SURYA CHOLOROPHYLL WATER- Menjadikan Kulit Cantik Berseri Tanpa Pengambilan Sayur - Azwar Syuhada

Monday 26 March 2018

SURYA CHOLOROPHYLL WATER- Menjadikan Kulit Cantik Berseri Tanpa Pengambilan Sayur

Salam to all readers,

Korang perasan tak bila tengok cerita korea, mereka kerap kali minum herba. Kebanyakan herba yang mereka hidangkan tu semua untuk mengekalkan tenaga. Kalau layan cerita sinetron pula mereka lebih gemar makan jamu.  Hari ni kalau diikutkan memang banyak supplemet dijual secara online atau paling mudah dipasaraya akan tetapi kita harus waspada jangan termakan tiruan punya. 

Kalau diikutkan, kita boleh sahaja jaga kecantikan dengan mengamalkan pemakanan gaya hidup sihat seperti lebihkan makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Namun apakan daya, berapa kerat sangat di kalangan kita semua gemar makan sayur. Jangan kata budak kecik, orang dewasa pun liat nak makan sayur. Kalau makan nasi dipenuhi sayur, sayur tu pun dah disiapkan asingkan dekat tepi pinggan kalau boleh. Sungguhpun, semua orang tahu akan buahan-buahan dan sayur-sayuran amat kaya dengan sumber vitamin dan membantu mengekalkan tenaga.


Aku sendiri akui yang aku liat makan sayur. Hanya sayur tertentu sahaja aku makan tu pun kalau mak aku yang masak. Bila balik rumah sewa, jangan kata sayur, nasi pun aku tak berapa nak sentuh. Waktu makan betul-betul aku pun waktu lunch semata-mata. Jelas dan nyata, peratusan aku makan sayur dalam menu seharian amatlah kurang. Kalau nak tahu, khasiat sayuran hijau yang baik untuk mengekalkan tenaga tubuh badan adalah sayuran hijau yang mengandungi zat klorofil. Kini, terdapat satu lagi produk minuman kecantikan yang dirumus khas dengan khasiat klorofil iaitu Surya Cholorophyll. Jom ketahui apa yang menarik mengenai Surya Cholorophyll untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit wajah.

google
SURYA CHOLOROPHYLL WATER- Kaya dengan khasiat klorofil untuk kecantikan kulit wajah

Bagi mereka yang lahir pada 1990-an seperti aku, pasti pernah merasa minuman berwarna hijau yang diberikan oleh mak-mak masing-masing sebelum pergi ke sekolah. Ini sahajalah salah satu cara, dimana mak-mak ingin memastikananak-anak mereka mendapatkan khasiat sayuran hijau. Memandangkan, kebanyakan anak kecil tidak suka makan sayur-sayuran. Siapa sini tak gemar makan sayur? Cepat mengaku. hehehe....

Jom scroll lagi, untuk ketahui apa khasiat dan keperluan klorofil dalam kesihatan badan kita, dan mengapa pentingnya khasiat klorofil ini pada kesihatan dalaman badan. Nak tahu, jom baca lagi!


google
Klorofil amat baik untuk kesihatan dalaman badan kerana ia;

1) Kaya dengan Antioksiden yang tinggi, sekaligus membantu meneutralkan toksin dalam darah kita.

2) Baik untuk detox hati

3) Membantu meningkatkan kesihatan kulit yang lebih baik. Baik untuk kulit jerawat dan kusam.

4) Klorofil juga umpama deodoran semulajadi yang membantu menentang bau badan dan nafas berbau.

5) Klorofil adalah alkali yang semulajadi, membantu mengawal selera makan dan masalah penghadaman.

Inilah antara khasiat klorofil waktu ini yang kita sendiri boleh perolehi dengan hanya mengamalkan minuman Surya Cholorophyll Water setiap hari. Best kan?

Apa keistimewaan Surya Cholorophyll Water ini?



Seperti yang semua orang tahu, sayuran hijau yang mengandungi ekstrak klorofil ini tidak sedap untuk dimakan, kerana ia berasa pahit dan sangat tawar untuk ditelan. Justeru, Surya Cholorophyll mengambil langkah untuk mengeluarkan satu formulasi baharu dengan mewujudkan satu minuman kesihatan yang enak tetapi masih mengekalkan khasiat kandungan klorofil di dalamnya. Menariknya, Surya Cholorophyll ini diformulasikan dengan penambahan ekstrak, jus, dan perasa dua buah-buahan yang tidak menghilangkan kandungan kloofil dalamnya. Surya Cholorophyll ini hadir dalam 2 variasi iaitu satu perisa buah Laici dan satu lagi buah Peach.

Apa yang aku suka mengenai Surya Cholorophyll ini adalah kerana ia mengandungi ekstrak dari Mulberry yang diketahui umum ia bebas dari pesticide. Di mana, ia mengandungi alkali yang baik untuk penghadaman dalaman dan mmbersihkan serta memberikan kesihatan kulit lebih bersinar. Padanlah, ramai artis mengamalkan minum Surya Cholorophyll water ini sebagai rutin harian mereka untuk kekal cantik dan bertenaga.
Siapa yang sesuai mengamalkan minuman Surya Cholorophyll?
  • Mereka yang ingingkan kulit wajah cantik semulajadi
  • Mereka yang mengalami masalah jerawat dan jeragat
  • Mereka yang suka mengunakan bahan semulajadi (neutral) sebagai kaedah memelihara kulit wajah
  • Mereka yang tidak suka makan sayuran hijau
  • Mereka yang mengalami masalah bau badan dan nafas berbau
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

Pengalaman Azwar sendiri mengamalkan minuman Surya Cholorophyll


google
Alhamdulillah, sudah hampir seminggu jugalah aku sendiri telah mencuba produk minuman Surya Cholorophyll Water ini. Orang yang tak gemar makan sayur tapi sekali cuba minuman ini terus rasa nak minum lagi dan lagi. Sebab rasanya begitu manis sekali. Apa yang aku dapat rasa dengan mengamalkan minuman Surya Cholorophyll ini adalah badan rasa lebih bertenaga dan tidak lesu. Kalau tak, masuk office pagi-pagi dah mula rasa mengantuk. Sejak mengamalkan minuman Surya Cholorophyll ini, badan rasa lebih bertenaga sepanjang hari. 

Bukan itu sahaja, sepanjang aku mengamalkan minuman Surya Cholorophyll ini juga, kulit rasa lebih lembut tanpa perlu oles losyen. Ini benar-benar tak dapat dinafikan kebenarannya. Aku percaya, jika korang termasuk aku sendiri mengamalkan minuman Surya Cholorophyll water ini secara konsisten, Insyallah hasilnya bertambah baik untuk kesihatan dalaman dan juga luaran kita.

Cara minum Surya Choloropyll water ini cukup mundah, hanya perlu campurkan 25ml dengan 125ml air suam dan kacau. Lepastu, minum! Mudahkan? Aku amalkan minuman ini sepanjang hari sebelum menjamah sarapan pagi. Boleh sahaja bancuh dalam air botol, mudah dibawa kemana sahaja. Air bancuhan perisa Laici ini sangat pekat warnanya. Yang pasti, rasanya sedap sekali. Apa tunggu lagi, jomlah minum Surya Cholorophyll water!




Untuk makluman lanjut, berkenaan produk Surya Cholorophyll Water korang boleh layari terus di;

Facebook:
www.facebook.com/Surya.Malaysia
Instagram:
www.instagram.com/surya.malaysia

Manakala, untuk pembelian produk Surya Cholorophyl anda boleh lawati mana-mana FARMASI terpilih di seluruh negara ataupun boleh sahaja membelinya secara online di;

Lazada: http://bit.ly/2rTseiZ
Shopee: http://bit.ly/2rGY7eR

#RasaSayang
#KulitBerseri
#SuryaMalaysia

Thanks you for reading!

5 comments:

  1. bentuk cecair, mudah nak hadam kan. xpayah kunyah lagi =D

    ju dtg mlawat =D

    ReplyDelete
  2. woww menarikkk.. mcm nak try :D
    follow sini #3265

    ReplyDelete
  3. http://Ogrodowyparasol.pl Our 9 various photo book shapes and sizes are flexible and
    also will certainly make a classy statement on any coffee table.

    ReplyDelete
  4. I loved as much as you will receive carried out right here.
    The sketch is attractive, your authored material stylish.
    nonetheless, you command get bought an edginess over that you wish be delivering the following.
    unwell unquestionably come further formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike.

    ReplyDelete
  5. whoah this blog is magnificent i really like studying your posts.
    Keep up the great work! You realize, lots of persons are hunting
    round for this information, you could help them greatly.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!