February 2018 - Azwar Syuhada

Sunday 18 February 2018

Trip ke Pulau Pangkor [Part 4]
3:56 pm 9 Comments
Salam to all readers,

Part 4 ini merupakan hari terakhir kami di Pulau Pangkor. Disebabkan tak sempat nak beli ole-ole lagi, pagi tu around pukul 9.15 pagi kami dah keluar pergi sarapan dan terus ke Pekan Teluk Nipah. Nasi lemak dekat sini lain sikit dari KL. Nasi lemak yang biasa kita makan berlaukkan telor, sambal, timun dan juga ikan bilis kan? Kalau dekat Pulau Pangkor, nasi lemak berlaukkan ikan sambal, seperti ikan kembung tu.

Sedap juga rasanya, murah pun murah. Hanya RM3.00. Sesudah makan, kami terus menyusur ke Pekan Teluk Nipah untuk mencari ole-ole. Sekali sampai, kedai pun tak buka lagi, hanya 2 kerat sahaja yang buka. Sambil menunggu kedai buka, sempatlah berselfie sekitar kawasan teluk nipah ini.


Inilah dia pekan teluk nipah, masa ini jalan memang lengang, bolehlah bergambar dekat tengah-tengah jalan. Kalau banyak kereta, memang tak dan la nak bergambar dekat tengah-tengah ini. Hampir setengah jam jugalah kami terpacak dekat area sini, kedai yang kiteorang nak masuk still tak buka. Maka, kami pun pulang ke homestay packing barang siap-siap nak keluar homestay.

Sekitar pukul 12.00 tengahari kami pun beransur pulang. Sempat juga singgah kembali ke Pekan Teluk Nipah mencari pelekat peti sejuk. Benda ini memang wajib beli setiap kali melancong, menandakan tempat itu kami dah tawan. Choiii!! Harga magnet dekat sini standard harga dekat tempat-tempat lain, 3 ketul RM10. Aku beli 3 pelekat peti sejuk, seluar kembang RM15 tak silap aku. Punya seronok berjalan time ini, boleh plak plan nak tidur 1 malam dekat Ipoh. Kononnyalah, alih-alih lari bajet, terpaksalah batalkan niat.




Mak aku tahu aku nak ke Pulau Pangkor, tak lain dan tak bukan dia suruh aku beli ikan bilis mata biru dan anak udang. Dekat Pulau Pangkor ini memang terkenal dengan ikan bilis mata biru. Kami pergi kedai bangunan putih dekat dengan jeti. Sebenarnya, mana-mana kedai ada je jual ikan bilis kata pakcik yang menyewakan homestay pada kami. Nak lagi advanced terus je pergi kilangnya. Memandangkan masa menceburui kami, borong jerlah ikan bilis dekat bangunan putih ini. Aku beli dalam RM20 sahaja ikan bilis mata biru ini. Boleh tahan jugalah harga ikan bilis mata biru ini.

Lain-lain sempat beli t-shirt Pulau Pangkor untuk aku dan adik aku je. Sampai je jeti, macam biasa barang aku jugalah paling banyak. Nasib baik si Dibah ada beg lebih bagi aku pinjam isi barang. Sampai sahaja di jeti, kami pun mengucapkan ribuan terima kasih pada brother yang uruskan homestay and motorsikal sepanjang kami di Pulau Pangkor.

Masing-masing muka dah burn. Ayuhlah pulang, ke halaman masing-masing. Kumpul duit boleh jalan-jalan lagi. First time aku keluar dengan member universiti aku dengan jarak jauh. Macam biasa, mak aku kalau boleh nak call setiap saat dan minit. Aku atas bot dia sempat nak call. hahaha...

Setelah sampai terminal jeti, kami sempat lunch bersama sebelum masing-masing berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing. 2 orang balik utara, 3 orang balik kl, 1 orang lagi drive balik Ipoh sendirian.

Maka berakhir sudah percutian aku and the geng ke Pulau Pangkor. Kami enjoy, ini kali percutian yang sangat menyeronokkan untuk menghilangkan stress, jauh dari anasir-anasir yang tidak sihat, pokok-pokok menghijau yang mendamaikan, air pantai jernih yang mendamaikan, burung-burung berkicauan. Wahh seronoknya!! Agak-agak ke mana destinasi kita selepas ini?

Ucapan tidak terhingga pada member sorang ini, Dibah. Dialah orang kuat cari pakej percutian bajet ke Pulau Pangkor. Yang lain hanya siapkan duit sahaja. hahaha... Nasib baik menjadi plan kali ini, lagi sikit je tak jadi bilamana duit elaun diisytiharkan dah tamat, tup-tup ending bulan 12 itu hari masuk lagi. So, bolehlah berjalan-jalan ke Pulau Pangkor dengan senang hati.

Jumlah Kos ke Pulau Pangkor
Tiket bas dari TBS ke Ipoh: RM19.40
Beli roti di Mydin: RM4.40
Ferry pergi balik: RM14.00 (Seorang)
Homestay + Island hoping + motorsikal: RM85 (Seorang)
Makan (day 1): RM7.30
Makan (day 2): RM5.50
Isi minyak motor: RM2.50
Big marble: RM20 (Seorang)
Sotong + ikan bilis: RM36
Tshirt: RM24
Nasi lemak: RM3.00
Magnet: RM10.00
Tiket bas dari terminal jeti ke KL: RM27.40

Total: RM258.50 sahaja!

Rasa berbaloi, dan puas hati dengan pakej yang kami dapat. Mungkin pergi hari weekdays dia jadi murah, agak-agak pergi hari cuti sekolah memang masaklah jawabnya. Kami yang dari KL ini pun segan nak naik lrt masa mula-mula berangkat ke tbs, orang lain berasak nak pergi kerja, kiteorang berasak nak pergi bercuti. Yang penting kita enjoy!! Jom kumpul duit lagi, next time boleh pergi tempat lain pula.

Thanks you for reading!

Reading Time:

Sunday 11 February 2018

Trip ke Pulau Pangkor [Part 3]
9:30 am 6 Comments
Salam to all readers,

Asyik tertangguh nak update sambungan cerita ke Pulau Pangkor [Part 3]. Yerlahh, orang dah start membina kerjaya katakan. Sibuknya mengalahkan perdana menteri lagaknya. heheh.. Dari aku melalut tak tentu pasal, ada baiknya aku teruskan sahaja destinasi seterusnya. 

Part 3 ini sebenarnya aktiviti hari ke-2 kami di Pulau Pangkor. Memandangkan banyak sangat gambar, tu yang aku separatekan jadi 2 cerita. Sedap sikit mata memandang dan membacanya. Selesai sahaja aktiviti di pantai, kami terus balik ke homestay. Memandangkan masing-masing dah kepenatan. Kira-kira dalam pukul 4.00 petang kami mengorak langkah menaiki motor, buat rondaan sekitar Pulau Pangkor. 

Salah satu member aku ini memang minah google, rajinlah search tempat menarik di Pulau Pangkor. Google punya google jumpalah satu destinasi ini iaitu Kota Belanda ataupun lebih dikenali sebagai Dutch Ford. Mesti yang tahu sejarahnya kan?

Ringkasan mengenai Kota Belanda / Dutch Ford:

Dimana pada tahun 1670, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Masuk tahun 1690, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah memusnahkan kota ini . Selepas dimusnahkan, pada tahun 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini. Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah . Pada 1824 Belanda dan Inggeris secara rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

Orang kita kan memang pedengki. Satu dalam 1,000 nak jumpa orang yang suka tengok kebahagian kita. Kalau tengokkan, memang unik seni binaan Kota Belanda ini. Bila bergambar, view dia macam dekat Belanda lagaknya.

Kalau nak tahu juga, Kota Belanda ini merupakan salah satu destinasi yang paling popular dan wajib orang kunjungi bila datang ke Pulau Pangkor. Jadi, andai kata korang datang ke Pulau Pangkor singgahlah ke sini, lihat sendiri keunikan senibina Kota Belanda ini. Yang paling penting, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak. Bukan senang nak datang lagi. 




Percubaan yang ke sepuluh kali mungkin untuk menghasilkan gambar bersama. kahkahkah.... Ini padah bercuti time weekdays, takde orang keliling untuk tangkapkan gambar terpaksalah setting timer dekat camera.

Inilah jalan untuk ke Kota Belanda. Rata-rata orang dekat sini semuanya menunggang motorsikal. Hanyak 1/3 sahajalah yang bawa kereta. Dah macam dekat Melaka pula aku tengok kawasan rumah kedai di sini. 

Dah puas round area Kota Belanda, kami terus menuju ke Coral Bay. Kalau nak tahu, Coral Bay ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor dan menjadi tumpuan orang mat salleh. Rata-rata yang lepak sini off course mat salleh.
Coral Bay menjadi tumpuan orang ramai terutama orang mat salleh disebabkan kawasan area sini memang cantik, view nak tengok matahari terbenam lagi menonjol area sini. Dekat Coral Bay ini juga terdapat pelbagai jenis buaian gantung untuk orang ramai beristirehat. Memang santai la duduk sini.

Air pantai dekat kawasan ini pula lagi jernih, bila bergambar memang super cantik. Cantik sungguh keindahan Tuhan. Datang sini rasa tenang sekali, hilang stress, segala masalah yang ada sedikit sebanyak dah hilang dibawa angin bayu. kahkah...

Dekat area Coral Bay ini juga ada cafe, dimana rata-ratanya dikunjungi orang mat salleh. Bila diperhatikan cafe situ agak high class gitu. Kita pandang dari jauh pun dah cukup.

 Muka dah basi, sebelum berangkat pulang ke homestay sempatlah selfie beramai-ramai. First time buat rancangan nak bercuti, hasilnya menjadi.
p/s: Agak-agak ke mana destinasi kita lepas ini ya?

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 3 February 2018

Trip ke Pulau Pangkor [Part 2]
8:16 am 8 Comments

Salam to all readers,

Seperti yang dijanjikan, harini aku sambung semula cerita aku ke Pulau Pangkor. Hari ke-2, selepas masing-masing dah siap bersarapan kami menyusul ke pekan Pulau Pangkor untuk aktiviti island hoping. Memandangkan kami pergi hari weekdays, memang dijangka takde orang langsung lagaknya di kawasan ini. Ia ibarat, ini pulau kami yang punya.


Pakej Island hoping ini kalau nak tahu dah termasuk dalam pakej homestay sekali. Itu yang rasa sangat-sangatlah murah. Seorang hanya melabur RM85 sahaja. Dalam pada masa menunggu agent yang menjanjikan untuk boat trip, kami sempatlah bergambar di sekitar Teluk Nipah. Abang itu tak lewat pun, kami yang terpacak awal dekat sini semata ingin nak melihat keindahan pagi Pulau Pangkor. Segar ya ampunn! Punya call2 agent tu dekat mana, sekali dah terpacak dekat tepi kiteorang selfie tu juga. Malu bakk hang...


Tadaa! Kalau korang singgah ke Teluk Nipah dan nak round Pulau Pangkor menaiki boat, aku syorkan korang guna perkhidmatan abang ini. Memang spoting habis, rancak berbual. Sebelum menaiki boat, kami semua diberi life jacket, dan alat tutup hidung tu sorang satu. Kami diberi penerangan macam mana untuk menggunakan alat tersebut, dan dikehendaki menjaganya dengan elok memandangkan barang siapa yang menghilangkannya akan didenda sebanyak RM100.


Muka-muka excited nak join boat trip. Boleh tahan laju jugalah brother agent ini bawa. Sambil round naik boat, brother agent ini juga ada berhenti sekejap satu perhentian ke satu perhentian sambil memberi penerangan serba sedikit mengenai kawasan sekitar itu.

Cantik kan? Keindahan Pulau Pangkor yang didatangkan dengan air jernih. Lebih kurang macam dekat Langkawi, cuma pantai Cenang lebih kepada warna biru, di Pangkor hijau jernih. Kalau di ikutkan Pantai Cenang di Langkawi lebih meriah berbanding Pulau Pangkor, sungguhpun datang pada hari weekdays. Maklumlah, Langkawi kan kawasan bebas cukai ada airport pula dekat sana. Memang berduyun la orang datang lagi-lagi mat saleh.


Kalau korang pandai, cuba teka batu ini menyerupai apa? Tak dapat teka, kalau nak tahu batu ini agak popular kerana batu ini terkenal dengan nama batu mulut buaya. Cuba tengok betul-betul ia sememangnya menyerupai buaya.

Setelah puas round tadi, kemudian kami ditinggalkan di kawasan Pulau Giam. Pulau Giam ini salah satu tempat menarik untuk dilawati apabila datang ke Pulau Pangkor ini. Di kawasan ini jugalah kami melakukan aktiviti snorkeling, memang best. Di sni dapat melihat ikan bilis berenang-renang di air jernih, ikan nemo, ketam bergerak dan macam-macam hidupan air lagi ada di sini. Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. 

Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah korang boleh berkayak ataupun menaiki bot, bergantung kepada individu itu sendiri. Pada mereka yang sukakan cabaran dan memiliki stamina yang tinggi, boleh datang secara berkayak, kalau tak, naik je bot, mana-mana pun syok. Yang pastinya kawasan ini memang cantik dengan keindahan air hijau jernih, memang puaslah bersnorkeling. Kau nak duduk berjam-jam dekat sini pun boleh. Tiada masalah! Sekitar pukul 12.00 tengahari kami dah call abang tu suruh ambil memandangkan masing-masing dah penat dan lapar ;(

Mana tak lapar, dah berjam-jam berendam dalam air, bila naik ke darat memang perut laparlah jawabnya. Ia tak?




Muka-muka excited dalam air. Mujur ada pelancong luar datang memeriahkan percutian kiteorang. Kalau tak, sendu juga dekat pulau ini. 

Kononnya, dah sampai ke darat nak terus balik ke homestay. Alih-alih nak main big marble ini pula. Permainan big marble ini takde dalam pakej kiteorang. Pada mereka yang nak main, satu kepala RM20. Total 6 orang bersamaan RM120. Kami cakap nak permainan yang tak perlu jatuh dalam air, so permainan yang tak membolehkan korang jatuh dalam air adalah big marble ini. Bawalah laju mana pun boat tu, memang takkan jatuh punya. Kami berpecah 2 kumpulan memandangkan benda alah ini boleh naik 3 orang sahaja. Sungguhpun permainan ini tak membolehkan kami jatuh dalam air, terpekik terlolong jugalah dibuatnya. Gerun pun ada tapi seronok!

Dalam pada masa berseronok, terselit rasa kesakitan apabila kaki kiteorang tekena batu sampai luka. Shittt, balik cuci air pun rasa perit jugalah. So, datang sini berhati-hati masuk dalam air, kalau boleh pijak bahagian pasir.

Memandangkan tiada orang di kawasan ini, terpaksalah setting timer dekat phone bila bergambar. Maka terhasillah gambar yang sengit, but look nice right? Rindu pula, agak-agak next trip kemana pula lepas ini? Percayalah, kalau planning awal-awal memang tak menjadi punya, kalau planning last minit maka sampailah kita ke destinasi yang ingin dituju. Apa yang boleh dikatakan, sebaik-baik perancangan, perancangan yang diatur oleh Allah itu adalah yang terbaik.

Dah puas main air, dan masing-masing pula dah kepenatan. Kami pun singgah ke kedai bungkus makan lalu balik semula ke homestay. Berehat seketika, kemudian sekitar pukul 4.00 petang kami round semula untuk lawati tempat menarik sekitar Pulau Pangkor. Tunggu next entry ya! 

p/s: Mission complete untuk tahun ini! hehehe...
Reading Time: