Sunday, 29 April 2018

The Butterfly Project Malaysia turns 5 | Unicorn Birthday Party

Salam to all readers,

Siapa sangka pejam celik-pejam celik The Butterfly Project Malaysia telah cecah usia yang ke 5 tahun. Aku rasa sangat bertuah menjadi salah seorang ahli komuniti Butterfly Project Malaysia dan masih baru lagi dalah komuniti ini. Aku mula aktif sertai Butterfly Project bermula awal tahun ini dan apa yang aku boleh katakan komuniti ini sangat fun tambahan positive vibes mengelilingi diri kita. Banyak aktiviti menarik dan perkongsian berguna yang aku dapat sertai The Butterfly Project Malaysia ini.


Aku juga rasa sangat bertuah kerana dijemput untuk menyambut ulangtahun The Butterfly Project yang ke-5 bagi tahun 2018. Birthday Butterfly Project kali ini membawa konsep "Unicorn Party". Bila nampak tema ini terus aku blur, tak tahu nak pakai baju apa. Mujur ada kakak office yang up to date dengan fashion bagi advise dekat aku pakai baju gini. Orang lain punya struggle datang menggayakan pelbagai jenis unicorn, ada yang DIY sendiri tu. Perghh.. memang tabik la. Aku pula berusaha cari unicorn atas kepala untuk mengikut tema. Nasib baik tempah last minutes boleh terus dapat sampai office.


 Kredit foto: Eros

THE FOOD

 Birthday cake The Butterfly Project Malaysia turns 5


The cute cup cake

AKTIVITI

Jom tengok apa benda menarik berlaku di acara ulangtahun Butterfly Project yang ke-5 kali ini.

 Kredit foto: Eros

Bertempatkan Wondermilk Cafe,pada 1 April 2018 berlangsungnya majlis sambutan ulangtahun Butterfly Project yang ke-5. Bermula jam 3 sehinggalah jam 5.00 petang kami menghabiskan masa bersama dengan aktivti yang menarik. Antaranya;

Photobooth/ Boomerang PhotoBox


Khas dari GNG Studiobooth

Tidak lengkap kalau tiada ruang bergambar kan? Siapa sangka, ulangtahun Butterfly Project kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran photobooth dari GNG StudioBooth. Terima kasih kerana menyediakan perkhidmatan bergambar yang sangat awesome. Paling menarik sekali, GNG Studiobooth ini membawa satu kelainan sedikit di mana kita berpeluang membuat boomerang sekali (gambar bergerak). Menarik kan? Belum pernah ada lagi photobooth macam ini.

Dengan kualiti gambar yang cukup memukau membuatkan aku jatuh cinta. Paling best sekali, GNG Studiobooth ini menggunakan "high quality printout glossy paper" dimana ianya kalis air dan anti-fingerprint. Kalau berminat nak guna service GNG Studiobooth ini boleh terus layari  website www.gngstudiobooth.com ataupun facebook di www.facebook.com/gngstudiobooth


FRESH FLOWER
 Selepas selesai sesi bergambar, aku terus ke bahagian Flower Bar dari Everyday Flower.

Aktiviti ini buat orang rambang mata, mana taknya setiap orang diberi pilihan untuk memilih dua jenis bunga sahaja. Semua cantik-cantik belaka bunganya. Dalam 10 minit jugalah nak membuat pilihan untuk capai bunga yang berkenan di hati. Alih-alih aku memilih kuntuman bunga warna purple cair dengan gabungan bunga warna putih. Jadi warna pastel gitu. Untuk melihat koleksi bunga segar korang boleh terjah sini  https://www.facebook.com/everydayflowersmy



 Tak lengkap rasanya bila sambut birthday party takde belon kan? Birthday kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran belon yang unik khas dari Brrloon. Cakap sahaja nak jenis belon macam mana semua ada, nak dekorasi sendiri, helium belon, auto- inflate colouring belon, ballon arches semua ada!

 Dah selesai aktiviti memilih bunga, aku terus tuju pada aktiviti auto-inflate colouring brrloon ini. Best gila! Warna, shake a few minutes terus jadi belon. Unik kan? Jangan lupa layari website mereka di http://www.brrrloon.com/ atau laman facebook di https://www.facebook.com/brrrloon

``

MEET AND GREAT NEW PEOPLE




Tahniah the top 3 Unicorn dress up berjaya memenangi produk Trollbeads, see betapa struggle mereka DIY sendiri tu. Di sini aku berpeluang berkenalan dengan kenalan baru. Semua ramah dan tak lokek ilmu. Tiada langsung yang berlagak diva, masing-masing have fun menyambut ulangtahun Butterfly Project yang ke-5 kali ini.

UNICORN BAG
 The cute bag. Cuba teka apa ada dekat dalam.

Lambakan produk kecantikan yang berjenama, sponsor khas dari;

NYX Cosmetics Malaysia
Vivid Brights Eyeliner (Blossom) RM30 https://bit.ly/2yx3YZp
Lip Of the Day Liquid Lip Liner (Cherished) RM35 https://bit.ly/2Jewlin
*Available at NYX Stores & online retailers.
Site: www.nyxcosmetics.com
FB: https://www.facebook.com/nyxcosmeticsmalaysia

Koji Dolly-Wink's Eyelashes *LATEST LAUNCH*
No.28 LOVELY GIRL https://bit.ly/2J7v64F
No.29 PURE DOLLY https://bit.ly/2pZqBjT
No.30 CHIFFON NUDE https://bit.ly/2pYerrr
No.31 AIRY DOLL https://bit.ly/2IiHjSL
Price: RM58.90
*Available at selected stores e.g Watsons & Sasa Malaysia.

Wanderlust Things
Unicorn Necklace RM14.90 https://bit.ly/2Im6Avq
*Available on www.wanderlustthings.com
FB: https://www.facebook.com/wanderlustthingsshop

Dear Beaute (Japan)
Himawari Hair Care Samples https://bit.ly/2uDZMHn
*Available at selected stored e.g Watsons & Sasa Malaysia.

50GRAM
Unicorn Mugs RM39.90 https://50gram.com.my/product/unicorn-mug/
*Available on 50gram.com.my
FB: www.facebook.com/50grammalaysia/

 PRODUK BELIF 
Set penjagaan wajah dari Belif! 

Sebelum menutup tirai, aku ingin mengucapkan sekali lagi Happy Birthday The Butterfly Project. The Buterfly Project turns 5. Semoga terus sukses dan jayakan banyak lagi aktiviti menarik buat kami. Ucapan tahniah buat Tammy or Mamasan sekaligus team The Butterfly Project yang bertungkus lumus menjayakan party ini. Tahniah sekali lagi!

Kredit foto by Eros!

Ada peluang, jumpa lagi!

Thanks you for reading!

2 comments:

  1. Seronoknya dapat produk Belif! :D

    ReplyDelete
  2. dah 5 tahun? rietta bru dgr hr ni...hehehe...tgk hadiah tu nama imawari teringat pada adik sinchan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com