

Dulu-dulu kebiasaannya mereka semua gunakan kain tau. Menurut kata mak aku nak beli pad pun waktu tu menyorok selagi boleh sebab malu. Bungkus jangan sampai nampaklah, pasal MALU kalau orang tahu kita beli. Tapi zaman sekarang ini orang lebih megah siap nak tunjuk pada umum lagi kalau boleh. Kalau boleh tunjuk cara pakai pun bolehlah katakan. Banyak-banyak tuala wanita aku guna, aku paling selesa dengan jenama KOTEX. Tebal dan aliran pun mudah. 

Now, aku bertukar pada tuala wanita yang boleh dikitar semula. Dimana lepas dah guna cuci, jemur kemudian guna semula. Aku pun baru tahu kewujudan tuala wanita pesen ini pada abad ini. Jimat pun jimat, kita boleh guna berulang kali. Nak tahu ke tuala wanita yang aku guna sekarang?



Memperkenalkan slim pantyliner by Wiwin. Aku suka pakai sebab ia jenis premium cotton flannel dan microfleece. Dimana, fabric microfleece ini terkenal dengan sifat stay-dry. Mula-mula pakai memanglah rasa tak selesa, selalu rasa kita rasa lembut, bila pakai yang ini rasa macam keras. Tapi bila dah basuh dua tiga kali baru sedap pakai. 

Aku tunjuk juga dekat mak aku ini, dia kata masa zaman dia pakai kain batik lusuh potong 4. Kemudian dilipat disesuaikan dengan badan. Selepas tu barulah muncul tuala wanita yang pesen sekarang, waktu tu ada jenama "good morning". Haah kau tuala tu putih haruslah basuh bersih-bersih. Nak tahu kebersihan diri tengok macam mana kita menguruskan pad tersebut. 

Kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang sekarang, pad sendiri pun buang merata tak reti cuci bagi elok. Padahal period korang sendiri kot. Cannot brain aku dengan orang macam ini.

google
 ❓MANA SATU PANTYLINER YANG SESUAI UNTUK SAYA? ❓

Untuk harian disebabkan keputihan atau hujung period yang tinggal smear darah sikit je tu, pakai slim pantyliner dah cukup.

Wide pantyliner untuk mereka yang pakai spender kangkang lebar dan  vaginal discharge yang keterlaluan sehingga basah seluar dalam.

Inilah rupa slim pantyliner by Wiwin, comel sahaja mudah dibawa kemana sahaja. Simpan dalam beg pun boleh. Kalau korang nak tahu, ada dua jenis pantyliner yang dijual iaitu Slim dan Wide Pantyliner. Slim Pantyliner sesuai untuk gunaan harian (keputihan), ibu mengandung yang mempunyai discharge yang banyak dan boleh digunakan juga semasa akhir period.

Kalau korang ada bakat menjahit lagi jimat boleh buat sendiri. Tahan 5 ke 6 bulan jugalah pesen ini. Tak caya buatlah. Bak kata orang sekarang projek hijau boleh save the earth.


Harga Slim Pantyliner by Wiwin:

PAKEJ PANTYLINERS sahaja;

-Pakej slim pantyliners

2pcs RM25
5pcs RM60
10pcs RM115

-Pakej wide pantyliner

3pcs RM50
6pcs RM95

Postage RM8 Semenanjung, RM10 Sabah & Sarawak

google

Bukan semua orang tahan pakai pad yang sedia ada dipasaran. Setengah orang dia alah dengan pad sedia ada sehingga boleh menyebabkan gatal-gatal dan melecet. Insyallah dengan pakai jenama slim pantyliner by Wiwin ini masalah melecet tiada lagi. Makin aktif aku ke sana ke mari adalah. hehehe..

Info lanjut tentang PadKain/ Pantyliner Kain:

Cara order?
Whatsapp ke 017-9217240

Untuk info lanjut mengenai Slim Pantyliner by Wiwin boleh layari;

FB Page: ByWiwin
Instagram: bywiwin
Personal FB Kak Awin: Natasya Azwin

Thank you for reading!
Reading Time:

Friday 11 May 2018

Keterujaan Terserlah Bila Mana Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Pergi Mengundi
9:51 pm1 Comments
Salam to all readers,


Diam tak diam umurku dah mencecah 24 tahun. Ini bermakna aku layak untuk mengundi. Tahun lepas dah siap-siap mendaftar sebagai pengundi di pejabat pos. Tahun ini merasa sendiri pergi mengundi. Excited habis!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana setiap kali nak pilihan raya pasti kemeriahan setiap kawasan dibanjiri dengan pelbagai bendera, tapi tahun ini dia punya semangat lain macam. Bila aku balik kampung sahaja, pesta bendera, banner, kain rentang menghiasi setiap jalan. Memang meriahlah kali ini ibarat nak balik beraya. Hari Selesa sebelum hari mengundi office tempat aku kerja bagi perlepasan balik awal. Aku ingat office aku je, rupa-rupanya semua office dapat balik awal.

Malam tu pula, sempat lagi aku sekeluarga pergi ke Jusco makan-makan celebrate harijadi mak. Sepanjang jalan tak boleh nak cakaplah, penuh warna warni bendera setiap parti berkibar megah. Dalam perjalanan pulang kami sempat berselisih dengan penyokong pakatan harapan berarak menuju ke Klang. Riuh betul dengan lagu mengundi yang dipasang dengan pembesar suara. Bila sampai pekan Telok Panglima Garang penyokong barisan pula sedang bersiap sedia untuk berarak. Adik dengan mak akulah paling excited sekali setiap tunggu tepi jalan.

Kesungguhan orang-orang kampung memang tak dapat disangkalkan lagi, anak muda tak kurang hebatnya. Kadang-kadang mereka sanggup bersengkang mata demi negara. Sebenarnya, setiap parti yang bertanding mempunyai matlamat yang sama iaitu nak yang terbaik untuk negara. Tak perlulah bertikam lidah sesama sendiri, mengata orang sebagai macai, padahal orang yang kita bertekak itu golongan kita sendiri. Bak kata orang, kerana mulut badan binasa. 

Dari jauh, terserlah kemeriahan mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang dengan kibaran bendera-bendera setiap parti. Sekitar pukul 9 pagi, aku, mak, dan mak itam aku dah bersiap sedia nak pergi mengundi cuma menunggu orang datang ambil sahaja. Kami bertiga mengundi di sekolah yang sama iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Bila dah sampai di pekarangan sekolah baru datang aura semangat nak mengundi. Aku dalam saluran 5, mak aku saluran 3 sementara mak itam aku saluran 4.

Ingat tak ramai orang lagilah waktu itu, sekali masuk orang dah beratur panjang. Orang-orang tua yang berkerusi roda diutamakan terlebih dahulu. Nasib baik kawasan aku tiada berlaku pergaduhan. Aman dan tenteram sahaja.

Sekitar pukul 2.30 petang aku dah bersiap-siap nak balik KL, disebabkan HR aku kata siapa yang mengundi sekitar lembah Klang kena kerja Khamis tu awalnya. Sambil menunggu keputsan PRU14 sempatlah kemas apa yang patut dalam rumah. Sekitar pukul 6.00 petang sempat jugalah pekena ayam penyet dekat KL Sentral dengan housemate aku. Tup-tup, sekitar pukul 8.00 malam aku dapat tahu Barisan Kuala Langat kalah dan banyak memihak pada pakatan harapan.



 Aku tak menunggu sepenuh keputusan pru14 malam tu. Pada keesokkan harinya barulah aku tahu barisan kalah teruk. Banyak menteri yang tumbang. Apa-apa pun yang penting Tun Mahathir kembali memerintah semula. Semoga Tun dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya beliau dapat membetulkan keadaan negara kita Malaysia.

Kekalahan barisan nasional kali ini mungkin ada hikmahnya. Mungkin kekalahan kita dapat membetulkan kepincangan yang berlaku samada kita sedar ataupun tidak. Aku aku, sedari aku kecil sehingga ke harini Barisan Nasional terutama UMNO banyak membantu kehidupan kita semua. Barisan Nasional tak salah tapi disebabkan pemimpin tak disenangi oleh rakyat maka rakyat terpaksa menjatuhkan. Bak kata pepatah melayu kerana nila setitik habis rosak susu sebelangga.
Kita bagi peluang pada orang lain untuk mengubah corak Malaysia ke arah lebih baik. Jaga mulut jaga hati. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada Tun Dr. Mahathir kerana dipilih menjadi Perdana Menteri ke-7 semalam. Selamat kembali bertugas! 

Kredit: Denaihati Network

Thanks you for reading!

#PRU14 #MalaysiaMengundi
Reading Time:

Sunday 6 May 2018

Spa Review: Eco Wellness Sanctuary | Urutan Badan Terbaik di Klang
5:01 pm 5 Comments
Salam to all readers,

Semenjak dua menjak ini, aktiviti rutin harian aku semakin padat dengan kerjanya lagi, sertai event blog ke sana ke mari memerlukan pergerakan yang banyak. Sampai satu tahap badan rasa letih gila! Nak dijadikan cerita, dalam pada masa badan rasa sakit-sakit ada seorang member bagitau pergilah satu spa ini urutan dia memang padu kalau badan rasa sakit dan tidak bermaya. Mungkinlah, aku pun dah lama tak berkunjung ke spa. 

Satu hal lagi, mujur spa ini terletak di area Klang. Lepas kawan aku bagitau mengenai spa tu terus aku booking. Kebetulan, minggu tu aku nak balik Klang, rumah aku ada buat kenduri doa selamat. Selesai sahaja kenduri, aku terus berdezupp ke  Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic. Aku yang duduk Klang ini pun, baru tahu kewujudan spa ini. Betapa sibuknya aku, pembangunan area kawasan sendiri pun tak tahu. hahaha...

Kalau nak diikutkan, ini bukan pertama kali aku pergi spa. Urut mengurut juga bukanlah pengalaman pertama. Biasanya, yang mengurut aku adalah nenek-nenek ataupun makcik-makcik belah kampung aku. Disebabkan sekarang semuanya dah moden, masing-masing dah ada butik spa dimana kita boleh dapatkan khidmat pakej urutan sekali. Macam best pula kan? Tu yang nak merasa urutan badan di spa best ke tidak.



Kalau korang sesat ke sini, set je waze siap-siap pasti jumpa punya. Sampai-sampai sahaja di sini mereka terus hidangkan aku dengan air minuman herba (serupa teh yang takde gula). Siapa biasa pergi spa, tahulah air apa yang mereka bagi. Dalam pada menunggu giliran untuk sesi urutan sempat jugalah aku melilau keadaan sekeliling. Besar dan nyaman sahaja persekitarannya lagi best ada alunan muzik yang menenangkan.


Sebenarnya banyak sahaja pakej urutan yang korang boleh cuba dekat sini. Sini aku kongsikan pakej yang terdapat dekat spa ini. Haritu, pakej yang aku ambil adalah  Organic Signature Indulge Back, Shoulder dan Head Massage Therapy with Acupressure & Herbal Compress selama 75minit. Memang berbaloi pakejnya. Harga pun bagi aku berpatutan. 

 Inilah minyak yang digunakan untuk urutan badan. Boleh pilih which one yang korang nak try.


 Banyak tempat untuk korang boleh lending dekat sini. Lagi mahal pakej, lagi selesa tempat korang menginap.
 Inilah aktiviti pertama aku buat di sini, iaitu treament cucian kaki. Perghh, dah macam orang ada-ada pula hulur kaki orang datang cuci siap berus lagi. Memang lega dan segar rasanya. Nak tengok video boleh tengok dekat instagram aku nanti.

Inilah tempat urutan bahagian perempuan. Besar, nyaman, tenang sahaja rasanya. Semua pekerja di sini adalah orang Thailand. Urutan Thailand memang tidak asing lagilah, memandangkan kehebatan seni urutan mereka memang power.

Sepanjang proses pengurutan di sini aku rasa amat selesa dan tenang sekali. Hilang segala stress yang ada sekaligus setiap urutan dari kak Hong memang best sangat-sangat. Rasa fresh gila bila dah selesai urutan badan dan kepala. Di sini, bukan sahaja kaum wanita sahaja boleh kunjungi, kaum lelaki juga boleh. Jangan risau buat kaum wanita kerana korang akan ditempatkan di bilik yang berasingan. Privacy gitu!
Pantang jumpa cermin, asal sikit nak bergambar sekarang. Ini bilik persalinan/ toilet. Memang selesa ya ampun.Besar pun besar, nak berzumba pun boleh rasanya. hahaha..

Inilah pekerja Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanic Klang yang layan aku dengan baik sekali dekat sini. Rasa nak datang lagi bila nak dekat raya nanti. Bagi mereka yang tercari-cari spa yang menawarkan pakej urutan badan di sekitar Klang, aku syorkan korang datang ke mari iaitu Eco Wellness Sanctuary. Bukan sahaja pakej berbaloi-baloi, layanan juga bagus dari pekerja Eco Wellness Sanctuary sendiri. 

Badan dah rasa fresh, kembali bertenaga untuk bekerja. Terima kasih kak Hong untuk layanan yang baik sangat. Ada rezeki jumpa lagi nanti!

Untuk membuat tempahan atau ingin ketahui makluman lanjut boleh layari;

ECO WELLNESS SANCTUARY
Rate: 5/5
Alamat: No. 8, Jalan Jasmin 8/KS6, Bandar Botanik, 41200 Klang, Selangor
Website:https://www.ecowellness.me/
Waktu operasi: 11.00am sehingga 11.00pm

Thanks you for reading!
Reading Time: