Kelas Asas Fotografi di Alangraphy Studio, Kuala Lumpur - Azwar Syuhada

Saturday 14 April 2018

Kelas Asas Fotografi di Alangraphy Studio, Kuala Lumpur

Salam to all readers,

Sekarang macam-macam kemudahan ada, tak reti masak boleh masuk kelas masakan, tak reti cakap mandarin boleh ambil kelas bahasa, nak menyanyi boleh masuk kelas nyanyian, takde skills tangkap gambar boleh ambil kelas. Pendek kata, macam-macam adalah sekarang. Hanya perlu ada minat dan duit sahajalah sekarang. Kalau takde minat, kau habis beratus ringgit sekalipun, memang tak lut juga apa kau belajar. 

Baru-baru ini, aku ada ambil kelas asas fotografi di sekitar Kuala Lumpur. Dah lama sangat aku nak pergi, asyik tertangguh memanjang akhirnya dapat juga pergi. Tujuan aku hanya satu untuk belajar asas fotograpfi memandangkan aku kerap jugalah turun event. Sudah pasti nak hasilkan gambar yang menarik. Nama pun blogger, gambar tak lawa nanti kena kecam. Kebetulan aku memang ada camera jenis mirrorless ala-ala dslr. Sebelum-sebelum ini asal pergi makan mana-mana je, aku pasti minta tolong kawan aku tangkapkan gambar. Jadi, nak tak nak memang kena ambil inisiatif sendiri untuk pergi kelas asas fotografi jika ingin menghasilkan gambar yang berkualiti. 

Kelas asas fotografi yang aku pergi baru-baru ini adalah di Alangraphy Studio, Kuala Lumpur. Dekat sini, korang akan diajar bagaimana untuk menguasai kamera dslr/ mirrorless, bagaimana cara nak guna, kenali butang-butang pada bahagian kamera dan perkara-perkara asas yang korang patut tahu bagaimana penjagaan kamera, serta bagaimana mengetahui exposure iaitu pencahayaan yang tepat bagi setiap gambar.

google
Zero skills? Jangan risau, datang je sini tuntut ilmu. Sungguhpun kelas asas fotographi di Alangraphy Studio ini hanya 3 jam sahaja tapi banyak juga input yang aku dapat. Baru hari ini aku tahu penggunaan ISO dalam kamera. Makin tinggi penggunaan ISO yang kita guna makin banyak bintik-bintik dalam gambar. Seelok-eloknya gunakan ISO350 hingga 400. Dalam kelas ini, macam-macam orang kau jumpa, ada yang datang sebab baru buka bisnes online, ada yang buat part time ambil gambar orang kawen, ada juga budak sekolah menengah yang betul-betul minat nak mendalami bidang fotografi. Dalam pada masa kita belajar, dapat jugalah kenalan baru.

Hampir 80% diajar secara praktikal. Gunalah sebaik-baik masa kau dekat sana untuk belajar mengenai asas fotografi, tak tahu tanya je lagi. Nasib baiklah, coach Syam ini tak lokek ilmu tanya banyak kali pun takpe tak pernah rasa jemu untuk berkongsi pengalaman. Benda utama yang perlu ada untuk belajar asas fotografi ini adalah "CHARACTER" fotografi itu sendiri. Sebagai contoh, nak tangkap gambar korporat lain caranya, nak tangkap gambar baby lain karakternya, kena menyesuaikan diri dalam segala aspek bagi orang selesa dengan kita. 

Bukan itu sahaja, dengan menghadiri kelas ini aku dah tahu cara bagaimana nak fokus pada satu objek belakang, depan, tengah dengan hanya 1 min sahaja. Yang pasti kena banyak praktis baru dapat menghasilkan gambar yang berkualiti.



Dah puas belajar tangkap gambar dalam studio, kita praktis dekat outdoor pula. Dekat sini, coach Syam ini akan ajar bagaimana untuk tangkap gambar kereta lalu. Banyak kali jugalah praktis baru menjadi. Untuk fokus kereta yang bergerak, kena setting siap-siap mutiple shoot. Dari jauh, kita dah kena follow kereta itu, makin dekat just "SHOOT". Tak sangka jugalah, aku dulu snap gambar memang ke laut angle nya. Sekarang, dah banyak belajar dari member pergi pula kelas asas fotografi di Alangraphy Studio ini makin improve jugalah skills aku sedikit sebanyak. Kalau dulu, pakai tangkap sahaja, sekarang dah tahu function butang-butang dekat camera ini tahulah sikit-sikit mana perlu di adjust.

Setiap peserta yang menghadiri kelas asas fotografi di Alangraphy Studio, Kuala Lumpur akan mendapat sijil penghargaan belajar asas fotografi. Malah, kiteorang semua turut dibekalkan denan bekalan cd untuk belajar lebih lanjut lagi mengenai asas fotografi. Memang berbaloilah hadiri kelas ini. Dari tak buat apa hujung minggu, ada baiknya cari tempat tambah ilmu. Tak gitu?

Berminat untuk hadiri kelas asas fotografi di Alangraphy Studio?

Boleh terus hubungi owner Alangraphy Studio;

Instagram: @alangraphystudio
Whatsapp: 012-2094321

Thanks you for reading!

5 comments:

  1. bestnyer, kaella pun bab gambar memang kelaut sebab masih dalam misi mencuba. kan best kalau dapat pergi jugak.

    ReplyDelete
  2. Can I simply say what a relief to find someone who actually understands
    what they're discussing on the net. You actually understand how to bring an issue to light and make
    it important. More people have to read this and understand this side
    of your story. I was surprised you're not more popular given that you certainly possess the gift.

    ReplyDelete
  3. mse study dlu ada belajar la photography 1 sem..la ni da lupa da..

    ReplyDelete
  4. Wowwww... kita xpernah g kelas photography.... ajarin, boleh?

    ReplyDelete
  5. This is a topic which is close to my heart... Cheers!

    Exactly where are your contact details though?

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!