January 2018 - Azwar Syuhada

Wednesday 31 January 2018

Trip ke Pulau Pangkor [Part 1]
4:12 pm 5 Comments
Salam to all readers,


Buat pertama kalinya dalam sejarah aku pergi trip bersama geng UniKL. Biasanya, kalau jenjalan jauh baik luar mahupun di luar kota biasanya aku keluar bersama keluarga sahaja. Kali ini, nak juga merasa keluar bersama member pula. Mak aku punya risau, setiap minit mahupun saat dia nak call tanya aku dekat mana.

Nak dijadikan cerita trip nak ke Pulau Pangkor ini memang dah dirancang awal lagi, konon nak pergi before masing-masing jalani latihan industri kononnya, masa tu pula kiteorang tengah sibuk packing barang ada yang nak balik negeri masing-masing, aku pula sibuk pindah rumah, duit pula tak cukup. So kiteorang plan la pergi lepas masing-masing tamat latihan industri. Alhamdulillah, apa yang dirancang menadi kenyataan, 22/1/2018 kami bertolak ke Pulau Pangkor, 3 orang bergerak dari KL manakala 2 orang bertolak dari Penang & Kedah berjumpa dekat jeti. Aku la orang paling excited sekali, mana taknya inilah kali pertama aku naik bas dari TBS, 2 tingkat pula tu. Sungguhpun perjalanan nak ke Amanjaya tu hanya memakan masa 2 jam lebih sahaja.

Dulu ada la juga bercita-cita nak belajar jejauh dekat negeri Kedah ke Perak ke, nak merasa suasana balik kampung kononnya. Alih-alih dapat belajar dekat KL naiklah bas dengan LRT sahaja. Bila aku nak balik kampung mesti kena perli punya, mana taknya rumah aku kira sepelaung jauhnya. hehehe..

See! Betapa excitednya nak naik bas sampaikan tiket bas pun nak snap gambar masuk blog. Yang gerak dari KL hanya 3 orang, aku, Dibah dan juga Aishah. Dua orang ini memang dah biasa naik bas dari TBS, aku pula first time nak naik, memang terujalah. Memandangkan kita pergi hari weekdays, memang sesak jugalah nak merempuh orang dalam LRT, tambah-tambah waktu tu orang bersesak nak pergi office. Orang kerja kita pergi melencong. Oops melancong! Gerak dari Bangsar nak ke TBS sekitar pukul 8.20 macam tu, nak kejar bas pukul 9 konon-kononnya, sampai TBS dah terlepas bas jam 9.00. Terpaksalah ambil pukul 10.00 pagi punya. Dalam padanak menunggu bas, kami lepak di KFC memandangkan masing-masing perut kosong lagi. Tak sampai 20 minit kami bergegas dapatkan bas. Serius besar weii TBS ini, kalau suruh aku sorang-sorang ke sana buat pertama kali boleh meraung gamaknya. Sekarang dah tahu, takdelah susah mana pun.

Aku memang spesis tak boleh bawa barang sikit-sikit, baik bercuti panjang mahupun cuti dalam jangka pendek. Semua benda aku rasa penting dan nak dipakai. Aku siap kena perli dengar member-member aku katanya, aku dah dapat job dekat Pulau Pangkor, packing macam taknak balik dah. Mak aku memang faham benor perangai aku, kalau boleh nak bawa satu almari, apakan daya beg baju yang ada sangat limited. Aku pun tak faham, macam mana member-member aku mampu packing barang hanya dalam beg sekolah je. Sikit gila barang, cukup ke barang keperluannya. hehehe,, Aku selagi beg tu tak berat dipikul, memang aku sumbat segala tok nenek yang aku nak bawa. Kawan aku cukup marah gaklah, memberatkan bahu je katanya.

Dijangka orang KL la yang akan sampai dulu di jeti, memandangkan kami gerak pukul 10.00 pagi. Dijangka dalam pukul 1 dah sampailah. Alih-alih orang dari Penang dan Kedah juga yang tiba dulu di jeti. Ini gara-gara abang bas bawa dalam suasana romatik, slow nak mampus. Pening kepala aku duduk dalam bas lama-lama. Tapi puas jugalah buat tahi mata, aku kalau masuk apa-apa kenderaan memang pejamkan mata memandangkan aku cepat pening kepala.

Sampai-sampai di jeti, kami semua berkumpul, ada aku, Dibah, Aishah, Kyla, Kak Nina dan juga Dhia. Dah jumpa, kami terus bergegas beli tiket ferry, nak kejar ferry yang akan bergerak pukul 4.00 petang macam tu kalau tak silap aku. Seronok juga bercuti time weekdays ini, sebab tak ramai orang bolehlah melihat keindahan alam dengan sepuas-puasnya. Perjalanan ke Pulau Pangkor menaiki ferry memakan masa dalam sejam jugalah. Siapa yang mabuk laut, bolehlah makan ubat siap-siap. Alhamdulillah kami berenam tiada alah itu semua.

Muka excited dapat pergi Pulau Pangkor. Dari kiri, Kyla, aku, Kak Nina dan Aishah. Kyla orang Perak, Kak Nina orang Kedah manakala Aishah orang Penang. Aku pula off courselah orang Selangor. Kyla yang duduk Perak pun tak pernah jejak Pulau Pangkor inikan aku pula orang Selangor.

Inilah sudut pemandangan nak ke Pulau Pangkor. Cantik air lautnya warna hijau jernih! Nasib baiklah cuaca waktu ini tak berapa panas tak juga berapa nak redup, sedang-sedang sahaja.

Welcome to Pulau Pangkor guys!! Sampai dah kita, untuk pengetahuan semua kami merancang ke sini hanya nak tengok pemandangan, bekalan makanan memang dah siap bawa dari rumah. Singgah kedai makan order makanan goreng semata-mata. Memang budget habislah percutian kami ini. Sampai-sampai sahaja, kami terus dapatkan orang menyewakan rumah. Yang mengatur semua benda alah ini semua off courselah Dibah. Aku tak reti handle ini semua, yang aku tahu aku sampai di Pulau Pangkor. Kira murah jugalah pakej yang Dibah cari ini, sewa homestay, sekali aktiviti snorkeling, pusing Pulau Pangkor, sewa motor 3 biji, menginap 3 hari 2 malam, total RM510 sahaja. Satu kepala RM85. Murah tak agak-agak?

Kami tiba di Pulau Pangkor kira-kira dalam pukul 5.00 petang macam tu, agak lambat jugalah tiba dekat sini. Nasib baik tiba di Pulau Pangkor, abang-abang tu dah tunggu dengan 3 biji motor untuk kiteorang. Kami pun berangkatlah ke rumah sewa dengan mengikuti motor abang Pulau Pangkor. Jauh jugalah tempat penginapan kiteorang iaitu di Telok Dalam. Nasib baiklah ada member sudi membonceng aku, kalau aku bawa memang tak bergeraklah motor tu.

Sampai-sampai sahaja di rumah sewa, letak beg kami terus pusing-pusing di keliling Pulau Pangkor menaiki motor. Memang syok wei, berangin sahaja, sambil menikmati pemandangan pantai dan dikelilingi pokok-pokok menghijau. Cukup sempurna keindahan Allah, dan kawasan ini juga masih belum tercemar lagi. Kalau  diikutkan hari pertama ini memang takde aktiviti pun, buat aktiviti sendiri. Malam pergi makan dekat area situ juga, balik terus lepak tengok television.Hari kedua baru ada aktiviti.

Ini Dhia, orang Penang. Hobi dia kaki selfie, selagi gambar tak cantik memang kau kena bersabar tangkap gambar dengan dia. hahaha...Kali ini selfie takyah lama, dia dah pakai Iphone sekarang, cantik kualiti gambarnya.

p/s: Entry part 1 ini aku just nak kongsikan kegembiraan aku menaiki bas dari TBS dan jenjalan dengan member. Part 2 nanti aku kongsikan aktiviti kiteorang disana. Cukuplah setakat ini. Stay tuned!

Thanks you for reading!
Reading Time:

Tuesday 30 January 2018

Grand Opening TOKUYA, Arcoris Mont Kiara
8:30 am 4 Comments
Salam to all readers,

Next week aku dah start kerja, dekat mana aku meneruskan kerjaya biarlah menjadi rahsia buat sementara waktu. Bak kata DCT biarlah rahsia. Seperti biasa, sebelum kita memulakan langkah ke alam pekerjaan kita mestilah shopping! Ada duit mahupun takde duit, apa-apapun kita mesti ada aura shopping. 

Memangdangkan masa aku start belajar hinggalah praktikal aku ditanggung oleh pinjaman mara dan tiada sumber lain, memaksa aku untuk belajar berjimat cermat sambil mengawal sumber kewangan aku. Bila dah start kerja ini, mana saki baki duit yang ada itulah nak dibuat modal untuk membeli peralatan rumah, office seandainya aku ada meja sendiri. Tambah-tambah aku dah stay dengan orang luar yang mana mereka dah lama bekerja. Kiranya aku paling muda dalam rumah ini.

Baru-baru ini, aku sempat lawati TOKUYA, Arcoris Mont Kiara. Kalau nak tahu TOKUYA ini merupakan kedai serbaneka dari Jepun beb, dan buat pertama kali dibuka di Malaysia. Nak tahu apa menarik dalam kedai ini? Jom tengok!

google
Tadaa!! Inilah TOKUYA, kedai serbaneka di import dari Jepun. Menyediakan pelbagai barangan perkakas rumah, hiasan rumah, alatan dapur, alatan pejabat, barangan mandian dan macam-macam lagi. Ia lebih kurang macam DAISO, cuma bezanya kedai DAISO terletak dalam shopping mall manakala TOKUYA ini terletak di Arcoris Mont Kiara dalam hotel. Kalau nak tahu, TOKUYA ini juga merupakan kedai serbaneka yang pertama di buka di area Mont Kiara.

Aku paling pantang masuk kedai yang tak pernah aku masuk, tambahan pula barang yang dipamerkan merupakan barangan kegemaran aku. Asal masuk je pasti berjam-jam pilih barang. Mana taknya, tengok belah kanan cantik, kiri pun cantik, rambang mata dibuatnya. Pada mereka yang minat pada pinggan mangkuk seramik bolehlah datang ke sini. Pelbagai corak dan warna menarik yang korang boleh dapatkan.
Bukan itu sahaja, balang-balang kaca pun comel-comel belaka dekat sini, yang biasa digunakan oleh mak-mak kita guna dekat dapur untuk mengisi garam, gula, kunyit dan macam-macam lagi. Kalau buat bekas kuih raya pun menarik juga. Kalau aku datang dengan mak aku, jawabnya tidur dekat situlah tak keluar-keluar. Orang yang menunggulah dah tentu bosan.
Pada mereka yang suka akan kelainan, ataupun suka akan perabot yang berteraskan alam semulajadi, bolehlah cuba dapatkan perkakas dapur ini di TOKUYA, pelbagai jenis dan corak korang boleh dapatkan disini. Sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


Hanya RM100 dah dapat borong macam-macam barangan, tapi tu pun rasa tak cukup puas shoppingnya. Mana taknya, kiri kanan, depan belakang semuanya cantik-cantik belaka. Balang kaca untuk isi kertas bintang pun turut terdapat di TOKUYA ini juga. Cawan dan gelas ala-ala ikea pun turut ada di sini juga. Semuanya korang boleh dapatkan dengan harga yang tak masuk akal! Aku sendiri borong cawan sampai 2.







Di TOKUYA ini juga, barang-barang yang dipamerkan bukan hanya untuk kegunaan didapur sahaja, malahan bagi mereka yang suka alatan kraftangan, seperti benang, jarum, gunting, bolehlah dapatkan barangan itu di sini. Benang ini sahaja korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM7.50 sahaja. Hanya di TOKUYA! Di sini barangan semua diimport dari Jepun, kalau rasa-rasa nak bershopping ala-ala di negara Jepun, bolehlah kunjungi TOKUYA. Walaupun cashier nya orang negara kita. 

Selain daripada itu, alatan aksesori wanita dan lelaki juga terdapat di sini. Salah satu barangan kecantikan wanita yang boleh dapatkan di sini adalah manicure. Dimana korang boleh dapatkan dengan harga serendah bawah RM7.00 sahaja. Pelbagai pilihan warna menarik menanti anda! 


Inilah dalaman kedai TOKUYA, sekali melangkah masuk pasti dah rasa teruja. Dengan dekorasi yang menarik, susunan barangnya pun teratur memudahkan para pelanggan untuk memilih. Sewaktu perasmian hari itu, ramai juga pelanggan yang datang memberi sokongan. Boleh dikatakan semuanya keluar dengan muka gembira kerana dapat memborong barangan yang dihajati.

Dekat sini juga, korang boleh dapatkan barangan office mahupun perkakas sekolah di sini dengan harga yang berpatutan. Antara barangan office yang korang boleh dapatkan disini seperti organize box, note book, watch, pen, colour pencil, dan macam-macam lagi. Alatan permainan kanak-kanak juga turut boleh dapatkan di TOKUYA, Arcoris Mont Kiara.

Pada mereka yang tinggal berdekatan di Mont Kiara bolehlah lawati kedai TOKUYA, Arocirs ini. Orang yang jauh sudi datang, takkan yang dekat tak sudi menjengah. Yang pasti kedai TOKUYA, Arcoris Mont Kiara ini mampu menambat hati anda semua. Orang kata, sekali singgah pasti nak datang lagi punya.

Jom singgah, TOKUYA, Arcoris Mont Kiara

TOKUYA 
LG1-06&07, Arcoris Mont Kiara
Jalan Kiara, Mont Kiara 
50480 KL

Thanks you for reading!
Reading Time:

Saturday 27 January 2018

Review: Rasai Keenakan Burger di KGB [Killer Gourmet Burgers]
10:41 am 6 Comments
Salam to all readers,

Bila lama tak menaip rasa janggal pula, bila tak buka blog macam-macam benda nak kongsi. Bila sampai masa nak kongsi, tiada idea pula nak mengarang. Macam-macam kan? Kali ini aku nak kongsi sebuah restoran yang korang harus terjah!

Ada tak siapa-siapa dekat sini suka makan burger? Pada mereka yang suka makan burger kita geng! Aku jarang makan makanan fast food, ada ketika bila dah lapar benda tu pula yang paling berpatutan masuk jugalah. Baik KFC mahupun McD, kalau singgah makan dekat sini, makanan yang aku order tak lain dan tak bukan adalah burger. Kalau geng kau kuat makan ayam, aku kuat makan burger. Tu yang pipi aku pun dah macam burger. 

Kalau diikutkan makan burger baik di KFC mahupun McD aku rasa tak cukup puas. Kira macam sekali ngap dah habis. Advertising punyalah gah besarnya, bila sampai ke tangan adalah besar tapak tangan. Kalau diikutkan tapak tangan aku lagi besar dari burger. Serius tak puas!!

Tup-tup, makcik aku whatsapp ajak makan luar, makan dekat KGB. Pada awalnya, aku sendiri pun tak tahu kewujudan kedai ini. Agak famous jugalah dengan menyediakan "Killer Gourmet Burgers" yang mampu membuatkan orang ramai kenyang sehari.


Tadaa!! Inilah dia restoran KGB yang aku maksudkan. Kalau nak tahu, restoran ini ada banyak cawangan. Salah satu cawangannya adalah di TTDI, iaitu lokasi yang aku kunjungi sekarang. Restoran ini bukan sahaja menyediakan pelbagai aneka pilihan burger semata-mata, malah turut menyediakan keenakap ayam madu seperti di Kyochon, ubi kentang yang lembut dimakan, dessert, dan macam-macam lagi.

Ini pula suasana di ruang luar restoran KGB, TTDI. KGB, TTDI membawa konsep restoran ala-ala mat salleh gitu, cantik sangat susun atur restorannya dengan elemen batu-bata sebagai dinding. Klasik gitu, datang sini bukan sahaja dapat rasai keenakan burger KGB malah dapat bergambar dengan elemen restoran yang agak unik. 


 Ini buku menu KGB, diyakini HALAL. Tak usah ragu-ragu, makan sekali pasti nak lagi gitu! Dekat sini, pelbagai aneka perasa burger korang boleh nikmati. Bukan sahaja burger ayam mahupun daging, korang juga boleh nikmati burger perisa kambing, unta, macam-macam ada senang cerita.

 Boleh tengok sini, pilihan juadah burger dengan harganya sekali. Haritu aku singgah, aku pilih "Double Animal" sebagai juadah aku. Memang sedap wei, keenakan dan kelembutan daging yang dipanggang memang membuatkan orang kenyang gila sehari tu. Memang puas hatilah dengan harga yang ditawarkan, sekali sekala makan sini bolehlah. Hari-hari kau lepak sini, boleh gemok kau dibuatnya!

 Muka mak yang happy dapat makan dekat luar. Seronok ke?

google
Kalau yang biasa makan sini, pasti tahu setiap burger ada cop sirim "KGB" di atas kulit roti. Unik kan? Ini bukan iklan berbayar, ini sahaja aku nak kongsi, mana yang sedap apa salahnya kongsikan dengan orang kan. Tambah-tambah orang kita sekarang lebih suka makan di luar dari di rumah. Selain burger, korang boleh juga cuba rasai keenakan ayam madu dekat sini, ia lebih kurang macam Kyochon gayanya. Sedap juga!

So, apa tunggu lagi, pada mereka yang kaki makan terutama peminat tegar kaki makan burger tak kisahlah burger Ramly, Abang Burn, KFC, mahupun McD aku syorkan korang singgah makan dekat sini. Sekali datang, pasti nak repeat lagi punya. Percaya atau tidak, datanglah dulu ke KGB, TTDI ini.

google

KGB TTDI

Rate: 9/10

Alamat: 107, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

No. Tel: 03-7733 2284

Waktu operasi:

Isnin-Khamis: 12.00pm- 3.00pm / 6.00pm- 10.30pm
Jumaat- Ahad: 12.00pm - 10.30pm

Address:+60 3-7733 2284

Address:
Address+60 3-7733 2284
Reading Time:

Friday 26 January 2018

Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan
10:20 pm 2 Comments
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.


ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.




SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.  
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  



ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.
Reading Time:

Saturday 20 January 2018

Trollbeads Malaysia - Inspirasi Setiap Wanita
4:43 pm 4 Comments
Salam to all readers,

Wanita dan aksesori tak dapat dipisahkan bagaikan irama dan lagu. Kalau diperhatikan, banyak barang aksesori wanita di pasaran baik di kaki lima mahupun di toko-toko besar. Dulu sewaktu aku kecik, orang selalu pergi ke kedai emas dimana emaslah menjadi tumpuan kaum wanita.

Aku sendiri salah seorang wanita yang cenderung untuk memiliki aksesori wanita seperti gelang tangan. Kalau diperhatikan zaman mak-mak kita dulu, gelang emas kalau tak sampai ke siku memang tak sah, rantai pula nak labuh cecah ke lutut boleh. Bila ada kes ragut berleluasa, kaum wanita mula mengurangkan memakai barang kemas dan mereka mula menggayakan rantai dan gelang tangan Zhulian. Kebanyakan kaum wanita zaman milinium ini lebih suka menggayakan emas putih ia seperti bewarna perak. Selain daripada Pandora, aku baru tahu kewujudan Trollbeads ini, sedangkan ia sudah lama bertapak rupanya. Nak tahu sejarahnya, jom teruskan pembacaannya.

Kisah Trollbeads bermula di Copenhagen, Denmark pada tahun 1976, ketika Soren "Silversmith" Nielsen mencipta Trollbead pertama, Faces. Manik perak sterling, wajah, yang dinamakan untuk tidak kurang daripada 6 muka yang menghiasinya. Soren "Silversmith" Nielsen menjual Manik Wajah dari toko perhiasan Svend Nielsen ayahnya di Central Copenhagen. Jika dilihat fesyen ini cenderung pada masa penciptaan Trollbeads adalah memakai manik perak tunggal pada kalung tali kulit. Daripada menggantungkan manik dari lubang, Nielsen meletakkan pembukaan melalui pusat manik. Kemudian kakaknya, Lise Aagaard, mula meletakkan manik pada gelang perak.

Lise Aagaard, pengasas Trollbeads, mula menggorak langkah dengan membuka kedai perhiasannya sendiri. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari datang satu pelanggan ke kedainya dan meminta untuk meletakkan lebih daripada satu manik pada gelangnya. Lalu penjaga kedai itu terkejut, atas permintaan menambah manik lain kepada gelang pelanggan. Kalau nak tahu, ini adalah bagaimana konsep perhiasan manik-on-gelang dilahirkan.

Daripada cadangan pelanggan tersebut, jenama dan pengembaraan Trollbeads telah dicipta. Bekerjasama dengan pelanggan dan dengan harapan mereka, koleksi itu meningkat. Kini, Trollbeads boleh didapati di lebih daripada 400 bandar di seluruh dunia. '

Antara perbezaan yang kita dapat lihat dari jenama Trollbeads dengan Pandora dan juga Thomas Sabo adalah dari segi;

Reka bentuk
Jika diperhatikan, Pandora Essence lebih cenderung menawarkan beberapa reka bentuk abstrak, dan amat mementingkan terhadap penggunaan warna dan tekstur bagi mewakili nilai setiap daya tarikan yang sepatutnya mewakili. Berbeza dengan momen Moments, mereka tidak menawarkan reka bentuk 'daya tarikan' tradisional; pesona mewakili warna, rasa, idea. Manakala, Thomas Sabo hadir dengan reka bentuk spektrum yang hebat, dari kepingan bunga manis hingga dan reka bentuknya lebih banyak ke arah Gothic. 

Jika dilihat reka bentuk jenama Trollbeads bukan sahaja sesuai digayakan oleh kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki turut boleh menggayakannya. Setiap manik yang direkacipta mempunyai sesuatu simbolik tersendiri.

Konsep
Kalau diikutkan, ketiga-tiga mempunyai konsep yang lebih kurang sama iaitu sebagai barang fesyen, dan mempunyai konsep rohani / emosi teras yang menyokong jenama mereka sendiri. Dimana, Thomas Sabo menggambarkan koleksi Karma sebagai perayaan 'perkara-perkara yang indah dalam hidup', dan menunjukkan sikap positif terhadap semua kehidupan yang dilemparkan kepada kita. Manik fokus mereka, contohnya, diberi nama The Whell of Karma menggambarkan 'keseimbangan dalaman peribadi'.

Manakala, Pandora mencadangkan bahawa daya tarikan Essence harus mewakili nilai-nilai yang paling intim dan penting yang mewakili anda sebagai seorang individu - sama ada itu kegembiraan, kesejahteraan, kekuatan atau kepercayaan, dan lain-lain. 

Harga
Seperti mana yang semua orang tahu, Thomas Sabo terkenal dengan jenama yang mahal, walaubagaimanapun itu tidak mengatakan bahawa Pandora betul-betul murah. Walau bagaimanapun, pelbagai Karma nampaknya menawarkan beberapa kepingan yang lebih sederhana - mungkin lebih daripada koleksi Essence Pandora. Charms bermula dari RM92.52, dan terdapat banyak pilihan yang baik di sekitar titik harga itu. Sebaliknya, manik Essence bermula dari RM136.46, tetapi hanya terdapat tiga pesona sahaja yang boleh dapat dengan harga tersebut. Kebanyakan manik berlegar sekitar tanda RM191.05. 




This Spring we fill with jewellery of magic and beauty. Get mesmerized by the pearls of the peakcock, awed by the colourful glass beads and enchanted by the fantasy animals in Sterling silver. The collection is a bricolage of whimsical wonders handcrafted with details to surprise you. Enter the Enchanted Forest with an open heart and magic just might happen.

Hampir lebih dari 40 tahun, keluarga Nielsen / Aagaard kreatif telah mengambil bahagian dalam arca, reka bentuk dan pembuatan Trollbeads. Sehingga tahun 2000 semua ciptaan Trollbeads telah direka oleh ahli keluarga Nielsen / Aagaard. Untuk menambah kepelbagaian koleksi Lise Aagaard menjemput 10 pereka perhiasan Denmark terkenal untuk setiap membuat reka bentuk Trollbead tandatangan untuk ditambah ke koleksi Trollbeads. Kini Trollbeads mempunyai lebih dari 100 pereka perhiasan dari seluruh dunia yang menyumbang kepada koleksi Trollbeads.

Apabila koleksi itu semakin meningkat, katalog Trollbeads bertukar menjadi koleksi yang pelbagai. Reka bentuk emas dan mutiara juga ditambah kepada katalog Trollbeads yang semakin meningkat. Gelang Rantai Foxtail pula telah direka semula untuk menjadikannya lebih mudah untuk menambah dan mengeluarkan manik dengan penciptaan sistem geseran mudah alih.

Trollbeads Malaysia kini boleh didapati di MidValley, Sunway Pyramid dan Vivacity Megamall, Kuching. Mereka telah berada di pasaran selama lebih dari 40 tahun, dengan lebih dari 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut layari www.trollbeads.com dan Trollbeads Malaysia FB.
Reading Time:

Tuesday 16 January 2018

I'm back!
8:30 am 9 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah, lega tak terkata apabila dah selesai menjalani latihan industri pada Jumaat baru ini dan secara tidak langsung maka dengan ini "Degree life" aku dah pun selesai. Tak perlu serabut kepala, nak pergi kuliah pakai baju apa, nak bangun pukul berapa, buat nota, bangun 3 4 pagi study untuk struggle pagi esoknya nak jawab exam punya pasal, buat assignment, serius sekarang benda itu dah tak perlu pikir dah. Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya. Tak sabar nak tunggu bulan 10, hari paling bersejarah dah hadiah paling berharga buat keluarga aku tak lain tak bukan hari konvokesyen.

Sepanjang praktikal, banyak benda aku belajar dari orang keliling. Jujur aku cakap first time aku jejak office ini aku paling teruja dan agak chewy sekali, almaklumlah orang tiada pengalaman kerja dalam office. hehehehe... Agak mencabar jugalah tugasan yang diberikan, sepanjang praktikal, aku diberi peluang untuk membuat keputusan, handle task, liase dengan orang, communicate dengan orang (ini paling tak best), belajar mengenai IT daripada orang hebat, dan yang paling aku kena ingat sekali hingga ke harini setiap benda mahupun perkara yang kita nak buat kena ada reason, dan setiap perkara yang kita buat tiada betul atau salah. Ini baru namanya proses pembelajaran orang kata. Hakikatnya, aku sendiri tak puas dengan hasil kerja yang aku deliver dekat my supervisor. Banyak benda yang aku kena belajar lagi.

Aku teringat kata arwah nenek aku "hidup ini biarlah ada angan-angan, kerana dari angan-angan itu juga boleh jadi kenyataan dengan syarat harus dilakukan dengan usaha". Begitu juga dengan kerjaya, dalam arus permodenan sekarang ini, agak mencabar jugalah untuk menempuhnya. Apa orang kata, peluang yang datang hanya sekali, sekali kita lepaskan mungkin boleh putih mata. Kalau kita lihat mana-mana sosial media, baik instagram, facebook, mahupun twitter banyak sahaja perkongsian mengenai kejayaan orang di awal usia yang muda, contoh paling terdekat kita dapat lihat adalah Kak Neelofa, dimana dia membina kerjaya diawal belasan tahun dalam industri hiburan, orang kutuk orang maki ke dia still steady, dan sekarang dia sudah pun berjaya dengan empayar kedai tudung dia. Begitu juga dengan Elfira Loy, bergiat aktif dalam industri lakonan diawal usia muda kini dah berjaya membuka cafe.

Why not? Mereka boleh, takkan aku tak boleh? Aku always pesan pada diri sendiri, aku mampu buat lebih baik dari orang tu, kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh kan? Paksa diri, jangan manjakan diri jika mahu berjaya. Kalau diikutkan angan-angan aku terlalu tinggi, sehingga aku sendiri terkadang tertanya-tanya pada diri sendiri mampu ke aku buat. Apa yang aku harapkan sekarang ini adalah kerjaya, aku nak kerja taknak bergelar penganggur. 


Setiap gambar ada ceritanya, gambar ini diambil masa sesi photoshoot BCA groups, sempat selfie dengan Kak Khairina yang sentiasa tersenyum. Senyuman dia begitu menawan sekali, duduk sebelah dia ada je benda dia nak sembang. Sebelah itu En. Wan merangkap HR dekat company aku intern, baik orangnya suka bagi nasihat berguna. Andai kata kau ada 10 masalah, 9 masalah dah tentu boleh selesai. Bak kata En. Wan mencari ilmu biarlah dengan ilmu.

Ini pula gambar rakan sekerja aku sepanjang praktikal. Tengah-tengah itu En. Shahfiq Nashrah merangkap supervisor aku. sebelah tu Kak Khairina banyak ajar mengenai sistem dan design. Sorang lagi tercicir belakang tembok iaitu Azim, orangnya hebat rajin tolong orang kalau tak faham.

 Inilah ahli-ahli BCA groups, sorry Fadhil banyak-banyak gambar aku pilih gambar mata tertutup. Aku rasa bertuah sangat kenal mereka ini semua, banyak input sihat dan vib positif yang boleh digunapakai di masa akan datang. 



Bila dah bekerjaya pula nanti, jangan pula kita berangapan semua hasil datang dari kita sendiri, hakikatnya yang mendorong kejayaan kita sebahagian besar adalah dari keluarga, orang keliling kita. Sama juga dengan pendapatan yang kita dapat, tak semua milik kita, mungkin ada bahagian yang bukan milik kita. Tetapkan matlmat, jangan sesekali lupa pada-Nya.


Thanks you for reading!

Reading Time: